kertas kerja kem sehati sejiwa sk bertam indah

7
SK CONVENT KOTA 34000 TAIPING PERAK KERTAS KERJA : KEM SEHATI SEJIWA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM, SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI, PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 TEMPAT: KEM PLKN WHITE RESORT, KG. GENTING, DAERAH BARAT DAYA, BALIK PULAU, PULAU PINANG. TARIKH: 30JULAI – 2 OGOS 2015 (KHAMIS – AHAD)

Upload: zuraida-othman-zuraida

Post on 04-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kem Badan Beruniform

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Kem Sehati Sejiwa Sk Bertam Indah

SK CONVENT KOTA34000 TAIPING PERAK

KERTAS KERJA :

KEM SEHATI SEJIWA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM,

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI,PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

TEMPAT:

KEM PLKN WHITE RESORT,KG. GENTING, DAERAH BARAT DAYA,

BALIK PULAU, PULAU PINANG.

TARIKH:

30JULAI – 2 OGOS 2015(KHAMIS – AHAD)

ANJURAN :SK BERTAM INDAH, KEPALA BATAS

SEBERANG PRAI UTARA, PULAU PINANG

Page 2: Kertas Kerja Kem Sehati Sejiwa Sk Bertam Indah

1. PENGENALAN

Bidang pendidikan amat ditekankan dan diberi keutamaan oleh masyarakat serta kepimpinan sehingga dijadikan sebagai salah satu bidang keberhasilan utama negara (NKRA). Hal ini demikian kerana para pelajar dilibat sebagai “modal” yang dinamakan modal insan dan merupakan “aset tenaga” yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi, pembangunan negara mahupun kemajuan bangsa dan ummah.

Sehubungan dengan itu, strategi pembangunan modal insan amat penting bagi memastikan insan yang dihasilkan berkualiti dan menepati kriteria-kriteria yang diinginkan. Antara strategi yang dibawa SK Convent Kota adalah mendedahkan murid- murid kepada kegiatan kokurikulum di peringkat kebangsaan. Oleh yang demikian, peluang keemasan yang kami peroleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah SBT, amat kami hargai dan kami akan menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.

Aktiviti kokurikulum seperti iaitu Kem Sehati Sejiwa yang di anjurkan oleh SK Bertam Indah ini merupakan satu program perkhemahan yang menjadi acara tahunan bagi badan unit beruniform seperti Pengakap, TKRS, PBSM, Puteri Islam dan Pandu Puteri Tunas. Kem ini juga adalah adalah merupakan kemuncak kepada aktiviti-aktiviti berkaitan unit beruniform terutamanya melibatkan pelajar tahun enam. Kem ini disertai oleh ahli-ahli unit beruniform tahun enam dari berbagai SBT bagi percambahan ilmu dan perkongsian pengalaman.

Pelbagai kemahiran dapat diterapkan kepada murid- murid dalam program ini seperti kemahiran berkomunikasi. Selain itu, keyakinan kendiri dan disiplin tinggi dapat diterapkan dalam aktiviti seumpama ini. Selanjutnya, program ini secara tidak langsung dapat melonjakkan kecemerlangan kokurikulum murid SK Convent Kota ke tahap yang lebih tinggi. Aktiviti ini juga, diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang berobjektif untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dalam bidang kokurikulum.

Justeru itu, penyertaan SK Convent Kota, Taiping dalam ’ Kem Sehati Sejiwa’ anjuran SK Bertam Indah adalah sebagai satu usaha sekolah untuk membawa murid-murid ke peringkat yang lebih tinggi khasnya peringkat kebangsaan dan mendedahkan kepada mereka kegiatan kokurikulum yang menyeronokkan dan berkesan yang boleh dipelajari dengan menyertai program seumpama ini.

2. TARIKH :

9 hingga 11 Oktober 2015 ( Jumaat hingga Sabtu)

Page 3: Kertas Kerja Kem Sehati Sejiwa Sk Bertam Indah

3. TEMPAT :

Kem PLKN White Resort,Kg. Genting, Daerah Barat Daya,11000 Balik Pulau,Pulau Pinang.

4. OBJEKTIF :

4.1Memberi pendedahan berkaitan ilmu-ilmu dalam unit beruniform seperti kawad asas, membina gajet, aktiviti lasak dan lain-lain.

4.2Memberi ruang kepada peserta untuk menjalinkan hubungan sosial dengan seluruh peserta dari berbagai SBT bagi perkongsian ilmu dan pengalaman.

4.3Memberi peluang kepada peserta berinteraksi sesama peserta dari seluruh negara.

4.4Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

5. KUMPULAN SASARAN :

2 orang guru4 orang murid Tahap 2. (Tahun 6)- Unit Beruniform Puteri Islam Malaysia - Unit Beruniform TKRS

6. KEWANGAN:

a. Peruntukan : SBT – Penanda Aras/ Hand Holding/ Kursus- Keraian lawatan bench marking,mesyuarat/taklimat/kursus dan aktiviti program Hand Holding yang berkaitan untuk

memperkasakan SBT

Page 4: Kertas Kerja Kem Sehati Sejiwa Sk Bertam Indah

b. Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA KETERANGAN JUMLAH (RM)

1 Yuran Penyertaan

Murid : RM 150.00 x 4 orang = RM 600.00Guru :RM 120.00 x 2 orang = RM 240.00

840.00

3

Pengangkutan Darat :(i) Kenderaan guru

(Dari SK Convent Kota ke Kem PLKN White Resort, Pulau Pinang pergi dan balik)

TNT guru

JUMLAHRM 840.00

7. TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 1

8. IMPAK PROGRAM :

8.1. Impak kepada sekolah:8.1.1. Guru-guru mendapat pendedahan tentang penganjuran dan

aktiviti kokurikulum di peringkat kebangsaan.8.1.2. Meningkatkan penyertaan sekolah dalam bidang kokurikulum di

peringkat kebangsaan seterusnya mencapai sasaran KPI sekolah dan KPM.

8.1.3. Dapat menjalin kerjasama serta pertukaran idea dalam pelbagai bidang dengan sekolah-sekolah terlibat.

8.2. Impak kepada murid.

i. Membentuk daya kepimpinan dalam diri murid. ii Mempelajari sesuatu dalam suasana yang menyeronokkan. iii Teknik-teknik pelbagai pertandingan vi. Memantapkan kemahiranberkomunikasi. vii. Membina keyakinan diri, keberanian dan sikap positif. viii. Meningkatkan disiplin diri dan jati diri.

Page 5: Kertas Kerja Kem Sehati Sejiwa Sk Bertam Indah

9. PENUTUP :

Penyertaan SK Convent Kota dalam Kem Sehati Sejiwa Sekolah Berprestasi Tinggi 2015 anjuran SK Bertam Indah, Pulau Pinang ini amat penting bagi mendedahkan guru-guru serta murid-murid SK Convent Kota, khasnya peserta dalam aktiviti kokurikulum di peringkat kebangsaan. Ia juga akan dapat meningkatkan disiplin, sahsiah dan menambahkan ilmu pengetahuan terutamanya dalam aktiviti kokurikulum. Adalah diharapkan program ini akan dapat memberi impak yang besar dalam menjana modal insan yang berkualiti di samping meningkatkan pencapaian kokurikulum sekolah dan murid- murid khasnya.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Zuraida Bt. Othman Zakiah Bt GhazaliPenolong Kanan Kokurikulum Guru Besar Cemerlang,SK Convent Kota SK Convent Kota