kertas kerja kelab bahasa 2012

12
KERTAS CADANGAN PROJEK 1 PERSATUAN BAHASA NAMA PROJEK : MINGGU BAHASA KUMPULAN PENGELOLA / PENGANJUR : KUMPULAN 4 (TM2/TM4) TARIKH PROGRAM : 22 MAC 2012 MASA PROGRAM : 2.00 petang – 5.00 petang TEMPAT : BILIK KULIAH C13 413

Upload: muhammad-atan

Post on 12-Jun-2015

6.677 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Projek Kokurikulum DPLI-UTM TM2

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja kelab bahasa 2012

KERTAS CADANGAN

PROJEK 1

PERSATUAN BAHASA

NAMA PROJEK :

MINGGU BAHASA

KUMPULAN PENGELOLA / PENGANJUR :

KUMPULAN 4 (TM2/TM4)

TARIKH PROGRAM :

22 MAC 2012

MASA PROGRAM :

2.00 petang – 5.00 petang

TEMPAT :

BILIK KULIAH C13 413

Page 2: Kertas kerja kelab bahasa 2012

1.0 PENDAHULUAN

Minggu Bahasa merupakan satu aktiviti kokorikulum yang akan dianjurkan oleh

kumpulan 4 (TM2/TM3), Fakulti Pendidikan (DPLI), Universiti Teknologi Malaysia.

Pertandingan ini disertai oleh pelajar ahli kumpulan TM2 dan TM3. Setiap kumpulan

wajib menyertai aktiviti yang dianjurkan. Aktiviti ini akan dianjurkan di Bilik Kuliah C13

414 Fakulti Pendidikan. Aktiviti yang diadianjurkan oleh kelab ini diharap diterapkan

didalam penganjuran gerak kerja kokurikulum yang boleh dilaksanakan di dalam

Sistem Persekolahan di Malaysia.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan terutamanya berkaitan dengan

daya berfikir yang kreatif dan memberi peluang kepada peserta untuk meluaskan

kemahiran di dalam penggunaan bahasa yang betul. Elemen ini amat penting bagi

setiap bakal guru. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji

kemahiran bahasa setiap peserta. Di samping itu juga, ia dapat membentuk satu

kumpulan yang kreatif, inovatif serta mempunyai gerak kerja yang konsisten dalam

merancang aktiviti bagi memastikan penganjuran Minggu Bahasa ini berjaya. Aktiviti

yang dianjurkan di dalam program ini menanamkan sifat kerjasama dalam setiap

peserta dan penganjur yang boleh ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh

cabaran yang mendatang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan

rohani,jasmani dan emosi.

3.2 Membina dan meningkatkan disiplin peserta dan penganjur.

3.3 Melahirkan para pelajar yang berupaya memberikan idea yang bernas

untuk mengeluarkan strategi-strategi semasa mereka menyertai aktiviti

dalam kumpulan.

3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap

mementingkan diri sendiri.

Page 3: Kertas kerja kelab bahasa 2012

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 22 Mac 2012 .

4.2 Dilaksanakan selama 3 jam

4.3 Masa pelaksanaan ialah antara jam 2.00 petang – 5.00 petang.

4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT

Bilik Kuliah C13 413 Fakulti Pendidikan;

5.1 Kawasan bilik kuliah yang luas dan sesuai dengan aktiviti yang dirancang.

5.2 Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran(sewa bilik).

5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan

sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

6.0 PENUTUPAN DAN PERASMIAN

Program MINGGU BAHASA ini akan dirasmikan oleh DR. Halijah Binti Ibrahim,

pensyarah Kursus Pengurusan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti

Pendidikan, UTM . Ia akan berlangsung di Bilik Kuliah C13 413. Upacara ini akan

dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana DR. Halijah Binti Ibrahim akan diberi

peluang memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah peserta : 21 orang

7.2 Jumlah AJK pogram : 7 orang

Page 4: Kertas kerja kelab bahasa 2012

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : DR. Halijah Binti Ibrahim

AJK pelaksana

1. Pengerusi kumpulan : En. Muhammad Ameen Bin Atan

2. Setiausaha : Pn. Zizimisrinah Binti Zaman

3. Bendahari : Pn. Noor Hayati Binti Hussen

Ahli Jawatankuasa

1. AJK Urusetia/Pendaftaran : Pn. Rina Bt. Atan (k)

2.  AJK Program : Cik Norain Bt. Jeman (k)

(pelaksana aktiviti)

3. AJK Hadiah dan Sijil : Pn. Nor Adilawati Bt. Sulaman (k)

4. AJK Publisiti : Pn. Nor Rafidah Bt. Mohd Rahim (k)

9.0 SYARAT AKTIVITI

9.1 KEMASUKAN / PENYERTAAN

9.11 Semua ahli dalam 4 kumpulan mestilah menyertai program yang

dianjurkan.

9.12 Sebarang maklumat mengenai aktiviti dan penyertaan boleh

menghubungi pihak penganjur.

9.2 PENERANGAN AKTIVITI

9.21 Program akan dibahagikan kepada 2 sesi iaitu terdapat 2 aktiviti yang

berlainan.

Page 5: Kertas kerja kelab bahasa 2012

9.22 Aktiviti pertama ialah TEKA GAYA SAYA;

i - Setiap kumpulan akan menghantar 4 orang wakil.

ii - Urutan kumpulan akan ditentukan mengikut undian.

iii - Aktiviti akan dimulakan dengan ketua setiap kumpulan akan

memilih 4 sampul yang mengandungi soalan yang berbeza.

iv - Kumpulan hendaklah memilih 1 orang wakil bertindak sebagai

pelakon manakala 3 orang lagi akan meneka apa yang dilakonkan

oleh pelakon.

9.23 Aktiviti kedua ialah Spell It Right;

i - Setiap kumpulan akan menghantar 4 wakil orang wakil.

ii - Mereka akan mengeja perkataan yang diajukan oleh pihak

penganjur.

9.3 PERATURAN AKTIVITI

9.31 Peraturan-peraturan aktiviti harus diikuti:

Kumpulan hendaklah menetapkan wakil peserta bagi setiap aktiviti

hendaklah orang yang berlainan .

Aktiviti 1

a) PELAKON yang dipilih bagi aktiviti tidak boleh ditukar ganti semasa

permainan berlangsung.

b) Masa diperuntukan bagi setiap peserta ialah 20 minit bagi setiap

kumpulan.Tidak ada penambahan masa dibenarkan.

c) Seorang Pelakon akan diperuntukkan mencuba 3 jenis soalan,

pelakon akan bertukar dengan peserta lain dan peserta lain boleh

mencuba soalan yang tidak berjaya dijawab oleh peserta pertama.

Sekiranya terdapat 2 atau lebih kumpulan yang dapat menjawab

semua soalan, maka PEMENANG akan dinilai daripada jumlah masa

yang diperuntukkan untuk menyelesaikan permainan.

Page 6: Kertas kerja kelab bahasa 2012

e) Keputusan pengadil adalah muktamad.

Aktiviti 2

a) Peserta akan dibenarkan mencuba sebanyak mungkin sehingga masa

yang diperuntukan tamat. Peringatan, jawapan yang terakhir sahaja

yang akan dikira.

b) Masa diperuntukan bagi setiap peserta ialah 3 minit bagi setiap

peserta.

c) Pemenang akan ditentukan mengikut jumlah perkataan yang dapat

dijawab / dieja dengan betul.

d) Sekiranya terdapat peserta yang tidak berjaya menjawab, peserta

tersebut akan dikeluarkan daripada kumpulan.

e) Keputusan pengadil adalah muktamad.

10.0 CADANGAN BELANJAWAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)

3. Hadiah (Hamper) :

1. Hadiah pertama

2. Hadiah kedua

3. Hadiah ketiga

4. Hadiah keempat

1 x RM 25.00

1 X RM 20.00

1 X RM 15.00

1 X RM 15.00 75.00

JUMLAH 75.00

Page 7: Kertas kerja kelab bahasa 2012

11.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam program

Minggu Bahasa ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk

melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama

daripada semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

.

Disediakan oleh, Tarikh : 15/03/2012

.......................................

(PN. ZIZIMISRINAH BINTI ZAMAN)

Setiausaha

Kelab Bahasa

DPLI UTM

Disahkan Oleh,

.....................................

(DR. HALIJAH BINTI IBRAHIM)

Pensyarah Kursus Pengurusan Kokurikulum,

Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan, UTM

Page 8: Kertas kerja kelab bahasa 2012

LAMPIRAN 1

ATURCARA PROGRAM MINGGU BAHASA

Tarikh : 23 MAC 2012

Masa : 2.00 petang – 5.00 petang

2.00 – 3.20 pm : Aktiviti 1

3.20 – 3.30 pm : Rehat

3.30 – 4.30 pm : Aktiviti 2

4.50 – 5.10 : Ucapan alu – aluan pengerusi

Ucapan penutupan dan perasmian perasmi

DR. Halijah Binti Ibrahim

Pensyarah Kursus Pengurusan Kokurikulum,

Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan, UTM

Penyampaian hadiah kepada pemenang

5.10 pm : Bersurai

Page 9: Kertas kerja kelab bahasa 2012

LAMPIRAN 2

Borang Penyertaan Aktivti Persatuan Bahasa DPLI-UTM 2012

Pengurus Kumpulan : _________________________________

Aktiviti 1

Peserta

Bil Nama Bahagian Kad Matrik1 Pelakon2 Peserta3 Peserta4 Peserta

Aktiviti 2

Peserta

Bil Nama Kad Matrik1234

Saya faham bahawa pihak penganjur aktiviti akan mengambil segala langkah

keselamatan yang sewajarnya. Dengan ini saya memberi pengakuan bahawa saya

tidak akan membuat apa-apa tuntutan atau mengambil apa-apa tindakan undang-

undang atau mahkamah terhadap tuan, wakil tuan, penganjur atau sesiapa yang

berkaitan dengan aktiviti di atas apa-apa kemalangan, kematian, kecacatan anggota

atau kehilangan anggota dan sebarang kecederaan lain terhadap kumpulan saya yang

berlaku dalam perjalanan pergi dan balik semasa aktiviti.

2. Saya memberi kebenaran kepada pihak penganjur atau wakilnya memberi apa-

apa rawatan atau pertolongan perubatan jika di dapati perlu.

Tarikh …………………………. ………………………………................

Tandatangan Pengurus Kumpulan