kertas kerja indv (2)

Upload: leeann-brewer

Post on 02-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 kertas kerja INDV (2)

    1/6

    SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA, KL

    ______________________________________________

    KERTAS KERJA PROJEK

    ALAT BANTU MENGAJAR : FAILKATA ADJEKTIF

    ______________________________________

    PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)

    PISMP BAHASA MELAYU JANUARI 2010

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

    KENDALIAN GURU PELATIH :

    HASANUTHIN BIN MUSTAFA (900223-08-6723)

    PISMP 8A AMBILAN JANUARI 2010

    DENGAN KERJASAMA PIHAK SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA, K.LUMPUR

  • 7/27/2019 kertas kerja INDV (2)

    2/6

    1.0 Pengenalan.

    Internship ialah satu program latihan di lapangan bertujuan untuk mengaitkan

    pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru

    permulaan. Dalam melaksanakan latihan ini, guru pelatih didedahkan secara langsung

    mengenai tugasan yang berkaitan dengan aktiviti atau projek. Guru pelatih dikehendaki

    merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran

    dan pembelajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah. Oleh yang demikian, aktiviti

    membina Fail Kata Adjektif untuk tahap satu bagi keperluan Kurikulum Standart

    Sekolah Rendah amatlah sesuai dirancang dan dilaksanakan sejajar dengan

    memperkasakan tatabahasa Bahasa Melayu diperingkatkan sekolah rendah.

    Penggunaan Fail Kata Adjektif ini sebagai alat bantu mengajar sememangnya

    amat relevan dan mampu meningkatkan penguasaan tatabahasa secara literal kepada

    murid-murid tahap satu iaitu tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Penggunaan alat bantu

    mengajar ini juga mampu menarik minat murid untuk terus menumpukan perhatian

    terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid akan mudah melihat secara lebih

    jelas dengan imej dan perkataan yang disusun dengan baik dan memudahkan juga

    murid berfikir dan meningkatkan daya pemikiran kreatif dan inovatif. Ini sejajar dengan

    harapan kementerian yang mahu murid menguasai kemahiran asas KSSR iaitu elementatabahasa. Penggunaan Fail Kata Adjektif ini juga mampu memupuk budaya membaca

    dan dapat memberi manfaat kepada murid-murid tanpa mengira latar belakang masing-

    masing.

    Diharap dengan adanya buku besar ini mampu memberi manfaat kepada guru-

    guru dan murid-murid di sekolah ini. Serta diharapkan juga dengan bantuan alat bantu

    mengajar ini mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran guru lebih

    berkualiti dan pembelajaran murid lebih bermakna.

  • 7/27/2019 kertas kerja INDV (2)

    3/6

    2.0 Matlamat.

    Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapat pertimbangan dan sokongan pihak

    sekolah dengan tujuan yang berikut:

    2.1. Memudahkan aktiviti kelas literasi dilaksanakan dengan berkesan.

    2.2. Memudahkan murid melihat, belajar dan menghayati perkara yang

    terkandung dalam fail tersebut.

    2.3. Membudayakan amalan menjana idea dalam kalangan murid-murid tahap

    satu.

    2.4 Membantu guru menggunakan pendekatan yang lebih efektif semasa

    mengajar.

    3.0 Objektif.

    3.1. Menyediakan bahan yang sesuai dan interaktif kepada murid.

    3.2. Membolehkan guru merangsang murid untuk berkomunikasi sewaktu sesi

    pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

    3.3. Menggalakkan murid berinteraksi dengan melalui penggunaan bahan visual.

    3.4. Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan inovatif kepada guru dan murid.

    3.5. Meningkatkan keaktifan murid dalam mencari elemen tatabahasa.

    3.6. Memberi peluang kepada guru meningkatkan amalan pedagogi di dalam

    kelas.

    3.7. Membudayakan keseronokan belajar tatabahasa dalam kalangan murid.

    4.0 Tarikh.

    8 Julai 2013 hingga 26 Julai 2013

  • 7/27/2019 kertas kerja INDV (2)

    4/6

    5.0 Tempat.

    Bilik Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Seri Suria, Kuala Lumpur.

    6.0 Ahli Jawatan Kuasa.

    Penaung

    Puan Dhravani a/p Sangarlingam

    Penasihat 1

    Puan Tamil Selvee a/p Samikutty

    Penasihat 2

    En. Mohd Sabri B. Mahamud

    Penasihat 3

    Puan Zaleha Bt. Yusoh

    Mentor

    Puan Sabaria Bt. Mat Akil

    Pn. Hjh Aidah Bt. Kassim

  • 7/27/2019 kertas kerja INDV (2)

    5/6

    7.0 Pelan Tindakan.

    Berikut merupakan pelan tindakan projek ini.

    Bil. Tarikh Aktiviti Tindakan

    1. 8-12Julai 2013 Kenal pasti bahan mengikutperancangan.

    Penyediaan bahan.

    Proses (1) Asas binaan fail kataadjektif.

    2 15-19 Julai 2013 Proses (2) Penyiapan bahagiandalaman fail kata adjektif..

    Proses (3) Penghiasan.

    Proses (4) Percubaan P&P.

    3 22-26 Julai 2013 Proses (5) Kemaskini akhir.

    Penyerahan bahan ABM-FailKata Adjektif kepada pihaksekolah.

    8.0 Anggaran Perbelanjaann.

    Bil Barangan Harga seunit Jumlah

    1. Fail RM 4.50 RM 4.50

    2. Kertas Pembalut Hadiah Rm 1.50 RM 1.50

    3. Kertas A4 Warna RM 4.00 RM 4.00

    4. Kertas A4 Putih RM 3.00 RM 3.00

    JUMLAH RM 13.00

  • 7/27/2019 kertas kerja INDV (2)

    6/6

    9.0 Penutup.

    Semoga dengan adanya alat bantu mengajar ini dapat membantu guru dalam

    melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkualiti.

    Bagi pihak guru pelatih, projek ini merupakan satu pendedahan yang amat

    berguna sebagai bekalan ilmu untuk ke sekolah kelak. Sehubungan dengan itu, diharap

    pihak sekolah dapat memberikan kerjasama yang erat bagi merealisasikan projek ini.

    Terima kasih.

    Disediakan oleh,

    (Hasanuthin Bin Mustafa)

    Guru Pelatih IPGKBM.

    Disemak oleh, Disahkan oleh:

    ..

    ( Puan Hajah Aidah Bt Kassim ) ( Puan Dhravani a/p Sangarlingam)

    Mentor. Guru Besar SK Seri Suria.