kertas kerja dialog meja bulat

5
KERTAS KERJA Dialog Meja Bulat Bersama Komuniti Kampus Mengenai Pengurusan Sumber Air Kampus UKM “Bersatu Ke Arah Pemuliharaan Alur Ilmu” 24 April 2014 Dewan Persidangan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor

Upload: mia-amin

Post on 28-Jul-2015

190 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja dialog meja bulat

KERTAS KERJA

Dialog Meja Bulat Bersama Komuniti Kampus Mengenai

Pengurusan Sumber Air Kampus UKM

“Bersatu Ke Arah Pemuliharaan Alur Ilmu”

24 April 2014

Dewan Persidangan

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor

Disediakan oleh:

Dr. Rahmah Elfithri

Ketua Projek Arus Perdana

(AP-2012-006)

Page 2: Kertas kerja dialog meja bulat

1. Pengenalan

Dialog Meja Bulat Bersama Komuniti Kampus Mengenai Pengurusan Sumber Air

Kampus UKM : Bersatu Ke Arah Pemuliharaan Alur Ilmu merupakan bengkel anjuran Projek

Penyelidikan Arus Perdana bertajuk “Development of a Comprehensive Model Towards Good

Water Governance : UKM Campus as a Watershed Model” dengan kerjasama Pasukan Alur

Ilmu Kolej Ibu Zain dan Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM)

di bawah Nic Penyelidikan Pembangunan Lestari Wilayah. Dialog Meja Bulat ini akan

diadakan pada 24 April 2014 di Dewan Persidangan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

Dialog Meja Bulat ini merupakan aktiviti susulan dari Dialog Meja Bulat Bersama

Komuniti Kampus mengenai “Pengurusan Sumber Air Kampus UKM, Selangkah ystem

Penyelesaian Bersama Secara Bijak” pada 15 September 2012 yang melibatkan pihak

berkepentingan berkaitan kawalan hakisan dan sedimen di UKM. Dialog Meja Bulat ini juga

merupakan salah satu usaha untuk memulihara semula Alur Ilmu yang merupakan nadi

kepada UKM sejak dahulu lagi.

2. Objektif

Objektif bengkel ini adalah:

1. Mengenalpasti isu yang berkaitan dengan sumber-sumber pencemaran Alur

Ilmu UKM

2. Memberi kesedaran kepada seluruh kampus komuniti terutama pelajar, pihak

pengurusan dan juga pengusaha cafeteria.

3. Menyediakan ystem pengurusan secara bersepadu bagi memulihara Alur Ilmu

2

Page 3: Kertas kerja dialog meja bulat

UKM

3. Anggaran Perbelanjaan

Bil. Jenis Perbelanjaan Amaun (RM)

1.Minum pagi dan makan tengahari(RM 8.00 x 100 pcs)

800

2.Minum petang(RM 4.00 x 50 pcs)

200

3.Bahan Bengkel (Kertas, Fail, Pen)(RM 5.00 x 100 pcs)

500

4. Publisiti (Bunting, Banner, Poster) 300

5. Honorarium dan Cenderamata Pembentang 200Jumlah 2, 000

4. Senarai Peserta Dialog Meja Bulat

a. Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali (Naib Canselor, UKM)

b. Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mazlin Mokhtar (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, UKM)

c. Y. Bhg. Prof. Dr. Md. Pauzi Abdullah(Ketua Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Sumber Air Bersepadu IWRM)

d. Y. Bhg. Prof. Madya Ir. Dr. Abdul Khalim Abdul Rashid (Pengarah JPP)e. Y. Bhg. Dato’ Hj. Mohd. Abd. Rashid Mohd. Fadzil (Bendahari UKM)f. Ketua-ketua Pengarah Institut UKM/Wakil)

(7 Institut x 2 orang = 14 orang)g. Dekan Fakulti-Fakulti UKM/Wakil)

(10 Fakulti x 2 orang = 20 orang)h. Ahli Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM)

(15 orang)i. Ahli Projek Arus Perdana

(10 orang)j. Ahli Pasukan Alur Ilmu UKM

(30 orang)k. Perbadanan Putrajaya

(2 orang)l. Pengusaha Kafeteria di Sepanjang Alur Ilmu

(10 kafe x 2 orang = 20 orang)

3

Page 4: Kertas kerja dialog meja bulat

5. Program Dialog Meja Bulat Bersama Komuniti Kampus

24 April 2014 (Khamis)

8.30 pagi Pendaftaran Peserta

9.00 pagi Ucapan Aluan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Oleh Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar

9.15 pagi Ucapan Pembukaan Naib Canselor

Oleh Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali

9.30 pagi Pembentangan 1

Sumber Pencemaran Alur Ilmu UKM

Oleh Prof. Dr. Md. Pauzi Abdullah (Ketua Kumpulan IWRM)

9.50 pagi Pembentangan 2

Amalan Pengurusan & Pemuliharaan Sumber Air

Oleh Tn. Hj. Akashah Hj. Majizat (Ketua Bahagian Alam Sekitar, Tasik

dan Wetland Perbadanan Putrajaya)

10.10 pagi Pembentangan 3

Inisiatif Pasukan Alur Ilmu – Alur Ilmu: The Heart of UKM

Oleh Noor Suzilawati Yatim

10.30 pagi Minum pagi

11.00 pagi Perbincangan Dialog Meja Bulat

12.30 tghari Makan tengahari

2.00 ptg Lawatan tapak di sekitar kampus UKM

4.00 ptg Rumusan & Penutup

4.30 ptg Minum Petang

6. Kesimpulan

Pihak Urusetia Projek Arus Perdana dan Pasukan Alur Ilmu UKM berharap agar Dialog Meja Bulat Bersama Komuniti Kampus : Bersatu Ke Arah Pemuliharaan Alur Ilmu ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

4