30 soal jawab melayu sepakat islam berdaulat msib - ust abdullah zaik, presiden isma

34
Soalan 1 S  (Pengerusi Majlis) :  (Selawat) Salam, salam sejahtera , Alhamdulillah bersyukur kita terhadap  Allah s.w.t pada pagi ini kita dapat bersama dalam satu sesi wawancara bersama dengan Ust.  Abdullah Zaik Abd Rahman yang merupakan Presiden Ikatan Muslimin Malayusi a (ISMA) . Pada  pagi ini, insyaAllah bersama saya adalah beberap a orang individu yang akan bersama-sama dalam wawancara ini yang akan membicarakan suatu perkara yang hendak dibawa oleh Ikatan Muslimin  Malaysi a berkaita n dengan slo gan Melay u Sepakat I slam Berda ulat. Selamat datang Y. Bhg ustaz. Saya difahamkan bahawa slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat ini akan dijadikan suatu slogan dalam memperjuangkan atau dalam gerak kerja (ISMA) pada masa akan datang. Bagaimana saudara Presiden nampak perkara ini akan memberi kesan terutama dalam membawa masej Islam kepada masyarakat. J : Di awal perbincangan ini, suka saya menegaskan bahawa perjuangan dan fikrah ISMA ialah Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dalam bentuknya yang mudah, Islam yang mudah dan simple tanpa ditambah ataupun dikurangkan. ISMA tidak mengideologikan Islam itu. Kita menerima Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W., sebagaimana wahyu itu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan dibawa oleh baginda kepada para sahabat dan seterusnya sampai kepada generasi kita sekarang, itulah Islam yang dibawa oleh ISMA. Kita tiada ideologi lain selain daripada Islam. Jika ditanya apa fikrah isma? Maka jawapannya ialah Islam itu sendiri sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Saya sebutkan perkara ini kerana, banyak sekali kita lihat hari ini timbul kecenderungan dalam kalangan sesetengah pihak untuk mencampur-baurkan fikrah islam dengan ideologi-ideologi lain dan menyebabkan kekeliruan berlaku dalam masyarakat umum. Ini mungkin akibat tekanan dan perkembangan-perkembangan ideologi yang berlaku. Jad, di atas asas fikrah simple dan mudah ini jugalah kita menetapkan pendirian-pendirian terhadap sesuatu perkara, terhadap badan-badan lain, terhadap isu-isu, terhadap segala apa yang berlaku di sekitar kita pada masa ini. Apa sahaja cabaran yang dihadapi oleh umat Islam hari ini kita melihat daripada aspek Islam yang asli, murni dan tulen, termasuklah apa yang disebutkan oleh saudara (En Mohd Rosli bin Ramli) tadi dalam persoalan mengenai slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat. Sebenarnya inti kepada perjuangan Isma ialah untuk membina, membangun dan mempertahankan keperibadian dan jati diri orang Islam khususnya masyarakat Melayu

Upload: umar-faruq-muhamad-shamsudin

Post on 04-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 1/34

Soalan 1

S (Pengerusi Majlis) : (Selawat) Salam, salam sejahtera , Alhamdulillah bersyukur kita terhadap

 Allah s.w.t pada pagi ini kita dapat bersama dalam satu sesi wawancara bersama dengan Ust. Abdullah Zaik Abd Rahman yang merupakan Presiden Ikatan Muslimin Malayusia (ISMA). Pada

 pagi ini, insyaAllah bersama saya adalah beberapa orang individu yang akan bersama-sama dalam

wawancara ini yang akan membicarakan suatu perkara yang hendak dibawa oleh Ikatan Muslimin

 Malaysia berkaitan dengan slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Selamat datang Y. Bhg ustaz.

Saya difahamkan bahawa slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat ini akan dijadikan suatu

slogan dalam memperjuangkan atau dalam gerak kerja (ISMA) pada masa akan datang. Bagaimana

saudara Presiden nampak perkara ini akan memberi kesan terutama dalam membawa masej Islam

kepada masyarakat.

J : Di awal perbincangan ini, suka saya menegaskan bahawa perjuangan dan fikrah

ISMA ialah Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dalam bentuknya

yang mudah, Islam yang mudah dan simple tanpa ditambah ataupun dikurangkan.

ISMA tidak mengideologikan Islam itu. Kita menerima Islam sebagaimana yang

dibawa oleh Rasulullah S.A.W., sebagaimana wahyu itu diturunkan kepada Nabi

Muhammad S.A.W. dan dibawa oleh baginda kepada para sahabat dan seterusnya

sampai kepada generasi kita sekarang, itulah Islam yang dibawa oleh ISMA. Kita tiada

ideologi lain selain daripada Islam.

Jika ditanya apa fikrah isma? Maka jawapannya ialah Islam itu sendiri

sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Saya sebutkan perkara ini kerana,

banyak sekali kita lihat hari ini timbul kecenderungan dalam kalangan sesetengah

pihak untuk mencampur-baurkan fikrah islam dengan ideologi-ideologi lain dan

menyebabkan kekeliruan berlaku dalam masyarakat umum. Ini mungkin akibat

tekanan dan perkembangan-perkembangan ideologi yang berlaku. Jad, di atas asas

fikrah simple dan mudah ini jugalah kita menetapkan pendirian-pendirian terhadap

sesuatu perkara, terhadap badan-badan lain, terhadap isu-isu, terhadap segala apa yang

berlaku di sekitar kita pada masa ini. Apa sahaja cabaran yang dihadapi oleh umat

Islam hari ini kita melihat daripada aspek Islam yang asli, murni dan tulen,

termasuklah apa yang disebutkan oleh saudara (En Mohd Rosli bin Ramli) tadi dalam

persoalan mengenai slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Sebenarnya inti kepada perjuangan Isma ialah untuk membina, membangun danmempertahankan keperibadian dan jati diri orang Islam khususnya masyarakat Melayu

Page 2: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 2/34

ataupun bangsa Melayu di rantau ini, khususnya di Malaysia. Oleh kerana orang

Melayu pada dasar sejarahnya telah bercampur darahnya dengan Islam, rohnya dengan

roh Islam dan telah menjadi sebahagian daripada umat Islam dan tidak ada sesiapa pun

boleh menafikannya, walaupun apa yang berlaku sepanjang sejarah penjajahan dan

sebagainya. Agenda-agenda asing cuba untuk menghakis jati diri keperibadian Islam

ini daripada orang Melayu sehingga mereka tidak mempunyai agenda dan pegangan.

Bagaimanapun kita masih menganggap bahawa segala muqawimat  (kekuatan) Islam

itu masih wujud pada diri orang Mlayu sebagai suatu ummah, sebagai suatu bangsa

yang berdiri tegak di atas asas-asas rukun agama Islam.

Jadi, agenda utama ISMA ialah membina, membangun dan mempertahankan

keperibadian dan jati diri umat Islam sehingga menjadi bangsa yang memperjuangkan

Islam, yang membela Islam dan menjadi kepimpinan Islam pada masa akan datang.Oleh kerana sekarang kita lihat masyarakat Melayu, khususnya di Malaysia yang

merupakan kaum majoriti di kalangan orang Islam, berhadapan dengan berbagai-bagai

ancaman, berhadapan dengan ancaman daripada berbagai-bagai agenda yang datang

daripada luar dan juga daripada dalam negeri, jadi di sana terdapat percaturan di

peringkat antarabangsa dan asas percaturan di peringkat dalam negeri.

Jadi, soalnya bagaimana orang Melayu dan masyarakat Islam boleh keluar daripada

kemelut ancaman ini? Inilah jawapan kita. Kita lancarkan slogan Melayu Sepakat

Islam Berdaulat. Pada pandangan kita, dengan kembalinya orang Melayu kepadaIslam, dengan kita kukuhkan semula keperibadian Melayu kepada jati diri keislaman,

mereka bersatu padu menjadi umat yang mempunyai risalah, menjadi umat yang

mempunyai agenda, maka mereka akan dapat keluar dengan selamat dari situasi yang

mereka hadapi sekarang.

Soalan 2

S  (Pengerusi Majlis)  :  Tapi ustaz, bila kita menyebut Melayu, kerap kali masyarakat mengaitkannya dengan istilah ketuanan Melayu, hak istimewa orang Melayu. Jadi, apabila ISMA

meletakkan slogan ini sebagai gerak kerja dan agenda utama, Seolah-olah menafikan hak orang lain

dalam masyarakat Malaysia di negara kita ini. 

J : Pertama sekali saya hendak sebut di sini tentang istilah ketuanan Melayu itu

sendiri. Istilah ini sebenarnya tidak mempunyai satu rujukan yang disepakati,

berkaitan takrif dan definisinya, sehingga perbahasan dan pandangan mengenainya

bercanggah-canggah antara satu pihak dengan pihak yang lain disebabkan definisi

yang berbeza-beza. Bagi pihak ISMA, kita melihat isu ketuanan Melayu ini dari aspek yang tertentu.

Page 3: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 3/34

Pertama sekali, isu ketuanan Melayu pada takrifan kita ialah berdasarkan fakta sejarah

yang mana orang Melayu merupakan penduduk asal di tanahair ini. Orang Melayu

adalah pemilik tanah ini. Orang Melayu adalah pewaris secara turun temurun daripada

zaman sebelum Islam, sehingga selepas kebangkitan Rasulullah S.A.W. dan zaman

Islam. Orang Melayulah merupakan penduduk asal di negara ini dan merekalah tuanyang berhak memiliki, memerintah, menentukan masa depan dan halatuju negara ini,

secara fakta dan sejarah.

Melihat kepada aspek itu, maka maksud ketuanan di sini ialah siyadah, yang

mempunyai hak untuk memimpin, menentukan arah tuju dan masa depan. Adapunsesetengah orang mentakrifkan ketuanan Melayu dengan makna bangsa yang mulia

dari segi zuriat dan keturunan, ataupun darah dan warna kulit, itu bagi saya bukan

yang kita fahami. Kefahaman sebegitu mungkin berlaku di Barat atau sejarah Arab

lama.

Pada zaman silam ada orang bangga dengan bangsa. Contohnya zaman Nazi. Orang

Yahudi bangga dengan darah dan keturunannya. Tetapi dalam sejarah Melayu, tidak timbul istilah ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu, dalam transkrip Melayu

mengatakan bahawa darah Melayu ini daripada keturunan yang mulia, beraja dan

menjadikan ia bangsa yang lebih mulia daripada bangsa yang lain. Itu tidak berlaku

dalam sejarah Melayu.

Jadi, menghukum ketuanan Melayu dengan kefahaman begitu adalah silap, tidak merujuk kepada fakta dan sejarah. Tetapi yang menjadi sejarah dan fakta sebenarnya

adalah orang Melayu merupakan pemimpin, pemilik tanah ini secara turun temurun

yang telah memimpin rantau ini dengan Islam beratus tahun. Ini adalah fakta. Fakta

sejarah juga menunjukkan kaum-kaum lain yang datang ke sini adalah kaum

pendatang. Dalam konteks sejarah dan negara, kita dianggap sebagai masyarakatmajmuk bermula pada tahun 1940. Itu merupakan tempoh yang sangat baru dalam

sejarah.

Istilah ketuanan Melayu merujuk kepada fakta sejarah ini. Pertama, ketuanan Melayu

dengan mafhum ini tidak bercanggah dengan Islam. Kedua, aspek hak asasi dan hak 

istimewa. Hak asasi dan hak istimewa ini adalah satu jaminan perlembagaanberasaskan kepada yang dipanggil affirmative action. Dalam konteks ketuanan

Melayu, yang dikehendaki sebenarnya adalah lebih daripada itu lagi, iaitu kedudukan

Melayu dan Islam dikembalikan lebih daripada apa yang ada pada hari ini. Bukan

setakat mempertahankan saki baki apa yang ada, malah kita mahu memperjuangkan

lebih daripada itu, iaitu memartabatkan lagi kedudukan Islam dan maruah umat Islam

di negara ini.

Berbalik kepada soalan, adakah slogan ini mengancam hak orang lain? Tidak pernah

berlaku dalam sejarah, kefahaman, ideologi, budaya, pemikiran, adab-adab orangMelayu dan ajaran Islam sebarang penindasan ataupun memandang rendah dan hina

Page 4: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 4/34

bangsa lain, sebagaimana ia tidak melihat keturunannya lebih mulia berbanding

bangsa lain. Jadi tidak berlaku penindasan dengan mafhum itu atau dengan pandangan

ideologi seperti itu.

Jadi, apabila kita menyebut ketuanan Melayu ataupun dalam istilah kita Melayu

Sepakat Islam Berdaulat, kita tidak bermaksud untuk menafikan hak orang lain,

bahkan menurut ajaran Islam, orang bukan Islam mempunyai hak kewarganegaraan

yang sama dengan orang Islam. Mereka boleh hidup aman, mencari rezeki, boleh maju

dan mendapat kejayaan. Sejarah membuktikan sampai hari ini pun, orang yang lebih

kaya di Malaysia bukan orang Melayu. Orang yang lebih berjaya di Malaysia bukanorang Melayu. Jadi tiada dalam pemikiran orang Melayu untuk mengetepikan bangsa

lain, memandang rendah ataupun menidakkan hak-hak orang lain. Jadi, itu semua

adalah dakwaan yang tidak berasas dan tidak mempunyai bukti.

Soalan 3

S  (Panel 1)  :  Mungkin maksud ketuanan Melayu, di situ ada bermaksud bahawa kekuasaan,

 pemerintahan mesti dipelihara oleh bangsa yang duduk di tanah tersebut, bagaimana pandangan

ustaz ? 

J : Bagi kita orang Islam, menganggap diri kita lebih berhak, lebih layak 

memimpin di bumi Malaysia ini, itu adalah pendirian yang sejajar dengan pandanganIslam. Islam diturunkan untuk menjadikan kita umat yang mengatasi umat lain dari

segi kepimpinan. Kita memimpin bangsa lain kerana hidayah, rahmat dan Islam yangkita bawa.

Sebenarnya akidah dan pemahaman Islam menjadikan orang Islam merasa diri mulia,

dilantik oleh Allah S.W.T. untuk menjadi pendakwah, pemimpin bangsa lain dan umat

lain.

Jadi dalam konteks ini, menganggap diri kita sebagai orang Melayu yang beragama

Islam sebagai pemimpin, peneraju dan bertanggungjawab membawa hidayah kepadabangsa-bangsa lain adalah suatu yang bertepatan dengan Islam. Ia merupakan satu

matlamat, satu tujuan, satu pemikiran yang sangat mulia dan tidak bercanggah dengan

mana-mana nilai ajaran ataupun konsep dalam Islam sendiri.

Soalan 4

Page 5: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 5/34

S  (Panel 1) :   Adakah di sana hujah-hujah syarak yang menceritakan tentang dakwah ataupun

usaha-usaha untuk menyatukan bangsa, dan pada masa yang sama perjuangan bangsa ini

menunjukkan asabiyah yang dilarang oleh agama Islam, bagaimana pandangan ustaz ?  

J: Sebelum itu, saya ingin menjelaskan di sini bahawa ISMA tidak meletakkan

bangsa sebagai dasar perjuangan, sebalik ia adalah satu strategi dan pendekatan.

Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa sebagai dasar perjuangan adalah tidak 

te pat dengan konsep yang terkandung dalam “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”.

Dasar perjuangan kita adalah Islam, kita nak tegakkan dan daulatkan Islam.

Dalam sejarah Islam, bangsa tidak pernah dihapuskan, bahkan setiap bangsa

memainkan peranan mereka untuk menegakkan Islam. Ini berlaku sejak zamanRasulullah S.A.W. Pada zaman Rasulullah S.A.W., apabila baginda membawa risalah

Islam, baginda tidak pernah menghapuskan bangsa. Dalam peristiwa Baiatul Aqabah,

12 naqib itu adalah mewakili setiap kumpulan bangsa mereka; sama ada daripada Aus

ataupun Khazraj. Begitu juga peristiwa yang berlaku sewaktu pembukaan Kota

Mekah. Apabila Rasulullah S.A.W. masuk ke Mekah, baginda meletakkan Abu

Sufyan di pintu masuk Mekah dan tentera-tentera Islam yang bersama Rasulullah

S.A.W. ini disusun mengikut kabilah masing-masing. Setiap tentera masuk ke Mekah

mengikut kabilah masing-masing. Setiap kali satu pasukan tentera masuk, mereka laludi hadapan Abu Sufyan, setiap kali itulah sahabat memberitahu kepada Abu Sufyan

bahawa ini tentera daripada kabilah fulan bin fulan.

Banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah menunjukkan bahawa Islam tidak 

pernah menghapuskan bangsa, bahkan Allah S.W.T. menyebut dalam al-Quran:

Kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling

mengenal

(Surah al-Hujurat : ayat 13)

Ini ciptaan Allah S.W.T., tidak munasabah Allah akan menghapuskan bangsa. Apabila

Allah mencipta bangsa, kaum atau kabilah, sudah tentu ada peranannya. Hubungan

semulajadi sesama kaum itu sendiri merupakan satu kekuatan sepanjang sejarah

politik Islam. Kalau kita baca sejarah politik Islam sebagaimana yang diterangkan oleh

Page 6: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 6/34

Ibnu Khaldun dalam kajiannya, beliau mengatakan bahawa asobiyahlah yang menjadi

sumber kekuatan. Mana-mana kuasa politik yang muncul dalam sejarah adalah

bermula dengan wujudnya asobiyah itu. Sebab itu Ibnu Khaldun, apabila dia

menghurai syarat-syarat imamah, syarat-syarat seseorang yang ingin menjadi khalifah,

disebut imam ini mesti daripada kalangan Quraisy (   )

Ibnu Khaldun menghurai hadith ini. Apa maksud hadith ini? Adakah Rasulullah

S.A.W. kata begitu supaya kita ambil berkat? Oleh kerana dia keturunan nabi,

keturunan orang mulia dan sebagainya, maka imam pun kena daripada Quraisy kerana

berkatnya! Bukan! Bukan itu! Sebab itu Ibnu Khaldun membuat analisis dalam istilah

usul. Saya hendak menyebut di sini sebab, mungkin orang kata Ibnu Khaldun ini

mungkin betul dan mungkin tidak tentang istilah yang beliau pakai dan cara beliau

mengeluarkan hukum. Kalau kita membaca dan selidik bagaimana Ibnu Khaldunmenghurai hadith ini, dia menggunakan kaedah usul yang muktamad yang dipakai

oleh semua ulamak untuk mencari sebab, apa rahsia Rasulullah S.A.W. menyebut

(   )

Setelah melakukan kajian dan pemeriksaan, beliau dapati sebab yang paling

munasabah sekali ialah kerana kuasa (syaukah), kerana dokongan yang wujud, yang

memberikan kekuatan kepada mana-mana pemimpin untuk menjadi pemerintah, yang

boleh memaksa sehingga kuasa pemenrintahannya itu ditaati oleh orang lain. Mana-mana pemerintah yang datang dan tidak ada kekuatan sokongan, maka arahannya

tidak akan ditaati. Selain itu Ibnu Khaldun mengemukakan kajian sejarah. Kalau kita

lihat dari muka surat pertama hingga ke muka surat 202 kitab “Mukaddimah Ibnu

Khaldun”, beliau menghuraikan kedudukan asobiyah itu di dalam konteks pendekatan

satu-satu kuasa.

Sebagaimana pemerintahan biasa perlu pada asobiyah, begitu juga pemerintahan

Islam, sehingga Ibnu Khaldun menganggap asobiyah itu adalah sesuatu yang daruri 

dan tiada pilihan lain. Ia adalah sesuatu yang semula jadi. Ibnu Khaldun menjawab

persoalan-persoalan yang ditimbulkan hadith-hadith yang lain yang mengatakan

asobiyah itu sebagai jahiliyah, bercanggah dengan Islam dan sebagainya. Ibnu

Khaldun menghuraikan hadith-hadith ini dan mencari penyelesaiannya. Beliau

menserasikan antara hadith-hadith itu dengan begitu cantik sekali. Kesimpulannya

ialah sebenarnya bila kita kumpul semua hadith-hadith dan nas-nas berkaitan dengan

perkara tersebut, maka kita dapat faham bahawa hadith-hadith ataupun ayat-ayat yang

melarang ataupun mengharamkanasobiyah

itu tertumpu pada isu tujuan-tujuanasobiyah yang tidak baik, iaitu ke arah menegakkan kezaliman ataupun kebatilan,

Page 7: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 7/34

merampas hak orang lain ataupun berpegang kepada suatu puak, satu benda, satu

perkara, satu pendapat dengan cara yang membabi buta.

Jadi, bila kita jelas konsep hadith tersebut, kita dapat menserasikan antara hadith-

hadith dan ayat-ayat dan kita dapati kesimpulannya adalah bahawa asobiyah inisesuatu yang tidak boleh ditolak dalam kerangka kita untuk menegakkan agama Allah

S.W.T. Jadi, dalam konteks Malaysia, kalau kita hendak tegakkan agama, hendak 

tegakkan Islam, daulah Islam, ia mestilah disokong oleh satu bangsa yang kuat supaya

bila kita mengisytiharkan bahawa kita hendak melaksanakan Islam dan sebagainya,

pengisytiharan itu tidak boleh dicabar oleh orang lain, oleh sesiapapun. Jadi itu adalah

sesuatu yang diperlukan dan menepati kehendak-kehendak syariah dan dalil-dalil yang

wujud dalam nas-nas, transkrip-transkrip yang wujud dalam khazanah fikh Islam itu

sendiri.

Soalan 5

S (Panel 1) : Slogan Ikatan Muslimin yang mendahulukan bangsa. Kenapa didahulukan bangsa?

Sedangkan kita muslimin melihat pada namanya “Ikatan Muslimin” mendahulukan Islam. Bukankah

itu akan menyebabkan kekeliruan sepatutnya bagi masyarakat  umum. “Melayu Sepakat Islam

 Berdaulat”, atau sepatutnya mungkin “Muslim Sepakat,Melayu Berdaulat”. 

J: Sebenarnya slogan itu berkait dengan realiti setempat Malaysia, slogan itu khusus

di Malaysia kerana kita bercakap tentang negara kita, bercakap tentang situasi di

Malaysia.

Kalau kita sebut di Malaysia ini, Muslim Sepakat, muslim itu boleh dirujuk kepada

Arab, boleh dirujuk kepada Turki, boleh dirujuk kepada Iran, boleh dirujuk kepada

sesiapa sahaja. Jadi kita bukan khayal, kita bercakap daripada realiti, idea kita

daripada realiti, yang perlu sepakat di Malaysia ini ialah orang Melayu kerana orang

Melayulah tonggak kuasa Islam di sini di sepanjang sejarah, semenjak dahulu kala.

Jadi, tidak timbul kita nak sebut Islam Sepakat. Kita hendak merujuk kepada siapa?

Bilangan India yang muslim pun tidak besar dan bilangan Cina yang muslim pun tidak 

besar dan tidak boleh menjadi tonggak dalam soal atau perkiraan menegakkan risalah

Islam dan sebagainya.

Page 8: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 8/34

Soalan 6

S  (Panel 2) :   Isma nampaknya meletakkan Melayu sebagai tonggak untuk menegakkan Islam.

Tapi kita lihat sekarang ini Melayu dari sudut nilainya, dari sudut mempraktikkan Islam kadang-

kadang jauh lebih ketinggalan daripada bangsa yang lain, maksud saya di sini ialah orang Melayu

sendiri ada yang korup, ada yang bermasalah sosial dan seumpamanya, sementara bangsa lain yang

bukan Melayu mendahului dari sudut cekap, amanah, kurang masalah sosial. Jadi adakah ISMA

meletakkan harapan kepada bangsa Melayu untuk menegakkan Islam?. Tapi bezanya, yang bukan

 Melayu ini dia tidak Islam dari sudut akidah. Jadi mohon pandangan ustaz? 

J: Pertama sekali kita kena faham Islam adalah agama akidah, agama ibadah, agama

akhlak dan agama hukum. Jadi, apabila kita faham Islam ini dengan maksud yang

begitu, kita tidak keliru dengan istilah Islam siyasi, Islam politik. Kadang-kadang

apabila orang mengamalkan sesuatu amalan, kita mungkin menemui kesamaan dari

segi politik Islam dan bukan Islam dari aspek tertentu, tetapi itu tidak bermakna bukan

Islam itu menjadi Islam. Firman Allah:

bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur (Surah al-Baqarah : ayat 177)

Kita tidak boleh menganggap kalau Cina bersih, maka bersihnya sama dengan

Melayu. Ataupun Cina lebih baik daripada Melayu kerana Melayu tidak bersih. Islam

adalah agama akidah, agama akhlak, agama ibadah, agama hukum, jadi tidak boleh

melihat Islam dari segi hukum ataupun muamalat umum sahaja. Maknanya jika ada

orang lain lebih bersih ataupun lebih jujur ataupun sebagainya, maka kita pun

menganggapnya lebih Islam berbanding orang Melayu, sedangkan dia tidak mengucapdua kalimah syahadah. Dia tidak sembah Allah S.W.T., dia tidak sembahyang, dia

tidak puasa. Mungkin ada sesetengah etika itu wujud kebaikan pada mana-mana

bangsa, itu tidak dinafikan. Di Barat pun mungkin ada nilai yang lebih baik lagi, tetapi

itu tidak menjadikan Barat itu Islam lalu kita menganggap Barat itu lebih baik 

daripada orang yang mengucap dua kalimah syahadah. Itu satu poin yang penting kita

faham dalam konteks itu.

Yang kedua lebih penting daripada itu, kita tidak boleh putus asa dengan orang

Melayu, bangsa kita. Fakta yang kita sebutkan itu rasanya tidak begitu tepat walaupun

Page 9: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 9/34

akhbar mengemukakan banyak cerita tentang keburukan dan sebagainya. Sebenarnya

golongan bermasalah ini bukan majoriti, bukan semua, bukan sampai 90 atau 80

peratus orang Melayu jadi begitu. Tetapi dalam konteks peratusan kaum-kaum yang

terlibat sudah tentulah orang Melayu yang lebih tinggi kerana bilangan orang Melayu

lebih besar secara keseluruhannya yang menyebabkan peratus akan naik lebih tinggi.

Tetapi dalam konteks orang Melayu keseluruhan, adakah orang Melayu

keseluruhannya menjadi korup ataupun keseluruhannya mencuri? Sebahagian kecil

sahaja daripada orang Melayu itu mencuri dan sebagainya, tapi asas pegangan orang

Melayu, pegangan mereka pada agama dan sebagainya, asas agama dalam

keperibadian orang Melayu masih kuat. Takkan kita nak mengharap orang Cina yang

esok akan masuk Islam untuk dia tegakkan Islam. Kita harapkan, moga-moga dia

masuk Islam, moga-moga orang masuk Islam dan dialah akan jadi asas dalam projek Islam kita. Itu tidak munasabah.

Sedangkan orang Melayu dah masuk Islam turun temurun, namanya, bahasanya,

sembahyangnya, puasanya, adatnya, akhlaknya, tutur katanya semua dah Islam. Cuma

sedikit sebanyak berlaku penyelewengan dalam kehidupan masyarakat, itu benda

biasa, tiada atas dunia, tiada satu zaman pun tiada benda itu! Zaman khalifah-khalifah

selepas Rasulullah dulu pun ada orang mencuri, ada khurafat, merompak ada macam-

macam cerita.Jadi apa yang diceritakan tidaklah istimewa lebih daripada apa yang berlaku pada

zaman dahulu hatta zaman khalifah pun. Berlaku benda yang sama, penyelewengan

yang sama, penyelewengan dari segi akhlak, keruntuhan akhlak dan sebagainya. Jadi,

ia tidak membayangkan bahawa orang Melayu dah tidak sesuai lagi, tidak layak lagi

untuk memikul tanggungjawab itu. Ini semua adalah kehendak musuh.

Ini poin ketiga yang saya hendak sebut di sini, sebenarnya perancangan musuh ialah

untuk menghilangkan keyakinan diri dalam kalangan orang Melayu supaya orangMelayu merasa dia sudah tidak sesuai, jadi dengan itu dia tidak mahu lagi ataupun

tidak rasa layak lagi untuk memikul tanggungjawab. Jadi dengan itu siapa yang

untung? Yang akan untung ialah musuh Allah, bukan orang Islam. Jadi orang Islam,

harakah Islamiah, pendakwah Islam tidak sepatutnya memberi saham yang sama ke

arah meruntuhkan keyakinan diri dalam kalangan orang Islam.

Soalan 7

Page 10: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 10/34

S  (Panel 2) :  Saudara presiden, di mana ISMA meletakkan kedudukan bangsa lain dalam

 perancangan mereka sebab tadi ustaz sebutkan yang mana tonggaknya Melayu dan bangsa lain

tidak diletakkan sebagai rancangan strategi utama, jadi dekat mana bangsa lain, adakah

dipinggirkan atau macam mana? 

J: Kita selalu sebut mana-mana bangsa dalam konteks dunia ini tanpa ada kaitan

dengan agama, walaupun setelah bangsa itu mengucap dua kalimah syahadah. Tiada

dalam sejarah begitu. Oleh itu kita tidak sebut bangsa Islam kepada bangsa Cina atau

India. Kecuali Melayu, sebab ia fakta sejarah. Itu bukti!

Jadi sebab itu, kadang-kadang kita sebut bangsa Melayu itu bangsa Islam. Itu tidak 

boleh dipertikaikan oleh sesiapa. Tetapi yang lain, penduduk-penduduk bangsa lainyang masuk Islam, kita tidak kata bangsa dia bangsa Islam. Tetapi dia menjadi

sebahagian daripada umat Islam bila mana-mana bangsa masuk Islam daripada bangsa

Cina ke, India ke, dia menjadi sebahagian daripada umat Islam. Kalau dia baik dan dia

menerima hak dan kelayakan yang sama, ia boleh menjadi pemimpin dan sebagainya.

Tapi dari segi faktanya tidak munasabahlah kalau dia nak jadi pemimpin orang

Melayu.

Tidak mungkin orang Cina yang ada 20 ribu ataupun 200 ribu yang memeluk Islam ini

akan akhirnya menjadi pemimpin kepada orang Melayu yang bilangannya belasan

 juta. Jadi itu suatu yang tidak munasabah, tapi mereka sebahagian daripada umat

Islam, haknya sama, boleh nikah, boleh kahwin, semua sekali dan boleh berlaku di

sana percampuran yang penuh dan hak yang sama di antara orang Melayu dan bukan

Melayu.

Jadi tidak timbul soal kita menafikan orang bukan Melayu, orang Islam yang bukan

Melayu dalam hal ini, bahkan dalam perlembagaan Malaysia meletakkan orang

Melayu itu orang mengucap dua kalimah syahadah, bercakap bahasa Melayu,mengamalkan adat istiadat Melayu dan sebagainya. Jadi, sebenarnya boleh berlaku

dalam sejarah transformasi bangsa. Bila orang Melayu berkahwin dengan orang Cina,

 jadi bangsa apa? Dahulu setiap bangsa merujuk kepada keturunan, tetapi dalam

perlembagaan kita sekarang, di samping keturunan, orang Melayu juga boleh

dihasilkan dengan cara dia menganut Islam, dia bercakap Melayu, dia mengamalkan

adat istiadat Melayu. Maknanya itu fasa baru, maknanya berlaku percampuran orang

Melayu dengan cara kahwin dengan India, orang Melayu kahwin dengan Cina dan

Page 11: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 11/34

sebagainya. Ini berlaku macam sesetengah daripada kita ini bukannya asli Melayu

pun, ada datuk neneknya Cina, ada datuk neneknya India.

Tapi hari ini semua orang terima Melayu, ada pemimpin kita pun kalau kita susun-

susun yang kuat Melayu pun, asal daripada mamak atau daripada mana-mana. Jadi isuMelayu bersatu, bersama dalam satu bangsa, satu masyarakat, satu komuniti itu telah

berlaku dalam sejarah dan begitu juga telah berlaku dalam sejarah Malaysia. Jadi

perlembagaan Malaysia itu adalah satu bukti yang sangat jelas, nyata bahawa

transformasi bangsa ini boleh berlaku dalam konteks negara kita Malaysia.

Soalan 8

S (Panel 3) : Ustaz, berkenaan dengan agenda “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” ini bagi saya

sendiri sebenarnya sejak dulu lagi saya merasakan agenda ini cukup serasi dengan saya cumanya

kenapa baru sekarang dia dibincangkan secara terbuka, mengapa tidak dari dulu lagi sehinggakan

kalau dilihatkan sekarang seolah-olah tidak ada tapisan langsung. Minta ustaz jelaskan? 

J: Yang pertama sekali, ini ijtihad kita. Kita mengenal pasti bahawa Melayu ini,

apabila kita melihat daripada sehari ke sehari, semakin hari semakin hilang haluanataupun dalam bahasa Arab sebagai musaiyasah, maknanya tunduk kepada

perencanaan orang lain, tidak punya agenda sendiri. Perasaan terancam ini dikongsi

oleh semua orang Melayu, sama ada dinyata jelas ataupun tidak dinyatakan, dalam

mana-mana parti pun, sehinggakan saya pun pernah sebutkan istilahnya berlaku

gelombang bawah arus. Kalau kita sembang kedai kopi dan sebagainya, memang

wujud rasa terancam daripada suasana ini.

Jadi, slogan Melayu Sepakat Islam berdaulat ini adalah datang daripada hakikat

dalaman yang berteras pada jatidiri dan keperibadian Melayu itu sendiri. Maknanya

kita bongkar benda ini dari dalam perasaan dalaman hati seorang Melayu muslim yang

wujud di Malaysia ini. Jadi perasaan itu sebenarnya bukan benda baru, benda itu

benda yang lama, cuma kita munculkan sekarang. Kerana apa? Kerana perasaan

terancam itu semakin tinggi, semakin kuat.

Bila perasaan itu semakin kuat, maka benda itu keluar dan kita menyambut perasaan

ini, perasaan yang datang daripada seluruh orang Melayu ini, dan kita simpulkan

dengan memberi slogan kepadanya, kita yang memberi slogan kepada perasaan itu.

Page 12: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 12/34

Jadi bila kita berkata Melayu Sepakat Islam Berdaulat sekarang, pada hakikatnya dia

adalah merupakan kesedaran dalaman yang mungkin terpendam, mungkin malap oleh

kerana rasa leka, rasa lalai, rasa selesai dan sebagainya. Tapi apabila keadaan menjadi

tidak selesa, keadaan merasa tercabar maka benda itu timbul balik dan diungkapkan.

Cuma mungkin banyak pihak tidak tidak dapat memperkatakan apa yang kita kata,

walaupun dalaman dia merasai apa yang kita rasa, disebabkan faktor-faktor politik,

situasi kumpulan dan persekitaran masing-masing.

Secara dalaman, semua pihak rasa benda yang sama. Tapi dia tidak boleh nak cakap

sebab dia terikat dengan perjanjian dengan badan-badan lain, tidak kira mana-mana

pihak. Dia tidak boleh nak cakap sebab nanti orang kata dia rasis, orang kata dia tidak 

betul, jadi semua orang tidak boleh nak cakap. Bukan dia tidak mengiktiraf, dia tidak 

boleh cakap saja sebab dia terikat dengan dasar-dasar. Oleh kerana ISMA adalah satuNGO yang bebas, yang non-partisan, yang tidak terlibat dengan politik, tidak 

memihak kepada mana-mana, jadi kita rasa kita mempunyai peluang lebih besar untuk 

memperkatakan ataupun menerajui isu ini. Jadi itu peluang yang Allah S.W.T. bagi

kepada kita (ISMA) dengan reka bentuk kita yang ada ini, dengan dasar kita ini, kita

boleh membawa isu ini sesuai dengan cabaran yang kita hadapi sekarang ini.

Soalan 9

S (Panel 3) : Saya tetap merasakan di luar sana resah gelisah apabila ISMA membawa slogan ini

“Melayu Sepakat Islam Berdaulat” ini memang seolah-olah mempunyai agenda politik. Jadi

bagaimana pandangan ustaz? 

J: Isu agenda politik kita, sebenarnya ISMA tidak mempunyai agenda politik dengan

erti kata kita mahukan sesuatu. Apa yang kita sebutkan di sini, agenda yang kita

utarakan di sini adalah agenda umat Melayu, agenda orang Melayu, bukan agenda

ISMA. Jadi itu bukan agenda politik ISMA tapi agenda orang Melayu keseluruhannya.

Kita menyeru orang Melayu supaya bangkit kembali kepada jati diri mereka,

memainkan peranan mereka yang asal, memimpin Islam di rantau ini. Jadi itu bukan

agenda tersembunyi ISMA, itu agenda yang sepatutnya dipikul oleh umat

Page 13: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 13/34

keseluruhannya, orang Melayu khususnya. Itulah agendanya, jadi ini bukan secret 

agenda ISMA.

Soalan 10

S (Pengerusi Majlis) :  Maknanya kita mengemukakan suatu yang nyata kepada masyarakat dan ini

bukanlah suatu yang tersembunyi yang seolah-olah macam ada udang di sebalik batu ataupun ada

agenda-agenda lain selepas ini. Maknanya dari awal lagi ISMA bahawa ini adalah agenda bangsa

 yang perlu diketengahkan yang mana tidak ada agenda terselindung dan mana-mana NGO, parti

ataupun masyarakat yang sepakat dengan agenda ini maka mereka boleh bersama dengan ISMA

untuk memperjuangkannya.

J: Bahkan kita yakin pada suatu masa nanti, apabila keadaan atau suasana politik 

berubah, semua pihak akan kembali kepada hakikatnya kerana ini adalah hakikat

semula jadi yang berasaskan pada fitrah, berasaskan pada landasan sejarah yang saya

sebutkan tadi. Cuma saya nak sebutkan sikit di sini ialah apa yang dinamakan politik 

dalam konteks perjuangan ISMA. ISMA tidak terlibat dalam politik kepartian tetapi

itu bukan bermakna ISMA tidak faham apa yang berlaku di dalam realiti. ISMA bukan

tidak faham percaturan yang berlaku. ISMA faham semua itu, tetapi mengambil

pendirian yang memihak kepada kepentingan umum, bukan kepentingan blok-blok 

atau kumpulan ini ataupun kumpulan itu.

Jadi kita tidak terikat dengan blok-blok politik. Kita menyatakan pendirian, pandangan

berasaskan kepentingan umat keseluruhan. Kalau itu dikatakan politik, maka

politiklah. Tapi bagi kita, itu adalah daripada intipati Islam itu sendiri dan tidak 

bercanggah dengan konsep ISMA sebagai non-partisan.

Soalan 11

S  (Pengerusi Majlis)  :  Dan Isma yakin bahawa agenda ini akan dapat mengembalikan

kecemerlangan Islam di Malaysia ini tanpa apa bangsa pun yang berada di dalam negara kita?

Kalau kita lihat kepada yang ustaz cakapkan tadi, ustaz melihat kepada bagaimana hendak 

mendaulatkan Islam melalui pendekatan yang ustaz gagaskan melalui Ikatan muslimin. Kita refer 

Page 14: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 14/34

balik kepada sejarah yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w iaitu macamana ustaz kata

tadi, bangsa Quraisy adalah pemimpin. Bagaimana dalam konteks ini dari segi syariah yang

menggagaskan bangsa Melayu ini mesti memimpin dan sesuai dengan kehendak Islam. Maksud saya

di sini supaya masyarakat jelas bahawa ini mesti ada satu tuntutan syariah juga bahawa bangsa

 Melayu mempertahankannya dan mendaulatkan bangsanya untuk menegakkan Islam. 

J: Kalau kita balik kepada firman Allah S.W.T. dengan jelas Dia kata:

 Dialah Yang telah mengutus rasulNya dengan membawa hidayah petunjuk dan agama

 yang benar, untuk memenangkannya atas segala agama

(surah As-Saff : Ayat 9)

Allah S.W.T. yang utuskan rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, untuk 

Dia menzahirkannya, menjadikan agama Islam ini mengatasi segala agama yang lain.

Itu mesej yang cukup jelas. Kedatangan Islam ialah untuk menjadi penyudah kepadaagama lain, penyudah kepada ajaran-ajaran syariat sebelum ini. Jadi bila datang Islam,

maka Islamlah yang sepatutnya yang menjadi peneraju, Islamlah yang memimpin. Jadi

Islam ini dia memimpin macam mana? Islam tidak boleh pimpin dia sendiri, dia

hanyalah kalimah-kalimah dalam Quran dan hadith.

Tapi untuk menjadikan Islam itu pemimpin, dia mestilah dianuti oleh satu kumpulan

umat, satu bangsa. Islam memimpin dengan cara dia dianuti dan didokongi oleh satu

umat, satu bangsa yang beriman kepada Islam. Dengan cara itu barulah Islam itu boleh

ditegakkan. Ini semula jadi. Ini mafhum yang sangat simple, yang sangat asas kalau

kita faham tabiat agama Islam itu sendiri. Islam tidak datang dan tidak tertegak 

sendiri, bahkan dia tertegak melalui terbentuknya satu umat yang beriman dengan

Islam, yang berjuang dengan Islam dan sanggup berkorban untuk Islam sendiri. Lihat

 jaminan Allah S.W.T. dalam Quran:

Page 15: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 15/34

.Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara

dan menjaganya.

(Surah Al-Hijr : Ayat 9)

Jadi, dalam al-Quran, dalam Islam sendiri, ada anti body, tidak sama dengan ideologi-

ideologi lain. Seorang ulama` sosial mengatakan bahawa semua ideologi yang dibawa

oleh manusia terdapat di dalamnya bakteria yang akan memusnahkan diri sendiri

macam tubuh kita. Tubuh kita ini sampai satu tahap, kita mati. Kita akan dimakan ulat.

Tapi tidak untuk Islam. Islam akan berterusan. Islam ada anti body sampai akhir

zaman, dia tidak akan musnah. Tidak akan ada suatu benda yang boleh

merosakkannya sebab dia dipelihara oleh Allah S.W.T. Sebab itu kita lihat pada akhir

zaman, Kristian bukan lagi menjadi agama yang diamalkan oleh manusia hatta orang

Kristian sendiri. Kristian hanya diamalkan oleh paderi. Budha hanya diamalkan oleh

Tok Raja dan Tok Sami dan begitu juga agama lain, mereka hanya diamalkan oleh

satu kumpulan yang dipanggil Rijaludin (orang agama).

Dalam Islam tiada istilah orang agama. Islam adalah agama yang diamalkan oleh

semua umatnya. Tetapi agama lain tidak boleh diamalkan tanpa orang agama. Sebab

itu, sebenarnya agama-agama lain sudah habis tempoh sah lakunya. Kalau kita pergi

ke wat-wat Budha, Siam, Gereja, atau kalau pergi ke Eropah atau London atau kemana-mana, semua gereja-gereja tidak lagi dimakmurkan dan sesetengahnya bertukar

menjadi masjid. Dibeli dan dijadikan masjid. Jadi maknanya di situ, Islam adalah

agama yang memimpin, Islam adalah agama yang tidak boleh diatasi oleh agama-

agama lain. Jadi tidak ada lagi persaingan dari sudut itu.

Adapun mereka, Barat menggunakan kaedah kristianisasi. Isu kristianisasi yang

dibawa, seolah-olah diperjuangkan di Malaysia, juga bertujuan untuk masing-masing

memperjuangkan dan mempertahankan agama mereka. Sebenarnya dalam kontekskristianisasi ini, apa yang dimaksudkan dengan kristianisasi itu sendiri bukanlah untuk 

memasukkan orang ke dalam agama kristian, tetapi objektif mereka yang asas ialah

untuk mengeluarkan orang daripada Islam. Cukup orang itu dah tidak jadi Islam

ataupun tidak berpegang kepada Islam, sudah cukup, kemudian nak jadi apa-apapun,

tidak ada agama ke, apa aku kisah!

Jadi sebenarnya kristianisasi ini bukan agenda agama, sebaliknya ia adalah satu usaha

penjajahan dan mereka mahu terus menguasai negara kita dan masyarakat kita dengan

berbagai-bagai cara dan agenda. Salah satunya ialah gerakan kristianisasi, iaitu untuk 

Page 16: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 16/34

mengeluarkan orang Islam daripada agamanya supaya tidak lagi berpegang teguh

kepada ajaran Islam. Apabila orang Islam tidak lagi berpegang teguh kepada agama

mereka, maka mudahlah mereka dijajah dan dikuasai oleh kuasa-kuasa asing.

Soalan 12

S  (Panel 1)  :  Ustaz, slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” dilihat sama dengan slogan

menegakkan konsep ketuanan Melayu Islam yang mana ramai pihak termasuk kalangan Melayu

sendiri melihat ia sudah tidak lagi relevan dalam konteks masyarakat majmuk negara ini khususnya.

 Mengapa ISMA terus menongkah arus? 

J: Yang pertama sekali, saya mengakui dari satu sudut bahawa slogan ini

menongkah arus ataupun seumpamanya. Ini kerana secara mudah difahami bahawa

dunia ini didominasi dengan agenda asing, didominasi oleh pengaruh globalisasi. Jadi

pemikiran masyarakat kita sudah diwarnai, dibentuk oleh agenda-agenda asing

umpamanya liberalisasi, agenda normalisasi, pluralisma dan sebagainya, yang dibawa

dan dipasarkan sehingga pemikiran masyarakat kita sudah hampir-hampir cair dan

terhakis.

Seterusnya agenda asing ini disokong, didokong oleh NGO-NGO di dalam negara

pula, mempromosikannya sehingga mereka dapat menghapuskan keperibadian dan

 jatidiri. Sebab itu kita melihat isu ini agak mendasar ataupun agak tidak selari dengan

perkembangan semasa, sebab orang sibuk dengan isu politik, isu-isu semasa dan

sebagainya. Tetapi kita menganggap bahawa perjuangan membangunkan danmempertahankan jatidiri adalah medan pertempuran yang sebenar. Sebab musuh Islam

sebenarnya menyerang keperibadian, musuh Islam mahu menghancurkan jatidiri dan

keperibadian. Senjata mereka seluruhnya digunakan untuk merosakkan keperibadian

dan jatidiri.

Jadi, pertempuran sebenar ialah pada mempertahankan jatidiri, apabila kita bangkit

dengan perjuangan mempertahankan, membangunkan keperibadian dan jatidiri

bermakna kita berdepan secara langsung dengan perancangan musuh yang tidak 

disedari oleh banyak orang. Maknanya globalisasi secara keseluruhannya menyerang

keperibadian dan jatidiri, mereka mahu merosakkan jatidiri kita.

Mereka telah menguasai dari segi teknologi, angkasa, semua dikuasai oleh mereka.

Ketenteraan dikuasai oleh mereka, laut, politik, ekonomi, semua dunia Islam telah

dikuasai. Semua aspek telah dikuasai oleh mereka dan hanya tinggal lagi ialah

keperibadian dan jati diri sahaja, ini benteng terakhir. Kalau keperibadian dan jati diriini akhirnya runtuh, berjaya diruntuhkan oleh mereka, maka tidak ada apa lagi

Page 17: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 17/34

perjuangan yang boleh disebut, tidak akan ada lagi kebangkitan dan perjuangan yang

boleh disebut.

Jadi, hari ini kalau kita hendak berjuang, maka sebenarnya kita berjuang di medan

yang betul. Ini tidak menafikan peranan yang dimainkan oleh orang lain. Maknanya

orang yang berjuang di bidang politik kita terima, bidang ilmu kita terima, bidang-bidang ekonomi dan sebagainya pun kita terima, kita sokong bahkan kita mengharap

ia menyumbang kepada objektif yang sama.

Tetapi ISMA mengambil kedudukan ini, untuk pertembungan ini, sebab kita faham,

kita yakin, bahawa walaupun kita ada banyak kerusi dalam parlimen umpamanya, tapiapabila pemikiran kita rosak, jati diri kita rosak, generasi akan datang kita rosak, maka

kerusi tidak memberi makna apa-apa pun. Hari ini pun, bukan tidak banyak kerusi kita

ada, bukan tak banyak tokoh kita ada, tapi apa yang menjadi kurang kepada kita ialah

kefahaman, pegangan, jati diri kita, pegangan keperibadian kita yang asal.

Soalan 13

S (Panel 3) : Sepertimana yang telah dijelaskan ustaz pada awal tadi, bahawa fokus ISMA adalah

untuk mempertingkatkan pertahanan jati diri, maka kalau kita lihat di sini tidakkah fokus itu harus

diberi kepada masalah keruntuhan moral, masalah masyarakat Melayu itu sendiri, masyarakat 

 Melayu mempunyai terlalu banyak masalah. Mungkin hal ini lebih relevan untuk ISMA selesaikanbuat masa ini. 

J: Isu-isu ataupun gejala sosial yang disebut-sebutkan menjadi masalah orang

Melayu pada kita, kita menganggap bahawa itu adalah simptom, itu bukan masalah.

Itu adalah simptom masalah. Daripada mana datangnya masalah ini? Simptom ini

datang daripada apa yang saya sebutkan tadi, iaitu rosak dan musnahnya keperibadian

itu sendiri. Apabila jati diri itu tidak ada, maka dia mudah dihinggapi virus dan mudahdihinggapi bakteria dan mudah dijangkiti penyakit. Sebab apa kita mudah dijangkiti

penyakit? Sebab tidak ada kekuatan dalaman, kekuatan jati diri dan kekuatan

keperibadian yang sepatutnya kita miliki. Jadi kita memilih untuk merawat penyakit,

bukan merawat simptom penyakit, itu pendekatan kita.

Betul dan kita terima serta mengakui bahawa usaha merawat simptom-simptom pun

penting. Semua NGO yang buat benda itu pun penting dan ISMA pun akan

menyumbang untuk melakukan benda yang sama apabila kita ada kemampuan, kita

ada kebolehan. Kita buat benda yang sama yang menyumbang ke arah mengurangkan

Page 18: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 18/34

simptom-simptom itu tetapi penyakit sebenar yang dihadapi, yang patut dirawat ialah

masalah keperibadian dan jati diri. Kalau kita berjaya membangunkan semula

keperibadian dan jati diri ini, secara automatik masalah-masalah sosial, gejala-gejala

sosial, penyelewengan dan sebagainya tidak akan wujud dan tidak akan berlaku.

Soalan 14

S  (Panel 3) : Kalau begitulah daripada apa yang ustaz nyatakan, kita dapat merasakan bahawa

 ISMA cukup yakin untuk melangkah dengan agenda ini. Bagaimana pula penerimaan agenda ini

apabila dinyatakan secara terbuka ataupun mungkin sudahkah ISMA mengenalpasti siapakah

mungkin yang berganding bahu bersama ISMA untuk memperjuangkan agenda ini.  

J: Kalau kita perhatikan di situ, dalam slogan kita Melayu Sepakat Islam Berdaulat

ini sebenarnya, dia akan menjadikan ISMA ini mesra Melayu dan ISMA mesra Islam

dan selalu kita sebutkan ISMA akan mendamaikan hubungan antara Melayu dengan

Islam. Jadi sebenarnya agenda ini adalah agenda yang layak mendapat sokongan,

sesuai mendapat sokongan daripada sesiapa sahaja dan kita sendiri dengan pendirian

kita begitu, kita tidak membina konfrontasi dengan mana-mana pihak. Maknanya

orang kata orang Melayu, puak-puak Melayu tidak boleh pergi dengan ISMA. Tidak!

Kita mesra Melayu. Ini puak-puak Islam tidak boleh pergi dengan ISMA. Tidak,

golongan Islamis boleh pergi dengan ISMA, sebab ISMA juga membawa agenda

Islam.

Jadi sebenarnya semua pihak sepatutnya boleh menerima dan bersama dengan agenda

yang dibawa oleh ISMA. Jadi kita tidak nampak perkara ini akan menjadi

bertentangan bahkan sebaliknya kita akan menyaksikan bahawa semua pihak akan

berlumba-lumba untuk memenuhi ataupun untuk mengambil peranan dalam hal ini

sebab tidak ada satu pun badan politik atau NGO yang boleh survive pada masa akan

datang jika sekiranya dia mengabaikan aspek ini. Cakaplah mana pihak sekalipun,

kalau dia tidak mengambil kira Islam, dia terkeluar. Kalau dia tidak mengambil kira

Melayu, dia pun terkeluar (daripada persaingan).

Sebab itu bila kita bawa gabungan antara Melayu dengan Islam maka ia adalah suatu

kekuatan yang akan menjadi sumber kepada sesiapa saja yang ingin berjuang.

Maknanya, sesiapa yang peka dan faham perjuangannya yang sebenar, dia akankembali kepada dasar kita. Sebab itu saya hendak balik sikit kepada soalan yang

Page 19: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 19/34

menongkah arus tadi, sebenarnya tidak! Pada hakikatnya nanti apabila jelas fikrah

kita, apabila jelas pandangan kita, apabila kita dapat jelaskan pada masyarakat, maka

akan berlaku satu perubahan besar, kerana semua orang akan merujuk kepada isu yang

sama.

Sekarang ini tiada siapa berani kalau kita perhatikan dalam perkembangan semasa.

Ada satu pihak yang mahu pergi jauh, sampai satu tahap dia sedarkan diri, dia patah

balik semula. Kita akan perhatikan benda itu sebab isu yang kita bawa ini adalah isu

paksi. Sebab itu ISMA cukup yakin, apabila kita betul-betul dapat bawa ataupun

ketengahkan projek, agenda ini, maka kita akan menjadi badan yang menjadi paksi

kepada isu perjuangan yang dibawa oleh mana-mana tokoh atau badan-badan lain.

Soalan 15

S  (Panel 2)  :   Dalam konteks bangsa Melayu memerintah ataupun kukuh kedudukannya di

 Malaysia. Dia memerlukan kekuatan yang lebih, maknanya dari sudut ekonomi, dari sudut selain

daripada politik. Sekarang ini Melayu Sepakat Islam Berdaulat lebih kepada penyatuan dan dari

sudut politik. Tapi sekarang ini yang menguatkan negara Malaysia sendiri, menyumbang ke arah

ekonomi, sumbangan tenaga kerja cendikiawan dan seumpamanya tidak semestinya orang Melayu,

tidak kurang juga daripada bangsa lain. Jadi bagaimana nak letak agenda ISMA dengan bangsalain ini. 

J: Di sini sebenarnya, kita menemui formula ini setelah kita menganalisa dasar-dasar

ataupun cara perjuangan yang telah dilalui oleh badan-badan lain sebelum daripada

ini. Contohnya satu pihak yang mengatakan bahawa oleh kerana negara ini negara

kita, politik sudah berada di tangan kita, jadi perjuangan kita hanya perlu tumpu

kepada ekonomi sahaja. Lalu ditumpunya ekonomi. Pada akhirnya, kita lihat natijahterbalik kerana mereka pada asalnya tidak mengambil kira aspek keperibadian.

Sebenarnya keperibadian inilah yang menjadi asas kepada semua projek, semua

kejayaan di semua bidang.

Kalau kita hendak berjaya dalam politik kita kena ada keperibadian yang baik, nak 

berjaya dalam ekonomi kena ada keperibadian yang baik, nak berjaya dalam

pendidikan kena ada keperibadian yang baik, tanpa keperibadian yang baik ini, semua

projek tidak akan berjaya. Jadi ini satu formula yang sepatutnya badan-badan yang

sedia ada di medan merujuk balik perjuangan mereka, memperbetulkan perjuangan

Page 20: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 20/34

mereka. Kita tidak boleh berjaya dalam perjuangan ini tanpa kita kembali kepada

memperbetulkan keperibadian dan jati diri. Maknanya kita boleh bercakap tentang isu-

isu itu semua tetapi kita tidak boleh memastikan kejayaan kalau kita tidak sebenar-

benar kembali kepada apa yang saya sebutkan tadi.

Kita memang nak berkongsi dengan orang lain, tidak dinafikan itu tidak ada masalah,

berkongsi dalam membangunkan negara dengan orang lain. Tetapi kalau kita kekal

dalam keadaan yang kita ada, dengan imej yang kita ada, dengan kelemahan yang kita

ada, kegagalan yang kita ada, sampai bila-bila pun kita tidak boleh. Bahkan kalau kita

melihat kepada kemungkinan tahun 2020 umpamanya, kita masih risau dengan

kedudukan orang Melayu. Adakah tahun 2020 akan meletakkan orang Melayu kepada

statusnya yang betul?

Jadi soal nak mengiktiraf orang lain dan sebagainya itu soal mudah, soal simple, kita

boleh iktiraf sesiapa yang memberi sumbangan, tidak ada masalah. Tapi soal paling

penting pada kita ialah di mana kita? Virus yang ada dalam pemikiran orang Melayu

ialah dia fikir lebih tentang orang lain, selalu fikir orang lain. Kita fikir untuk dia, dia

fikir orang lain dahulu. Macam mana Cina? Macam mana India? Ini virus! Kita kena

fikir diri kita dahulu, kita di mana? Kita dah sampai di mana? Bolehkah kita bangkit?

Dan sebagainya?

Soalan 16

S (Panel 2) :  Maksud ustaz tidak perlu memikirkan tentang bangsa lain atau bagaimana? 

J:  Orang lain dia fikir hal dia. Cina sudah cukup. Dia punya kebolehan untuk 

bangun dan dah bangun pun. India dah cukup kebolehan untuk dia bangun, tidak perluorang Melayu untuk fikir nak bangunkan diri dia. Bimbangkan orang Cina, orang Cina

dah maju. Orang India dah maju. Apabila kita ajak memikirkan tentang orang Melayu,

kenapa orang Melayu fikir dan berkata, “macam mana orang Cina?” “Macam mana

orang India?” Orang India dah tinggalkan kita sekian lama. Orang Cina dah tinggal

kita sekian lama. Jadi, ini virus. Orang kata ibarat terlebih dos dalam pendidikan orang

Melayu sendiri dalam menanamkan toleransi dan sebagainya.

Soalan 17

Page 21: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 21/34

S (Panel 2) : Ustaz, saya hendak kembali kepada isu menongkah arus nampak lebih menarik disitu.

 Harakah Islam ataupun gerakan-gerakan Islam banyak pandangan mereka sendiri tentang Melayu

Sepakat Islam Berdaulat ini. Jadi macam mana ISMA hendak membina jambatan agar semua

gerakan Islam boleh bawa aliran sama ataupun macam mana pandangan ISMA hendak menjelaskan

kepada mereka contohnya. 

J: Dalam hal seperti ini, satu sahaja solusi sebenarnya, satu sahaja penyelesaiannya.

Penyelesaian kita bukan kepada penjelasan, walaupun penjelasan itu penting. Tetapi

penyelesaian yang sebenarnya ialah apabila kita dapat mengarus perdanakan agenda

ini. Apabila kita dapat meletakkan agenda ini menjadi agenda yang kuat, apabila dia

kuat dan dia dominan, orang akan ikut, orang akan terima. Tetapi kalau kita lemah,

kita tidak kuat, orang tidak akan terima.

Soalan 18

S  (Panel 2)  :  Maksud ustaz untuk mengarus perdanakan itu, pastinya memerlukan sokongan

daripada pelbagai gerakan lain? 

J: Kita tengok bukan soal badan-badan, malah ia soal individu. Orang yang tinggal

dalam badan itu dia ada fikiran, dia ada keyakinan, dia boleh fikir dan boleh berubah,

itu satu poin. Badan atau organisasi suatu yang kaku. Tetapi kita melihat kepadaindividu. Kalau dia faham diri dia Islam, dia sebagai seorang muslim, dia sebagai

seorang Islam dan ini adalah agendanya yang semula jadi, dia pasti terima. Apabila

kita jumpa dengan pihak-pihak secara individu, mereka tidak dapat menolak hakikat

itu. Mereka tidak dapat menolak kebenaran apa yang kita bawa.

Yang kedua, kita tengok bahawa ada enam juta lagi generasi baru, pemuda yang tidak ada mazhab, tidak ada parti, tidak ada NGO. Jadi pasaran untuk membawa agenda ini,

peluang untuk kita mendidik generasi baru, mendidik pemuda-pemuda ini untuk 

bersama kita adalah besar. Jadi, kita tidak berfikir dalam kerangka yang ada tetapi kita

berfikir dalam kerangka yang lebih besar daripada itu. Sebenarnya, beberapa peratussahaja yang bersama dengan harakah Islamiah daripada kalangan masyarakat kita,

khususnya pemuda. Mungkin dua puluh peratus, mungkin kurang daripada itu.

Bakinya tidak berada bersama dengan harakah Islamiah. Jadi kita jangan blok 

pemikiran kita, kata ini dah tidak boleh, semua orang dah ada pemikiran sendiri, tetapi

kita lebih luas daripada itu.

Page 22: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 22/34

 

Soalan 19

S (Pengerusi Majlis) :  Agenda ini dilihat mirip kepada sesetengah pihak atau kelompok yang telah

memperjuangkan yang lebih lama daripada kita. Jadi nampak macam mungkin ISMA akan diambil

kesempatan untuk memperkukuhkan lagi agenda kelompok-kelompok tertentu atau parti-parti politik 

 yang ada sekarang. Jadi bagaimana ISMA melihat perkara ini dan bagaimana ISMA memberi

 peranan supaya agenda, bukan sahaja Melayu tetapi Islam itu yang lebih penting dalam kita

membawa kesatuan dalam kalangan kelompok-kelompok yang ada dalam negara kita.  

J: Pandangan kita bahawa orang nasionalis yang ikhlas dengan nasionalisnya sudah

tentu akan memberi manfaat kepada bangsa dan negara. Begitu juga orang Islam.

Tentunya yang Islamis itu lebih patriotik daripada orang nasionalis, kalau nak 

dibandingkan. Nasionalis Melayu kalau dia nak berjuang untuk kepentingan Melayu,

kedudukan Melayu, martabat Melayu, akan bercakap benda yang sama. Begitu juga

orang Islamis pun akan bercakap benda yang sama walaupun dengan survival Islam,

martabat Islam dan sebagainya. Akhirnya pada alam realiti akan menjurus pada

kelompok masyarakat yang sama iaitu orang Melayu yang beragama Islam.

Jadi tidak timbul percanggahan kerana kedua-dua pihak ini akan mendokong perkara

yang sama. Apa-apa yang disebut rasuah, penyelewengan, itu bukan perjuangan

kebangsaan. Itu penyelewengan yang dilakukan oleh orang-orang yang duduk dalam

mana-mana parti di mana-mana jabatan sekalipun. Itu orang-orang yang melakukan

kesalahan, melakukan jenayah, salah guna kuasa dan sebagainya. Tetapi nasionalis,

 jika ikhlas dengan nasionalismenya dan bercakap kita kena bela orang Melayu, kena

pertahankan orang Melayu, maka itu tidak bercanggah dengan Islam dan tentunya

akan disokong oleh Islamis sebagai orang Islam. Tetapi kalau kita bercakap dalamkonteks politik, itu yang menjadi masalah.

Jadi yang Islam bercakap dalam konteks politik, dia bukan bercakap dari segi dasar

Islamnya, tapi bercakap dari segi konteks politiknya. Jadi kita kena bezakan antara

pendirian-pendirian politik ataupun tingkah laku peribadi, salah laku-salah laku

individu ataupun pendirian-pendirian politik satu-satu pihak. Bila kita bercakap

tentang Melayu Islam, ini mesti dilihat dalam konsepnya yang murni, yang bukan

dipengaruhi oleh unsur-unsur luaran yang semasa.

Page 23: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 23/34

 

Soalan 20

S  (Pengerusi Majlis) :  Saya lebih suka kepada lebih spesifik supaya dapat dijelaskan sebab kita

lihat hari ini, kita dapati pelbagai kelompok dari kalangan orang Melayu terutama dari segi parti

 politik. Kalau kita tengok secara besarnya mungkin kita telah berpecah kepada tiga kelompok yang

besar, mungkin wujud kelompok yang kecil-kecil. Tapi ada sesetengah pihak masih memperkatakan

tentang Melayu sahaja, ada pihak yang memperkatakan tentang Islam semata-mata, seolah-olah dia

tidak boleh bersatu dalam konteks realiti kita hari ini. Jadi agenda ini nampak bagaimana saudara

 presiden dapat melihat benda ini boleh menyatukan ketidaksamaan dalam kelompok-kelompok ini.

 Bagaimana ISMA boleh berperanan dalam konteks ini?

J:  Yang pertama sekali kita boleh berjaya jika semua pihak ini berjaya keluar

daripada kerangka politik masing-masing. Apabila itu berlaku, mereka akan dapat

lihat hakikat sebenar kemurnian apa yang kita bawa. Itu jika dia keluar daripada

kerangka politik. Apa yang menghalang sekarang ialah kepentingan politik. Contoh

kalau kita adakan muzakarah, adakah penemuan antara orang Melayu ini suatu yang

bercanggah dengan Islam? Tidakkan! Dari segi pandangan Islam, adakah

perbincangan muzakarah daripada kalangan orang Melayu ini, duduk berbincangsekali, bermuzakarah, adakah itu bercanggah dengan Islam? Tidak bercangggah

dengan Islam!.

Tetapi apabila parti politik mengambil pendirian tidak mahu berbincang, itu bukan

pendirian Islam, itu pendirian politik. Itu maksud saya kena bezakan antara dua benda

tadi. Oleh kerana non-partisan, kita fikir secara murni, makna Melayu dengan Islam

boleh disatukan. Melayu dengan Islam mempunyai kepentingan yang sama, masalah

yang sama. Maknanya ISMA melihat, perkara ini boleh berlaku, tetapi kalau generasi

yang ada ini, generasi yang lama tidak mahu berubah, tidak mahu menerima, tidak 

apa! Kita cadang kepada mereka untuk berbincang dalam kerangka kepentingan

nasional ataupun kepentingan umum. Jadi kita tidak menuntut daripada mereka untuk 

melupakan badan masing-masing dan identiti masing-masing dan bersatu dalam satu

identiti.

Itu satu yang kita pun rasa tidak realistik dan mustahil. Tetapi seharusnya semua pihak 

memahami kepentingan ummah, kepentingan agama, kepentingan bangsa. Semua

orang mesti bersatu di atas asas itu, bersama bersepakat di atas asas itu. Apa-apa sajayang menyentuh kepentingan agama, kepentingan bangsa, kepentingan negara, kita

Page 24: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 24/34

kena bersama dan bersatu, tidak boleh bertolak ansur, mesti sepakat supaya

kepentingan kita dapat dipertahankan. Tapi kalau kita terus terpengaruh dengan

dikawal oleh kepentingan politik, maka akhirnya kepentingan umum umat akan

tergadai, kepentingan umum bangsa akan tergadai, masa depan bangsa akan tergadai.

Jadi kita perlu buat pilihan antara dua.

Soalan 21

S  (Pengerusi Majlis)  :  Dalam konteks penyatuan Melayu ini, sejauh manakah ISMA melihat 

bahawa agenda yang dibawa ini akan dapat menyatukan kelompok-kelompok dalam negara kita

terutamanya kelompok politik misalnya PAS, UMNO dan Pakatan Rakyat(PKR) itu sendiri ataupun

Keadilan itu sendiri demi kepentingan bangsa dan agama Islam itu sendiri? 

J: Saya melihat masalah kesatuan ataupun menerima kepelbagaian ini adalah suatu

yang diterima dalam sistem Islam itu sendiri. Jadi, dalam kita bercakap tentang

kesepakatan kita tidak menuntut mereka menjadi satu dalam satu badan kerana itu

sudah menjadi fenomena, fenomena antarabangsa. Mazhab menerima kepelbagaian,dalam demokrasi menerima kepelbagaian dan Islam pun, kita menerima kepelbagaian.

Maknanya kalau ada sistem Islam pun, negara Islam pun kita menerima kepelbagaian.

Jadi tidak ada masalah wujud berbagai-bagai parti, berbagai-bagai badan dalam

konteks masyarakat Islam tetapi yang penting di sini ialah agenda, suatu yang mesti

disepakati oleh semua pihak. Jadi ada batas, ada garis merah yang perlu dihormati.

Kalau saya buat andaian, kalau bersetuju, bersepakat dalam satu agenda yang sama

mengenai kepentingan agama, bangsa dan negara tentu sekali orang Melayu di dalam

parti A akan bercakap cara dia dalam konteks mendaulatkan Islam, membela maruah

bangsa dan sebagainya. Dan parti B pun akan bercakap dengan cara dia, membela dan

sebagainya. Begitu juga parti C. Apabila ketiga-tiga parti ini berlumba-lumba untuk 

menjadi siapa yang hero, yang terbaik dalam membela agama dan bangsa, maka

keuntungan pada akhirnya dalam konteks perjuangan bangsa adalah kepada Islam.

Tapi apabila parti-parti ataupun orang-orang politik membawa agenda lain,

umpamanya agenda luar daripada kerangka Islam, umpama agenda liberalisasi atau

pluralisasi dan sebagainya dibawa dalam perjuangan. Jadi akhirnya pertembungan di

Page 25: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 25/34

antara siapa lebih liberal, siapa lebih khidmat kepada orang lain, siapa yang lebih baik 

dengan Amerika, siapa yang lebih memberi manfaat kepada orang-orang, tauke-tauke

tertentu dan sebagainya. Jadi ini yang merugikan perjuangan bangsa, perjuangan

agama.

Apa yang kita mahu, kita tuntut ialah supaya mereka tidak kira di mana, saling

terbuka, kita terbuka kalau nak berjuang dalam mana-mana parti, tidak ada masalah

tapi hormati garis ini, hormati persepakatan yang kita perlu sepakat. Maknanya dalam

bab agama, dalam bab bangsa dan dalam bab yang mempunyai kepentingan umum

mesti disepakati dan saya cadangkan kepada semua badan ini menjadikan semua itu

sebagai pola perjuangan.

Akhirnya, natijahnya akan membawa kepada kemaslahatan umum, kepentingan umum

Islam. Jadi kita tak risau tentang kepelbagaian atau pun perbezaan parti, perbezaan

badan-badan dan sebagainya. Jadi, kita tidak bercakap tentang satu badan yang masuk 

ke dalam badan yang lain. Itu rasanya tidak realistik.

Soalan 22

S  (Pengerusi Majlis) :  Maknaya di sini, parti-parti ini meletakkan kepentingan agenda ini lebih

utama daripada agenda parti itu sendiri, ataupun agenda kerusi ataupun agenda peribadi masing-

masing? 

J: Agenda parti, mesti mengarah kepada itu, maknanya parti ini, agenda dia apa?

Manifesto dia apa? Tujuan sama. Cuma… cara berbeza-beza. Di Barat umpamanya,

parti-parti berbeza. Tapi, akhirnya mereka menjurus kepada satu ..satu kepentingan

…kepentingan umum Amerika Syarikat, kepentingan umum Britain. Sebab itu diatidak ada masalah pertukaran. Parti mana menang pun, akhirnya kepentingan Britain

yang akan menang. Dalam konteks negara kita, politik kalah mati. Kalah mati, kalau

saya nak hidup awak mesti mati, kalau awak nak hidup, saya mati.

Jadi, apabila masing-masing punya agenda dan kepentingan, isu kepentingan umum,

perjuangan umum, matlamat umum dan kedudukan martabat agama, bangsa dan

kestabilan negara ini dah menjadi perkara yang kedua, itu yang kita risau, yang kita

takut, yang kita bimbang. Orang di Barat, di negara lain, rancak berdemokrasi, negara

Page 26: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 26/34

maju, kita rancak berpolitik, demokrasi dan negara nak hancur dan bangsa nak hancur,

agama nak hancur, jadi politik apa yang kita pakai?

Soalan 23

S  (Panel 2)  : Ustaz.. adakah slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” ini untuk dapat dua

 pertiga orang Melayu di dalam parlimen? Adakah itu salah satu daripada matlamatnya? 

J: Konsep kita lebih mendasar daripada itu, yang penting ialah kuasa bargain. Kita

bercakap tentang kuasa bargain, kuasa tawar menawar orang Melayu. Jadi, untuk 

mengekalkan kuasa tawar-menawar orang Melayu, kemungkinan mesti mempunyai

dua pertiga, itu secara umum. Tetapi untuk memberi fungsi yang berkesan, dia

mestilah bersama dalam satu agenda, sebagaimana yang disebutkan tadi.

Jadi, kalau dua pertiga pun tak sama agenda, pemikiran lain-lain, cara lain-lain,

perjuangan lain-lain dan tidak meletakkan satu persepakatan dari segi matlamat dan

hala tuju. Itu yang menjadi masalah. Jadi masalah yang lebih penting daripada itu ialah

persepakatan tadi, dan yang kedua, matlamat kita nak mengekalkan kuasa bargain,

kuasa tawar menawar mesti berada pada tangan orang Melayu dan itu menjadi asaspendirian ISMA. Menjadi asas pendirian ISMA ialah mengekalkan kuasa tawar

menawar orang Melayu dalam konteks politik hari ini. Itu pendirian politik, kalau

ditanya pendirian politik, itulah asas dia.

Soalan 24

S  (Panel 2) : Ustaz masih lagi dalam konteks definisi Melayu ya? kalau kita lihat di Sabah dan

Sarawak, mereka di sana ni bukan Melayu, di dalam ic pun dia tidak tulis Melayu, jadi.. macam

mana konteks bangsa di Sabah dan Sarawak ni dalam konteks perjuangan ISMA? 

J: Kita dah bincang isu berkaitan dengan Sabah dan Sarawak dan alhamdulillah kita

dapati sebenarnya dari segi status quo yang ada bumiputra Sabah dan Sarawak,

menerima kepimpinan Melayu. Ini suatu yang sedia ada, jadi bila kita kata

Page 27: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 27/34

memperjuangkan kepimpinan Melayu, dan kedudukan politik, Melayu yang

memimpin dan sebagainya, tidak ada perubahan dari segi struktur.

Soalan 25

S (Panel 2) :  Apa maksud ustaz , Sabah dan Sarawak menerima ? 

J: Hari ini walaupun Melayu muslim minoriti, kalau bilang keseluruhannya minoriti

di Sabah dan Sarawak, tetapi yg menjadi pemimpin, yang memegang jawatan utama,

dalam Sabah dan Sarawak ialah Islam dan orang Melayu. Jadi orang boleh menerima,

maknanya masyarakat Bumiputera yang bukan Melayu, menerima kepimpinan

Melayu. Jadi ini yang perlu dipertahankan dan kita tak mahu mainan politik dan

sebagainya berlebihan, akhirnya memberi kelebihan kapada agama lain.

Bayangkan nanti berlaku pergerakan di peringkat bangsa-bangsa lain. Iban ke, apa

semua, dan mereka nak lepaskan diri daripada kepimpinan Melayu, penguasaan

Melayu dan sebagainya. Jadi, kalau itu digerakkan, dimainkan dan sebagainya, itu

akan menjejaskan suasana yang ada, kedudukan yang ada, status quo yang ada, danmainan politik yang seperti itu yang kita tidak mahu. Maknanya kita berpolitik untuk 

mengukuhkan kedudukan yang sedia ada itu. Jangan kita main politik, kita pergi

menghasut kawan itu, usik kawan ini, akhir sekali kita yang rugi.

Oleh kerana kita berbalah parti, ini bukan parti kita, walaupun orang Melayu, ini parti

kita, ini parti orang lain, kita nak parti kita itu kuasa balik, akhirnya kita pergi

cucuk..cucuk..cucuk.. dan orang ini pun memberontak. Akhirnya apabila mereka ini

memberontak, melawan dan tidak menerima konsep ini, akhirnya siapa yang rugi?

Walaupun parti kita mungkin menang, atau pun boleh memerintah, tapi… hakikatnya

Melayu akan rugi, Islam akan rugi.

Soalan 26

Page 28: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 28/34

S (Panel 3) :  Isu reaksi kaum Melayu ini mungkin saya pun termasuk yang mana yang ustaz cakap

tadi over dos toleransi, tapi.. maksud saya dekat sini, sudahkah ISMA memikirkan apakah reaksi

ataupun mungkin ISMA memikirkan sama, ataupun ISMA telah bersedia berhadapan dengan reaksi

orang-orang bukan Melayu dan Islam (ustaz) ya.. tentunya mereka merasa terancam? jadi… itu

maksud saya. 

J: Mana pergi orang Melayu yang beragama Islam? Orang bukan Melayu beragama

Islam?. Sebab itu ini penting, satu soalan yang sangat menarik, sebab apa? Sebab dia

mengalihkan agenda slogan ini yang Islamik walaupun bunyinya Melayu Sepakat

Islam Berdaulat, tapi dia adalah satu slogan yang Islamik, bukan slogan yang bersifat

assobiah atau nasionalis. Itu penting sebab apa? Sebab apabila mana-mana bangsa saja

yang faham Islam, Cina yang faham Islam, India yang faham Islam, dia akan

menerima hakikat ini.Dia akan menerima kedudukan Melayu dan kestabilan Melayu

itu memberi peranan dalam kedudukan Islam ataupun kedudukan agama Islam,

kestabilan politik Islam? Atas asas Islam, bukan atas asas bangsa.

Orang Cina, contohnya Dr. Ridhuan Tee berbangsa Cina, beragama Islam, kenapa dia

menyokong ketuanan Melayu? Bahasa dia guna pun kalimah ketuanan Melayu, sebab

apa? Sebab dia melihat dari aspek Islam, bukan dia melihat dari aspek bangsa. Kalau

dia melihat ini adalah ketuanan Melayu dari aspek assobiah bangsa sudah tentu diatolak, sebab dia pun kuat assobiah bangsa dia. Dia kata dia sampai bila-bila takkan

 jadi Melayu punya, dia nak jadi orang Cina, tapi sebab apa dia sokong ketuanan

Melayu? Sebab dia melihat dari aspek Islam. Jadi Melayu Sepakat Islam Berdaulat

adalah satu slogan yang Islamik, bukan slogan assobiah, atau pun nasionalis Melayu,

tidak! Ia adalah slogan yang Islamik.

Soalan 27

S  (Pengerusi Majlis)  :  Itu soalan tadi saya nak sambung, itu dalam konteks bangsa lain yang

beragama Islam, tapi dalam konteks bangsa lain yang tidak beragama Islam, bagaimanakah

rasanya penerimaan mereka apabila slogan ini di ketengahkan dalam memperjuangkan agenda

 ISMA ini? .

J:  Isu ni kalau tidak ada agenda-agenda lain yang dipermainkan oleh mana-manapihak, sama ada daripada luar negeri ataupun dalam negeri, saya yakin orang bukan

Page 29: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 29/34

Islam, orang Cina, orang India boleh menerima budaya Melayu, boleh hidup dalam

suasana kepimpinan orang Melayu dan sebagainya, tidak akan menjadi masalah.

Tapi, apa yang menjadi masalah hari ini, saya yakin ia adalah permainan dan agenda

lain. Agenda yang dipermainkan oleh pihak-pihak berkepentingan yang mencucuk dansebagainya, supaya mereka ini bangkit dan memainkan peranan mereka untuk 

berkhidmat kepada agenda yang lebih besar di sebaliknya.

Contohnya orang Cina di Kelantan, Terengganu, dah cakap Terengganu, dah cakap

Kelantan, tak ada masalah apa pun kan? Maknanya dia boleh menerima, dan ada

sahaja Cina nak kawin pun pakai baju Melayu. Tidak beragama Islam tapi dia boleh

menerima budaya Melayu. Tapi apabila kita politikkan isu dan membangkitkan

semangat di kalangan orang Cina, India dan sebagainya dan masuk campur agenda

politik di sana, itu yang menjadi masalah.

Jadi, sekarang ni pertembungan bukan soal orang Cina, orang India. Orang India dan

Cina aman damai, untuk dia nak hidup, dia nak cari makan, nak belajar, nak maju, nak 

senang tak ada masalah. Ini bukan isu kebanyakan orang yang bukan Islam. Yang

menjadi isu ialah agenda politik yang berada di belakang itu, itu yang menjadi isu.

Jadi kita kena lihat dari segi aspek itu. Apa yang kita sebutkan tadi dari aspek itu. Jadi

kalaulah ada agenda dimainkan dan menggunakan agenda itu, maka kita kena

berdepan agenda itu. Jadi ini bukan masalah orang Cina dan disebut sini, penting!

Penting bagi orang Cina dan India faham isu ini, supaya dia tidak terjebak dalam

masalah itu, dan akan menjejaskan masa depan dia. Saya yakin akan menjejaskan

masa depan mereka kerana orang Melayu buruk macam mana pun akhirnya akan balik 

kepada apa yang kita sebutkan, dia akan balik, dia akan bangun, dia akan pertahankan

hak dia.

Tetapi waktu itu orang Cina akan perlu buat pilihan, nak bersama atau tidak, orang

India pun perlu buat pilihan nak bersama ataupun tidak. Jadi, adalah menjadikepentingan orang India dan orang Cina, untuk mengekalkan suasana keharmonian,

suasana aman dan sebagainya dan tidak terdedah atau pun tidak terlibat dengan

agenda-agenda politik dan sebagainya yang boleh menyebabkan masalah.

Soalan 28

Page 30: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 30/34

S (Pengerusi Majlis) :  Akhir sekali ustaz kita melihat ya, maknanya penyatuan yang sebenarnya di

kalangan berbagai bangsa di negara kita ini ialah terletak kepada penyatuan yang dasar iaitu

 penyatuan orang Melayu itu sendiri, dan kalau kita lihat asas-asas yang ada, maknanya dari segi

tradisinya, dari segi sikap, sifat orang Melayu itu memang asas-asas penyatuan itu sudah ada pada

orang Melayu, kalau saya dapat nukilkan satu puisi yang di buat oleh Dato’ Osman Awang, cerita

tentang bagaimana orang Melayu berkelahi cara Melayu, bertikam dengan pantun, menyanggah

dengan senyum. Jadi apa, merendah bukan menyembah, marah pun tertawa, jadi ada asas kepada

 penyatuan orang Melayu itu untuk dia duduk, mari duduk dan sepakat. Jadi, ada kekuatan-

kekuatannya yang telah kita lihat terbina dalam sifat dan sikap orang Melayu itu yang suka

bermuafakat. Jadi ini nampak macam ada, tetapi, tidak dimanfaatkan sendiri oleh bangsa Melayu

itu untuk dia bangun dan membina balik kekuatan jati diri dia. Jadi apa pandangan ustaz dalam

konteks ini?. 

J: Ya, bila kita melancarkan slogan ini, sebenarnya kita pun buat kajian, kita pun

study, kita dapati bahawa masyarakat Melayu kita khususnya di sini mempunyai

kelebihan yang banyak, mempunyai unsur penyatuan yang terlalu banyak, dari segi

aqidahnya, dari segi agama, mazhab feqahnya kita panggil mazhab syafi’e, ahli

sunnah wal jamaah, syiah tak ada, kecuali akhir-akhir inikan? Kemudian kita datang

daripada satu rumpun, kita satu bangsa, budayanya hampir sama, cara hidupnya

hampir sama, jadi sebenarnya unsur perpecahan di kalangan orang Melayu itu tidak banyak, unsur yang menyatukan itu lebih banyak, tetapi diabaikan. Yang kita

berselisihnya ialah apa? Dari segi politik! Dari segi pendekatan politik sahaja! Yang

puak-puak nasionalis nak sangat dia itu kenapa? Sampai sanggup bergaduh. Yang

Islamis pula nak Islam dia tu sampai bergaduh, pasal apa? Jadi itu yang perlu dilihat

semula.

Pada zaman globalisasi ini, yang nasionalis dan Islamis ini tak banyak manfaat, dah

tak valid untuk berpisah, berbeza, untuk berdepan dengan globalisasi. Puak-puak 

globalisasi ini dia tak kisah, nasionalis ke, Islamis ke, dia bantai semua. Jadi kita perlu

kekuatan, sebenarnya nasionalis, Islamis tidak bercanggah, dalam konteks Melayu ini.

Jadi kita boleh bersatu, dan boleh bersama, kalau dia nak. Yang masalahnya yang nak 

buat mungkar, kekal nak buat mungkarnya, yang ada agenda politik, kekal dengan

agenda politiknya, itu yang jadi masalah. Bukan masalah Melayu keseluruhan,

ataupun masalah asas binaan masyarakat Melayu. Yang jadi masalahnya, tindak 

tanduk yang berasas kepada masalah-masalah keperibadian pihak-pihak yang terlibat

ini. Jadi, kita yakin sebenarnya kalau kita boleh memperkuatkan unsur-unsur kesatuanini, maknanya kita satu bangsa, satu keluarga, satu rumpun.

Page 31: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 31/34

Itu sebelum Islam, sebelum bercakap tentang Islam, sepatutnya, adakah kita dengan

terima Islam kita kena hancurkan hubungan bangsa, hubungan kerukunan yang sedia

ada? Tidak! Bahkan, Islam datang menguatkan lagi hubungan kerukunan yang sedia

ada atas asas bangsa, hubungan kasih sayang semula jadi. Emak sayang anak, sayang

anak saudara, hubungan tolong menolong di kalangan anak saudara, bapa saudara,

waris-waris dan sebagainya, itu semula jadi. Dia agama Islam ke, tak agama Islam ke,

dia akan jadi semula jadi. Islam datang, mengukuhkan hubungan tersebut. Islam

mengukuhkan hubungan itu. Ini masalah kita dikelirukan oleh agenda Barat, agenda

humanisme Barat. Humanisme Baratlah yang menghapuskan semua benda. Kalau kita

bercakap dari titik tolak Islam, Islam mengiktiraf hubungan kekeluargaan, kasihkan

bangsa, hubungan serumpun dan sebagainya diiktiraf oleh Islam, tidak ada masalah

apa pun, dan tidak pernah berlaku Islam menghapuskan benda ini,Jadi bila kita bercakap kita Islam, maknanya hubungan saya dengan saudara ini Islam,

kalau ini, bapa saudara saya, saya dah suka dah, lepas tu, tambah pulak dengan nilai

Islam, lagi saya suka, lagi hubungan kita rapat, jadi kita ini hubungan satu rumpun dah

rapat, hubungan satu agama pulak lagi merapatkan hubungan sepatutnya. Bukan

menjadikan, awak orang Melayu, saya orang Islam, macam mana tu agak-agak. Jadi

hubungan kita sama-sama satu bangsa, satu agama, kita pisahkan itu semua, andaian

dalam kepala kita. Dan realiti tak patut berlaku liberal dalam kepala kita… kita

fikirkan konfrontasi yang seperti itu, jadi ini yang perlu ditamatkan sepatutnya.

Orang Melayu dengan orang Islam, tidak ada isu Melayu dan isu Islam, tidak perlu

berkonfrontasi. Jadi unsur penyatuan dalam masyarakat kita lebih banyak seperti

mazhab, keturunan. Maknanya pegangan agama, hubungan waris anak beranak ini

sangat rapat. Tidak ada percanggahan kecuali akhir-akhir ini ada isu syiah, jadi kita

kena fokus, Melayu Sepakat Islam Berdaulat itu sebenarnya fokus kepada isu

menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan politik, sebab dalam politik ini kita

bercanggah, dalam politik ini kita bergaduh dan berpecah. Jadi, kita kena sepakatkandi situ. Kita lebih yakin dengan unsur kesepakatan yang paling besar daripada unsur

perpecahan, itu satu poin.

Poin yang kedua, masalah intergrasi nasional, bagi kita, golongan bukan Islam

ataupun bukan Melayu, mesti menerima, kedudukan Melayu, keistimewaan orang

Melayu dan sebagainya, sebagai asas intergrasi. Di Malaysia kita tidak ada satu ajaran

tertentu, seperti di Indonesia, ada Panca Sila, semua orang kena anuti Panca Sila

sebagai asas intergrasi. Di Malaysia tidak, intergrasi di Malaysia adalah intergrasipolitik, ataupun disebut juga intergrasi paksaan, di mana semua bangsa boleh hidup

Page 32: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 32/34

dalam kerangka masing-masing. Cina bangunkan dia bangsa Cina, India bangunkan

bangsa India, ada sekolah jenis kebangsaan Tamil, ada jenis kebangsaan Cina dan ada

badan-badan yang menjaga kepentingan Cina dan ada badan-badan yang menjaga

kepentingan India. Ini sebenarnya yang menjadi punca masalah dalam konteks

mengendalikan isu intergrasi, apabila tidak ada ketegasan yang jelas dari awal, bahawa

semua bangsa sepatutnya menghormati perlembagaan negara, kedudukan agama

Islam, hak-hak Melayu, kedudukan bangsa Melayu. Dasar budaya nasional, apa dia?

Bahasa kebangsaan apa? Itu telah ada dalam dasar, telah ada dalam perlembagaan,

semua orang sepatutnya menghormati dan sistem mesti dijurus ke arah itu.

Cuba tengok pendidikan kita. Pendidikan sekolah kebangsaan mencairkan semua

benda dan menyebabkan cair juga identiti orang Islam dan orang Melayu. Sedangkan

Cina, India tak cair. Sebab dia ada sekolah jenis kebangsaan Cina, ada sekolah jeniskebangsaan Tamil dan ada persatuan perniagaan Cina, ada persatuan perniagaan India.

Yang tak adanya kita! Kerana kita nak kait, nak rangkum orang lain, kita bertolak 

ansur dan orang lain terus kekal dengan dia punya budaya, dengan polarisasi yang ada.

Jadi sekarang ini, masalah polarisasi wujud dan begitu menebal dan disokong pula

dengan agenda Barat. Mereka dengan keadaan itu, nak menguasai negara, nak 

menguasai sistem, nak mengubah status quo, sehingga dasar konsep kenegaraan dan

sebagainya boleh menjadi merubah dan meletakkan kesamarataan yang mutlak dan

mengetepikan asas-asas asal yang telah diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan. Ini

boleh berlaku walaupun jaminan mulut mengatakan ia tidak akan berlaku. Kita faham

pergerakan di peringkat antarabangsa, dalam negeri, boleh menjurus ke arah

perubahan status quo yang begitu.

Soalan 29

S  (Panel 1) :  Saya ada satu soalan pertanyaan, demikian maksudnya ISMA mempunyai agenda

 yang besar nak menyatukan bangsa Melayu dan mendaulatkan Islam. Cuma apakah agenda ISMA

ini, dan adakah ISMA merasakan agenda ISMA itu satu perkara yang difahami oleh ramai

masyarakat dan adakah dia perkara baru, bagaimana ustaz cakap tadi, semua tu sudah wujud, tapi

mungkin sesetengah pihak tidak sedar yang menyebabkan bangsa Melayu larut, toleransi yang

terlebih sehingga mereka tidak tahu, mereka perlu membela hak mereka sendiri, oleh itu, adakah

masa yang sama kumpulan lain-lain tidak buat perkara ini, bagaimana pandangan ustaz? 

Page 33: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 33/34

J: Kita tak boleh menafikan peranan setiap orang, kita kena pandang positif hal ini.

Kita NGO, kita kena terbuka dan melihat orang lain pun menyumbang. Asas itu kitakena jelas. Kalau kita mula bercakap orang lain tak menyumbang, itu masalah nanti.

Kita bercakap, kita mengiktiraf semua yang memberi, menyumbang ke arah apa sahaja

yang menguntungkan umat dan masyarakat ataupun negara, kita kena terima danmengiktiraf. Tapi yang penting di sini, apa yang kita bawa ini adalah suatu yang kita

bongkar daripada akar sejarah dan asal usul keperibadian kita, bukan suatu agendayang asing, sebagaimana yang disebutkan tadi. Cuma kita perlu sedikit masa untuk 

membuang sampah sarap yang telah menyelubungi pemikiran orang Melayu dan cara

nilai orang Melayu itu sendiri, mungkin berlaku banyak sangat sampah sarap dan dia

tak sedar, ataupun dia lambat peka, lambat bangkit dan bangun.

Tetapi akhirnya tenaga mereka akan bangun. Ini kerana agenda ini adalah agenda yang

datang daripada akar sejarah mereka. Daripada asas keperibadian mereka. Apabila kita

bercakap tentang Melayu, Islam, itu sejarah dia, itu asal diri dia, betul tak? Cuma

sekarang ini, dia lupa dengan berbagai-bagai slogan ulikan daripada berbagai-bagai

pihak, tetapi apabila kita mampu menjelaskan nanti, kita dapat menjelaskan isu inisecara baik, kita yakin mereka akan bangun dan patah balik kepada agenda ini, jadi

agenda ini adalah bukan satu yang asing daripadanya.

Soalan 30

S  (Pengerusi Majlis)  :  Akhir sekali ustaz, sejauh manakah keyakinan ISMA, dalam membawa

agenda ini untuk direalisasikan dalam masyarakat kita?. Kita cukup yakin, dan di sana ada petanda-

 petanda yang baik, yang boleh kita jadikan, apa kata…bukti, di mana sambutan, khususnya di

kalangan orang muda kepada apa yang kita bawa ini, orang kata apa? Menggalakkan, begitu baik 

sekali, bahkan bila kita bertemu dengan pihak-pihak yang wujud dalam masyarakat ini, pihak-pihak 

 yang berbagai-bagai, kita menerima sokongan dan dokongan daripada mereka secara individu

 personal, tetapi mungkin mereka secara organisasi tidak boleh bersama, kerana dia terikat dengan

dasar, organisasi masing-masing dan kita hormati, tetapi secara individu mereka menyatakan

sokongan. 

J: Sebagai Melayu muslim, mereka menerima dan mengamal, mengiktiraf apa yang

kita bawa ini adalah betul. Banyak fakta dan banyak bukti yang telah berlaku, kalau

kita tanya pada orang yang berada dalam parti yang menentang pun, yang kita lihat

menolak apa yang kita bawa, bila tanya dia, dia kata, apa yang ISMA bawa ini betul.

Cuma dia tidak boleh nak sokong, sebab dia punya kedudukan dalm organisasi, jadikita tidak risau tentang apa yang kita bawa sama ada akan dapat sambutan atau pun

tidak.

Page 34: 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

7/29/2019 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat MSIB - Ust Abdullah Zaik, Presiden ISMA

http://slidepdf.com/reader/full/30-soal-jawab-melayu-sepakat-islam-berdaulat-msib-ust-abdullah-zaik-presiden 34/34

Di samping ia adalah datang daripada akar sejarah, ia juga adalah merupakan`pola`

politik dalam sejarah politik Malaysia ini. Pola perjuangan politik daripada zaman

dahulu sampai hari ini dan akan datang. Orang tak akan boleh pisahkan antara Melayu

dan Islam, kalau nak berjaya dalam politik mesti berada di persekitaran ini, ini paling

penting sekali.