kertas kerja cadangan menaik taraf surau sk pasangan kg kuantan jalan rawang 45600 bestari jaya...

7
***************************************************************** ************************ KERTAS KERJA CADANGAN MENAIK TARAF KERTAS KERJA CADANGAN MENAIK TARAF SURAU SK PASANGAN KG KUANTAN JALAN SURAU SK PASANGAN KG KUANTAN JALAN RAWANG 45600 BESTARI JAYA SELANGOR RAWANG 45600 BESTARI JAYA SELANGOR DARUL EHSAN DARUL EHSAN ***************************************************************** ************************ DISEDIAKAN OLEH : JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PASANGAN KAMPONG KUANTAN , SELANGOR.

Upload: firuz-closet

Post on 29-Jul-2015

269 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Cadangan Menaik Taraf Surau Sk Pasangan Kg Kuantan Jalan Rawang 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan

***************************************************************************

**************

KERTAS KERJA CADANGAN MENAIKKERTAS KERJA CADANGAN MENAIK

TARAF SURAU SK PASANGAN KGTARAF SURAU SK PASANGAN KG

KUANTAN JALAN RAWANG 45600KUANTAN JALAN RAWANG 45600

BESTARI JAYA SELANGOR DARULBESTARI JAYA SELANGOR DARUL

EHSANEHSAN

***************************************************************************

**************

DISEDIAKAN OLEH :

JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PASANGAN

KAMPONG KUANTAN , SELANGOR.

Page 2: Kertas Kerja Cadangan Menaik Taraf Surau Sk Pasangan Kg Kuantan Jalan Rawang 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan

KERTAS KERJA CADANGAN MENAIK TARAF SURAU SK PASANGAN KGKERTAS KERJA CADANGAN MENAIK TARAF SURAU SK PASANGAN KG

KUANTAN JALAN RAWANG 45600 BESTARI JAYA SELANGOR DARULKUANTAN JALAN RAWANG 45600 BESTARI JAYA SELANGOR DARUL

EHSANEHSAN

JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PASANGAN

KAMPONG KUANTAN , SELANGOR.

1. OBJEKTIF

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan mengenai penggunaan

dan fungsi surau SK Pasangan Kampong SK Pasangan Kampong KuantanKuantan. Surau ini digunakan untuk

tujuan sebagai tempat solat berjemaah, sesi pengajaran dan pembelajaran

al-Quran dan fardhu ain, majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat, Program Kem

Bestari Solat

Pertandingan Hafazan dan Tilawah Quran dan sebagainya.

Kertas kerja ini akan menjelaskan betapa pentingnya menambah kemudahan

seperti kolah wuduk, karpet, system audio dan penghawa dingin.

2. LATARBELAKANG

Sejarah Islam menunjukkan bahawa masjid/surau memainkan peranan

penting sebagai pusat ibadat, pembangunan dan perkembangan ilmu,

pembinaan keperibadian, sahsiah dan peradaban Islam secara menyeluruh

dan holistik. Kebanyakan pembinaan masjid atau surau pada masa kini

adalah disusun atur berhampiran dengan bangunan-bangunan pentadbiran,

pusat-pusat perniagaan dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya

supaya ia dapat menjadi focal point atau arah tuju.

Objektif pembinaan Surau al-Ikhsan di Sekolah Kebangsaan Pasangan adalah

sebagai satu kemudahan terutama bagi murid seramai 200-300 setiap tahun.

Setakat ini ia digunakan bagi setiap majlis mahupun aktiviti-aktiviti yang

mana bertujuan untuk membina shahsiah murid sesuai dengan Falsafah

Pendidikan Islam.

Page 3: Kertas Kerja Cadangan Menaik Taraf Surau Sk Pasangan Kg Kuantan Jalan Rawang 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan

Dengan keperluan semasa yang mendesak surau al-Ikhsan SK Pasangan ini

memerlukan beberapa kemudahan bagi melancarkan perjalanan setiap majlis

dan kemudahan terutama kepada murid-murid ketika akitviti-aktivit di

sekolah dan ketika aktiviti atau majlis yang melibatkan ibu-bapa.

3. FAEDAH PEMBINAAN KOLAH SERTA KEMUDAHAN KARPET,

SISTEM AUDIO DAN PENGHAWA DINGIN

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang disebutkan di atas, cadangan

pembinaan Surau Abu Bakar As Siddiq ini adalah di atas beberapa tujuan

utama iaitu:

i. Dapat memberikan kemudahan kepada penduduk Islam setempat

untuk menunaikan tanggungjawab fardu kifayah.

ii. Dapat mendorong penduduk Islam setempat meningkatkan perpaduan

dan persefahaman melalui aktiviti yang dijalankan secara bersama.

iii. Mencerminkan komitmen kerajaan dan tanggungjawab sosial bagi

meningkatkan syiar Islam seperti mana yang termaktub di dalam

Perlembagaan Persekutuan dan juga dasar kerajaan.

iv. Untuk membolehkan penduduk dan para jemaah agar dapat

bersembahyang secara berjemaah terutamanya di dalam bulan

Ramadhan.

v. Membolehkan pihak AJK membuat perancangan strategi jangka

panjang agar program-program ilmu dapat dijalankan dengan teratur,

berkesan dan selesa.

Mengikut perancangan, setelah siap kelak bangunan surau baru ini juga akan

dilengkapi dengan ruang solat (lelaki dan wanita secara berasingan), ruang

bilik untuk tetamu/kelas mengaji, tempat mengangkat wudhu' lelaki dan

Page 4: Kertas Kerja Cadangan Menaik Taraf Surau Sk Pasangan Kg Kuantan Jalan Rawang 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan

wanita; pejabat pentadbiran surau dan persatuan penduduk, ruang

mesyuarat/perpustakaan dan stor. Cadangan bangunan Surau ini akan dapat

memuatkan lebih daripada 150 jemaah pada satu-satu masa.

5. MAKLUMAT ASAS PROJEK

1. Nama Projek : Membina dan Menyiapkan

Sebuah

Bangunan Surau Abu Bakar As

Siddiq Di Taman Evergreen

Height, Mukim Simpang Kanan,

Batu Pahat, Johor

2. Lokasi Projek : Taman Evergreen Heights

3. Daerah : Batu Pahat

4. ADUN : YB Jaafar Bin Hashim (DUN

Senggarang)

5. Parlimen : YB Dr Hj. Puad Bin Zarkahsi

(Parlimen

Batu Pahat)

6. Nama/Alamat Pemohon : Persatuan Penduduk Islam Taman

Evergreen Heights,

No 4 Jln EH16, Taman Evergreen

Height,

83000 Batu Pahat

7. Maklumat Asas Projek :

7.1 Kedudukan Kemudahan : Jalan Raya, Bekalan elektrik,

Bekalan

Sediada. air dan Kemudahan telefon.

7.2 Pelan Lokasi : Disertakan.

7.3 Status tapak : Dalam proses di wartakan oleh

Majlis Agama Islam Negeri Johor

7.4 Bilangan jumlah rumah : 700 buah rumah bercampur

7.5 Bilangan keluarga Islam : 140 buah rumah dengan anggaran

Page 5: Kertas Kerja Cadangan Menaik Taraf Surau Sk Pasangan Kg Kuantan Jalan Rawang 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan

jumlah penduduk islam ialah

diantara

500-550 orang.

7.6 Anggaran kos : Ringgit Malaysia Empat Ratus

Tiga Puluh

Ribu ( RM430,000-00) Sahaja.

7.7 Keluasan bangunan : Disertakan

7.8 Sumber dana : Derma orang ramai

Adalah dianggarkan pembinaan bangunan baru yang mempunyai ruang built-

up area seluas 3775 kaki persegi ini akan menelan belanja sebanyak RM

430,000-00. Jumlah ini adalah termasuk kos bayaran khidmat juruperunding

(arkitek, jurutera dsbnya).

Jangkamasa siap pembinaan bangunan adalah dianggarkan selama tempoh 6

hingga 8 bulan. Dengan memperuntukkan masa 12 bulan untuk

menyediakan modal dana kewangan yang mencukupi untuk kos

pembinaan, surau ini dijangka akan dapat digunakan sebelum bulan

Ramadhan tahun 2011.

6. RUMUSAN

Dari laporan yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa

matlamat utama pembinaan surau Abu Bakar As Siddiq adalah untuk

meluaskan kepelbagaian fungsinya sebagai nadi kehidupan harian

masyarakat Islam di taman perumahan ini.

Dengan terbinanya bangunan ini, adalah menjadi harapan yang besar kepada

keseluruhan penduduk-penduduk Islam taman ini, agar kegiatan keagamaan

termasuk pendidikan anak-anak akan dapat berfungsi dengan lebih teratur

dan berkesan.

Page 6: Kertas Kerja Cadangan Menaik Taraf Surau Sk Pasangan Kg Kuantan Jalan Rawang 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan

Masalah seperti ketiadaan tempat khusus bagi urusan keagamaan serta bagi

urusan pengurusan jenazah menjadikan penubuhan ini sebagai satu

keperluan yang mendesak kepada penduduk di taman ini.

Hasil daripada usaha murni secara bersepakat oleh penduduk Islam di taman

ini, adalah diyakini manfaatnya akan dapat dikecapi oleh semua pihak,

samada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat kehidupan

akhirat, Insya Allah.

Wassalam.

Bertarikh pada 15hb. April 2010.

Disediakan oleh: Jawatankuasa (Penaja),

Pembinaan Surau Abu Bakar As Siddiq dan

Persatuan Penduduk Islam Taman Evergreen Height.