kertas kerja bulan bahasa kebangsaan

4
KERTAS KERJA BULAN BAHASA KEBANGSAAN ANJURAN PANITIA BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN LA SALLE (1) BRICKFIELDS 2010 1. PENGENALAN Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Program ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Program Bulan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah merupakan satu program tahunan yang dijalankan pada setiap bulan Oktober selaras dengan pelaksanaannya di peringkat kebangsaan. Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia. Di peringkat Sekolah, Program Bulan Bahasa Kebangsaan berfokus kepada usaha untuk meningkatkan pengetahuan serta pemahaman murid-murid tentang penggunaan serta kemahiran dalam aspek bahasa terutamanya Bahasa Malaysia. Ia juga menjadi landasan untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri murid-murid seperti bercerita dan bersajak. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyemai semangat cintakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita. Selain itu, program ini juga diadakan adalah untuk melahirkan insan khususnya murid-murid yang berketrampilan dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara. Aktiviti yang dirancang dalam program ini adalah dalam pelbagai bentuk bertujuan untuk menarik minat murid untuk menyertainya. Apa yang diharapkan program ini akan dapat meningkatkan minat

Upload: sword5595

Post on 18-Dec-2014

1.365 views

Category:

Documents


66 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bulan Bahasa Kebangsaan

KERTAS KERJA BULAN BAHASA KEBANGSAAN

ANJURAN PANITIA BAHASA MALAYSIASEKOLAH KEBANGSAAN LA SALLE (1) BRICKFIELDS

2010

1. PENGENALAN

Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Program ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)

Program Bulan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah merupakan satu program tahunan yang dijalankan pada setiap bulan Oktober selaras dengan pelaksanaannya di peringkat kebangsaan. Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia.

Di peringkat Sekolah, Program Bulan Bahasa Kebangsaan berfokus kepada usaha untuk meningkatkan pengetahuan serta pemahaman murid-murid tentang penggunaan serta kemahiran dalam aspek bahasa terutamanya Bahasa Malaysia. Ia juga menjadi landasan untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri murid-murid seperti bercerita dan bersajak.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyemai semangat cintakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita. Selain itu, program ini juga diadakan adalah untuk melahirkan insan khususnya murid-murid yang berketrampilan dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Aktiviti yang dirancang dalam program ini adalah dalam pelbagai bentuk bertujuan untuk menarik minat murid untuk menyertainya. Apa yang diharapkan program ini akan dapat meningkatkan minat murid untuk mendalami segala aspek dalam Bahasa Malaysia khususnya penggunaannya sebagai bahasa rasmi negara.

2. RASIONAL

Program Bulan Bahasa Kebangsaan diwujudkan adalah bermatlamatkan memupuk semangat cintakan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid. Ini adalah kerana murid-murid pada masa sekarang kurang menghayati serta menggunakan Bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian mereka. Program ini juga diharapkan akan dapat mencungkil bakat murid-murid dalam kemahiran tertentu seperti bercerita dan bersajak.3. MATLAMAT

Page 2: Kertas Kerja Bulan Bahasa Kebangsaan

3.1 Memantapkan, memperkukuhkan dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.

3.2 Menguatkan rasa megah terhadap Bahasa Kebangsaan.3.3 Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui Bahasa

Kebangsaan.3.4 Menyemarakkan peranan Bahasa Kebangsaan sebagai tonggak pembinaan

negara bangsa.

4. OBJEKTIF

4.1 Memahirkan murid dalam penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah.4.2 Menggalakkan murid untuk menggunakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa

pengantara.4.3 Meningkatkan minat membaca murid-murid.4.4 Meningkatkan pemahaman murid dalam aspek tatabahasa Bahasa Malaysia.4.5 Mempraktikkan penggunaan Bahasa Malaysia dengan lebih berkesan.4.6 Mendedahkan murid-murid dengan segala aspek dalam Bahasa Malaysia seperti

puisi.4.7 Mencungkil bakat serta memilih murid untuk mewakili sekolah dalam pertandingan

seperti bercerita dan bersajak.4.8 Menyemai sikap cintakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara.

4. TARIKH PROGRAM

Program ini akan berlangsung mulai 11 OKTOBER 2010 sehingga 29 OKTOBER 2010.

5. GOLONGAN SASARAN

Program ini dijalankan khusus untuk murid-murid S.K. La Salle (1) Brickfields.

6. AKTIVITI ( seperti Lampiran 1 )

7. ANGGARAN PERBELANJAAN ( seperti Lampiran 2 )

8. SUMBER KEWANGAN

8.1 Peruntukan Panitia Bahasa Malaysia

Page 3: Kertas Kerja Bulan Bahasa Kebangsaan

AHLI JAWATANKUASA INDUKPROGRAM BULAN BIJAK BAHASA 2009

PENASIHATPn. Supamah Vandasan

( Guru Besar )

PENGERUSIEn.Persori Bin Waliman

( GPK Tadbir dan Kurikulum )

PENYELARASEn.Muhamad Rizal bin Haron

( Ketua Panitia Bahasa Malaysia )

SETIAUSAHAPn.Norsidah Bt Musa

AJK KECILEn.Mazlan Bin IbrahimEn.Hamlan Bin Shariff

En.Mohd Fadzil Bin Abu NaimEn.Shaiful Muhayuddin Bin Mohamad

Pn.Norli Bt IsmailPn.Nurul Aini Bt Mohd OlwiCik Noor Azean bt Radzali

Page 4: Kertas Kerja Bulan Bahasa Kebangsaan