kertas kerja ambang ramadan 2014

6
SMK PASIR BESAR 73420 GEMAS, NEGERI SEMBILAN NO. TEL: 06-4576215 NO. FAX: 06-4577051 KERTAS KERJA PROGRAM CERAMAH AMBANG RAMADHAN DAN PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2014

Upload: luqman-hakim

Post on 11-Nov-2015

1.001 views

Category:

Documents


54 download

DESCRIPTION

kertas kerja ramadhan

TRANSCRIPT

SMK PASIR BESAR

73420 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

NO. TEL: 06-4576215 NO. FAX: 06-4577051

KERTAS KERJA

PROGRAM CERAMAH AMBANG RAMADHANDAN PELANCARAN

PROGRAM IHYA RAMADHAN

2014ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAMSMK PASIR BESAR GEMAS, N.SEMBILANKERTAS KERJACERAMAH AMBANG RAMADHAN DAN PELANCARAN IHYA RAMADHAN 1435 H / 2014 M

1.0PENGENALANBulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah swt. Kedatangan bulan Ramadan memang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Ini kerana pada bulan ini, Allah telah menjanjikan ganjaran pahala yang berganda kepada hamba-hambanya yang bertaqwa dan beramal soleh. Di bulan Ramadan ini juga Allah telah mewajibkan seluruh umatnya agar menunaikan ibadah puasa. Ibadah puasa yang dilakukan dengan penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis qudsi yang bermaksud : Semua amalan anak Adam adalah baginya, melainkan puasa kerana ia adalah untuk Ku dan Aku akan membalasnya.2.0RASIONAL

Kedatangan bulan Ramadan boleh menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia dan berdisiplin. Ini adalah kerana dalam bulan Ramadan umat Islam bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi menyekat hawa nafsu dari melakukan perkara-perkara mungkar. Dibulan Ramadan ini juga melatih diri seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan sunat seperti bertadarus, mendengar tazkirah, bertarawih, bersedekah, khatam Al-Quran dan lain-lain lagi. 3.0MATLAMAT

Melahirkan pelajar-pelajar yang menghayati ajaran Islam dan berakhlak mulia.4.0OBJEKTIF

4.1 Persediaan awal untuk menghadapi ibadah puasa dibulan Ramadan Al-Mubarak.

4.2 Mendidik pelajar menghayati kelebihan bulan Ramadan Al-Mubarak4.3 Mendidik pelajar dengan sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin dan taat perintah Allah.

4.4 Melahirkan pelajar yang istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah swt.4.5 Mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt..5.0SASARANSemua warga SMK Pasir Besar

5.1Pelajar

5.2Pentadbir dan guru beragama Islam

6.0TARIKH, HARI DAN MASA6.1Tarikh : 27 Julai 20146.2Hari : Jumaat 6.3Masa : 10.30pg 12.00 tghari7.0TEMPATDewan SMK Pasir Besar8.0ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam SMK Pasir Besar9.0 TENTATIF PROGRAM

BILMASAAKTIVITI

110.20 pagiPelajar bergerak ke dewan sekolah

210.25 pagiPelajar dan guru mengambil tempat di dalam dewan

310.30 pagiUcapan aluan pengerusi majlis

CERAMAH AMBANG RAMADHAN

612.00 tghariUcapan Pengetua dan Pelancaran Program Ihya Ramadhan

612.15 tghari

Penyampaian cenderamata kepada penceramah

712.20 tghari

Bersurai

10.0ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Bayaran Penceramah

-RM 200.00

10.2 Banting Pelancaran Ihya Ramadan (1 RM 50.00)-RM 50.00

Jumlah

-RM 250.009.0SUMBER KEWANGAN

PIBG SMK Pasir Besar10.0PENCERAMAH

Ust Azman Shah b Alias (Penceramah Bebas)11.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi

-Tn Hj Abdul Karim b Mohamad( Pengetua SMKPB)

Timbalan Pengerusi-Pn Noridah bt Mohd Saman

( GPK Akademik SMKPB)

Naib Pengerusi I-En Shahizan b Mohd Ludin

( GPK HEM SMKPB)

Naib Pengerusi II-Tn Hj Zahari b Zainudin

( GPK Kokurikulum SMKPB)

Penyelaras

-Tn Hj Mazlan b Jidin

( Ketua Bidang Kemanusiaan )

Setiausaha

-Ust Abdul Hadi b Salleh

( Ketua Panitia Pendidikan Islam )

Bendahari

-Bendahari PIBG, SMK Pasir BesarPersiapan Dewan

Ustazah Ismariah bt Abd Wahid

dan pelajarPengerusi Majlis

Nuru Shuhada bt Mahussin

Banner PelancaranEn Samsudin b Hassan

CenderamataUst Abdul Hadi b Salleh

P.A System

En Ahmad Mukhfiz b Jusoh

Pamplet

Cik Anne Nur Aimaniah bt Mohamed

LaporanUst Abdul Hadi b Salleh

Jurufoto

En Mohd Hadzmeer Hafizie b Razali

Kawalan Disiplin

En Bunaim b Ismail

Pn Faizah bt Pahim

Persiapan Pelancaran

Ustazah Junaidah bt MahmoodCik Norul Aisyah bt abd Manaf

13.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk menghayati kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik.Disediakan oleh :

..

(Ustaz Abdul Hadi b Salleh)

KP Pendidikan Islam

SMK Pasir Besar

Disemak oleh :

..

(Tn Hj Mazlan b Jidin)

GKMP Kemanusiaan

SMK Pasir Besar