kertas kerja akujani 2015
DESCRIPTION
kertas kerjaTRANSCRIPT
PROGRAM AKUJANJI MURID-MURID TAHUN 6TAHUN 2015
SK BUKIT TAMPOI (A), DENGKIL
Pengenalan
Program Akujanji murid-murid Tahun 6 2015 ini dirancang untuk murid yang
akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2015. Program ini bertujuan untuk
membantu murid menentukan matlamat mereka dalam peperiksaan. Oleh itu
murid akan mempunyai motivasi dalaman bagi memastikan matlamat mereka
tercapai. Motivasi belajar tidak akan terbentuk jika murid tersebut tidak
mempunyai keinginan, cita-cita atau maklumat manfaat belajar bagi dirinya.
Rasional
Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid menetapkan matlamat
mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Kehadiran ibu bapa
juga diharapkan dapat merapatkan jurang di antara ibu bapa dengan pihak sekolah
terutama berkaitan hal-hal yang melibatkan tahap pencapaian akademik murid.
Objektif
Di akhir program diharapkan dapat:-
a) Membuka minda murid mengenai tahap pencapaian diri.
b) Meningkatkan motivasi belajar dalam diri setiap murid.
c) Membantu murid mengenal pasti sasaran pencapaian dalam peperiksaan
UPSR.
d) Mengadakan kerjasama erat antara ibu bapa dengan pihak sekolah
dalam usaha untuk meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid.
e) Memberi peluang ibu bapa mendapatkan maklumat pembelajaran anak
masing-masing.
f) Membantu pihak sekolah merancang program dan mencari alternatif
terbaik bagi meningkatkan prestasi pelajaran dan sahsiah murid.
Sasaran
Semua pelajar Tahun 6
Tarikh
24 April 2015 ( Jumaat )
Tempat
Kelas Tahun 6 Siantan
Pengisian
Rujuk lampiran I
Tenaga kerja / personalia :
Rujuk Lampiran II
Disemak oleh :-
_____________________________ ___________________________ ( NURMALA DEVI BINTI ABDULLAH ) ( HJ MUHAMMAD BIN SIPON ) SU Kurikulum PK Kurikulum & Pentadbiran SK Bukit Tampoi ( A )
LAMPIRAN 11
PROGRAM AKUJANJI UPSR SK BUKIT TAMPOI (A ), DENGKIL
24 APRIL 2015 (JUMAAT) – KELAS TAHUN 6 SIANTAN
Pengerusi : Encik Mohd Rahman bin Rabingan ( Guru Besar )
Timb Pengerusi : Tn Haji Muhammad bin Sipon ( GPK Kurikulum )
Naib Pengerusi 1 : Pn Noor Adida Tun Salwa binti Omar ( GPK Hem )
Timb Pengerusi 11 : En Azman Shah bin Mohd Yunos ( GPK
Kokurikulum )
Setiausaha : Pn Nurmala Devi binti Abdullah ( SU Kurikulum )
Ahli Jawatankuasa Tugas
Sambutan
En Mohd Rahman b Rabingan
Tn Hj Muhammad b Sipon
Pn Noor Adida Tun Salwa bt Omar
Menyambut kehadiran YDP PIBG dan ibu bapa
murid.
Pengacara majlis
Pn Zuraini bt Mohd Sauti
Mengendalikan majlis dari awal hingga akhir.
Bacaan doa
Ustaz Anwar b Mohd Salleh
Mengetuai bacaan doa sempena program
Akujanji UPSR 2015.
Pergerakan wakil murid
Pn Zaharah bt Yayha
Mencari wakil pelajar Tahun 6 untuk mewakili
bacaan ikrar.
Persiapan Kelas
En Suzaim b Parman
En Mohd Firdaus Ayak b Abdullah
Pastikan kelas dalam keadaan bersih dan
penyusunan kerusi mengikut jumlah murid dan
ibu bapa.
Borang ikrar janji
Pn Nurmala Devi bt Abdullah
Menyediakan borang Akujanji dan stiker murid.
Dokumentasi / pelaporan
Pn Nurmala Devi bt Abdullah
Menyediakan kertas kerja dan surat-surat
berkaitan program Akujanji.
Mengambil gambar sepanjang program dan
menyediakan laporan selepas program tamat.
Naib Setiausaha : En Mohd Firdaus Ayak bin Abdullah ( Guru Bimbingan & Kaunseling )
LAMPIRAN ITentatif
Program Akujanji UPSR 2015
24 April 2015 ( Jumaat )
Masa Perkara Tindakan
11.00 pagi
11.10 pagi
11.15 pagi
11.20 pagi
11.40 pagi
11.55 pagi
12.00 tengah hari
12.10 tengah hari
Kehadiran jemputan
Ucapan alu-aluan
Bacaan doa
Ucapan YDP PIBG
Ucapan Guru Besar
Ikrar Akujani oleh murid
Penyampaian Stiker Calon UPSR 2015
Bersurai
AJK Sambutan
Pengacara Majlis
En Anwar b Mohd Salleh
En Yusof b Alip
En Mohd Rahman bin Rabingan Wakil murid
Ibu bapa
KERTAS KERJA
PROGRAM AKUJANJI
MURID TAHUN 6
2015
SK BUKIT TAMPOI ( ASLI )
DENGKIL
Pada
24 APRIL 2015 ( JUMAAT )