kertas kerja (1).docx

12
KERTAS KERJA AKTIVITI PERMAINAN TRADISIONAL KARNIVAL PENGAKAP NEGERI SARAWAK TAHUN 2015 TARIKH : 27 FEB 2015 TEMPAT : PADANG MAJLIS BANDARAYA KUCHING SELATAN MASA : 2.00pm 5.00pm ANJURAN :

Upload: aliah-mat-lazim

Post on 24-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA (1).docx

KERTAS KERJA

AKTIVITI PERMAINAN TRADISIONAL

KARNIVAL PENGAKAP NEGERI SARAWAK

TAHUN 2015

TARIKH :

27 FEB 2015

TEMPAT :

PADANG MAJLIS BANDARAYA KUCHING SELATAN

MASA :

2.00pm – 5.00pm

ANJURAN :

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SARAWAK

Page 2: KERTAS KERJA (1).docx

1.0 Pengenalan Karnival Permainan Tradisional.

Permainan tradisional adalah merupakan salah satu lambang kebudayaan

bagi sesebuah masyarakat. Ianya dimulakan dan diperkenalkan terlebih awal

oleh nenek moyang terdahulu dan diturunkan kepada generasi-generasi

seterusnya sehingga sekarang. Permainan Tradisional turut dikenali sebagai

permainan rakyat. Sebilangan besar permainan tradisional masih lagi dimainkan

sehingga kini. Namun, terdapat juga permainan tradisional yang tidak dimainkan

lagi dan hanya diketahui oleh nenek moyang terdahulu. Antara permainan

tradisional masyarakat Melayu yang masih lagi dimainkan sehingga sekarang

adalah seperti gasing, congkak, ketingting, wau, batu seremban, sepak raga, dan

lain-lain.

Aktiviti Permainan Tradisional ini adalah merupakan sebahagian daripada

aktiviti yang di adakan sepanjang Karnival Pengakap Sarawak yang pertama kali

diadakan. Aktivti ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan pengenalan

kepada ahli-ali pengakap mengenai permainan tradisional yang menjadi

kebanggaan negara kita. Sekaligus, untuk mengangkat budaya permainan

tradisional agar tidak lapuk ditelan zaman.

Page 3: KERTAS KERJA (1).docx

2.0 Matlamat Aktiviti Permainan Tradisional.

Antara matlamat utama aktiviti Permainan Tradisional ini adalah seperti yang

berikut:

2.1 Meningkatkan kemahiran sosial setiap ahli pengakap di negeri Sarawak.

2.2 Meningkatkan semangat kerjasama, bertolak ansur dan saling tolong menolong

dalam kalangan ahli Pengakap.

2.3 Mendedahkan pengalaman baharu kepada ahli-ahli Pengakap mengenai ilmu

pengetahuan tentang permainan tradisional.

2.4 Menyemai sikap menghargai permainan tradisional dalam kalangan ahli-ahli

Pengakap.

2.5 Meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan ahli-ahli Pengakap

dalam menyelesaikan masalah.

2.6 Meningkatkan tahap disiplin ahli-ahli Pengakap melalui penetapan peraturan

permainan.

2.7 Melahirkan individu Pengakap yang sedia menghadapi cabaran.

3.0 Objektif Aktiviti Permainan Tradisional.

Antara objektif penganjuran Permainan Tradisional adalah seperti yang

berikut:

3.1 Meningkatkan hubungan interpersonal Persekutuan Pengakap Malaysia dengan

pihak-pihak tertentu yang terlibat semasa pengelolaan Karnival Pengakap

Sarawak.

3.2 Mendedahkan mengenai permainan tradisional dalam kalangan ahli-ahli Pegakap

di seluruh Negeri Sarawak.

3.3 Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menyemarakkan semangat kerjasama,

hormat menghormati dan menanam nilai-nilai murni dalam diri setiap ahli

Pengakap.

4.0 Penyertaan/Kumpulan sasaran

Seluruh ahli-ahli Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sarawak.

Page 4: KERTAS KERJA (1).docx

5.0 Maklumat Program

Nama Program : Permainan Tradisional

Penganjur : Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Petra

Jaya

Tarikh : 27 Februari 2015

Masa : 1400 hingga 1700

Tempat : Padang Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Penyertaan : Ahli-ahli Pengakap Negeri Sarawak

6.0 Jawatankuasa Karnival Permainan Tradisional

AHLI JAWATANKUASA PERMAINAN TRADISIONAL

Penaung

Penyelaras

Pengerusi

Naib pengerusi

Bendahari

Setiausaha

Naib Setiausaha

AHLI JAWATANKUASA KECIL

Pengerusi majlis

AJK Pendaftaran

AJK Pendokumentasian

AJK Buku Program

AJK Protokol & Persediaan tempat

Urusetia

Page 5: KERTAS KERJA (1).docx

7.0PERANCANGAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS KARNIVAL

PERMAINAN TRADISIONAL.

7.1ATURCARA PERMAINAN TRADISIONAL

Pertadingan akan berlangsung secara serentak bermula jam 1400 - 1700

7.2SENARAI PERMAINAN TRADISIONAL DAN CARA BERMAIN BAGI

SETIAP PERMAINAN TRADISIONAL.

( Lampiran 1(A), Lampiran 1(B), Lampiran 1(C), Lampiran 1(D) )

7.3 PERATURAN UMUM PERTANDINGAN

Peserta hendaklah mendaftar di meja urusetia sebelum permainan

dijalankan.

Peserta perlu memakai pakaian yang sesuai dan sopan.

Sebarang pelanggaran undang-undang setiap permainan akan menyebabkan

pembatalan penyertaan peserta daripada bertanding.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

7.4URUSETIA TERLIBAT

(Lampiran 2)

7.5PERALATAN

(Lampiran 3)

7.6ANGGARAN KOS

(Lampiran 4)

8.0PENGANGKUTAN

Pengangkutan menggunakan mengikut daerah masing-masing.

9.0PENUTUP

Kesimpulannya, Karnival Permainan Tradisional ini adalah sebahagian

daripada aktiviti Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri. Selain daripada itu,

Aktiviti ini juga adalah bagi memantapkan pengetahuan dan pengalaman setiap

ahli-ahli Pengakap. Diharapkan agar perancangan yang dirangka ini dapat

dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan kesungguhan yang

tinggi daripada setiap pihak adalah amat diperlukan demi untuk mendapatkan

hasil yang memuaskan.

Page 6: KERTAS KERJA (1).docx

LAMPIRAN 1(A)

Nama Permainan: Layang-layang

Kategori: Berkumpulan ( _ orang setiap kumpulan)

Tempat: Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Alatan:

1. Buluh

2. Surat khabar terpakai

3. Tali benang

4. Pisau/gunting

5. Selefon Tape

Perlaksanaan pertandingan:

1. Setiap kumpulan akan diberikan alatan seperti yang dinyatakan.

2. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama menyiapkan layang-layang.

3. Layang-layang yang telah siap perlu mendapat kebenaran dari pihak urusetia

sebelum diterbangkan.

4. Selepas itu, layang-layang sudah boleh diterbangkan.

Syarat-syarat pertandingan:

1. Terbuka kepada pasukan berkumpulan sahaja.

2. Layang – layang mestilah tidak kurang daripada 4 kaki.

3. Benang tangsi putih berukuran 150 kaki sahaja yang dibenarkan.

4. Bahan pembuatan layang-layang mestilah diperbuat daripada kertas.

5. Layang – layang yang tidak disahkan oleh urusetia dilarang diterbangkan.

6. Sekiranya ribut,hujan dan tiada angin pemenang akan ditentukan melalui aspek

yang lain yang ditetapkan.

7. Layang – layang yang bermotifkan politik tidak dibenarkan sama sekali.

8. Penyertaan akan terbatal sekiranya ada pasukan yang menggunakan buluh,

kertas dan tali lain daripada yang telah disediakan pihak urusetia.

9. Segala masalah boleh rujuk ke meja urusetia.

10.Urusetia berhak meminda syarat – syarat pertandingan.

Page 7: KERTAS KERJA (1).docx

LAMPIRAN 1(B)

Nama Permainan : Jigsaw

Kategori : Berkumpulan ( _ Orang setiap kumpulan)

Tempat: Padang Majlis Bandaraya Kuching selatan

Peralatan:

1. Peta Malaysia.

2. Kad nombor.

3. Jarum Peniti.

4. Kad soalan.

Perlaksanaan pertandingan:

1. Setiap kumpulan akan berdiri dalam petak yang telah disediakan dan akan

diberikan bersama pin yang telah dilekatkan kad nombor.

2. Satu peta Malaysia yang telah dilabelkan “A”, “B”, “C”, “D” dan “E” akan diletakan

sebaris dengan setiap kumpulan.

3. Setiap kumpulan perlu memberikan perhatian kepada soalan yang akan

dibacakan oleh wakil urusetia. Soalan adalah berkaitan fakta tentang Negara

Malaysia.

4. Selepas mendengar soalan, setiap ahli kumpulan perlu bergerak kea rah peta

yang tersedia dan melekatkan pin bernombor pada peta Malaysia mengikut

nombor soalan.

5. Markah dikira melalui jumlah jawapan yang betul.

Syarat-syarat Pertandingan:

1. Terbuka kepada kumpulan sahaja.

2. Setiap kumpulan perlu bergerak dalam kumpulan semasa melekatkan jawapan

pada peta yang disediakan.

3. Seiranya terdapat kumpulan yang didapati meniru jawapan dari kumpulan lain,

secara automatik dibatalkan penyertaan.

4. Segala masalah boleh rujuk ke meja urusetia.

5. Urusetia berhak meminda syarat – syarat pertandingan.

Page 8: KERTAS KERJA (1).docx

LAMPIRAN 1(C)

Nama Permainan: Getah

Kategori: Berkumpulan ( _ orang setiap kumpulan)

Tempat: Padang Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Perlatan:

1. Getah.

2. Kayu kecil

Perlaksanaan Pertadingan:

1. Setiap kumpulan adak diberikan ibu getah dan sejumlah gelang getah yang telah

ditetapkan.

2. Setiap kumpulan akan berdiri dalam jarak yang telah ditetapkan.

3. Setiap ahli kumpulan akan menembak gelang getak menggunakan ibu getah

yang telah disediakan.

Syarat-syarat pertandinga:

1. Semasa permainan, ahli kumpulan tidak dibenarkan melepasi garisan yang telah

disediakan.

2. Setiap ahli kumpulan dibenarkan melakukan berulang kali sehingga masa yang

ditetapkan tamat.

3. Sekiranya didapati mana-mana kumpulan yang menggunakan selain daripada

alatan yang disediakan pihak urusetia, kumpulan tersebut akan disingkirkan

daripada pertandingan.

4. Segala masalah boleh rujuk ke meja urusetia.

5. Urusetia berhak meminda syarat – syarat pertandingan.

Page 9: KERTAS KERJA (1).docx

LAMPIRAN 1(D)

Nama Permainan: Boling Kelapa

Kategori: Berkumpulan

Tempat: Padang Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Peralatan:

1. Buah kelap tua.

2. Botol berisi pasir/air.

Perlaksanaan pertandingan:

1. Setiap kumpulan akan berada di kawasan pertandingan yang telah ditetapkan.

2. Setiap kumpulan akan membuat balingan.

3. Markah dikira melalui jumlah botol yang jatuh.

Syarat-syarat Pertandingan:

1. Terbuka kepada berkumpulan sahaja.

2. Kaki peserta yang melebihi garisan yang ditetapkan semasa membuat balingan

akan dibatalkan balingan tersebut.

3. Peserta perlu meleretkan bauh kelapa. Balingan terbatl sekiranya ada peserta

yang melambungkan buah kelapa.

4. Setiap ahli kmpulan perlu bergilir menyusun kembali botol yang telah jatuh.

5. Segala masalah boleh rujuk ke meja urusetia.

6. Urusetia berhak meminda syarat – syarat pertandingan.

Page 10: KERTAS KERJA (1).docx

LAMPIRAN 2

SENARAI PERMAINAN TRADISIONAL DAN AHLI JAWATANKUASA

YANG TERLIBAT

PERMAINAN

TRADISIONALURUSETIA

Layang-layang

HAFIZ BIN SHAIK HUSSIN

Jigsaw

Getah

Boling Kelapa

Page 11: KERTAS KERJA (1).docx

LAMPIRAN 3

SENARAI PERALATAN

PERALATAN UNIT

Buluh

Surat Kabar

Tali Benang

Selefon tape

Polisterin

Jarum Peniti

Kad Manila

Buah kelapa

Botol

Tali Rafia

Gunting

Pasir

Page 12: KERTAS KERJA (1).docx

LAMPIRAN 4

ANGGARAN KOS