kertas kafa

Download kertas kafa

If you can't read please download the document

Upload: arbaiah-daklan

Post on 30-Jun-2015

196 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MukadimahKelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) secara amnya telah lama dilaksanakan di Daerah Nabawan. Namun disebabkan kadar peningkatan celik Al-Quran dan Fardhu Ain dikalangan umat Islam di daerah ini masih terlalu rendah, lantaran itulah terdapat cadangan baru penubuhan KAFA di masjid Daerah Nabawan. Keadaan ini akan dapat membantu para pelajar meningkatkan lagi ilmu kerohanian tentang Islam disamping mengimarahkan masjid. Jarak Masjid ini dengan pekan adalah 1 km. Keadaan ini akan memudahkan pelajar yang berhampiran untuk datang mengikuti kelas yang akan dijalankan. Ini kerana pekan Nabawan mempunyai ramai penduduk Islam disekitarnya.

Objektif:1. Membantu pelajar mendalami ilmu dan asas dalam Islam. 2. Meningkatkan kadar celik Al-Quran dan Fardhu Ain dikalangan umat Islam di Daerah Nabawan,seterusnya dapat dijadikan amalan dalam kehidupan harian. 3. Melahirkan umat Islam yang cemerlang dari aspek kerohanian seterusnya menzahirkan sahsiah yang terpuji.

Sasaran1. Pelajar yang berusia 4 hingga 12 tahun iaitu yan masih menuntut di sekolah rendah. 2. Pelajar muallaf yang amat memerlukan bimbingan dalam mendalami ilmu Islam.

AJK Kelas KafaKelas Kafa telah disahkan oleh pengerusi masjid iaitu Ust. Shamsul Haris Md. Diah pada minit mesyuarat yang telah dijalankan. Berikut merupakan AJK KAFA Masjid yang telah dilantik. Pengerusi : Ust. Shamsul Haris Md. Diah Setiausaha: Pn. Arbaiah bt. Daklan Bendahari : Pn. Dessy bt. Tommy Ahli : En. Mohammad B. Daklan Pn. Libiah Haslida Duliman En. Abd. Ghani En. Abdul Wahid En. Jeki b. Tommy

*semua yang hadir mesyuarat berkenaan

Kemudahan KelasGuru dan pelajar Terdapat seorang guru yang telah dilantik oleh Jakim iaitu Pn. Arbaiah bt. Daklan ,no rujukan JAKIM(8.00)/KAFA/489/1. Manakala pelajar seramai 15 orang yang terdiri dari pra sekolah sekolah hingga 12 tahun. -Terdapat sebuah papan tulis dan rehal untuk memudahkan kelas mengaji dijalankan. -Suasana pembelajaran yang kondusif dan tenang dapat dilaksanakan. -kemudahan kelas akan sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.

Jadual KelasKelas Kafa akan dijalankan 2 kali seminggu setiap bulan. Berikut ialah jadual berkenaan: Hari 1.Khamis 2.Sabtu Masa 2.00-5.00 petang (3 jam) 8.00-11.00 pagi (3 jam)

Masa yang diambil bagi setiap kelas ialah 3 jam. Pada setiap bulan kelas ini mengumpul masa sebanyak 24 jam.

Aktiviti-Aktiviti DirancangPelbagai aktiviti juga dirancang untuk dilaksanakan bagi menambah keseronokan pembelajaran kelas KAFA. Antara aktiviti tersebut ialah seperti: I). Pertandingan Keagamaan seperti mengaji Al-Quran,bercerita kisah2 nabi, azan dan sebagainya. II). Pertandingan Sukaneka (pakaian menutup aurat bagi lelaki dan perempuan) III).Kehadiran dan pencapaian terbaik sepanjang kelas KAFA dijalankan juga akan diberi penghargaan sebagai suntikan semangat para pelajar untuk saling bersaing secara sihat dalam menimba ilmu.

PENUTUPDengan adanya penubuhan kelas Al-Quran dan Fardhu Ain ini diharapkan akan dapat memberikan lebih kefahaman terhadap Islam bagi pelajar Islam di Daerah Nabawan. Justeru itu, sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak yang ada dan berterusan akan dapat merealisasikannya.