artis penuhi syarat, selangor terbaik peperiksaan kafa · pengumuman ter-sebut dibuat menteri...

15
MERIAH... Seramai 61 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu Negeri Selangor yang diadakan di Pentas Utama Selangor Agrofest 2012 di pekarangan Stadium Shah Alam. Majlis yang akan dijadikan acara tahunan itu mendapat sokongan padu Kerajaan Negeri Selangor bagi memberi penghargaan kepada warga belia. Gambar oleh Shuaib Ayob Penggerak Kemajuan Saksama muka 15 www.selangorku.com Selangor Kini PERCUMA 21 - 28 Disember 2012, 7 - 14 Safar 1434 muka 3 Selangor Agro Fest ke peringkat antarabangsa Artis penuhi syarat, tiada halangan berceramah Oleh NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Pengguna jalan raya tidak perlu lagi meredah kesesakan di tengah- tengah Bandaraya Klang selepas jambatan ketiga Klang siap sepenuhnya dalam tem- poh dua tahun lagi. Jambatan enam lorong yang merentasi Sungai Klang itu akan menyalurkan trafik antara Klang Utara dan Klang Selatan tan- pa melalui Klang yang merupakan bandar ketiga terpadat di Selangor. Jambatan ketiga Klang siap dua tahun lagi untuk bina jambatan ketiga, walaupun se- benarnya ia sudah perlu dilakukan sebe- lum 2008 lagi. “Orang dari Sijangkang, Banting, Pela- buhan Klang yang ingin ke Shah Alam, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, tak perlu melalui Bandar Klang dengan jambatan ketiga ini dan dapat mengurangkan kemasukan ken- deraan di Bandar Klang,” kata Abdul Khalid. Beliau berkata demikian selepas me- ngadakan lawatan di tapak cadangan pembinaan jambatan tersebut. Lokasi pembinaan jambatan yang me- rentasi Sungai Kelang itu terletak di Kam- pung Sungai Pinang, di sebelah Klang Utara dan Sungai Bertih di sebelah Klang Selatan. Selain itu menurut Abdul Khalid, wa- laupun kos pembinaan jambatan ketiga Klang tersebut ditanggung Kerajaan Ne- geri, beliau berharap agar projek ini dapat dimasukkan dalam Rancangan Malaysia yang akan datang. lihat muka 2 Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibra- him berkata, pembinaan jambatan sepanjang 500 meter itu akan menelan kos RM300 juta dan bakal dimulakan awal tahun depan. Sehingga kini mengikut kajian, lebih 200,000 kenderaan melalui jambatan dan Bandar Klang dan BN gagal tepati janji Selangor terbaik peperiksaan KAFA Oleh NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Selangor mencatatkan 100 peratus pelajar lulus Ujian Penulisan Kelas Kafa (UPKK) 2012, sekaligus muncul negeri terbaik dengan mata 1.55 mata, diikuti Melaka dan Terenggganu. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, secara keseluruhannya, daerah Kuala Selangor muncul daerah terbaik de- ngan Gred Purata National (GPN) 1.36. Ini diikuti Sepang dengan GPN 1.46 dan daerah Hulu Selangor dengan GPN 1.48. Kejayaan Selangor di dalam UPKK me- nunjukkan bahawa bantuan sejak 2009 kepada 6,100 guru-guru KAFA seluruh Se- langor membuahkan hasil. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Selangor, gaji guru KAFA dinaikkan dari- pada RM700 ke RM1,000 sebulan, manakala elaun mereka ditambah ke RM300 sebulan. Seramai 15,933 pelajar menduduki UPKK yang bermula Oktober lalu. Daripada jumlah itu, seramai 8,624 calon berjaya memperolehi pangkat A berbanding 6,617 orang pada 2011. lihat muka 2 MUKA 5

Upload: doankien

Post on 05-Aug-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

MERIAH... Seramai 61 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu Negeri Selangor yang diadakan di Pentas Utama Selangor Agrofest 2012 di pekarangan Stadium Shah Alam. Majlis yang akan dijadikan acara tahunan itu mendapat sokongan padu Kerajaan Negeri Selangor bagi memberi penghargaan kepada warga belia. Gambar oleh Shuaib Ayob

Penggerak Kemajuan Saksama

muka 15

www.selangorku.com

Selangor KiniPERCUMA 21 - 28 Disember 2012, 7 - 14 Safar 1434

muka 3

Selangor Agro Fest ke peringkat antarabangsa

Artis penuhi syarat, tiada halangan berceramah

Oleh NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Pengguna jalan raya tidak perlu lagi meredah kesesakan di tengah-tengah Bandaraya Klang selepas jambatan ketiga Klang siap sepenuhnya dalam tem-poh dua tahun lagi.

Jambatan enam lorong yang merentasi Sungai Klang itu akan menyalurkan trafik antara Klang Utara dan Klang Selatan tan-pa melalui Klang yang merupakan bandar ketiga terpadat di Selangor.

Jambatan ketiga Klang siap dua tahun lagiuntuk bina jambatan ketiga, walaupun se- benarnya ia sudah perlu dilakukan sebe-lum 2008 lagi.

“Orang dari Sijangkang, Banting, Pela-buhan Klang yang ingin ke Shah Alam, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, tak perlu melalui Bandar Klang dengan jambatan ketiga ini dan dapat mengurangkan kemasukan ken-deraan di Bandar Klang,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian selepas me-ngadakan lawatan di tapak cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Lokasi pembinaan jambatan yang me-rentasi Sungai Kelang itu terletak di Kam-pung Sungai Pinang, di sebelah Klang Utara dan Sungai Bertih di sebelah Klang Selatan.

Selain itu menurut Abdul Khalid, wa-laupun kos pembinaan jambatan ketiga Klang tersebut ditanggung Kerajaan Ne-geri, beliau berharap agar projek ini dapat dimasukkan dalam Rancangan Malaysia yang akan datang.

lihat muka 2

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibra-him berkata, pembinaan jambatan sepanjang 500 meter itu akan menelan kos RM300 juta dan bakal dimulakan awal tahun depan.

Sehingga kini mengikut kajian, lebih 200,000 kenderaan melalui jambatan dan Bandar Klang dan BN gagal tepati janji

Selangor terbaik peperiksaan KAFA

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan 100 peratus pelajar lulus Ujian Penulisan Kelas Kafa (UPKK) 2012, sekaligus muncul negeri terbaik dengan mata 1.55 mata, diikuti Melaka dan Terenggganu.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, secara keseluruhannya, daerah Kuala Selangor muncul daerah terbaik de-ngan Gred Purata National (GPN) 1.36.

Ini diikuti Sepang dengan GPN 1.46 dan daerah Hulu Selangor dengan GPN 1.48.

Kejayaan Selangor di dalam UPKK me-nunjukkan bahawa bantuan sejak 2009 kepada 6,100 guru-guru KAFA seluruh Se-langor membuahkan hasil.

Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Selangor, gaji guru KAFA dinaikkan dari-pada RM700 ke RM1,000 sebulan, manakala elaun mereka ditambah ke RM300 sebulan.

Seramai 15,933 pelajar menduduki UPKK yang bermula Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 8,624 calon berjaya memperolehi pangkat A berbanding 6,617 orang pada 2011.

lihat muka 2

mukA 5

Page 2: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

UTAMASelangorkini 21 - 28 Disember 20122

dari muka depan

SHAH ALAM - Proses kenaikan cukai pintu dan lesen pernia-gaan bukan ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, tetapi ia ditetapkan Jabatan Penilaian Harta (JPPH) dan Kementerian Kewangan, kata Menteri Besar, Tan Sri Ab-dul Khalid Ibrahim.

“Tak ada 10 kali ganda, itu Zin tak pandai kira, perkara ini bukan dibuat oleh pegawai PBT dengan sewenang-wenangnya, tapi ada undang-undang, ia ber-asaskan nilai tanah semasa, bu-kan dibuat pegawai MBSA atau PBT lain, tetapi dibuat oleh JPPH dari Kementerian Kewangan.

“Mereka yang tentukan nilai dan kita tak boleh tukarkan nilai-nya, jadi jangan salahkan PBT.

“Semua pihak harus mema-hami nilai hartanah di sekitar Lembah Klang tinggi, ditam-bah pula pelaburan negeri lebih tinggi berbanding negeri lain,

jadi tidak mustahil mereka me-naikkan cukai itu,” katanya ke-tika mengulas kenyataan Koor-dinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin, yang mendakwa ke-naikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda berlaku di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kam-pung Baru Subang serta ka-wasan lain mulai tahun depan.

Abdul Khalid juga memak-lumkan Kerajaan Negeri akan berjumpa dengan Majlis Ban-daraya Shah Alam (MBSA) dan pihak terlibat berhubung isu kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan Januari depan.

“Setakat ini kita sudah mem-buatnya dengan telus, cara kita buat kiraan sangat telus dan kita boleh bagi beberapa potong- an sementara sehingga selesai kenaikan kos itu,” katanya da-lam sidang media selepas me-rasmikan program Himpunan Artis Sayang Islam (Hias).

Cukai pintu ditetap Kementerian Kewangan bukan PBT

“RM300 juta peruntukan adalah dari wang rizab Kerajaan Negeri, tetapi kita harap dapat masukkan da-lam Rancangan Malaysia yang akan datang,” ujar beliau lagi.

“Bulan depan kita akan tunjuk pelan rekabentuknya dan dijangka akan ambil masa sekurang-kurang dua tahun untuk disiapkan,” kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid mengumumkan pembinaan jambatan baru tersebut pada sesi Dewan Negeri Selangor (DNS) bulan lepas.

Jambatan tersebut pada mulanya, dijanjikan Kerajaan Pusat Umno-BN seminggu sebelum pilihan raya ke-12 (PRU-12) pada Mac 2008. Akan tetapi, sampai sekarang Kerajaan Pusat masih tidak menepati janji tersebut.

Turut sama dalam lawatan itu, Speaker DNS, Datuk Teng Chang Khim, Exco Kerajaan Tempatan, Ka-jian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Periha-tin, Dr Xavier Jayakumar dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Hali-mah Ali.

SHAH ALAM - Datin Paduka Ali-nah Ahmad (gambar) dilantik se-bagai Datuk Bandar Majlis Banda- raya Petaling Jaya (MBPJ) dan menjadikan beliau sebagai Datuk

Seramai 2,613 orang mencapai agregat 8A berbanding 1,185 pada 2011. Peratusan tertinggi daerah yang teramai calon mendapat 8A ialah Kuala Selangor iaitu 34.05 pera-tus, Kuala Langat 23.23 peratus dan Klang 22.54 peratus.

Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam adalah mata pelajaran yang mencatat kadar lulus yang tertinggi, iaitu 100 peratus, manakala al-Quran pula mencatat 98.98 peratus.

Dr Halimah menambah, peningkatan pencapaian pela-jar dalam peperiksaan itu membuktikan keberkesanan program pendidikan yang dijalankan Kerajaan Negeri se-lama ini.

Jelasnya, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakat-an Rakyat (PR) sentiasa ingin melihat sistem pendidikan Islam di Selangor mampu melahirkan pelajar yang cemer-lang dalam apa jua bidang.

Beliau berkata, selain misi menjadikan Selangor sebagai hab pendidikan, sistem pendidikan Islam di Selangor di-harapkan dapat menjadi contoh terbaik.

“Kejayaan ini diharapkan akan berterusan pada tahun seterusnya dan Kerajaan Negeri akan merancang inisiatif lain untuk pendidikan di negeri Selangor.

“Teras utama Kerajaan Negeri ialah untuk memacu per-modenan insan,” katanya ketika dihubungi.

Untuk rekod, tiga belas buah negeri mencatatkan kepu-tusan lulus seratus peratus dalam peperiksaan UPKK 2012 berbanding 12 buah negeri pada tahun lepas.

Hanya Wilayah Persekutuan mencapai keputusan 99 peratus lulus.

Secara keseluruhan, 24,962 calon mendapat 8A ber-banding 17,684 pada 2011. Jumlah tertinggi mendapat 8A ialah di Terengganu iaitu sebanyak 21.69 peratus, diikuti Melaka 21.50 peratus dan Sabah sebanyak 18.34 peratus.

Alinah Datuk Bandar wanita pertama di malaysia

Bandar wanita per-tama di Malaysia.

Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini.

“Saya percaya pe-ngalaman luas beliau dalam se- mua bidang pentadbiran di pe-ringkat negeri Selangor dan Perse-kutuan dapat bantu beliau menja-di Datuk Bandar yang efektif.

“Semoga Datuk Bandar yang baru ini dapat memahami hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadi-kan Petaling Jaya sebagai bandar pilihan rakyat untuk mendiami dan jalankan perniagaan,” jelas beliau.

Hari ini meru-pakan hari terakhir Alinah memegang ja-watan sebagai Penga-rah Eksekutif, Lem-baga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan beliau di-

jangka memulakan tugas sebagai Datuk Bandar MBPJ pada 1 Januari nanti.

Beliau sebelum ini pernah ber-tugas sebagai Timbalan Penga- rah Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ketua ADO Kuala La-ngat, ADO Penguatkuasa Pejabat Daerah Petaling, Ketua Penolong Setiausaha Kewangan SUK dan Ketua Penolong Setiausaha ICU, Jabatan Perdana Menteri.

Saya percaya pengalaman luas beliau dalam semua bidang pentadbiran di peringkat negeri Selangor dan Persekutuan dapat membantu beliau menjadi Datuk Bandar yang efektif

ABDUL KHALIDMenteri Besar

Kesibukan Bandar Klang akan diatasi

Selangor lahirkan sistem pendidikan Islam terbaik

Menteri Besar bersama pimpinan Kerajaan Negeri melihat pelan lokasi jambatan Klang yang akan dibina

Page 3: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

3UTAMASelangorkini 21 - 28 Disember 2012

lPemenang Pengurusan Projek Peningkatan Hasil Padi Terbaik

1. Jawatankuasa Parit 1 Barat, Sg Besar RM50,000 2. Jawatankuasa Parit 9, Sungai Besar RM30,000

3. Jawatankuasa Sawah Sempadan, Tanjung Karang RM20,000

Kategori Pemenang

lTanaman Terbaik Yew Lui Choi

lTernakan Terbaik Hisham Hashim

lAkuakultur Terbaik Hanif Ridhuan

lIndustri Asas Tani Terbaik Noraini Ahmad

lAnugerah Khas Sri Kandi Terbaik Aziman TahariPemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 beserta trofi dan Sijil Anugerah Usahawan

Selangor Agro Fest ke peringkat antarabangsaOleh NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Penganjuran Sela-ngor Agro Fest pada tahun depan akan diperkembangkan ke pering-kat antarabangsa dengan membawa lebih ramai petani moden dari luar negara untuk mempamerkan produk mereka.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jemputan itu akan melibatkan beberapa ne- gara luar antaranya Indonesia, Thai- land dan Filipina.

“Kita akan jemput petani moden dari luar negara supaya kita dapat buka mata dan pandangan kita ten-tang bagaimana sektor pertanian da-pat diteruskan dan cara untuk mem- pertingkatkan lagi pendapatan,” ka- tanya selepas merasmikan program Selangor Agro Fest 2012 (SAF 2012) yang diadakan di pekarangan Stadi-um Malawati Shah Alam, di sini.

Abdul Khalid menambah, Kera-jaan Negeri turut berbincang de- ngan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) bagi mengum-pul dan mengkaji segala mak-lumat teknologi moden yang bersesuaian untuk diguna-kan dalam sektor pertanian di negeri itu.

“Ia bertujuan supaya Selangor menjadi contoh kepada negeri lain dalam usaha meningkatkan keun-tungan petani, seterusnya

Ia bertujuan supaya Selangor menjadi contoh kepada negeri lain dalam usaha meningkatkan keuntungan petani,seterusnya merancak-kan ekonomi negeri sebagai tanda aras kejayaan perlaksana-an agenda Pertanian Moden Negeri Selangor

ABDUL KHALIDMenteri Besar

Pemenang Selangor Agro Fest 2012

merancakkan ekonomi negeri seba-gai tanda aras kejayaan pelaksanaan agenda Pertanian Moden Negeri Se-langor,” katanya.

Selangor Agro Fest kali ini men-sasarkan hasil jualan sebanyak lebih RM1 juta dengan kehadiran 500,000 pengunjung. Bertemakan ‘Selangor Peneraju Pertanian

Moden’, sebanyak 150 gerai dibuka bagi memberi peluang kepada usa-hawan baru dalam bidang pertanian, industri asas tani (IAS) dan industri kecil sederhana (IKS) menjual hasil produk mereka.

Pameran itu merupakan acara khusus untuk meraikan golongan

petani, sekali gus mempro-mosikan hasil tani sebagai usaha melambangkan kepri-hatinan kepimpinan Kera-jaan Negeri Selangor.

Selain pameran pertani-an, pelbagai acara disediakan seperti ‘fun-fair’, pertandin-gan memasak, pertanding-an sukan rakyat, pertandin-gan futsal, ceramah perdana, persembahan pentas, ‘live

stock exhibition’ dan ‘petting zoo’.Dalam pada itu, Menteri Besar tu-

rut menyampaikan lima anugerah kepada usahawan-usahawan tani dari seluruh negeri Selangor.

Hadir sama Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari, Pemangku Penga-rah Jabatan Pertanian Negeri, Idros Hamid dan Upen, Datuk Mohamad Roslan Sakiman.

Program Agro Fest kali kedua ini turut mendapat kunjung-an ramai dari luar Selangor. Gambar kecil: Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pameran

Page 4: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

4 UTAMASelangorkini 21 - 28 Disember 2012

Oleh AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA - Jika sebelum ini permasalahan kad pengenalan tertumpu kepada masyarakat India, hari ini tiga beradik ber-bangsa Melayu tampil menun-tut hak mereka sebagai war-ganegara Malaysia.

Abdul Hakam Rosli, 17, Liyana Rosli, 16 dan Noratika Rosli, 14 (gambar) masing-masing dilahir-kan di Hospital Port Dickson na-mun, sehingga kini masih meng-gunakan kad pengenalan merah.

Abdul Hakam menceritakan pengalaman mereka tiga be-radik berkata, beliau memohon kad pengenalan warganegara berwarna biru sejak berusia 12 tahun, namun hanya diberikan kad pengenalan berwarna me-rah pada usia 15 tahun.

“Kawan-kawan selalu ejek (mempersenda) sebab ada IC merah di sekolah. Masa pepe-riksaan terpaksa bayar lebih,” katanya yang juga abang kepa-da lima beradik.

Mereka yang datang hasil inisiatif yang dilakukan PKR Ca-bang Teluk Kemang kini tinggal bersama datuknya, Atan Samah di Batu 4, Port Dickson, selepas bapa mereka meninggal dunia.

Difahamkan, ibunya merupa-kan warga negara Indonesia.

Sementara itu, seorang lagi

SHAH ALAM - Masyarakat Mela-yu diingatkan agar tidak mem-biarkan diri mereka ditakutkan Umno-BN, kononnya Melayu akan kehilangan keistimewaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negara ini selepas pilihan raya nanti.

Ini kerana Perkara 153 (me-ngenai kedudukan dan keistime-waan orang Melayu, bumipu-tera, serta juga hak kaum-kaum lain) dalam Perlembagaan Ma-laysia itu tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Ra-ja Melayu walaupun mendapat undian dua pertiga di Parlimen.

Demikian menurut pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi.

“Apa yang Umno sebut itu memang merepek, tak boleh berlaku, kita pun tak faham apa yang Umno ‘spin’ sebab benda tak boleh berlaku kecuali dengan perkenan Raja-Raja,” kata Aziz.

Justeru, amat penting bagi ma-

BANDAR TUN RAZAK - Semua negeri sewajarnya mencon-tohi negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang membelan-jakan dana awam kepada pro-gram yang bermanfaat kepada rakyat dan bukan hanya meng-untungkan segelintir individu.

Misalnya, kata Menteri Be-sar Tan Sri Abdul Khalid Ibra-him, Kerajaan Negeri Sela-ngor melabur di dalam sektor pendidikan menerusi perun-tukan dana kepada sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama dan hadiah anak masuk universiti.

“Kita patut banyakkan pe-runtukan di pendidikan bukan banyakkan wang rakyat untuk membeli kapal selam.

“Kita harus berperang de-ngan menggunakan pendidi-kan bukan senjata. Kita harus bertanding dengan pakar-pakar yang dididik oleh negara,” ujar beliau lagi.

Kerajaan Negeri juga mem-bantu belia yang berpendapatan

rendah dengan menanggung kos majlis perkahwinan dengan mengadakan kenduri dan majlis bersanding serentak yang meli-batkan 61 pasangan.

“Kos perkahwinan sekarang semakin tinggi dan ini meng-akibatkan ramai belia berhu-tang untuk menanggung kos tersebut.

“Oleh itu, negeri Selangor yang di bawah Pakatan Rakyat mempunyai banyak program membantu rakyat.

“Terkini adalah membantu belia yang ingin berkahwin de- ngan mengadakan majlis ber-kahwin secara ramai,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ban-dar Tun Razak.

Sementara itu, Tan Sri Ab-dul Khalid turut menyampai-kan sumbangan kelengkapan sesi persekolahan peringkat Parlimen Bandar Tun Razak.

Seramai 200 orang pelajar yang kurang berkemampuan menerima sumbangan seperti beg sekolah dan alat tulis.

Tiga beradik melayu tuntut hak sebagai warganegara

Keistimewaan Melayu tidak boleh dipinda tanpa perkenan Raja

Labur wang rakyat kepada pendidikan bukan kapal selam

tar kepada Perdana Menteri, Na-jib (Razak) pun tidak ada (kad pengenalan). Bila lapor pada Ja-batan Pendaftaran Negara (JPN), ada kes. Saya sudah tanya kes apa, dia cakap Perkara 16. Per-

gi Kementerian Dalam Negeri (KDN) JPN pun cakap Perkara 16.

“Sekarang saya kerja sebagai pengawal,” ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, beliau turut menyertai program MyDaftar

di Batu Caves namun semuanya masih menemui jalan buntu.

Hampir 300 pemohon hadir di Jabatan Pendaftaran Negara Pu-trajaya sempena dengan ‘Him-punan Duduk Bantah 12-12-12’.

pemilik kad pengenalan merah Gnanapregasam A/L Marian, 67, turut melahirkan kemarahan ekoran permohonan yang di-lakukan lebih lima kali gagal.

Meskipun memiliki sijil kela-hiran tempatan, selain menda-pat surat sokongan daripada biro pengaduan parti BN, beliau masih menggunakan kad pe-ngenalan merah yang diperoleh sejak zaman persekolahan.

“Surat beranak ada. Lima kali sudah mohon. Surat sudah han-

syarakat Melayu kembali meng-kaji Perlembagaan Malaysia agar tidak mudah dipermainkan de- ngan fakta palsu Umno-BN de-ngan tujuan melindungi kuasa mereka.

Menurut Aziz, ketika Umno meminda Perkara 181 [2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada 1993 jelas menggambar- kan sikap samseng Umno terha-dap raja-raja dengan meminda perkara tersebut secara paksaan.

“Mahathir seolah-olah meno- lak pindaan itu memerlukan per-kenan Raja-Raja. Umno ini, dia se- perti dahulu juga, bersultan di mata beraja di hati, dia ingat dia Raja.

“Dalam PR kita tak sembrono, tak biadab macam Umno, sebab itu dia masih mainkan isu ini, tetapi masa dia memaki hamun Raja-Raja pun macam itu juga, dia bukan pedulikan peruntukan itu, dia tak peduli,” katanya lagi.

Aziz juga mengingatkan agar

Rujuk kepada perlembagaan dan orang-orang yang tahu, kalau nak dengar cakap Umno, Malaysia ini pun dia kata boleh tukar kepada negara Kristian

DR ABDUL AzIz BARIpengamal undang-undang Umno, memberikan nasihat yang betul kepada pemimpin mereka.

“Rujuk kepada perlembagaan dan orang-orang yang tahu, kalau nak dengar cakap Umno, Malaysia ini pun dia kata boleh tukar kepa-da negara Kristian,” ujar Aziz lagi.

Orang ramai memenuhi pekarangan JPN. Gambar kecil: Tiga beradik ini masih memiliki kad pengenalan merah

Page 5: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

Menteri Besar mendengar penerangan tentang karnival RKSS daripada YM Raja Idris

5UTAMASelangorkini 21 - 28 Disember 2012

Oleh MOHD EZLI MASHUT

KUALA SELANGOR - Lebih 20,000 peluang pekerjaan wujud di Selangor yang perlu diisi segera, di mana majoritinya adalah dalam sektor pembuatan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri pula memerlukan 1,000 juru ukur tanah un-tuk mempercepatkan proses ukur tanah di Selangor.

Oleh itu, Kerajaan Negeri akan memper- untukkan RM3 juta bagi menganjurkan karnival kerjaya ini pada tahun depan.

Pengerusi Kumpulan Perangsang Se-langor, Raja Idris Raja Kamarudin berka-ta, sejumlah RM2.7 juta sudah dibelanja-kan untuk Karnival Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) yang disertai 629 individu.

Raja Idris berkata, program terse-but akan diperluaskan kepada golong- an ibu tunggal, pesara dan remaja

mulai tahun depan.“Dengan itu diharap golongan ini

akan mendapat pekerjaan dan juga boleh memulakan perniagaan sendiri,” katanya di dalam RKSS yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Ujarnya Karnival ini akan diper- luaskan ke seluruh Selangor dalam masa terdekat ini.

Katanya, 80 peratus yang menyer-tai program itu berjaya memperolehi pekerjaan manakala 20 peratus menjadi usahawan sejak program itu dilancar-kan pada 30 September 2011.

“Kita akan mempertingkatkan usaha ini sehingga mencapai tahap 90 pera-tus,” kata Abdul Khalid.

Turut hadir dalam majlis itu, Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Yu-nus Hairi, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohamad Yasid Bidin

20,000 peluang kerja kosong

Dataran anak muda lahirkan jaguh sukan negaraTANJONG KARANG - Pembinaan Dataran Anak Muda di Kampung Parit Serong di sini diharapkan mampu melahirkan lebih ramai lagi jaguh sukan negara pada masa akan datang.

Penyelaras Pusat Khidmat DUN Permatang, Yahya Sahri berkata, sebelum ini di kam-pung berkenaan muncul ja- guh bola sepak negeri dan negara walaupun tiada kemudahan su-kan yang memuaskan.

Sebelum ini, Amri mewakili Selangor sejak tahun 2001 dan digelar sebagai budak emas apa-bila menjaringkan gol kemenang- an Selangor pada perlawanan

Dr Yunus sewaktu merasmikan Dataran Karnival Anak Muda

Fakta Dataran anak MuDa

Kos Pembinaan RM160,000Kemudahan di sediakan seperti gelanggang sepak takraw, badminton, bola tampar, futsal, pentas dan tandas

akhir Piala Malaysia 2002 menen-tang Sabah dan pada 2005, Amri membantu Selangor memenangi tiga piala.

“Hari ini kita sediakan gelang-gang futsal maka kita mahu me-lihat dalam tempoh lima tahun ada jaguh yang muncul di sini,” kata Yahya.

Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi berka-ta, pembinaan dataran anak muda di seluruh Dewan Ne- geri Selangor (DNS) melalui Geran Selangorku bagi meng-galakkan aktiviti sihat di kala-ngan generasi muda.

“Dataran Muda ini perlu digu-

nakan sebaik mungkin oleh se-mua dengan aktiviti bermanfaat yang boleh digerakkan pemimpin setempat dan penggerak belia tempatan,” kata Yunus.

Beliau berkata demikian se-masa berucap di Program Santai Desa D’ Parit Serong yang diada-kan di Dataran Anak Muda DUN Permatang Kampung Parit Se-rong di sini.

Beliau juga mengharap-kan kemudahan ini ditam-bah dengan sistem wifi per-

cuma dan pelbagai program boleh diadakan di sini se- perti program siaran secara langsung acara sukan dan pro-gram-program keagamaan.

Pengerusi JKKK Kampung Parit Serong, Azahari Mardzu-ki berkata, Dataran Anak Muda

yang dibina ini penting untuk pembangunan sukan belia di sini yang sebelum tiada kemudahan tersebut.

“Polisi yang prorakyat ini memberikan manfaat kepada masyarakat di kampung ini,” ka-tanya.

Page 6: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

6 Selangorkini 21 - 28 Disember 2012UTAMA

PENASIHATFaekah Husin

Arfa’eza Abdul AzizKETUA PENGARANG

Sheridan Mahavera Mohd ShakirPENGARANG BERITA

Najib HashimPEN. PENGARANG BERITA

Mohd Ezli MashutPEMBANTU PENGARANG

Rusidah SalimWARTAWAN

Afix Redzuan: [email protected] Afeeqa Afeera: [email protected]

Hafizan Taib: [email protected] Umor: [email protected]

JURU GAMBAR: Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

GRAFIK & REKALETAKUnit Grafik CCSB

Selangor Kini

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran Akuatik 13/43,Seksyen 13,

40100, Shah Alam, SelangorTel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856

Emel: [email protected]

Oleh NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Sejumlah RM31.7 juta dibelanjakan Kerajaan Ne-geri Selangor dalam program Hadiah Pengajian IPT sejak ia diperkenalkan pada 2008 lalu.

Melalui program tersebut, se-ramai 31,931 anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institusi Pe-ngajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta men-erima manfaat program itu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, lang-kah tersebut diambil berikutan keprihatin-an Kerajaan Nege-ri bagi memastikan anak Selan-gor tidak ketinggalan menuntut ilmu di mana-mana in-stitusi pengajian ting-gi di negeri itu.

Abdul Khalid ber-kata demikian ketika melancarkan Hari Mahasiswa di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan Sultan Sala-huddin Abdul Aziz Shah di sini.

Kerajaan Negeri menganggap golongan mahasiswa harus dihargai dan tidak boleh dipinggirkan kerana mereka merupakan bahagian terpenting dalam sesebuah masyarakat.

“Kerajaan Negeri, walaupun dalam kesibukan meneruskan usaha membangunkan nege- ri, menambah hasil negeri me- nerusi kutipan cukai dan pe- laburan demi kesejahteraan rakyat, namun kami dalam bari-san kepimpinan kerajaan masih

Anak Selangor terima Rm31.7 juta hadiah pengajian

SHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri akan meningkatkan akses-biliti bagi kemudahan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik Kerajaan Negeri.

Tindakan tersebut diambil setelah mendapat ‘input’ dari wakil golongan itu dalam Majlis Pelancaran Hari Mahasiswa de- ngan tema Mahasiswa Cemer-lang Tonggak Negara yang di-adakan di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahud-din Abdul Aziz Shah di sini.

“Memang kita sengaja men-cari mahasiswa dari golongan OKU malam ini supaya kita nak dengar input dari mereka.

“Jadi bila kita dah dengar, kita kaji memang ada keperluan, mungkin ameniti yang diperlu-kan tidak mencukupi dan tidak mesra OKU seperti mana kita mahu sebelum ini Pihak Berkua-sa Tempatan (PBT) mesra OKU dan ini kita akan implimentasi-kan di IPT Kerajaan Negeri pula.

“Kita akan mengambil tinda-kan supaya aminiti itu mencuk-upi untuk golongan OKU,” kata

Tingkat kemudahan OKU di IPT

Exco Pendidikan, Pendidik- an Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Sebelum itu, dalam ucapan oleh mahasiswa OKU, Mohd Abdullah Mohd Yusof, selain berterima kasih atas jemputan

Kerajaan Negeri untuknya me-luahkan pandangan, beliau juga menyarankan agar Kerajaan Negeri mengambil langkah me-ningkatkan aksesibiliti bagi go-longan tersebut dalam IPT milik Kerajaan Negeri.

ada ruang dan peluang untuk memikirkan ehwal dan kebaji-kan mahasiswa negeri ini,” kata Abdul Khalid.

Sementara itu, pelajar juru-san Sains Komunikasi, Univer-siti Sains Islam Malaysia (Usim), Nilai, Adzkia Amana, berkata, Kerajaan Pusat dan negeri lain wajar mencontohi langkah

kerajaan Selangor mewujudkan Hari Mahasiswa bagi menghargai golon-gan tersebut.

“Saya san-gat gembira de-ngan inisiatif yang diambil Ke- rajaan Negeri un-tuk mengadakan Hari Mahasiswa

dan berterima kasih kerana begitu mengambil berat serta tahu menghargai golongan yang bernilai, yang perlu dijaga ini,” ujar Adzkia.

Sebelum itu, majlis Pelancar-an Hari Mahasiswa 2012 dengan tema ‘Mahasiswa Cemerlang,

Tonggak Negara’, dianggarkan di-hadiri lebih seribu mahasiswa dari seluruh IPTA dan IPTS seluruh Se-langor dan negeri berdekatan.

Majlis pelancaran itu turut di-hadiri isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut, Exco Pen-

didikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Set-inggan, Iskandar Samad, Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi, Adun Meru, Dr Rani

Osman dan Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Hari Mahasiswa yang dipe- lopori Kerajaan Negeri itu bakal dijadikan sebagai acara tahunan pada setiap 12 Disember setiap tahun.

Menurutnya lagi langkah tersebut bukan sahaja mem-buktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap golongan OKU, malah akan menjadi model ke-pada Kerajaan Pusat dan negeri lain.

Adzkia Amana

Wakil MPMS menyerahkan kutipan tabung dana Palestin kepada Kerajaan Negeri

GEMBIRA... mahasiswa rasa dihargai atas sikap ambil berat Kerajaan Negeri

Mohd Abdullah

Mohd Yusof

Page 7: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

7UTAMASelangorkini 21 - 28 Disember 2012

Oleh SIRAJ MOHD ZAINI

BANGI - Seorang warga kelainan upaya (OKU), Razali Adnan, meluahkan perasaan gembira dan syukur kerana penantiannya memiliki rumah sendiri kini hampir terlak-sana selepas menerima surat tawaran Ru-mah Mampu Milik (RMM).

Katanya, RMM menawarkan unit rumah dan reka bentuknya mengambil kira keperluan go-longan OKU sepertinya, seperti tandas yang luas dan unit yang terletak di aras bawah kompleks pangsapuri itu.

“Proses memohon RMM ini mudah dan ia tidak memerlukan karenah birokrasi seperti yang diamalkan Kerajaan Negeri da-hulu,” katanya yang kini bergan-tung sepenuhnya kepada isteri-nya yang bekerja sebagai peniaga.

Unit yang bakal siap pada Julai tahun depan merupakan RMM pertama Kerajaan Negeri dan dibina anak syarikat Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Se-langor (PKNS).

Razali ditemui pemberita selepas mene-rima surat tawaran pemilikan RMM yang di- sampaikan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad di pekarangan Kompleks PKNS Bangi di sini.

Turut hadir, Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar PKNS (Pentadbiran dan Pembangunan), Noraida Mohd Yusof.

Seramai 112 orang menerima surat ta-waran RMM selepas disenarai pendek oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) selepas mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Antara syaratnya adalah gaji isi rumah pemohon mestilah di antara RM 2,500 se-

hingga RM 5,000 sebulan serta tidak pernah memiliki rumah sendiri.

Sebanyak 124 unit pangsapuri enam tingkat yang terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi ditawarkan pada harga mulai RM 60,000 sehingga RM1 44,000 seunit.

PKNS membelanjakan subsidi sebanyak RM12 juta bagi projek itu yang mula diba-

ngunkan pada 2011.Dalam pada itu, seorang

lagi penerima, Hazhari Is-mail, 33, (gambar) memuji usaha Kerajaan Negeri yang menyediakan RMM dengan harga berpatutan serta mam-pu dimiliki golongan ber-pendapatan sederhana se- pertinya.

“Kerajaan Negeri sekarang bagus kerana prihatin me-ngenai beban dan permasala-

han yang ditanggung rakyat dan saya ber-harap usaha ini diteruskan dan diperluaskan di masa akan datang,” katanya yang bekerja sebagai Pembantu Am Pejabat di Putrajaya.

Sementara itu, Iskandar dalam satu sidang media berkata, Kerajaan Negeri menggalak-kan lebih ramai pemaju swasta terlibat dalam membina RMM di masa akan datang supaya setiap rakyat dapat memiliki rumah sendiri.

“Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, PKNS mensasarkan sebanyak 11 ribu unit RMM dan saya galak-kan lebih ramai pemaju lain turut membina RMM di masa akan datang,” katanya.

Justeru, terdapat sebuah pemaju swasta turut menyediakan sebanyak 136 unit RMM di Sungai Long, Kajang yang dijadualkan siap pada Julai 2013.

Iskandar berkata, sebuah lagi anak sya-rikat, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) turut bercadang untuk membina se-banyak 300 unit RMM yang terletak di Sa-bak Bernam pada masa akan datang.

Oku pertama terima Rumah mampu milik Selangor

Iskandar menyerah-

kan surat tawaran

Rumah Mampu

Milik kepada

Razali

Page 8: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

98Selangorkini 21 - 28 Disember 2012 Selangorkini 21 - 28 Disember 2012

TURUN PADANG... orang ramai yang sedang makan di sekitar Bangsar dikejutkan dengan kemunculan Ahli Parlimen Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar

Adun Chempaka, Iskandar Samad bergambar dengan pemain-pemain sebelum Pertandingan Futsal Belia PeBT 2012 anjuran PeBT MPAJ Zon 16 bermula. Peserta Jelajah PBT Selangor bergambar beramai-ramai sewaktu singgah di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

PRIHATIN... Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud turut hadir di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya sempena ‘Himpunan Duduk Bantah 12-12-12’

Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dan Adun Kajang, Kim Sin Lee pada program ‘Jom Shopping Bonus Selangorku’ bersama anak-anak Tawas di Pasaraya Giant, Bangi

Dengan ditemani Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, 10 pelajar susah dari Kampung Kemen-sah dibawa membeli-belah di Pasaraya Giant, Taman Permata dalan program ‘Shopping Back To School’

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali merasmikan program Konvoi Amal Mahasiswa untuk kutipan amal Palestin, di Dewan Jubli Perak, SUK. Program di bawah Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) ini turut mendapat kerjasama Yayasan Amal Malaysia

GELAGAT... penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengangkat lebel setiap aras sewaktu menjalani latihan kebakaran di Bangunan MPK

Page 9: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

10Selangorkini 21 - 28 Disember 2012UTAMA

LUMAYAN... Shamsuddin Kasdi (baju hitam) tersenyum di samping kereta Proton Persona yang dimenanginya

SHAH ALAM - Pertandingan memancing mampu menjadi tarikan pelancongan di Selan-gor, ekoran sambutan orang ra-mai terhadap aktiviti itu amat menggalakkan.

Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata, aktiviti tersebut mampu menyemarak-kan ekonomi peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) serta

pemilik hotel.“Pertandingan memancing

ini adalah salah satu aktiviti pelancongan yang baik, di mana orang datang dari Kelantan dan Terengganu,” kata Dr Yaakob.

Beliau berkata demikian ke-tika ditemui selepas menyam-paikan hadiah kepada peme-nang Pertandingan Memancing Grand SLAM GP Selangor 2012 yang diadakan di Taman Tasik Shah Alam.

Pertandingan berkenaan anjuran Kerajaan Negeri Sela-ngor dengan kerjasama Wak Jali Event Management.

“Kita akan rancang aktiviti memancing yang lebih baik tahun hadapan dan difahamkan di Thai-land aktiviti memancing dijadi-kan salah satu tarikan di sana.

“Dan saya melihat aktiviti memancing ini bukan sahaja memberikan tarikan kepada pe-ngunjung tempatan, malahan ia

mampu untuk menarik pihak-pihak antarabangsa,” katanya.

Pada pertandingan itu kira-kira 1,800 menyertainya dan di-anggarkan kehadiran lima ribu orang memeriahkan suasana.

Sementara itu, Shamsuddin Kasdi, 51, menjadi Johan Grand Slam GP Selangor 2012 itu de-ngan memperolehi sebanyak 701 mata. Beliau menerima ha-diah kereta Proton Persona yang disampaikan Dr Yaakob di sini.

KLANG - Penduduk di sekitar Klang khususnya di Taman Sen-tosa dan Taman Klang Jaya dim-inta bersabar dengan kejadian banjir kerana projek mitigasi banjir dijangka akan siap tahun hadapan.

Exco Kesihatan, Pekerja La-dang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, kawasan tersebut se-ring dilanda bencana itu kerana pembangunan pada masa lalu yang tidak mementingkan aspek banjir.

“Kebanyakan taman peru-mahan lama tidak mempunyai kolam tadahan air.

Projek mitigasi banjir siap tahun depan

Memancing jana aktiviti pelancongan

Penduduk kampung Pandan terima dewan baruOleh AFEEqA AFEERA

SHAH ALAM - Penantian le-bih 30 tahun penduduk Kam-pung Pandan, Ampang, untuk mendapatkan dewan serba guna baru bakal berakhir se-telah permohonan pembinaan semula dewan itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Exco Perumahan, Pengurus-an Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad, dalam satu ke-nyataan media berkata, pembi-naan semula dewan orang ramai di Jalan Pandan Medan itu akan menggunakan peruntukan Ge-ran Selangorku.

Beliau berkata, Majlis Per-bandaran Ampang Jaya (MPAJ) bertanggungjawab mengurus-kan pembinaan dewan seluas 5,500 kaki persegi itu dengan kos sekitar RM500,000.

“Dewan baru itu bakal dileng-

kapi dengan dua gelanggang badminton dan akan mengambil masa lebih kurang lapan bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

“Menurut laporan MPAJ, me-reka sudah menyiapkan doku-

men dan lukisan tender bagi pembinaan semula dewan itu dan hanya menunggu surat arahan daripada Jawatankuasa Geran untuk meneruskan tugas mereka,” katanya.

Tambahnya, pembinaan de- wan serba guna ini merupa-kan satu keperluan mende-sak memandangkan ia digu-nakan penduduk setempat untuk program-program ke-masyarakatan.

Kata Iskandar lagi, Kerajaan Umno-BN sering mendakwa mereka memperjuangkan nasib orang Melayu, namun gagal me-nyediakan kemudahan awam yang baik kepada penduduk di Kampung Pandan.

“Kampung Pandang meru-pakan sebuah kampung Me-layu yang ketinggalan dari segi kemudahan awam berbanding dengan taman-taman berdekat-an sejak sekian lama. Masalah-masalah pemberi milikan tanah di kampung tersebut yang be-gitu lama tertangguh juga han-ya dapat diselesaikan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Kebanyakan taman perumahan lama tidak mempunyai kolam tadahan air. Sebab itu, kerajaan buat satu kajian di mana kawasan baru yang bakal dibangunkan berdekatan dengan kawasan lama (taman perumahan lama), perlu ada kolam tersebutDR XAvIeR JAyAKUMAR

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan

Kerajaan Prihatin

“Sebab itu, kerajaan buat satu kajian di mana kawasan baru yang bakal dibangunkan berdekatan dengan kawasan lama (taman pe-rumahan lama), perlu ada kolam tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian da-lam ucapannya pada sambutan Krismas anjuran penduduk Ta-man Klang Jaya, di sini.

Sebelum ini dilaporkan baha-wa mitigasi banjir itu melibat-kan pembinaan sebuah kolam tadahan 25 ekar di Bandar Bo- tanik dan saluran yang baru bagi melancarkan pengaliran air ke Sungai Aur. Projek tersebut akan memakan kos RM350,000.

Jelasnya, saluran itu perlu dibina kerana saluran yang se-dia ada tidak dapat menampung kapasiti pengaliran air yang meningkat disebabkan pemba-ngunan perumahan yang pesat sejak beberapa tahun lalu.

Iskandar menunjukkan lokasi dewan serba guna yang bakal dibina

Page 10: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

11UTAMASelangorkini 21 - 28 Disember 2012

JABATAN KERJA RAYA KENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Pusat Khidmat Kontraktor/Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini dan kerja/bekalan berikut:-

Dokumen tender dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor/ Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/bekalan berikut

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor

CIDB

Gred:G6

Kategori:B

Pengkhusus-an:B04

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan , JKR Selangor Shah Alam.

Pada20/12/2012(Khamis)

Hingga

03/01/2013(Khamis)

Lawatan Tapak adalah digalakkan

Sebarang pertanyaan

sila berhubung dengan:

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan,

JKR Selangor: 03- 55447753

RM 550.00

(Bank Draf atau Kiriman

Wang Pos)(bayaran ini tidak akan

dikembalikan)

Atas Nama: Pengarah

Kerja Raya Negeri

Selangor

Bahagian Kontrak&Ukur

BahanJKR Negeri

Selangor Ting-kat. 1, Bangunan SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada: 10/01/2013 (Khamis)

Sebelum/Pada Jam 12.00 tengahari.

Tender yang lewat diterima

tidak akan dilayan

Pejabat yang memanggil tender

Tajuk Projek(Pembiayaan)

*Jenis Pendaftaran

Taraf Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh Dokumen Dijual

Tempat & Tarikh Melapor Diri Bagi Ditapak

Harga Dokumen & Bayaran Atas

Nama

Tempat, Tarikh & Waktu

Tender Tutup

T1 Bumiputera(PKK)

Kontraktor adalah

diwajibkan berdaftar

dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri

Selangor (UPEN)

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAP-KAN MASJID TAMAN UKAY PERDANA, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN

No.Tender : JKR/SEL(N)066/(T)/2012

*Jenis PendaftaranT1 - Syarikat yang 100% ekuiti Bumiputera milik tempatan (Warganegara).A1 - Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh Warganegara Malaysia dan Pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara.A2 - Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia dan equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.T2 - Tidak berkenaan

Oleh NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Seramai 526 pelajar dari kawasan Kota Ang-gerik yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilai- an Sekolah Rendah (UPSR) 2012 menerima hadiah sebagai penghargaan atas pencapaian mereka.

Pelajar yang memperolehi keputusan 5A tersebut meru-pakan pelajar dari 11 buah sekolah di kawasan DUN Kota Anggerik.

Hadiah berupa sijil peng-hargaan, beg sekolah dan wang tunai tersebut disampai-kan Adun kawasan terbabit, Dr Yaakob Sapari, di pentas uta-ma, tapak Selangor Agro Fest 2012 yang diadakan di tapak letak kereta Stadium Shah Alam, di sini.

Di samping mengucapkan tahniah kepada pelajar terlibat, Dr Yaakob turut menasihati ibu bapa agar menitikberatkan akidah pelajar, selain pendi- dikan akademik.

“Bagi saya, memang pen-didikan akademik itu penting, tetapi jika tidak disertai de- ngan akidah yang baik, akan menda-tangkan hasil yang tidak sempurna.

“Kawan saya yang beragama Hindu juga setuju, moral sangat penting,” ujar be-liau yang juga meru-pakan Exco Pemo- denan Pertanian, Pe-ngurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.

Sementara itu, pelajar SK Bukit Jelutong, Dania Betrisyia Farid (gambar) yang memper-olehi keputusan cemerlang 5A dalam UPSR baru-baru ini ber-kata, penghargaan itu merang-

14,000 kanak-kanak dapat manfaat Bonus SelangorkuPUNCAK ALAM - Sejak diper-kenalkan pada April lalu, lebih 14,000 kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008 di Selangor sudah menikmati manfaat program ‘Jom Shopping Bonus Selangorku’.

Program tersebut dikhususkan kepada peserta Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang me-nerima baucer membeli-belah ber-nilai RM100 ketika menyambut ulang tahun kelahiran mereka.

Sehingga kini, RM 1.4 juta dibe-lanjakan untuk menjayakan inisia-tif ini di bawah agenda Merakyat-kan Ekonomi Selangor (MES).

Bertempat di Econsave Alam

Jaya di sini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyempur-nakan upacara penutupan program ‘Jom Shopping Bonus Selangorku’ yang disertai 181 peserta Tawas dari DUN Ijok dan DUN Jeram.

“Ini bukanlah bermakna pro-gram ini akan tamat terus seba-liknya kita menutup program un-tuk tahun ini sahaja.

“‘Jom Shopping Bonus Sela-ngorku’ tetap akan diteruskan lagi selagi Pakatan Rakyat (PR) me-merintah untuk memberi manfaat kepada anak-anak Selangor,” kata Abdul Khalid yang juga Adun Ijok.

Dalam pada itu, Abdul Kha-

lid yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-66 turut dikejutkan dengan hadiah kek hari jadi daripada kakitangan Yayasan Anak Warisan Selangor (Yawas).

Sejurus selesai upacara me-motong kek, Abdul Khalid juga berkesempatan menemani para peserta Tawas yang hadir untuk membeli belah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Turut hadir ialah isteri beliau, Puan Sri Salbiah Tunut, Pengurus Besar Yawas, Mohd Nor Mohd Zin serta Yang Dipertua Majlis Dae-rah Kuala Selangor (MDKS), No-raini Roslan.

sang semangat beliau untuk mengulangi pencapaian cemer-langnya.

“Syukur atas kejayaan da-pat keputusan 5A dan bila di-hargai begini, saya jadi lebih bersemangat untuk kekalkan prestasi cemerlang ini dalam

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Ma-laysia (SPM) nanti,” kata Dania.

Nur Erisya Adlee-na Noor Azwan dari sekolah sama pula berkata beliau amat gembira apabila pencapaian cemer-

langnya dihargai oleh Pejabat Adun Kota Anggerik.

“Masa naik pentas tadi ge-mentar sedikit jumpa Adun, tetapi sangat gembira sebab beliau menghargai kejayaan saya perolehi keputusan 5A da-lam UPSR,” ujar Erisya.

Pelajar uPSR terima hadiah kecemerlangan

Menteri Besar memberi kek kepada kanak-kanak yang hadir

DIHARGAI... para pelajar ini gembira dengan pengharga-an yang diterima

Page 11: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

12 Selangorkini 21 - 28 wDisember 2012UTAMA

Tapak baru peserta mimbar mula perniagaanOleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kini sedang meneliti untuk menyediakan tapak-tapak baru ke-pada peserta-peserta Program Mikrokredit Miskin Bandar Sela-ngor (Mimbar) yang masih belum mempu-nyai lesen dan tapak perniagaan.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rod-ziah Ismail berkata, pihaknya terlebih da-hulu meneliti kes per-mohonan lesen pe-serta di setiap Jabatan Perlesenan PBT.

"Saya harap peserta dapat berikan sedikit masa untuk kita buat perancangan yang bersesuaian dengan jenis perniagaan mereka.

"Dengan adanya tapak-tapak baru itu nanti, kita yakin masalah tapak per-niagaan akan selesai kerana kita akan menyediakan kepada mereka tapak di

lokasi yang strategik, sama ada di tapak yang baru atau tapak yang terbiar, yang mana kita akan perbaharui kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Peserta Mimbar

peringkat DUN Batu Tiga di Hotel De Palma, di sini.

Dalam perkembang-an lain, Rodziah berkata, Kerajaan Negeri meman-dang serius sekiranya premis yang disewakan kepada peniaga, tetapi tidak digunakan dengan sebaiknya.

Sehubungan itu, Kera- jaan Negeri akan mem-perkenalkan 'servis ope- rator' tidak lama lagi.

"Ia kerana Kerajaan Negeri mahukan penia- ga benar-benar ingin berniaga bukannya 'sub' premis kepada orang lain.

"Kita akan pastikan lesen yang diberikan itu kepada orang yang betul-betul ingin berniaga.

"Kita tidak mahu konsep 'ikutlah janji dapat duit', kerana duit bukan isu utama tetapi mahu peniaga menjadi lebih bertanggungjawab," katanya.

Rodziah bersama peserta Mimbar peringkat DUN Batu Tiga di Hotel De Palma

20,000 ibu tunggal terima bantuan SHAH ALAM - Kerajaan Negeri konsisten membantu ibu tunggal di Selangor mela-lui pelbagai program keusahawanan bagi membantu golongan berkenaan menerus-kan kehidupan.

Bantuan seperti kursus keusahawanan ini dilihat lebih praktikal berbanding ban-tuan wang tunai, kerana kursus ini mem-beri peluang kepada ibu tunggal keluar daripada garis kemiskinan disamping dapat menyara anak-anak dan keluarga.

Sehingga kini daripada 24,454 ibu tung-gal yang ada di Selangor seramai 19,454 mendapat manfaat dan kemudahan daripa-da berbagai skim yang diperkenal Kerajaan Negeri.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknnologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rod-ziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri komi-ted mengendalikan serta menawarkan pel-bagai skim serta kemudahan kepada ibu tunggal yang tidak pernah diberikan Kera-jaan Umno-BN sebelum ini.

Beliau berkata, skim itu antaranya ialah Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel), Skim Mikrokredit Bandar (MiMBAR), Skim Mikrokredit Wanita Ladang (Wala), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) dan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas).

“Selain itu, ia turut merangkumi program Pemberdayaan Wanita Selangor meneru-si Pusat Wanita Berdaya (PWB), program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor (PET-SOHO-S), Skim wanita kerja dari ru-mah, Bantuan Am sebanyak RM250, Laman Dapur, Jabatan Kebajikan Masyarakat Se-langor dan Lembaga Zakat Selangor.

“Skim-skim yang ditawarkan adalah berkonsepkan mentor-mentee, di mana se-ramai 19,454 ibu tunggal telah mendapat skim dan kemudahan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, kesemua skim yang dita-warkan memberi peluang kepada ibu tung-gal berpendapatan kurang RM1,500 menda-pat kemudahan dengan hanya mendaftar.

Kita akan sediakan kepada mereka tapak di lokasi yang strategik, sama ada di tapak yang baru atau tapak yang terbiar yang mana kita akan memperbaharui kawasan itu

- RoDzIAH ISMAILExco Kebajikan, Hal Ehwal

Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan

Page 12: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

13UTAMASelangorkini 21 - 28 Disember 2012

SHAH ALAM - Polis seha-rusnya menjadi pengge- rak utama dalam mem-banteras aktiviti perju-dian haram dan pusat hiburan di Selangor.

Ini kerana bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhad, berbanding polis yang mempunyai kuasa bagi menahan pesalah dan membawa kes ke mah-kamah.

Exco Kerajaan Tem-patan, Kajian dan Penye-lidikan, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, setakat ini PBT di seluruh ne-geri sudah memainkan peranan dengan menyi- ta premis dan merampas perkakas judi.

Malah katanya, Ke-rajaan Negeri juga tidak mengeluarkan lesen bagi premis itu sejak ta-hun 2006 dan dasar itu diteruskan se-hingga kini.

Tegasnya, semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Um-no-BN sebelum ini dan bukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

“Isu aktiviti premis berkenaan terletak pada penguatkuasaan, oleh itu polis lebih berkuasa daripada pe-nguatkuasa PBT.

“Penguatkuasaan daripada polis

adalah sangat penting berbanding PBT.

“Tetapi Umno-BN masih membangkitkan perkara ini sedangkan mereka tahu, bagi Kera-jaan Negeri, pengeluar-an lesen bukan daripada pihak kita,” katanya ke-tika dihubungi.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan ba-hawa pusat judi tumbuh seperti cendawan di Se-langor dan ini membim-bangkan penduduk.

Menurut akhbar tersebut premis-premis tersebut banyak terletak di Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Manakala, Ahli Ma-jlis Perbandaran Klang (MPK) Azmizam Zaman Huri (gambar) berkata,

undang-undang berkenaan bekalan elektrik perlu diperketatkan di pe-ringkat Pusat bagi mengekang per-tumbuhan premis judi haram.

Beliau berkata, premis perjudian haram sukar untuk dibendung kerana pengusahanya menyalahgunakan les-en premis.

“Kalau sekat lesen premis baru be-berapa ratus sahaja. Cuba sekat perka-ra asas seperti elektrik dan air,” kata Azmizam.

Polis penggerak utama bendung perjudian

Oleh AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA - Riak kegembiraan jelas terpancar pada wajah golongan kurang berkemampuan apabila terpilih me-nerima baucer membeli-belah barangan persekolahan berjumlah RM200 setiap seorang.

Kesempatan ini dimanfaatkan se-penuhnya penerima dan ibu bapa bagi membuat persediaan sesi persekolahan 2013 yang bakal bermula Januari de-pan.

Fatimah Abdul Mulup, 41, berkata pemberian ini nyata meringankan be-banan beliau berhadapan sesi perseko-lahan kali ini.

“Semua lengkap di sini. Peralatan persekolahan banyak. Senang untuk kita membuat pilihan. Terima kasih juga kepada MBPJ di atas keprihatinan mereka,” katanya yang merupakan ibu kepada Nurzulaiha Sarudin.

Bagi Norsham Mat Sani, 49, ibu kepa-da Nurul Shuffira Ezurin Azmi, 15, pem-berian ini nyata meringankan bebanan beliau yang mempunyai pendapatan

HIJAU... seramai 120 pelajar dari Nagasaki Nichidai High School, Jepun, menyertai program penanaman pokok anjuran Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) di Taman Hutan Bandar. Selain menanam pokok, rombongan kali ketiga itu turut meninjau pokok-pokok yang ditanam sebelum ini

Bantu golongan kurang mampu beli barangan sekolah

sekitar RM700 sebulan dan bekerja se-bagai pembantu kebersihan

“Alhamdulillah pemberian ini da-pat membeli barangan sekolah. Ayah dia (Shuffira) pun sakit. Kita berterima kasih kepada MBPJ,” katanya.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meneruskan keprihatinan terhadap na-sib golongan yang kurang berkemam-puan menerusi program Pembasmian Kemiskinan Bandar ‘Jom Shopping’ Per-alatan Sekolah.

Dengan sumbangan berjumlah RM14,000, seramai 70 orang penerima bantuan ini berpeluang membelanjakan baucer tersebut untuk membeli peralat-an sekolah seperti uniform sekolah, ka-sut dan alat tulis.

Sementara itu, menurut Pegawai Per-hubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria, antara objektif pemberian sumbangan ini ialah untuk meringankan bebanan penduduk yang tidak berkemampuan dengan pendapatan RM1,500 ke bawah serta mempunyai tanggungan anak ber-sekolah dan masih kecil melebihi empat orang.

Syukri Farhan Isa (kanan) dan kembarnya, Muhammad Fairun, sedang memilih dan mencuba pakaian sekolah sambil dibantu ibu mereka

Undang-undang berkenaan bekal-an elektrik perlu diperketatkan di peringkat Pusat bagi mengekang pertumbuhan premis judi haram

-AzMIzAM zAMAN HURI

Ahli MPK

Page 13: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

14 UTAMASelangorkini 21 - 28 Disember 2012

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-5521 8740 atau 03-5521 8741, Faks : 03-5521 8742 atau 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMAS Rantaian Mesra Sdn Bhd,Tingkat G, Bangunan DarulEhsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel : 03-55103468 /3472, Faks: 03-55103455emel: [email protected]

HADIAH ANAK MASUK IPT Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S, 40503 Shah Alam Tel: 03-55447385 atau 03-55212275 Faks: 03-55104095 atau 03-55110659

PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN DAN GALIANKumpulan Semesta Sdn. Bhd. Tingkat 5, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, SelangorTel : 03-5518 7735 , Faks : 03-5518 7736 email : [email protected] Laman Web : www.semesta.com.my

TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANGPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan SSAAS, 40503 Shah AlamTel : 03-5544 7306 atau 03-5512 3618. Faks : 03-5510 6678

PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan InovasiTel : 03-5519 4346 atau 03-5544 7622. Faks : 5519 3304

BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADUKumpulan Darul Ehsan Berhad, 16th - 17th Floor,Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3999. Faks : 03-5510 9977 Emel: [email protected]

SKIM KESIHATAN WANITARantaian Mesra Sdn. Bhd. Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel: 03-55103468 / 3472. Faks: 03-55103455Laman Web http://www.e-mesra.org.my

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)Mimbar Selangor, A23, Pusat Perniagaan Jubli 20, Jalan Singa J20/J, Seksyen 20, 40300Shah Alam, SelangorTel: 03-55413616. Faks: 03-55413617Laman Web http://www.mimbarselangor.org

SKIM MIKROKREDIT SELANGORYayasan Dar al Qard al Hasan Selangor, Tingkat 2,Bangunan SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah, 4000,Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-55447104/ 03-55191692/ 03-55212312 Fax : 03-551055829 Laman Web http://www.skimsel.com

PUSAT DIALISIS RAKYATRantaian Mesra Sdn. Bhd. Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan,No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel: 03-55103468 / 3472. Faks: 03-55103455 Laman Web http://www.e-mesra.org.my

PUSAT TUISYEN RAKYATUnit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, SelangorTel: 03-5544 7480/7481/7482/7543 Faks: 03-55104095/ 55135564/ 55447391Blog http://tuisyenrakyat.blogspot.com

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Angkat martabat seni

budaya bangsaOleh NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT - Kerajaan Ne-geri Selangor yang ditadbir Pak-atan Rakyat (PR) sentiasa beru-saha mengangkat kedudukan seni dan warisan budaya, selain memperkasa ekonomi negeri.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Ino-vasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, walaupun Sela- ngor sebuah negeri yang maju dan terbaik di Malaysia, tetapi Kera-jaan Negeri tidak sesekali akan lu-pakan elemen kebudayaan.

“Kita tidak mahu budaya kita ‘dimuziumkan’. Apa yang kita mahu, ia ‘dihidupkan’ masyarat setempat dengan melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah tanpa mengira bangsa, kerana ia memperlihatkan identiti ne-gara,” katanya.

Rodziah menambah, tiga ele- men yang terdiri daripada aga-ma, budaya dan teknologi per-lu diterapkan kepada generasi muda masa kini.

Beliau berkata demikian da-lam ucapannya sempena penu-tupan Festival Jalanan Daerah Kuala Langat 2012 yang diadakan di Kanchong Darat, di sini.

Salah satu permainan yang diadakan di Festival Jalanan

Page 14: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

15UTAMASelangorkini 21 - 28 Disember 2012

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

WAKTUSOLATSelangor

21 - 28 Disember 20127 - 14 SAFAR 1434

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

21 Jumaat 22 Sabtu 23 Ahad 24 Isnin 25 Selasa 26 Rabu 27 Khamis 28 Jumaat

21 Jumaat 22 Sabtu 23 Ahad 24 Isnin 25Selasa 26 Rabu 27 Khamis 28 Jumaat

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak menghalang mana-mana selebriti yang mahu menyampaikan ceramah atau taz-kirah selagi memenuhi syarat-syarat yang ditentukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri mera-sakan pengiat seni wajar diberi peluang kerana mereka mempunyai karisma yang dapat menarik perhatian masyarakat.

Katanya, pengiktirafan kepada artis itu bertujuan untuk menarik golongan muda mendekatkan diri dengan Islam dan dalam masa yang sama dapat mengi-marahkan masjid dan surau.

"Jika dahulu mereka ini tidak dibe-narkan, sekarang kita sudah terima balik kerana kita tahu mereka mempunyai tu-juan yang murni. Mereka boleh lakukan mengikut cara mereka sendiri.

"Sebagai orang Islam, tanggungjawab mengingati satu sama lain ialah tang-gungjawab yang sangat besar, jadi tidak salah jika mereka diberikan peluang,

Artis penuhi syarat, tiada halangan berceramah

Abdul Kahar Ahmad Marwai dan Siti Sara Azraie dari Kampung Delik, Klang, pula berpendapat majlis tese-but wajar diteruskan bagi menggalak-kan masyarakat mengamalkan ke- sederhanaan dalam mengadakan maj-lis perkahwinan.

“Dapat meringankan beban kewangan sebab lepas ini kalau sebelah pihak perem-puan atau pihak lelaki tak nak buat ken- duri lagi pun tak apa, sebab dah selesai dah, yang penting akad nikah,” katanya..

asalkan mengikut syarat yang ditetapkan Jais," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Himpunan Artis Sayang Islam (Hias).

Dalam program itu, kira-kira 50 peng-giat seni termasuk pelakon, penyanyi, penulis, pengarah dan pemuzik hadir menyertai program terbabit.

Antaranya Diana Amir, Yatt Hamzah, Noryn Aziz, Heliza Helmi, Ashraf Mus-lim, Irma Hasmie, Aida Khalida, Aziz M. Osman, Bob Lokman, Azmil Mustafa dan Siti Nurdiana.

Program julung-julung kali itu dian-jurkan Bahagian Dakwah Jais dan Jawa-tankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,

di bawah Sekretariat Generasi Idaman Se-langor (GEMS).

Hadir sama, Timbalan Pengarah Ja-batan Agama Islam Negeri, Ahmad Zaki Arshad dan Exco Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pem-bangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Program sehari itu memberi ruang ke-pada artis mempelajari kaedah berdakwah yang betul supaya dapat pengaruhi go- longan muda mengamalkan ajaran Islam.

Antaranya melibatkan segmen bual bicara bertajuk, Era Kebangkitan Islam, Selebriti Di Mana?, Selebriti VS Dai'e dan pembentangan kertas kerja, pengenalan duta dakwah selebriti, Ta'aruf Selebriti dan deklarasi dari wakil selebriti.

Saya juga menyambut baik kolaborasi antara Kerajaan Negeri dan Jais yang tidak menghalang

mana-mana selebriti yang mahu menyampaikan ceramah atau tazkirah selagi memenuhi syarat-syarat yang ditentukan Jais

- MoHD HAKIM LoKMAN @ BoB

Barisan artis dan selebriti yang menjayakan Program Himpunan Artis Sayang Islam

5:42 5:52 7:15 1:14 4:37 7:10 8:25 5:43 5:53 7:15 1:15 4:37 7:11 8:26 5:43 5:53 7:16 1:15 4:38 7:11 8:26 5:44 5:54 7:16 1:16 4:38 7:12 8:27 5:44 5:54 7:17 1:16 4:39 7:12 8:27 5:45 5:55 7:17 1:17 4:39 7:13 8:28 5:45 5:55 7:18 1:17 4:40 7:13 8:28 5:46 5:56 7:18 1:18 4:40 7:14 8:29

5:44 5:54 7:17 1:16 4:39 7:12 8:27 5:45 5:55 7:18 1:17 4:39 7:13 8:28 5:45 5:55 7:18 1:17 4:40 7:13 8:28 5:46 5:56 7:19 1:18 4:40 7:14 8:29 5:46 5:56 7:19 1:18 4:41 7:14 8:29 5:47 5:57 7:19 1:19 4:41 7:15 8:30 5:47 5:57 7:20 1:19 4:42 7:15 8:30 5:48 5:58 7:20 1:20 4:42 7:16 8:31

Permudahkan urusan kerja kahwin

dari muka 16

Page 15: Artis penuhi syarat, Selangor terbaik peperiksaan KAFA · Pengumuman ter-sebut dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. “Saya percaya pe-ngalaman luas beliau

Selangor Kini

BERITA/ ARTIKEL/ VIDEO

http://www.selangorku.com/?feed=rss2http://twitter.com/#!/mediaselangorku/http://www.facebook.com/MediaSelangorku

Layari www.selangorku.comUntuk informasi & berita terkini

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985

Lihat muka 15

PRIHAtIn... Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendengar penjelasan isu terkini umat Islam Syria ketika menerima kunjungan daripada Ketua Kesatuan Ulama Syam, Dr Muhammad Ali Assoubuni di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Gambar oleh Shuaib Ayob

Oleh NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Bagi membantu golongan belia mendirikan rumah tangga tanpa dibebankan hutang, Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan bantuan perkahwin-an mulai tahun depan.

Bantuan sejumlah RM200 setiap pengantin itu diberikan jika me-menuhi syarat yang akan diumum-kan tahun depan, kata Menteri Be-sar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Belia yang mendaftar untuk bantuan itu juga bakal ditawar-kan program perumahan dan menyertai majlis perkahwinan beramai-ramai yang dijalankan Kerajaan Negeri.

Pengumuman tersebut dibuat pada Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu Se-langor yang diadakan di Selangor Agrofest 2012, di pekarangan Sta-dium Shah Alam, minggu lepas.

Abdul Khalid berkata, bantu-an tersebut bertujuan memban-tu belia menjelaskan pinjaman yang selalu diambil ketika me-ngadakan majlis perkahwinan.

“Kita dapati kos untuk berkah-win sangat mahal. Ada setengah mereka lepas kahwin banyak hu-tang. Sebab kena belanja untuk meraikan perkahwinan.

“Jadi apa yang kerajaan negeri

Belia terima bantuan perkahwinan tahun depan

buat, kita siapkan khemah untuk makan bersama-sama, siap ada perayaan sama-sama, dengan tu-juan mereka akan dapat kurang-

kan beban itu. “Ada setengah keluarga terpak-

sa membelanja RM70,000 hingga RM100,000 untuk membiayai anak-

anak mereka berkahwin. Duit itu lebih baik dibelanja untuk beli ru-mah,” kata Abdul Khalid.

Pengumuman tersebut men-

dapat sambutan positif daripada belia yang hadir pada majlis tersebut.