kertas cadangan perkhemahan asas survival hutan kadet polis

8
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA, LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN KERTAS KERJA PERKHEMAHAN ASAS SURVIVAL BADAN BERUNIFORM KADET POLIS TEMPAT: TAPAK PERKHEMAHAN ORIENTAL VILLAGE TELAGA TUJUH, LANGKAWI TARIKH: 27 - 29 OGOS 2015 ANJURAN: SMK KELIBANG DAN KOR KADET POLIS SMK TUNKU PUTRA LANGKAWI KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS DAN KRS SMK TUNKU PUTRA DAN SMK KELIBANG 1.0 PENDAHULUAN:

Upload: se-leman

Post on 20-Feb-2016

222 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Perkhemahan Asas Survival Kor Kadet Polis SMK Tunku Putra

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Perkhemahan Asas Survival Hutan Kadet Polis

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANTUNKU PUTRA, LANGKAWI

KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJAPERKHEMAHAN ASAS SURVIVAL BADAN

BERUNIFORMKADET POLIS

TEMPAT:TAPAK PERKHEMAHAN ORIENTAL VILLAGE

TELAGA TUJUH, LANGKAWITARIKH:

27 - 29 OGOS 2015ANJURAN:

SMK KELIBANG DAN KOR KADET POLISSMK TUNKU PUTRA LANGKAWI

KERTAS KERJAPROGRAM PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS DAN KRS

SMK TUNKU PUTRA DAN SMK KELIBANG

1.0 PENDAHULUAN:

Program Perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti Kor Kadet Polis SMK Tunku Putra. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dari segi kokurikulum. Ini juga selaras dengan kehendak

Page 2: Kertas Cadangan Perkhemahan Asas Survival Hutan Kadet Polis

Polis Diraja Malaysia dalam membentuk pelajar yang bertanggungjawab, berpengaruh baik di kalangan rakan-rakan dan keluarga dan dapat menyumbang kepada pembangunan bangsa dan Negara. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT:

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF:

3.1 Menarik minat pelajar untuk melibatkan diri kepada aktiviti ko-kurikulum3.2 Membina disiplin diri dan berdikari3.3 Melatih pelajar untuk tentang tanggungjawab terhadap diri dan rakan-rakan3.4 Melatih pelajar untuk menjadi jurulatih agar dapat bergiat aktif dan memberi

sumbangan kepada sekolah selepas tamat persekolahan 3.5 Mendidik anggota terhadap teknik ikhtiar hidup/survival luar3.4 Mendedahkan pelajar kepada bidang kegiatan luar3.5 Mengeratkan hubungan sesama anggota Kadet Polis SMKTP dan SMK Kelibang3.6 Menanam sifat cintakan alam sekitar kepada pelajar

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN :

4.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 27 hingga 29 Ogos 2015 (Khamis - Sabtu)4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam4.3 Tentatif program adalah seperti lampiran 1

5.0 TEMPAT

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Tapak Perkhemahan Oriental Village;

Page 3: Kertas Cadangan Perkhemahan Asas Survival Hutan Kadet Polis

5.1 mempunyai tempat perkhemahan yang lapang dan luas untuk pelbagai aktiviti,5.2 terdapat kemudahan bekalan air, elektrik dan tandas untuk kemudahan pelajar

dan jurulatih,5.3 kemudahan jalan untuk jurulatih dan guru masuk dengan kenderaan ke tapak

Perkhemahan,

6.0 PENYERTAAN:Terdiri daripada 25 orang anggota Kadet Polis lelaki sesi petang.

7.0 PENGANJUR:SMK Kelibang dan Kadet Polis SMK Tunku Putra.

8.0 JURULATIHPihak penganjur akan menggunakan khidmat jurulatih daripada pihak anggota PDRM IPD Langkawi. Senarai AJK rujuk LAMPIRAN.

9.0 AKTIVITI:

Antara aktiviti yang dicadangkan semasa perkhemahan ini ialah Kawad kaki Ikhtiar hidup Program Team-Building Ceramah motivasi Program Kerohanian

10.0 LOGISTIK:Pihak penganjur hanya menyediakan kemudahan pengangkutan pergi dan balik kepada peserta program, kemudahan elektrik, pertolongan cemas, air dan tandas. Manakalah kemudahan-kemudahan dan peralatan lain ditanggung oleh kontinjen terlibat.

a) Pengangkutan: Pengangkutan pergi dan balik dari sekolah masing-masing adalah ditanggung oleh

kontinjen terlibat.

b) Makanan: Makanan peserta adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri. Dicadangkan supaya

peserta membawa makanan mereka sendiri. Makanan urusetia/pegawai akan disediakan oleh penganjur.

c) Penginapan: Penginapan peserta hendaklah disediakan sendiri oleh kontinjen terlibat manakala

penginapan pegawai disediakan oleh Penganjur perkhemahan.

d) Peralatan

Page 4: Kertas Cadangan Perkhemahan Asas Survival Hutan Kadet Polis

Penganjur akan menyediakan peralatan-peralatan untuk urus setia sahaja manakala peralatan seperti alat tulis ditanggung oleh kontinjen masing-masing.

Keperluan peribadi peserta juga adalah tanggungjawab peserta/kontinjen yang terlibat.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:

Bayaran sewa tapak perkhemahan : RM 200 ditaja oleh PIBG SMK Tunku PutraPengangkutan pelajar pergi dan balik : Memohon trak dari IPD

Langkawi untuk perjalanan pergi dan balikKos makanan dan minuman peserta sepanjang perkhemahan ditanggung oleh peserta sendiri mengikut didalam kumpulan masing-masing.

JUMLAH : RM 200

12.0 SASARAN (IMPAK PROGRAM)

Menghasilkan anggota kadet yang berdisiplin dan mampu memberi persaingan dalam mewakili Kadet Polis daerah Langkawi ke peringkat negeri.

13.0 PENUTUP

Program ini merupakan satu program untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum terutamanya dalam badan beruniform seperti Kor Kadet Polis dan KRS di SMK Tunku Putra. Di samping itu diharap program ini dapat meningkatkan jati diri pelajar dan membentuk disiplin, akhlak dan mengukuhkan rohani peserta –peserta.

Page 5: Kertas Cadangan Perkhemahan Asas Survival Hutan Kadet Polis

Disediakan oleh: Disemak dan : Disahkan Oleh :

……………………………………. ………………………………………….. ……………………………………(ABDUL NASSER BIN (EN AZUDIN BIN MAT) (PN AZIZAH BT OTHMAN) MOHAMAD YUSOFF) PK Kokurikulum Pengetua Guru Penasihat Kadet PolisSMK Tunku Putra

LAMPIRAN 2

AHLI JAWATANKUASA:

1. Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pengetua SMK Tunku Putra

Puan Azizah binti Othman

Page 6: Kertas Cadangan Perkhemahan Asas Survival Hutan Kadet Polis

Pengerusi : Penolong Kanan Ko-Kurikulum

En. Azudin bin Mat

Kem Komandan : Abdul Nasser bin Mohamad Yusoff

Pen. Kem Komandan : Zubair Samat

Ahli Jawatankuasa : Guru Penasihat Kor Kadet Polis SMK Tunku Putra

- Mohamad bin Mat Noor

- Nurul Izzati bt Jauhari

- Syazanatun Najat bt Ismail

- Suhaini bt Che Man

Guru Penasihat KRS SMK Tunku Putra

- Rosnah bt Jaafar

- Noorman B Sahidin

- Nur Atikah bt Mokhtar

- Noor Hasliza bt Mahamud

- Muhamad Hafiz b Md Zohari@Johari

Guru Penasihat Kor Kadet Polis SMK Kelibang