kertas cadangan-hari sukan negara

9
SEKOLAH KEBANGSAAN RAPAT JAYA, IPOH, PERAK KERTAS KERJA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA TARIKH : 10 OKTOBER 2015 HARI : SABTU MASA : 7.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG Disediakan Oleh :

Upload: shaman1702-shangkari

Post on 06-Dec-2015

74 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Kertas Cadangan-Hari Sukan Negara

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan-Hari Sukan Negara

SEKOLAH KEBANGSAAN RAPAT JAYA,

IPOH, PERAK

KERTAS KERJA

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

TARIKH : 10 OKTOBER 2015

HARI : SABTU

MASA : 7.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

Disediakan Oleh :

CIK. SHANGKARI A/P SIVABALAN

Page 2: Kertas Cadangan-Hari Sukan Negara

1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik

sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk

melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih

terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur.

Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan

beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan

dan ketenangan minda.

Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang

mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah

tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-

guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti

seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti

senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak

kepada tubuh yang sihat. Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya

hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan

fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya

kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan.

Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan

psikomotor yang melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan

ketangkasan.

Page 3: Kertas Cadangan-Hari Sukan Negara

2.0 RASIONAL

Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan

masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan

kerana senamrobik:

2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress

serta meningkatkan kekuatan fungsi otak

2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit

jantung dan pembuluh darah.

2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor

2.4 Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan

sihat.

.3.0 MATLAMAT

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid

yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin

sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk

melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan

gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti

senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan

diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

Page 4: Kertas Cadangan-Hari Sukan Negara

4.0 OBJEKTIF

Senamrobik dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut:

4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;

4.2 melibatkan penyertaan semua murid;

4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;

4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;

4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

10 Oktober 2015 (Sabtu)

6.0 MASA

7.30 Pagi hingga 8.00 Pagi (Senamrobik)

10.00 Pagi hingga 11.00 Pagi (Ceramah Gaya Hidup Sihat)

7.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya, Ipoh

8.0 KUMPULAN SASARAN

8.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut:

8.1.1 Murid/ pelajar

8.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan

8.2 Ibu bapa murid/ pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.

Page 5: Kertas Cadangan-Hari Sukan Negara

9.0 CADANGAN ATURCARA

7.30 Pagi - 7.45 Pagi : Perhimpunan rasmi sekolah

: Bacaan Doa

7.45 Pagi - 8.15 Pagi : Senamrobik

10.00Pagi - 11.00Pagi : Ceramah Gaya Hidup Sihat

Carta Gantt Perancangan Aktiviti Senamrobik

10.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI

Aktiviti

1.0 AKTIVITI SENAMROBIK

Tarikh pelaksanaan

30/9 1/10 2/10 5/10 6/10 7/10 8/10 9/10 10/10

1.1 Perancangan Aktiviti

1.2 Latihan Senamrobik

1.4 Persiapan Tempat

1.5 Pelaksanaan Aktiviti

Page 6: Kertas Cadangan-Hari Sukan Negara

Pengerusi : Puan Faridah binti Mansor

Naib Pengerusi 1 : Siti Zauyah bt Abd Hamid

Naib pengerusi 2 : Puan Siti Zabedah binti Mahmud

Naib pengerusi 3 : Puan Lily Hafidza Mohamad Izaha

Setiausaha : Cik Shangkari A/P Sivabalan

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil. Perkara Kos (RM)

1. Kertas Mahjong

( 10 helai x RM0.40 ) 4.00

2. Pen Marker

(10 batang) 15.00

3. Cenderahati kepada penceramah 30.00

JUMLAH 49.00

12.0 SENARAI PERALATAN

1. LAPTOP

2. PEMBESAR SUARA

3. MIKROFONE

4. DVD

5. LCD

6. KERTAS MAHJONG

7. PEN MAKER

PENUTUP

Page 7: Kertas Cadangan-Hari Sukan Negara

Senamrobik diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di

sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan

memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan

menyeronokkan. Harapan sepanjang program ini berjalan ianya akan memberi kesan

yang besar kepada semua pihak yang sama-sama terlibat memberi komitmen yang

baik serta mengutamakan kesihatan.

Disediakan oleh,

..............................................

(CIK SHANGKARI A/P SIVABALAN)Setiausaha,Aktiviti Senamrobik dan Ceramah Gaya Hidup Sihat,Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya,Ipoh, Perak.

Disahkan oleh:

…………………………………

(PUAN LILY HAFIDZA MOHAMAD IZAHA) Penolong Kanan Kokurikulum,Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya,Ipoh, Perak.

Diluluskan/ Tidak Diluluskan oleh :

…………………………………..

(PUAN FARIDAH BINTI MANSOR)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya,Ipoh, Perak.