kertas 1 kimia tingkatan 4 dwibahasa.docx

16
Nama Sekolah / School Name Test Name / Nama Ujian Paper 1 Kertas 1 Time: 1 hour 15 minutes Masa: 1 jam 15 minit

Upload: afida0511

Post on 08-Nov-2015

190 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Pertengahan tahun

TRANSCRIPT

New Page 1

Nama Sekolah / School NameTest Name / Nama Ujian

Paper 1Kertas 1Time: 1 hour 15 minutesMasa: 1 jam 15 minit

Bahagian ini mengandungi 50 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

1Satu sampel gas ammonia disejukkan.Antara berikut, yang manakah benar tentang halaju dan saiz zarahnya?

Halaju zarahSaiz zarah

ABertambahBerkurang

BBertambahTidak berubah

CBerkurangBerkurang

DBerkurangTidak berubah

2Antara unsur berikut, yang manakah terletak dalam Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala?AHelium dan neon

BIodin dan klorin

COksigen dan astatin

DKlorin dan helium

3Rajah 1 menunjukkan satu lampu flash kamera yang berisi gas X.

Rajah 1 Dalam kumpulan yang manakah gas X terletak dalam Jadual Berkala?AKumpulan 18CKumpulan 16

BKumpulan 15DKumpulan 1

4Antara unsur berikut, yang manakah terletak dalam Kumpulan 18 dalam Jadual Berkala? ARadon dan helium

BRadon dan klorin

CBromin dan klorin

DKlorin dan hidrogen

5Apakah isotop?AAtom-atom bagi unsur yang sama dengan bilangan proton yang berbeza

BAtom-atom bagi unsur yang sama dengan bilangan neutron yang berbeza

CAtom-atom bagi unsur yang berbeza dengan bilangan neutron yang sama

DAtom-atom bagi unsur yang berbeza dengan bilangan proton yang berbeza

6Jadual 1 menunjukkan nombor proton dan bilangan elektron bagi zarah P, Q, R, dan S.

ZarahNombor protonBilangan elektron

P1110

Q2018

R910

S42

Jadual 1

Zarah manakah merupakan anion?APCR

BQDS

7Pernyataan berikut merujuk kepada sumbangan seorang ahli sains dalam membangunkan Jadual Berkala.Menulis senarai pertama yang mengandungi 33 unsur

Mengelaskan unsur-unsur kepada empat kumpulan termasuk cahaya dan haba

Siapakah ahli sains itu?AJohann W.Dobereiner

BAntoine Lavoisier

CHenry Moseley

DLothar Meyer

8Antara pasangan sifat fizik berikut, yang manakah benar tentang natrium klorida?

Keterlarutan dalam airKekonduksian elektrik dalam keadaan leburan

ALarutTidak mengkonduksikan elektrik

BLarutMengkonduksikan elektrik

CTidak larutTidak mengkonduksikan elektrik

DTidak larutMengkonduksikan elektrik

9Jadual 2 menunjukkan empat unsur dan nombor proton masing-masing.

Antara unsur berikut, yang manakah merupakan gas adi? AWCY

BXDZ

10Satu eksperimen dijalankan untuk menentukan formula empirik kuprum oksida.Proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan diulang beberapa kali tetapi jisim hasil yang tetap masih tidak diperoleh.Antara berikut, yang manakah boleh dilakukan untuk memperoleh jisim hasil yang tetap?

ATabung pembakaran perlu disumbat semasa penimbangan

BGas hidrogen kering dialirkan melalui radas semasa penyejukan

CGas hidrogen kering dialirkan berterusan melalui radas semasa pemanasan

DTabung pembakaran perlu dicondongkan sedikit ke sebelah lubang kecil semasa pemanasan

11Antara atom unsur yang berikut, yang manakah wujud sebagai gas monoatom pada keadaan bilik?

AC

BD

12Apakah maksud ikatan ionik?

AIkatan kimia yang terbentuk melalui pemindahan elektron dari satu atom logam kepada satu atom bukan logam

BIkatan kimia yang terbentuk melalui pemindahan elektron dari satu atom bukan logam kepada satu atom logam

CIkatan kimia yang terbentuk melalui perkongsian elektron antara unsur atom-atom bukan logam

DIkatan kimia yang terbentuk melalui perkongsian elektron antara unsur atom-atom logam

13Rajah 2 menunjukkan susunan elektron dalam sebatian ST2.

Rajah 2

Unsur manakah yang diwakili oleh S dan T?[Nombor proton: Cl = 17, H = 1, N = 7, O = 8, C = 6]

ST

AKlorinHidrogen

BNitrogenOksigen

CKarbonOksigen

DKarbonNitrogen

14Iodin-129 dan iodin-131 adalah isotop.[Nombor proton bagi iodin = 53]Pernyataan manakah yang betul?AIodin-129 mempunyai bilangan neutron yang sama dengan iodin-131

BIodin-129 mempunyai bilangan elektron kurang daripada iodin-131

CIodin-131 mempunyai 53 elektron dan 78 neutron

DIodin-129 mempunyai 53 proton dan 76 elektron

15Antara berikut, yang manakah merupakan sifat bagi argentum iodida?ATidak larut dalam air

BTidak mudah meruap

CLarut dalam pelarut organik

DTakat lebur dan takat didih yang rendah

16Rajah 3 menunjukkan susunan elektron bagi atom M.M bukan simbol sebenar unsur itu.

Rajah 3

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kedudukan unsur M dalam Jadual Berkala?

KumpulanKala

A42

B22

C24

D24

17Sebatian manakah yang larut dalam air?ATetrachloromethane

BKarbon dioksida

CArgentum iodida

DNaftalena

18Unsur manakah yang larut dalam air untuk menghasilkan larutan yang menukarkan kertas litmus biru ke merah dan kemudian dilunturkan?IAstatin

IIKlorin

IIIBromin

IVIodin

AI dan IICII dan III

BI dan IVDIII dan IV

19Pernyataan berikut adalah sifat-sifat sebatian S.Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi

Mengkonduksikan elektrik dalam larutan akueus atau keadaan leburan

Larut dalam air tetapi tidak larut dalam pelarut organik

Bahan manakah ialah sebatian S?AAmmonia

BEtanol

CNaftalena

DNatrium sulfat

20Antara zarah berikut, yang manakah bersamaan dengan 1 mol?ABilangan atom dalam 12 g gas oksigen

BBilangan molekul dalam 12 g gas oksigen

C6.02 1023 atom oksigen dalam gas oksigen

D6.02 1023 molekul oksigen dalam gas oksigen

21Persamaan kimia yang manakah mewakili tindak balas antara logam kalium dengan gas oksigen?A4K + O2 2K2O

BK + O2 KO2

C2K + O2 2KO

D2K + O K2O

22Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa unsur-unsur dari kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala menunjukkan sifat-sifat kimia yang serupa?AUnsur-unsur itu mempunyai bilangan elektron valens yang sama

BUnsur-unsur itu mempunyai sifat-sifat fizik yang serupa

CUnsur-unsur itu mempunyai saiz atom yang sama

DUnsur-unsur itu mempunyai kereaktifan yang sama

23Bahan manakah yang mengandungi bilangan atom yang sama dengan 65 g zink?[Jisim atom relatif: Fe = 56, Mg = 24, H = 1, Cl = 35, S = 32, O = 16]A18 g hidrogen klorida

B64 g sulfur dioksida

C12 g magnesium

D28 g ferum

24Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan jenis zarah yang betul bagi setiap bahan?AtomMolekulIon

AZink sulfatKalsiumOksigen

BOksigenKalsiumZink sulfat

COksigenZink sulfatKalsium

DKalsiumOksigenZink sulfat

25Unsur T tidak berpadu antara satu sama lain atau dengan unsur-unsur lain untuk membentuk sebatian.T bukan simbol sebenar unsur.Nombor proton manakah yang mungkin bagi unsur T?A9C54

B8D16

26Satu sebatian mempunyai jisim molekul relatif 119.Antara yang berikut, yang manakah merupakan formula kimia bagi sebatian itu?[Jisim atom relatif: Xe = 131, F = 19, N = 14, Cl = 35, C = 12, H = 1, S = 32]AXeF6CC2H6

BNCl3D

CS2

27Antara gas berikut, yang manakah mengandungi 9.63 1023 atom pada keadaan bilik?[Jisim atom relatif: ; Isi padu molar gas = 24 dm3 mol1 pada keadaan bilik]A19.2 dm3 CH4C19.2 dm3 N2

B19.2 dm3 CO2D19.2 dm3 Ar

28Antara gas berikut, yang manakah mengandungi 1.8 mol atom pada suhu dan tekanan bilik?[1 mol gas menempati isi padu sebanyak 24 dm3 pada suhu dan tekanan bilik]A10.8 dm3 NH3C10.8 dm3 H2

B10.8 dm3 SO2D10.8 dm3 Ne

29Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa saiz atom unsur-unsur Kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan itu dalam Jadual Berkala?ABilangan proton bertambah

BBilangan petala atom bertambah

CBilangan elektron valens bertambah

DKecenderungan untuk menerima elektron bertambah

30Maklumat berikut merujuk kepada idea yang dicadangkan oleh seorang ahli sains dalam perkembangan model atom.Elektron hanya bergerak dalam orbit tertentu yang mengelilingi bahagian luar nukleus yang dikenali sebagai petala elektron

Setiap petala elektron boleh diisi dengan bilangan elektron yang tetap

Siapakah ahli sains itu?AJoseph John Thomson

BErnest Rutherford

CJohn Dalton

DNiels Bohr

31Unsur T berada dalam kumpulan yang sama dengan natrium dalam Jadual Berkala. Ia boleh bertindak balas dengan gas oksigen untuk membentuk satu sebatian yang mempunyai formula T2O.Apakah formula bagi flourida bagi unsur T?[Nombor proton: Na = 11, F = 9]ANaFCNaF2

BNa2FDNa2F2

32Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa unsur logam Kumpulan 1 adalah berbeza dengan unsur logam peralihan?AUnsur logam Kumpulan 1 mempunyai ketumpatan yang tinggi

BUnsur logam Kumpulan 1 tidak bertindak balas dengan oksigen

CUnsur logam Kumpulan 1 merupakan konduktor haba yang baik

DUnsur logam Kumpulan 1 mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah

33Jadual 3 menunjukkan nombor proton bagi unsur P dan Q.UnsurNombor proton

P4

Q6

Jadual 3

Unsur P bertindak balas dengan unsur Q untuk membentuk satu sebatian.Antara berikut, yang manakah merupakan sifat bagi sebatian itu?AMudah meruap

BLarut dalam pelarut organik

CTakat lebur dan takat didih yang rendah

DMengalirkan elektrik dalam keadaan leburan

34Suatu sampel zink bromida mengandungi 3.25 g zink dan 8.00 g bromin.Apakah formula empirik bagi sebatian ini?[Jisim atom relatif: Zn = 65, Br = 80]AZn3Br4CZnBr2

BZn3Br2DZn2Br

35Bahan manakah akan memejalwap apabila dipanaskan?AAmmonium klorida

BBromin

CAmmonia

DAir

36Pasangan sebatian dan jisim molekul relatif manakah yang dipadankan dengan betul?[Jisim atom relatif: Br = 80, F = 19, C = 12, Cl = 35, N = 14, H = 1, S = 32]

SebatianJisim molekul relatif

ABrF5152

BCCl476

CNH317

DCS2175

37Rajah 4 menunjukkan susunan elektron bagi atom S dan atom T.S dan T bukan simbol sebenar bagi unsur tersebut.

Rajah 4

Pasangan formula dan jenis sebatian manakah yang betul?FormulaJenis sebatian

ASTIonik

BST2Ionik

CST2Kovalen

DSTKovalen

38Jadual 4 menunjukkan takat lebur dan takat didih bagi empat bahan.BahanTakat lebur(C)Takat didih(C)

P- 155- 9

Q248

R60183

S235303

Jadual 4

Bahan manakah ialah gas pada suhu bilik?APCR

BQDS

39Jadual 5 menunjukkan pemerhatian ke atas tindak balas apabila secebis logam M dan logam N yang sama saiz terbakar di dalam sebuah balang gas yang berisi gas oksigen.LogamPemerhatian

MTerbakar dengan nyalaan merah secara perlahan-lahan sambil membebaskan wasap putih

NTerbakar dengan nyalaan kuning secara cergas sambil membebaskan wasap putih

Jadual 5

Antara berikut, yang manakah menerangkan pemerhatian itu?ALogam N lebih keras daripada logam M

BLogam N adalah lebih elektropositif daripada logam M

CAtom logam N mengandungi lebih banyak proton berbanding dengan atom logam M

DIkatan logam antara atom-atom logam N adalah lebih kuat berbanding dengan atom-atom logam M

40Apakah yang berlaku semasa pembentukan ion fluorida?[Nombor proton: F = 9]ASatu atom florin menerima dua elektron

BSatu atom florin melepaskan dua elektron

CSatu atom florin menerima satu elektron

DSatu atom florin melepaskan satu elektron

41Jadual 6 menunjukkan susunan elektron bagi atom W, X, Y, dan Z.AtomSusunan elektron

W2.8.3

X2.5

Y2.4

Z2.8.8.2

Jadual 6

Pasangan atom manakah yang membentuk sebatian melalui perkongsian elektron?AX dan YCW dan X

BX dan ZDW dan Y

42Rajah 5 menunjukkan susunan elektron bagi satu atom aluminium.

Rajah 5 Pernyataan manakah yang benar tentang atom ini?ABilangan elektron valens ialah 13

BJumlah bilangan elektron ialah 13

CNombor nukleon ialah 13

DNombor proton ialah 3

43Suatu sebatian organik mempunyai jisim molekul relatif 45 dan formula empirik CH3.Apakah formula molekul bagi sebatian itu?[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]AC2H6CC4H12

BC3H9DC5H15

44Rajah 6 menunjukkan susunan elektron bagi ion P.

Rajah 6

Berapakah bilangan elektron valens bagi satu atom P?A1C3

B2D5

45Jadual 7 menunjukkan nombor proton bagi fosforus dan sulfur.UnsurNombor proton

Fosforus15

Sulfur16

Jadual 7

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan unsur sulfur adalah lebih elektronegatif daripada unsur fosforus?

ACas positif bagi nukleus atom sulfur lebih rendah

BAtom sulfur lebih cenderung menerima elektron

CAtom sulfur mempunyai kurang elektron valens

DSaiz atom sulfur lebih besar

46Sebiji belon mengandungi 1.0234 1024 zarah gas.Berapakah bilangan mol gas itu dalam belon tersebut?A1.0 molC2.0 mol

B1.7 molD3.4 mol

47Berapakah jisim gas sulfur dioksida, SO2, yang mengandungi isi padu 386 cm3 pada keadaan bilik?[Jisim atom relatif: O = 16; Isi padu molar gas = 24 dm3 mol1 pada keadaan bilik]A0.51 gC296.45 g

B12.35 gD514.67 g

48Jadual 8 menunjukkan nombor proton bagi unsur P dan Q.P dan Q bukan simbol sebenar unsur-unsur itu.UnsurNombor proton

P17

Q25

Jadual 8

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang unsur P dan unsur Q?IUnsur P dan unsur Q berada dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala

IIAtom P mempunyai saiz atom yang lebih besar daripada atom Q

IIIAtom P dan atom Q mempunyai tujuh elektron valens

IVUnsur P adalah lebih reaktif daripada unsur Q

AI dan IIICII dan III

BI dan IVDII dan IV

49Purata jisim satu atom boron adalah 11 kali lebih besar daripada jisim satu atom karbon-12.Berapakah jisim atom relatif bagi boron?A22C11

B12D2

50Berapakah mol aluminium yang mengandungi 1.806 1022 atom aluminium?[Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1]A0.03C3

B0.3D30