kerjasama antara koperasi

16
MAKTAB KOPERASI MALAYSIA MCCK 3013 FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI CERAMAH : KERJASAMA ANTARA KOPERASI (PUAN HAJAH ARMI BINTI ZAINUDIN) TARIKH 22 MEI 2014 NAMA PENSYARAH PN. NAJMAH BINTI NAWAWI NAMA AHLI KUMPULAN KHAIRUNNADIA BINTI BOHARI 217940

Upload: ciss-peanad

Post on 21-Dec-2014

260 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: kerjasama antara koperasi

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

MCCK 3013FALSAFAH, PRINSIP, DAN AMALAN KOPERASI

CERAMAH :KERJASAMA ANTARA KOPERASI

(PUAN HAJAH ARMI BINTI ZAINUDIN)

TARIKH

22 MEI 2014

NAMA PENSYARAH

PN. NAJMAH BINTI NAWAWI

NAMA AHLI KUMPULAN

KHAIRUNNADIA BINTI BOHARI 217940

HAMIZATUN NADIA BINTI ABD HAMID 217946

ALIYA FARAHIN BINTI KAMARUDIN 217987

Page 2: kerjasama antara koperasi

KERJASAMA ANTARA KOPERASI 2014

1.0 PENGENALAN

Tahun 2012 menyaksikan sejarah tercipta dalam sektor koperasi peringkat dunia apabila ia

diisytiharkan sebagai tahun koperasi antarabangsa majlis IYC 2012 diadakan di Manchester,

united kingdom. IYC disasarkan untuk meningkatkan kesedaran awam akan sumbangan yang

tidak ternilai gerakan koperasi dalam mengurangkan kemiskinan, menyediakan peluang

pekerjaan dan mewujudkan integrasi sosial. Ini membuka minda kea rah satu paradigm baru

yang sewajarnya diteladani oleh sector koperasi negara. Paradigma yang dimaksudkan berkisar

rapat dengan kesedaran kurang memberangsangkan dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai

potensi koperasi walhal di peringkat global gerakan koperasi telah diangkat sebagai satu sektor

peneraju utama ekonomi dunia sebaris dengan sektor yang lain.

Beberapa maklumat mengenai gerakan koperasi di peringkat global iaitu koperasi mempunyai

satu juta anggota dari seluruh dunia mewakili seratus buah negara. Tiga ratus koperasi terbesar

mempunyai perolehan tahunan sebanyak dua trillion pada tahun 2010. Selain itu, bilangan

kakitangan koperasi di seluruh dunia adalah seramai seratus juta orang. Di india keperluan

pengguna iaitu 61% daripada isi rumah luar Bandar yang dilindungi oleh koperasi (ILO 2011)

manakala 40% daripada isi rumah di afrika adalah milik koperasi.

1.1 PENGERTIAN KOPERASI

Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Kongres Manchester pada tahun 1995 telah

mendeklarasikan pernyataan identity koperasi yang menyenaraikan nilai-nilai utama koperasi

dan juga satu set prinsip-prinsip koperasi yang telah dikaji semula. Di kongres tersebut juga,

koperasi telah definisikan sebagai ‘sebuah persatuan manusia yang berautonomi, bergabung

secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi,

sosial dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik.

1 | P a g e

Page 3: kerjasama antara koperasi

KERJASAMA ANTARA KOPERASI 2014

1.2 NILAI-NILAI KOPERASI

Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Kongres Manchester pada tahun 1995 di dalam deklarasi

pernyataan identiti koperasi telah menggariskan sepuluh nilai-nilai yang perlu diberi perhatian

dan diperkukuhkan dalam setiap diri anggota koperasi demi pembentukan anggota koperasi yang

berkualiti. Nilai-nilai ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu yang pertama merangkumi nilai-

nilai asas dan yang kedua merangkumi nilai-nilai etika.

Nilai-nilai asas adalah berteraskan kepada pembentukan peribadi diri sendiri, organisasi dan

masyarakat. Antara nilai-nilai yang terkandung dalam nilai asas adalah membantu diri sendiri,

bertanggungjawab ke atas diri sendiri, demokrasi, kesamarataan, keadilan dan perpaduan.

Manakala nilai-nilai etika adalah kepada perubahan tingkah laku anggota koperasi melalui

penglibatan dalam setiap aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan oleh koperasi yang

berhubung kait dengan kehendak dan keperluan mereka. Nilai etika yang diperkatakan adalah

keterbukaan, amanah, tanggungjawab sosial dan prihatin terhadap orang lain.

Sebagai sebuah organisasi berasaskan keanggotaan, nilai mempunyai kepentingan tersendiri

dalam sesebuah koperasi. nilai koperasi seperti kejujuran, keterbukaan, tanggungjawab sosial

dan keprihatinan walaupun terdapat dalam pelbagai pertubuhan sosial yang lain, nilai tersebut

telah diyakini oleh para anggota koperasi. Tambahan pula, nilai tersebut merupakan sesuatu yang

memang wujud dan telah diamalkan dalam gerakan koperasi sejak sekian lama, iaitu selaras

dengan perkembangan dan sejarah gerakan koperasi itu sendiri.

2 | P a g e

Page 4: kerjasama antara koperasi

KERJASAMA ANTARA KOPERASI 2014

2.0 PRINSIP KERJASAMA DI ANTARA KOPERASI

Sesebuah koperasi perlu menerapkan prinsip yang keenam ini kerana koperasi akan dapat

memberi perkhidmatan terhadap anggota-anggotanya secara paling berkesan dan mengukuhkan

gerakan koperasi dengan cara berusaha bersama-sama dengan koperasi lain melalui struktur

tempatan, kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Koperasi boleh melaksanakan “integrasi

menegak” dengan atau melalui penubuhan kesatuan atau persekutuan koperasi. koperasi boleh

mewujudkan “integrasi mendatar” dengan koperasi lain melalui usahasama, perkongsian, dan

sebagainya.

Koperasi membantu anggotanya secara lebih berkesan disamping mengukuhkan gerakan

koperasi dengan cara bekerja bersama-sama di peringkat tempatan, wilayah, nasional dan

antarabangsa. Oleh kerana koperasi mempunyai prinsip tersendiri, koperasi boleh membantu

sesame sendiri melalui kerjasama yang dijalinkan antara mereka. Kerjasama antara koperasi

boleh dijalankan secara mendatar atau secara menegak, misalnya koperasi yang menjalankan

aktiviti pengeluaran boleh mengadakan kerjasama dengan koperasi yang menjalankan aktiviti

pengguna dan perkhidmatan. Dengan adanya bentuk kerjasama ini kegiatan koperasi akan

menjadi bertambah besar, harga barang dan perkhidmatan dapat dikurangkan lagi tanpa

menjejaskan kualiti barangan dan perkhidmatan tersebut.

Masyarakat dunia mengiktiraf kegiatan koperasi sebagai suatu medium yang mampu mengubah

kehidupan dengan mengurangkan kadar kemiskinan sekaligus menjadi peneraju ekonomi.

Justeru itu, Malaysia juga harus menumpukan ke arah usahama memajukan kegiatan koperasi

ini. Kita harus mampu mewujudkan budaya berkoperasi dalam komuniti mereka sendiri tanpa

melibatkan urusan dengan orang tengah.

3 | P a g e

Page 5: kerjasama antara koperasi

KERJASAMA ANTARA KOPERASI 2014

2.1 TUJUAN KERJASAMA DI ANTARA KOPERASI

Prinsip koperasi yang keenam iaitu kerjasama diantara koperasi adalah sangat penting dan perlu

diterapkan dalam sesebuah koperasi. dengan adanya kerjasama diantara koperasi, koperasi dapat

memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada anggota dan memperkukuhkan gerakan

koperasi melalui kerjasama setempat, nasional, serantau dan antarabangsa. Prinsip ini telah

menjadi sangat penting pada masa kini dan juga pada masa akan datang untuk memastikan

koperasi dapat mencapai pontensi yang cemerlang.

Koperasi mesti berusaha untuk mencapai manfaat daripada organisasi yang berskala besar

disamping mengekalkan pemilikan dan kelebihan atau kebaikan penglibatan anggota tempatan.

Selain itu, koperasi perlu mengenalpasti keperluan untuk mengukuhkan organisasi dan aktiviti

dalam koperasi serta koperasi juga perlu mengambil kira kemungkinan aktiviti bersama di

peringkat antarabangsa. Semasa abad yang ke-20, gerakan koperasi dalam banyak contoh, telah

menunjukkan kemahiran keusahawanan yang luar biasa, dapat menyesuaikan diri dalam keadaan

yang berbeza, merebut peluang yang baru dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan.

2.2 JENIS-JENIS KERJASAMA ANTARA KOPERASI

Ianya membicarakan tentang kategori atau peringkat koperasi dan perkara yang berkaitan

dengannya seperti pengelasan koperasi dalam konteks gerakan koperasi serta contoh fungsi atau

jenis aktiviti yang biasa diceburi oleh koperasi di Malaysia.

PERINGKAT-PERINGKAT KOPERASI

Pada umumnya koperasi yang menganggotai sesuatu gerakan dalam sesebuah negara boleh

dikategorikan atau terbahagi kepada tiga peringkat atau level. Peringkat-peringkat ini perlu

4 | P a g e

Page 6: kerjasama antara koperasi

KERJASAMA ANTARA KOPERASI 2014

ditentukan oleh corak keanggotaan sesebuah koperasi. Justeru , terdapat tiga kategori atau

peringkat koperasi yang boleh didaftarkan dalam kebanyakan negara seperti berikut :

i. Koperasi Asas

Koperasi peringkat asas atau koperasi primer merupakan sebuah koperasi di mana

anggotanya terdiri daripada individu atau orang perseorangan. Jumlah minimum

keanggotaan bagi sesebuah koperasi asas bergantung pada syarat yang terdapat dalam

perundangan koperasi bagi sesebuah negara, misalnya 50 atau 100 orang. Terdapat juga

peruntukan dalam perundangan koperasi dalam negara tertentu yang membolehkan

penubuhan koperasi dengan keanggotaan yang lebih kecil daripada jumlah tersebut di

atas.

Misalnya di negara kita sebuah ‘koperasi keluarga’ boleh ditubuhkan dengan

keanggotaan paling minimum iaitu 20 orang, memandangkan potensi keanggotaannya

hanya meliputi anggota keluarga terdekat seseorang individu yang bercadang

menubuhkan koperasi sedemikian. Biasanya koperasi peringkat ini merupakan antara

yang terbanyak sekali daripada segi bilangan kerana koperasi jenis tersebut merupakan

koperasi yang mulu-mula ditubuhkan termasuklah di negara ini. Contoh bagi koperasi

asas ialah koperasi sekolah di mana para pelajar, guru dan kakitangan sekolah berkenaan

boleh menjadi anggotanya.

Satu lagi contoh koperasi asas ialah koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam atau

koperasi kredit pegawai kerajaan. Koperasi tersebut akan membuka keanggotaannya

kepada kakitangan kerajaan dalam sesuatu kawasan yang menepati syarat tambahan yang

ditentukan dalam undang-undang kecilnya. Koperasi dalam kalangan pekebun kecil atau

peladang di negara ini boleh dikategorikan sebagai koperasi asas, di mana

keanggotaannya dibuka kepada para petani dan peladang yang tinggal dan memiliki tanah

dalam sesuatu kawasan berkenaan.

ii. Koperasi Menengah

5 | P a g e

Page 7: kerjasama antara koperasi

KERJASAMA ANTARA KOPERASI 2014

Koperasi menengah atau koperasi primer (secondary-level co-operative society)

membuka keanggotaannya kepada koperasi asas sahaja. Sesebuah koperasi peringkat

menengah biasanya beroperasi ke tahap kawasan, negeri atau negara. Koperasi menengah

biasanya bertujuan untuk menggembleng kekuatan daripada segi modal dan pasaran

dengan menggembleng sumber yang disumbangkan oleh koperasi asas yang menjadi

anggotanya.

Anggota sesebuah koperasi menengah boleh mendapatkan haknya dengan cara yang

ditentukan dalam undang-undang kecilnya. Misalnya dalam amalan koperasi di negara

kita, sesebuah koperasi asas yang menganggotai sesebuah koperasi asas yang

menganggotai sebuah koperasi menengah, mereka boleh menghantar wakil atau ‘proksi’

untuk hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung koperasi berkenaan. Bagi sesebuah

negara, sesebuah koperasi menengah atau koperasi sekunder juga dikenali sebagai

federasi atau persekutuan koperasi (co-operative federation). Terdapat juga koperasi

menengah yang disebut sebagai kesatuan koperasi (cooperative union).

iii. Koperasi Atasan

Koperasi peringkat atasan (tertiary-level co-operative) merupakan koperasi yang

keanggotannya terdiri dalam kalangan koperasi menegah sahaja. Koperasi di atasan di

kebanyakan negara luar lebih berperanan sebagai sebuah kesatuan atau persekutuan bagi

mewakili kepentingan koperasi menengah yang bergabung dengannya. Bagi gerakan

koperasi di negara ini, sesebuah koperasi atasan juga boleh diangotai oleh koperasi asas

dan menengah.

Biasanya gerakan koperasi dalam sesebuah negara akan diketuai oleh sebuah badan

puncak atau apex body yang mewakili koperasi untuk urusan di peringkat kebangsaan

dan antarabangsa. Bagi negara kita, ANGKASA telah dipilih oleh pihak kerajaan bagi

tujuan tersebut.

6 | P a g e

Page 8: kerjasama antara koperasi

KERJASAMA ANTARA KOPERASI 2014

3.0 STRATEGI-STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH SESEBUAH KOPERASI

Sesebuah koperasi memerlukan strategi yang sesuai untuk diterapkan di dalam pengurusan

koperasi. strategi yang berkesan akan mendatangkan faedah kepada koperasi berkenaan. Oleh

itu, adalah penting untuk sesebuah koperasi mengenalpasti strategi yang efektif untuk koperasi

mereka. Contoh strategi-strategi koperasi:

i. Melalui Integrasi Menegak

Penubuhan gabungan sesebuah koperasi adalah salah satu usaha kerajaan untuk

memperkukuhkan gerakan koperasi supaya lebih mampan dan berdaya saing. Gabungan

sesebuah koperasi adalah merupakan koperasi peringkat menengah di mana anggota-

anggotanya terdiri daripada koperasi-koperasi di peringkat asas. Anggota-anggotanya

adalah terdiri daripada koperasi-koperasi yang ada di daerah dan wilayah setempat.

Gabungan sesebuah koperasi boleh dijalankan secara integrasi menegak iaitu di mana

beberapa buah koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan yang sama jenis atau

fungsi yang sama, bergabung dan bekerjasama dalam satu entity bagi membantu

menyelesaikan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh koperasi tersebut. Contoh

koperasi yang terlibat dalam kerjasama integrasi menegak adalah ANGKASA, Singapore

National Cooperation Federation (SNCF), National Agricultural Cooperative Union of

India (NACF) and Japanese Consumer Cooperative Union (JCCU).

7 | P a g e

Page 9: kerjasama antara koperasi

KERJASAMA ANTARA KOPERASI 2014

ii. Melalui Integrasi Mendatar

Strategi ini bermaksud memiliki atau menambahkan peratusan kawalan ke atas pesaing.

Terdapat satu trend yang signifikan di dalam pengurusan strategi kini di mana terdapat

pertumbuhan yang mendadak di dalam integrasi mendatar yang sering digunakan sebagai

strategi pertumbuhan. Penggabungan dan pengambilalihan ke atas pesaing telah

mencetuskan pertambahan ekonomi bidangan dan kesannya ialah berlakunya

perpindahan dan perkongsian sumber serta kekompetenan. Sebagai contoh, di Malaysia

Telekom mengambil alih Celcom. RHB bank mengambil alih Sime Bank dan Kwong Yik

Bank.

Peluang untuk memonopoli adalah cerah sekali bagi satu-satu lokasi atau negara tanpa

sebarang saingan. Persaingan yang wujud di dalam industri yang sedang berkembang

serta pertambahan ekonomi bidangan menghasilkan faedah kompetitif yang besar.

Organisasi mempunyai sumber manusia dan sumber kewangan yang cekap serta

berterusan untuk menguruskan perkembangan perniagaan. Pesaing mengalami penurunan

jualan dan kehilangan syer pasaran akibat ketidakcekapan pengurusan serta kekurangan

sumber. Harus diingati bahawa kejatuhan jualan pesaing mungkin disebabkan perubahan

cita rasa pengguna.

iii. Melalui Kepelbagaian Aktiviti

Pada masa kini, menyertai koperasi sebagai satu entiti sosioekonomi yang berpontensi

banyak kelebihannya. Antaranya para anggota memperoleh pulangan dalam bentuk

dividen, kemudahan mendapatkan barang keperluan, mendapat rebat pembelian dengan

syarat yang ditetapkan serta bantuan kebajikan. Tidak kurang menariknya apabila

koperasi dapat memasarkan barang ahli tanpa penglibatan orang tengah. Dengan ini, ahli

dapat menjual barangan pada harga yang bersesuain.

Tambahan lagi, trend sekarang menyaksikan koperasi mulai cenderung terlibat dalam

pelbagai aktiviti perniagaan yang kompetitif dalam usahama antara koperasi-koperasi

8 | P a g e

Page 10: kerjasama antara koperasi

KERJASAMA ANTARA KOPERASI 2014

bagi mengekalkan daya saing. Kepelbagaian koperasi daripada segi bentuk, kawasan

operasi dan taburan anggota sebenarnya tetap memberi manfaat kepada anggota koperasi.

iv. Penggabungan Dan Penyatuan

Bentuk dan jenis kerjasama yang terjalin hendaklah diketahui oleh anggota dalam

sesebuah koperasi berdaftar yang terlibat. Tanpa kesedaran di kalangan anggota koperasi

tentang konsep kerjasama, pelbagai kemungkinan akan terjadi yang boleh menyebabkan

anggota koperasi terpaksa menanggung segala risiko kerana kebanyakan anggota tidak

menyedari tentang hak mereka membuat pertikaian atau ketidakpuasan hati.

Rangkaian kerjasama antara koperasi berdaftar memungkinkan banyak lagi gabungan

koperasi berdaftar dan ia memberi laluan untuk mengukuh dan memantapkan lagi fungsi

koperasi yang terlibat. Penggabungan koperasi amat penting memastikan gabungan

koperasi sedia ada mampu memberi fokus yang lebih kepada perkhidmatan yang

digariskan dalam matlamatnya berbanding sebelum ini.

Kemunculan gabungan koperasi baru dalam era DKN bukannya bertujuan menyaingi

gabungan yang sedia ada tetapi berasaskan keperluan menerokai aktiviti perniagaan yang

begitu luas dalam pasaran ekonomi Malaysia. Kerjasama antara koperasi berdaftar dan

penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi bukannya bertujuan meningkatkan kadar

keuntungan dan kadar dividen tetapi lebih kepada meningkatkan pemberian pulangan ikut

langganan (PIL) yang selama ini diabaikan dalam gerakan koperasi.

4.0 RUMUSAN

Prinsip keenam koperasi iaitu kerjasama antara koperasi dengan koperasi yang lain adalah

penting bagi setiap koperasi. Di dalam perniagaan, kerjasama antara organisasi dengan sesebuah

organisasi juga adalah penting demi untuk pertumbuhan organisasi yang lebih baik. Manakala di

dalam koperasi, koperasi perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anggota untuk

9 | P a g e

Page 11: kerjasama antara koperasi

KERJASAMA ANTARA KOPERASI 2014

memastikan institusi ini berkekalan. Untuk meningkatkan keupayaan koperasi berbuat demikian,

koperasi-koperasi sendiri perlu berkerja bersama-sama dan mempunyai rangkaian yang baik di

peringkat setempat, kebangsaan dan antarabangsa. Prinsip ini perlu diberi perhatian bagi

meningkatkan kerjasama di antara koperasi dan memperkukuhkan kecekapan perjalanan aktiviti

di koperasi.

10 | P a g e