kerja_kursus_jahitan

26
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS ILMU KHAS, CHERAS, KUALA LUMPUR. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (TESL) PRIMARY EDUCATION REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI NAMA : SYED AIMAN BIN SYED AHMAD NO. IC : 920909-06-5343 ANGKA GILIRAN : BI 140 KUMPULAN : G6.7 PENSYARAH : PN.KHAMSIAH / EN.MUNIZAR / EN.ROSLI

Upload: aiman-azizan-melon

Post on 23-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kerja kursus jahitan

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS ILMU KHAS,

CHERAS, KUALA LUMPUR.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(TESL) PRIMARY EDUCATION

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

NAMA : SYED AIMAN BIN SYED AHMAD

NO. IC : 920909-06-5343

ANGKA GILIRAN : BI 140

KUMPULAN : G6.7

PENSYARAH : PN.KHAMSIAH / EN.MUNIZAR / EN.ROSLI

TARIKH SERAHAN : 17 OKTOBER 2014

Kandungan

Penghargaan

Halaman pengakuan

Pengenalan

Cara menjahit baju tidur

Refleksi

Rujukan

Lampiran

Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdullilah saya berasa bersyukur ke

atas hadrat ilahi kerana Dia masih mengurniakan kehidupan yang baik terhadap

saya. Tanpa keizinan dia saya mungkin belum menyempurnakan lagi kerja kursus

ini. Di sini saya mahu melafazkan rasa terima kasih kepada penasihat kerja kursus

kami iaitu En. Munizar, En. Rosli dan juga Puan Khamsiah kerana sepanjang saya

melaksanakan kerja kursus ini mereka tidak pernah jemu menolong kami bahkan

memberikan tunjuk ajar serta panduan kepada kami agar dapat meningkatkan kualiti

kerja kami.

Malah saya mahu melafazkan penghargaan kepada kawan-kawan saya .Ibarat

ringan sama dijinjing ,berat sama dipikul ,peribahasa ini sesuai menggambarkan

kawan-kawan saya membantu saya sepanjang kerja kursus ini.Selain pensyarah

sebagai rujukan, kawan saya turut menjadi rujukan kerana mereka lebih memahami

daripada saya. Pada masa yang sama kami berbincang dan berkongsi pendapat

supaya kerja dihasilkan lebih tepat dan berkualiti.

Akhir sekali saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan

keluarga saya kerana menyuntik semangat dan dorongan ketika saya

menyelesaikan kerja kursus ini.

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………….

Nama Pelatih : SYED AIMAN BIN SYED AHMAD

Tarikh Serahan : 17 OKTOBER 2014

Pengenalan

. Kemahiran menjahit merupakan salah satu kemahiran yang harus kami

pelajari untuk semester. Hal ini kerana kemahiran menjahit kini telah menjadi

sebahagian daripada silibus mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

(KHSR) di sekolah. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung kami juga harus

mahir dalam ilmu jahitan untuk semester ini. Untuk kursus Rekabentuk dan

Teknologi pada semester kali ini, kami telah dibahagikan dengan tiga komponen

utama mengikut sukatan mata pelajaran kursus kami pada kali ini.

Lakaran pakaian baju tidur

Jenis fabrik kapas

Stail pakaian hadapan Stail pakaian belakang

Pokok kapas banyak terdapat di Russia, Amerika Syarikat, Negara India, China, dan

Mesir. Pokok kapas mempunyai tinggi lebih kurang satu hingga satu setengah

meter. Pada peringkat awal, bunganya berwarna kuning muda dan seterusnya

selepas tiga hari bunga akan menjadi merah dan gugur meninggalkan lenggai atau

buah kapas.

Ukuran badan

Tindakan asid

asid hidroklorik dan asid sulfuric akan merosakkan fabrik 

Pengalir haba

Pengalir haba yang baik

Penyerapan lembapan

Penyerapan berlaku dengan mudah dan selesa dipakai

Kekenyalan

Pakaian mudah renyuk dan tidak kenyal

Kekukuhan

Kotoran mudah ditanggal dan bertambah kukuh apabila diserap air

k

Ciri-ciri gentian kapas

Melintang

Bahagian anggota badan Ukuran badan

Bahu 40.0 cm

Leher 36 .0 cm

Dada 100.0 cm

Pinggang 79.0 cm

Punggung 111.0cm

Menegak

Bahagian anggota badan Ukuran badan

Leher ke punggung 76.0 cm

Lengan 30.0 cm

Pangkal lengan 47.5 cm

Proses menjahit

Melakar dan susun atur pola

Melakar pakaian untuk dijahit dalam sudut pandangan hadapan dan belakang.

Mengukur badan

Mendraf variasi pola baju tidur

Membentang fabrik

Memotong kain dan menjahit baju tidur

Kemasan terhadap baju tidur.

Asas pertama untuk memulakan jahitan ialah menentu pakaian yang akan

dijahit dan lakaran pakaian tersebut. Bagi jahitan ini ,baju tidur merupakan pemilihan

jenis baju yang akan dijahit dan meneruskan perancangan jahitan dengan melakar

pakaian baju tidur secara pandangan hadapan dan belakang.

Selepas lakaran,proses pengukuran badan adalah sangat penting bagi

mengambil sukatan bagi bentuk dan saiz badan pemakai.Sebelum mengambil

ukuran pastikan individu yang hendak diukur mesti berada di kanan kita.Seterusnya

individu tersebut tidak memakai pakaian tebal bagi mengelak ukuran yang diambil

tidak tepat dan individu tersebut berdiri tegak.Pastikan ukuran yang diambil ialah

dalam unit centimeter.

Ukuran yang perlu didahulukan ialah ukuran ke arah melintang .Daripada

arah melintang kita dapat mengukur leher, bahu,keliling dada,keliling pinggang dan

keliling punggung.Pastikan ukuran yang diambil itu dicatat di dalam kertas dalam

unit cm.Kemudian mengambil ukuran badan ke arah menegak ialah panjang

lengan ,pangkal lengan dan labuh baju iaitu dari leher ke punggung.Berikut adalah

gambar untuk menunjuk cara-cara mengukur badan.

Melintang

Bahu -ukur dari hujung bahu kiri ke hujung bahu kanan dengan melepasi tulang tengkuk. Leher-ukur keliling leher

Menegak

Labuh lengan- ukur dari hujung bahu kanan sehingga ke siku

pangkal lengan-Ukur keliling pangkal lengan

Keliling pinggang-ukur pada paras pinggang yang paling ramping

Keliling punggung-ukur pada paras punggung

Leher ke punggung- ukur dari sudut leher hadapan hingga ke paras punggung.

Susun atur pola

Bahagian hadapan Bahagian belakang

depan belakang

Lengan

Tambahan

(

L-L2 Antara 1 cm- ½ cm

P-P1 ½ cm @1 cm

L-L2 Antara 1 cm- ½ cm

P-P1 ½ cm @1 cm

A-B Labuh baju + 0.5 cm atau 0.75 cm

A-C 0.5 cm ukuran bahuC-M Turun 3 cm

A-L 1/6 keliling leher

A-P 1/6 keliling leher + 3 cm

A-E 1/4 keliling dada

E-K 1/4 keliling dada + 3 cm

M-D Bahagi 2 , dapatkan N

N-O Masukkan 2 cm

A-F Bahu ke pinggang

F-H Turun ke punggung (20cm)

H-Q 1/4 keliling punggung + 2 cmJ-R Naikkan 1 ½ cm

I-S Masukkan 1 ½ cm @ 2 cm @ mengikut kesesuaianSambungkan (L-P),(M,O,K),(K,S,R) dan (B,R)A-A1 ,B-B1 (2 cm @ 2 ½ cm)

A-B Labuh baju + 0.5 cm atau 0.75 cm

A-C 0.5 cm ukuran bahuC-M Turun 3 cm

A-L 1/6 keliling leher

A-P 1 ½ cm @ 2 cm (1.3 cm- kolar)

A-E 1/4 keliling dada

E-K 1/4 keliling dada + 1 cm

M-D Bahagi 2 , dapatkan N

N-O Masukkan 1 cm

A-F Bahu ke pinggang

F-H Turun ke punggung (20cm)

H-Q 1/4 keliling punggung + 1 cmJ-R Naikkan 1 cm

I-S Masukkan 1 ½ cm @ 2 cm @ mengikut kesesuaianSambungkan (L-P),(M,O,K),(K,S,R) dan (B,R)

A-B Labuh lenganA-E ½ ukuran lenganC-B 1/8 keliling dada

B-D Bahagi 3

G-H Keluarkan 2 cm

C-D Ukuran MD (rajah bahagian belakang)

E-F Masukkan 1 cm

E-D Bahagi 2,dapatkan J

N-O Gariskan B,H,I,D

Ikan Hiasan

Ikan Hiasan – Bahagian luar ikan

BAHAGIAN IKAN FUNGSI

1. SisikPelindung daripada musuh, kecederaan dan

penyakit2. Sirip tidak berpasangan: sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan

sirip anal

Membantu ikan bergerak lurus dan mengemudi pergerakan ikan di dalam air

3. Sirip Berpasangan: Sirip Pektoral dan sirip Pelvik

Untuk kestabilan , berundur, berpusing dan mengapungkan diri.

4. Garisan lateralUntuk mengesan pergerakan objek lain

dangetaran di dalam air5. Insang Untuk bernafas

   

Memilih Ikan Hiasan

Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan berenang di dalam akuarium boleh memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan hiasan juga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakkan di ruang kediaman atau kawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium adalah seperti

berikut : i. Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semulajadi kerana ianya tidak dapat menyesuaikan diri hidup dalam kurungan ii. Jenis yang telah dijinakkan dan dibiakkan di dalam akuarium. Ikan boleh dibeli dari kedai ikan hiasan. iii. Mempunyai ciri yang menarik seperti warna dan bentuk badannya. iv. Boleh bercampur dengan jenis ikan lain. v. Tahan terhadap perubahan mutu air. vi. Tahan terhadap serangan penyakit. 

Penyakit Ikan Hiasan dan faktornya.

Faktor-faktor 

•Keadaan suhu air dalam akurium terlalu sejuk. •Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. 

•Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat. 

Penyakit Rintik Putih 

 •Disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik. 

•Berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. •Ikan yang sakit harus dipindahkan. 

•Merawatnya dengan menggunakan methylene blue dan campur sedikit garam ke dalam air. 

•Ubat lain juga boleh didapati dikedai akuarium. 

Penyakit Kulat 

 •Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan. 

•Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip,mulut dan badan yang luka. •Kulat ini kelihatan seperti kapas. 

•Boleh dirawat dengan methylene blue.Masukan terus ke dalam air atau disapu pada luka. 

•Ikan ini perlu diasingkan. 

Penyakit Bakteria 

 

•Ikan yang dijangkiti akan berubah warna menjadi pudar,sisik mengembang atau perut buncit. 

•Disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. 

•Boleh dirawat dengan antibiotik dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

Tanaman Sayuran

Penyediaan Tapak Tanaman Sayuran

Penyediaan Tapak Penanaman

Faktor pemilihan tapak 

Sebelum memulakan projek tanaman sayuran, beberapa faktor perlu diberi perhatian. · Permukaan tanah yang rata supaya memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran. · Terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada sebarang naungan pokok. · Berdekatan dengan sumber air seperti perigi, kolam, sungai atau taliair. · Tanah yang subur mengandungi bahan organik dan bersaliran baik · Berdekatan dengan jalan untuk memudahkan kerja pengangkutan peralatan, benih, baja, racun perosak dan memasarkan hasil. 

Penyediaan Kawasan 

Kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman termasuklah a) menebang pokok b) menebas c) mengumpul rumpai d) meratakan tanah 

Menggembur tanah 

Tanah boleh digembur dengan menggunakan mesin pembajak atau cangkul. Tujuan pembajakan tanah dilakukan adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah, memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman. Langkah-langkah pembajakan: · Tanah digemburkan dengan menggunakan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm · Biarkan tanah terdedah kepada cahaya matahari selama satu minggu. Ini adalah untuk mematikan rumpai dan organisma tanah yang berbahaya · Menabur kapur untuk menurunkan keasidan tanah. 

Membajak tanah dengan jentera pembajak 

Membina Batas 

Membina batas adalah untuk mengelakkan dari air bertakung dan membaikki pengudaraan tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak dan penyakit tanaman. Ukuran batas yang hendak dibina bergantung kepada jenis sayuran yang hendak ditanam. Saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar, 15 – 25 cm tinggi dan panjang batas mengikut keperluan. Jarak antara batas adalah 45 cm. 

Pembajaan Asas 

Membaja asas perlu dilakukan sebelum menanam. Baja asas yang sesuai ialah baja organik seperti tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos. Baja asas ditaburkan di atas batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5kg/m²) dan kemudian digaulkan ke dalam tanah. 

Sungkupan 

Sungkupan adalah satu proses meletakkan bahan-bahan di permukaan batas seperti pelepah kelapa, rumput kering, plastik hitamsilver shine dan jerami padi. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan hakisan tanah, kehilangan kelembapan tanah, kehilangan baja yang ditabur ke permukaan tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai.