kerja : satu tuntutan ibadah
TRANSCRIPT
PROGRAM CINTA ILMU ( ProCIL ) JANUARI 2016
KERJA : SATU
TUNTUTAN IBADAH
Amalan yang dilakukan oleh setiap muslim dianggap sebagai ibadah sekiranya mematuhi garis
panduan yang ditetapkan oleh syarak.
PENDAHULUAN
KERJA
DEFINISI
Kesungguhan usaha yang dilakukan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau
ganjaran
IBADAH
Menyerah diri kepada Allah SWT dengan melaksanakan kepatuhan dan ketaatan
kepada kekuasaan Allah SWT
DEFINISI
Oleh yang demikian, Kerja sebagai ibadah bermaksud “ Tugas atau tanggungjawab yang dilaksanakan untuk meraih pendapatan dan
keredhaan Allah SWT
OBJEKTIF KERJA
Tuntutan di dalam Islam
Untuk mendapat rezeki kurniaan Allah
Sebagai mekanisme untuk memakmurkan muka bumi
disamping tuntutan kelangsungan kehidupan
DALIL TUNTUTAN UNTUK BEKERJA
Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu (akan segala yang di perintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan;
dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian
Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan
Surah at-Taubah : 105
DALIL TUNTUTAN UNTUK BEKERJA
Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing),
dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu
berjaya (di dunia dan akhirat) Sural al Jum’ah : 10
CIRI-CIRI KERJA YANG DINILAI SEBAGAI IBADAH
Niat ikhlas kerana Allah
Pekerjaan halal dan baik yang tidak bertentangan
hukum syarak
Amanah dan bertanggungjawab
Tidak meninggalkan perkara yang wajib
Meninggalkan perkara yang haram dan syubhah
KESAN DARI KERJA YANG DIANGKAT SEBAGAI IBADAH
Dikurniakan dengan ganjaran pahala
Mendapat balasan kebaikan di dunia berupa harta disamping kepuasan dapat menyelesaikan tugas
yang diamanahkan
keazaman yang tinggi dan berusaha bersungguh-sungguh
Mengelakkan diri daripada perbuatan mungkar
RUJUKAN
al-Syeikh Muhammad jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasqi. 2011. Mutiara Ihya Ulumuddin. Illusion Nerwork. Shah Alam
http://www.mdarulquran.net.my