kerja kursus geografi tingkatan 3 2013

Upload: niraindera-shanmugam

Post on 03-Apr-2018

416 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013

    1/7

    Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan,

    Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan AwamDapatan Kajian merangkumi konsep, jenis pengangkutan awam, kepentingan, masalah dan

    cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian calon.

    Laporan dapatan kajian calon mestilah dikaitkan dengan kaedah kajian, apa-apa maklumat yang

    anda huraikan mesti dinyatakan sumber/kaedahnya, sekurang-kurangnya sekali bagi setiapaspek 8.1, 8.2, 8.3, 8.4 dan 8.5. Saya sudah berikan contoh dalam aspek 8.1 dan 8.2 di bawah

    apabila anda hendak mentakrifkan konsep 'pengangkutan awam' dan menghuraikan jenis-jenis

    pengangkutan awam di kawasan kajian.

    8.1 Konsep Pengangkutan Awam hendaklah ditakrifkan dengan lengkap dan disertakan contoh

    yang relevan. Anda boleh merujukinternet ( contoh: Wikipedia, blog), Kamus Pelajar Bahasa

    Melayu, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Ensaiklopedia di perpustakaan sekolah anda sertabuku-buku teks yang berkaitan.

    Carian di Google: taip definisi / konsep pengangkutan awam. Anda akan dapat antaranya ialah:1) Wikipedia

    2) Blog dan blog ini dan blog ini...

    3) laman web 1Klik

    Anda juga boleh mendapatkan maksud pengangkutan awam dalam Kamus Pelajar Bahasa

    Melayu.

    Ini sumber bukan internet dan ini adalah satu jenis rujukan selain internet. (Ingat, anda perlu 3

    rujukan. Biasanya, jenis rujukan ialah Kamus, Internet dan Orang Sumber)

    Bila anda menulis tentang konsep pengangkutan awam, mulakan dengan "Berdasarkan Kamus

    Pelajar Bahasa Melayu / Wikipedia, pengangkutan awam ialah...........................". Takrifpengangkutan awam boleh ditulis dalam beberapa ayat. Nyatakan contoh-contoh pengangkutan

    awam seperti bas awam, bas sekolah, van sekolah, kereta api, LRT, KTM komuter, ERL, kapal

    terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya. KTM komuter mengenakansejumlah tambang yang tertentu antara laluannya dari Rawang ke Seremban kepada orang ramai

    yang menaikinya.

    Umumnya: Pengangkutan awam: pengangkutan darat, laut dan udara-mengangkut orang ramai

    dan barangan-bukan kenderaan sendiri-disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta-mempunyai

    kadar tambang tertentu-mempunyai laluan tertentu

    8.2 Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda hendaklah diterangkan dengan jelasbeserta contoh. Huraikan satu atau lebih, jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan

    kajian anda sahaja. Contohnya, huraikan pengangkutan bas awam, bas sekolah, van sekolah,

    KTM komuter, teksi, van sewa di kawasan kajian Taman Bukit Maluri sahaja dan bukan diseluruh Kuala Lumpur. Kalau kawasan kajian anda tidak terdapat pengangkutan LRT, anda

    jangan huraikannya.

    Bila anda menulis tentang jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda, mulakan dengan,

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awamhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/465-nkra-pengangkutan-awam/9359-sistem-pengangkutan-awam-menjana-pembangunan-negara.htmlhttp://farahsocialwork.blogspot.com/2010/08/definisi-pengangkutan-awam-pengangkutan.htmlhttp://mdisabudin.blogspot.com/p/sistem-pengangkutan-awam-yang.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/465-nkra-pengangkutan-awam/9359-sistem-pengangkutan-awam-menjana-pembangunan-negara.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/465-nkra-pengangkutan-awam/9359-sistem-pengangkutan-awam-menjana-pembangunan-negara.htmlhttp://mdisabudin.blogspot.com/p/sistem-pengangkutan-awam-yang.htmlhttp://farahsocialwork.blogspot.com/2010/08/definisi-pengangkutan-awam-pengangkutan.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/465-nkra-pengangkutan-awam/9359-sistem-pengangkutan-awam-menjana-pembangunan-negara.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awam
  • 7/28/2019 Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013

    2/7

    "Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis

    pengangkutan awam yang digunakan iaitu ......................................". Huraikan ciri-ciri satu jenis

    atau lebih pengangkutan awam.1) Bas Awam: Nama bas (tertulis pada badan bas awam, ok?). Kekerapan (setiap x minit). Masa

    perkhidmatan paling awal dan paling akhir. Jalan-jalan utama yang dilalui. (Tandakan laluan bas

    awam pada peta kawasan kajian).Tambang perjalanan.

    2) Bas/van sekolah: Warna bas sekolah, mengangkut berapa orang pelajar, kawasan mana ia

    menjalankan perkhidmatan, berapa orang pemandu (ada pembantu) dan apa2 maklumat tentang

    perkhidmatan bas sekolah yang anda naiki.

    3) KTM Komuter: Lokasi stesen KTM berhampiran kawasan kajian. (Tandakan lokasinya peta

    kawasan kajian anda). Jenis laluan ie Rawang-Seremban. Kekerapan ie setiap 15 minit / 30

    minit. Masa mula dan masa terakhir. (Boleh bina jadual perjalanan sebagai satu bahan grafik).Tambang perjalanan. Tempat letak kereta.

    4) Teksi: Lokasi stesen teksi / atau tempat teksi menunggu penumpang di kawasan kajian.Tambang teksi dari kawasan kajian ke tempat lain atau dari tempat lain ke kawasan kajian.

    8.3 Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 4

    kepentingan pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Maklumat bolehdiperolehi melalui pemerhatian, soal-selidik dan internet (Terdapat banyak maklumat di

    internet). Antara kepentingannya:

    Mengangkut barangan Sumberpendapatan Mengurangkan kesesakan Peluang pekerjaan Ketersampaian Kemajuan industri sokongan Mengangkut penumpang Meningkatkan mobiliti penduduk Pelancongan Menjimatkan masa Perdagangan Menjimatkan kos

    Saya memberikan poin-poin untuk beberapa kepentingan sahaja. Huraikan kepentingan jenispengangkutan awam di kawasan kajian anda berdasarkan pemerhatian, temu bual atau soal

    selidik. Anda kembangkan poin-poin tersebut. Anda juga boleh menambah poin-poin anda

    sendiri dengan bimbingan guru-guru anda. Mulakan huraian dengan.."Hasil daripadapemerhatian/temubual/soal selidik..."

    1) Mengurangkan kesesakan: a) kesesakan di jalan raya : penggunaan bas awam, KTM

    komuter, LRT dsbnya -penumpang tidak menggunakan kereta sendiri-mengurangkan bilangankenderaan di jalan raya

    b) kesesakan dalam bas-macam sardin-wujudkan kereta api elektrik

    seperti KTM komuter, LRT dan lain-lain untuk mengurangkan kesesakan tersebut.

    2) Mengangkut penumpang: Mengangkut pelajar (sekolah, kolej dan universiti) - pekerja

    (awam dan swasta), suri rumah dan penumpang lain. Bas awam- ke pelbagai destinasi. KTM

    komuter, LRT, ERL-dengan pantas-elak kesesakan di jalanraya-mengangkut lebihan penumpang

    http://twoohiok.wordpress.com/2010/11/20/kepentingan-pengangkutan-awam-kepada-negara-kita/http://twoohiok.wordpress.com/2010/11/20/kepentingan-pengangkutan-awam-kepada-negara-kita/
  • 7/28/2019 Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013

    3/7

    yang tidak dapat ditampung oleh bas dan teksi.

    3) Mengangkut barangan: Lori, kereta api, kapal-barangan pukal / berat / banyak

    4) Meningkatkan mobiliti penduduk: Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri /

    penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak darisuatu tmpat ke tempat yang lain dengan mudah. Memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiadakenderaan sendiri, pergi ke sekolah.

    5) Menjimatkan masa: Kereta api elektrik lebih laju/lebih cepat- boleh sampai tepat pada masa-KTM komuter, LRT, ERL, Monorail tidak berkongsi laluan dengan pengangkutan lain-tiada

    kesesakan lalu-lintas

    6) Menjimatkan kos: Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbandingmenaiki kereta sendiri - tidak perlu bayar tempat letak kereta - tidak perlu bayar tol -

    menjimatkan perbelanjaan rumah.

    7) Peluang pekerjaan: mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual

    tiket dsb-meningkatkan taraf hidup penduduk.

    8) Pelancongan: Sistem pengangkutan awam yang dirancang dengan baik memudahkanpelancong bergerak dari suatu tempat menarik ke tempat menarik yang lain. ie. Putrajaya. Beca-

    pengangkutan awal-P.Pinang dan Melaka-membawa pelancong di sekitar bandar. Perkhidmatan

    MAS @ Air Asia menggalakkan pelancongan ke tempat-tempat menarik di Malaysia, Langkawi,Tawau, Kuching dll.

    Setelah anda menghuraikan mana-mana kepentingan (jangan lupa nyatakan kaedah yang

    digunakan iaitu rujukan/soal selidik/pemerhatian/temubual), tulis nilai murni atau unsur

    patriotisme yang dipupuk untuk mendapat markah penuh.

    Nilai murni ialah semua nilai yang anda belajar dalam pendidikan moral. Nilai boleh ditulis di

    mana-mana isi dan tidak semestinya di bahagian akhir setiap aspek kajian. Nilai atau unsur tidakboleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah.

    Unsur patriotisme ialah seperti berbangga, bersyukur, mencintai negara..

    Contohnya, 'saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak

    faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.' atau 'Penduduk di kawasan

    kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api elektrik disediakan berhampiran dengan tempat

    tinggal mereka...' Siapa yang bersyukur? Anda pelajar, penduduk kawasan kajian danpengguna pengangkutan awam, pemandu kenderaan..

    8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 5 masalah

    diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.Bagaimana mengetahui masalah-masalah di kawasan kajian anda? Melalui kaedah pemerhatian,

    temubual atau soal selidik. Melalui pemerhatian: Bagi yang selalu menaiki pengangkutan awam

    di kawasan kajian, mungkin dapat memerhatikan masalah-masalah seperti pencemaran udara danbunyi, kesesakan lalu lintas, keselamatan anda terancam, lambat sampai dan lain-lain. Temubual

    http://www.putrajaya.gov.my/tourist/transportation/http://www.putrajaya.gov.my/tourist/transportation/
  • 7/28/2019 Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013

    4/7

    ibu bapa, jiran-jiran, guru-guru atau penumpang-penumpang yang menaiki pengangkutan awam

    di kawasan kajian (kalau anda berani dan tidak segan. Alaa, 3 orang sahaja). Ataupun, kalau

    malas bercakap, buat borang soal-selidik dengan bimbingan guru anda dan edarkan kepada 20orang responden. Apakah masalah paling kerap 'ditanda' dalam borang tersebut? Anda boleh bina

    jadual dan graf hasil maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik.

    Saya akan bagi poin-poin dan anda mesti belajar mengembangkan poin-poin tersebut sepertimembuat karangan B. Melayu atau B. Inggeris. Ini adalah kemahiran yang anda mesti asah

    semasa menulis laporan KKG. Saya tidak mahu berikan contoh karangan yang lengkap sebab

    saya tidak mahu anda tiru bulat-bulat. Ada pelajar dengan mudah 'copy-paste' semua seperti yangpernah dibuat sebilangan pelajar-pelajar saya.

    1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam semasa

    pelepasan asap ekzos. (Sumber:Wikipedia) Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baik-keluarkanasap kotor.

    2) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising drp[ enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan olehkereta api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila

    berlepas atau ingin mendarat), bot penambang-menjejaskan keselesaan penumpang atau

    penduduk yang tinggal berdekatan landasan kereta api. Bas/van sekolah/awam lama-keluarkan

    bunyi tidak menyenangkan

    3) Pencemaran air: Kapal, bot penambang-tumpahan minyak-buangan sampah-sarap ke

    kawasan perairan-kehidupan akuatik terancam

    4) Kesesakan lalu lintas: Tempat letak kereta tidak cukup di stesen KTM komuter, LRT-

    kereta diletakkan sesuka hati di bahu/tepi jalan-laluan jadi sempit. Kekurangan bas awam-bas

    tidak ikut jadual-galakkan peggunaan kereta persendirian-meningkatkan kesesakan lalu lintas

    5) Tambang mahal: tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila perlu sahaja,

    tambang bas sekolah mahal (nyatakan harga)-kalau ramai anak-membebankan ibu bapa.

    6) Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu, memandu

    secara merbahaya

    7) Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-'Bas henti-henti"-bas sesak macam sardin-

    penumpang menunggu lama. Bas atau kereta api lewat. Penukaran dari KTM-LRT-sukar-tiada

    sistem tiket bersepadu-barisan membeli tiket panjang-perjalanan terganggu/tidak cepat.Perjalanan bas sekolah lama-pemandu berhenti di tempat tinggal pelajar-pelajar terpaksa bangun

    awal (nyatakan masa)

    8) Keselamatan penumpang terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya.Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat- lokasi stesen LRT jauh dari kawasan perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan

    bas henti-henti.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Enjin_dieselhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Enjin_diesel
  • 7/28/2019 Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013

    5/7

    9) Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan meter-pemandu

    teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong.

    10) Darjah ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-tidakmeliputi semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja.

    Laluan bas henti-henti terhad-tidak meliputi kawasan yang luas-ramai penduduk tinggal jauhdaripada laluan bas

    11) Kos bahan api meningkat: tambang bas sekolah/awam/ekspress meningkat12) Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke

    destinasi, bunyi bising

    Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana. Antara contoh paling

    mudah. Nilai bertanggung jawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi

    untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di ......

    hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini.

    Huraikan poin-poin yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan kajiansahaja. Anda boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di internet dengan menaip '

    masalah pengangkutan awam, pengangkutan awam dan pencemaran atau pengangkutan dan

    kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam dan kemalangan, dan sebagainya'. Memang banyak

    bantuan seperti Dewan Masyarakat Ogos 2012..... Blog BMBM......Utusan.com.

    8.5 Cadangan Mengurangkan Masalah Perkembangan Pengangkutan di Kawasan

    Kajian. Huraikan 5 cadangan diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.

    Anda telahpun mengkaji masalah-masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasankajian anda. Sekarang anda perlu mencadangkan bagaimana mengurangkan masalah-masalah

    tersebut. Adakalanya 4 cadangan boleh diberikan bagi satu masalah sahaja, contohnya:untukpencemaran udara, bolehlah anda cadangkan kuatkuasakan undang-undang,

    kempen alam sekitar, pendidikan alam sekitar, penggunaan tanpa plumbum, penapis asap

    dan penggunaan bahan api alternatif. Nah, sudah cukup lebih 5 cadangan. Tambah nilai /unsur patriotisme, sudah boleh dapat markah penuh (kalau huraiannya bagus). Nilai atau unsur

    tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah.

    Walau bagaimanapun, anda mungkin berminat untuk memberi cadangan lain untuk

    mengurangkan masalah keselamatan penumpang terancam (pemandu memandu laju, tidak

    mengikut peraturan jalan raya), anda boleh cadangkan kuat kuasa undang-undang (sumber:Wikipedia.."satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu

    memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya

    lain dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-

    duanya" dan kursus pemanduan berhemah.Cadangan-cadangan yang disenaraikan ialah:

    http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=1525http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/masalah-pengangkutan-awam-di-negara.htmlhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121026/dn_03/Kerajaan-digesa-ambil-alih-pengurusan-pengangkutan-awamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Salah_laku_jalan_rayahttp://inspim.gov.my/v2.0/index.php?option=com_content&view=article&id=329:kursus-pemanduan-berhemah-2012&catid=43:beritahttp://inspim.gov.my/v2.0/index.php?option=com_content&view=article&id=329:kursus-pemanduan-berhemah-2012&catid=43:beritahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Salah_laku_jalan_rayahttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121026/dn_03/Kerajaan-digesa-ambil-alih-pengurusan-pengangkutan-awamhttp://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/masalah-pengangkutan-awam-di-negara.htmlhttp://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=1525
  • 7/28/2019 Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013

    6/7

    1) Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil terhadap pemilik bas sekolah/mendenda

    syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor. Denda/ penjara pemandu yang melakukan

    kesalahan berulang-ulang.2) Kempen alam sekitar ie Kempen berkongsi kereta, kempen menggunakan basikal, Kempen

    berjalan kaki (pelajar yang dekat dengan sekolah)

    3) Pendidikan alam sekitar

    4) Penggunaan petrol tanpa plumbum - menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel denganpetrol tanpa plumbum-mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara

    5) Penapis asap / Catalytic converter-kurangkan pengeluaran asap merbahaya-kenderaan sepertibas atau lori yg menggunakan minyak diesel digalakkan menggunakannya.

    6) Dasar pembangunan kerajaan - sistem tiket bersepadu-1 tiket 1 Perjalanan, Mempertingkatkan

    perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel, Menambah tempat letak kereta di stesen relutama, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam,

    menambahkan laluan bas dan sebagainya. Baca di sini "Mempertingkatkan pengangkutan awambandar" ..

    7) Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) Kerajaan memberi subsidi diesel

    kepada pemandu teksi dan bas agar tambang dapat dikurangkan.

    8) Penggunaan bahan api alternatif(guna bahan api mesra alam, contoh; diesel diganti denganNGV, elektrik, tenaga suria). Kurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam darikenderaan bermotor.

    9) Kursus pemanduan berhemah(klik link yang diberikan sebelum ini)* Nota: Cadangan mesti berkaitan dengan masalah yang terdapat di kawasan kajian.

    Nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggung jawab,

    bekerjasama mencintai, dan lain-lain boleh dipupuk. Saya bersyukur pelbagai langkah

    sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar ... Saya berharap semuapemandu bas awam akan berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk

    memastikan kemalangan tidak berlaku. Nilai-nilai yang dipupuk mestilah sesuai dengan mana-

    mana huraian dalam aspek 8.5 ini.

    Untuk menyediakan bahan grafik untuk dapatan kajian, sila baca di sini..

    Cara menulis Rumusan Dapatan Kajian, Sila klik di sini...

    Thank you for reading and visit me again.

    Anda mungkin juga meminati:

    Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013 (KKG PMR 2013): Tajuk, Senarai Kandungan,Penghrgaan, Pendahuluan, Objektif...

    Kerja Kursus Geografi 2011: Arahan kepada calon PMR KKG 2012: Cadangan mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/465-nkra-pengangkutan-awam/9359-sistem-pengangkutan-awam-menjana-pembangunan-negara.htmlhttps://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:3VJBWgx2rXIJ:sts.edu.my/data/index.php?option%3Dcom_phocadownload%26view%3Dcategory%26id%3D28:program-transformasi-kerajaan-pelan-hala-tuju%26download%3D138:mempertingkatkan-pengangkutan-awam-di-bandar%26Itemid%3D1+mengurangkan+masalah+pengangkutan+awam&hl=en&pid=bl&srcid=ADGEEShEmja9MHzW1fmFtmlJv89zE5wjqbt3ICBFSoLLFkS4BD-T9LOLKpsLsNC0ig-juKLwwLcWbPfItRax9pSFMjekR_dhVr93_ncewNZCZWHAnABKeAk60Ar2uPQqXQBTIxFNd7bQ&sig=AHIEtbTdma9e7lurUwgLvGHYL6S1P2h8WQhttps://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:3VJBWgx2rXIJ:sts.edu.my/data/index.php?option%3Dcom_phocadownload%26view%3Dcategory%26id%3D28:program-transformasi-kerajaan-pelan-hala-tuju%26download%3D138:mempertingkatkan-pengangkutan-awam-di-bandar%26Itemid%3D1+mengurangkan+masalah+pengangkutan+awam&hl=en&pid=bl&srcid=ADGEEShEmja9MHzW1fmFtmlJv89zE5wjqbt3ICBFSoLLFkS4BD-T9LOLKpsLsNC0ig-juKLwwLcWbPfItRax9pSFMjekR_dhVr93_ncewNZCZWHAnABKeAk60Ar2uPQqXQBTIxFNd7bQ&sig=AHIEtbTdma9e7lurUwgLvGHYL6S1P2h8WQhttp://isyayy.blogspot.com/2013/03/bahan-grafik-untuk-kajian-pengangkutan.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2013/03/rumusan-kajian-pengangkutan-awam-di.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2013/02/kerja-kursus-geografi-pmr-2013-kkg.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2013/02/kerja-kursus-geografi-pmr-2013-kkg.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2013/02/kerja-kursus-geografi-pmr-2013-kkg.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2013/02/kerja-kursus-geografi-pmr-2013-kkg.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2011/03/kerja-kursus-geografi-2011.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2012/04/kkg-2012-cadangan-mengurangkan-kesan.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2012/04/kkg-2012-cadangan-mengurangkan-kesan.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2011/03/kerja-kursus-geografi-2011.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2013/02/kerja-kursus-geografi-pmr-2013-kkg.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2013/02/kerja-kursus-geografi-pmr-2013-kkg.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2013/03/rumusan-kajian-pengangkutan-awam-di.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2013/03/bahan-grafik-untuk-kajian-pengangkutan.htmlhttps://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:3VJBWgx2rXIJ:sts.edu.my/data/index.php?option%3Dcom_phocadownload%26view%3Dcategory%26id%3D28:program-transformasi-kerajaan-pelan-hala-tuju%26download%3D138:mempertingkatkan-pengangkutan-awam-di-bandar%26Itemid%3D1+mengurangkan+masalah+pengangkutan+awam&hl=en&pid=bl&srcid=ADGEEShEmja9MHzW1fmFtmlJv89zE5wjqbt3ICBFSoLLFkS4BD-T9LOLKpsLsNC0ig-juKLwwLcWbPfItRax9pSFMjekR_dhVr93_ncewNZCZWHAnABKeAk60Ar2uPQqXQBTIxFNd7bQ&sig=AHIEtbTdma9e7lurUwgLvGHYL6S1P2h8WQhttps://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:3VJBWgx2rXIJ:sts.edu.my/data/index.php?option%3Dcom_phocadownload%26view%3Dcategory%26id%3D28:program-transformasi-kerajaan-pelan-hala-tuju%26download%3D138:mempertingkatkan-pengangkutan-awam-di-bandar%26Itemid%3D1+mengurangkan+masalah+pengangkutan+awam&hl=en&pid=bl&srcid=ADGEEShEmja9MHzW1fmFtmlJv89zE5wjqbt3ICBFSoLLFkS4BD-T9LOLKpsLsNC0ig-juKLwwLcWbPfItRax9pSFMjekR_dhVr93_ncewNZCZWHAnABKeAk60Ar2uPQqXQBTIxFNd7bQ&sig=AHIEtbTdma9e7lurUwgLvGHYL6S1P2h8WQhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/465-nkra-pengangkutan-awam/9359-sistem-pengangkutan-awam-menjana-pembangunan-negara.html
  • 7/28/2019 Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013

    7/7

    Bahan Grafik untuk kajian pengangkutan awam

    http://isyayy.blogspot.com/2013/03/bahan-grafik-untuk-kajian-pengangkutan.htmlhttp://isyayy.blogspot.com/2013/03/bahan-grafik-untuk-kajian-pengangkutan.html