kerja kursus bmm3112

20
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN AMINAH BINTI PUTIT PPG BM2611 BMM3112 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN 1.0 PENGENALAN Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa-apa jua bentuk komunikasi, baik lisan mahupun tulisan. Mesej dan bahasa yang jelas memudahkan pemahaman seseorang untuk bertindak balas terhadap sesuatu komunikasi lisan dan tulisan. Bahasalah yang berperanan dalam membentuk komunikasi lisan dan tulisan yang baik dan indah atau sebaliknya Sejarah perkembangan Bahasa Melayu amatlah membanggakan.Menurut Abdul Hamid Mahmood (2004), perubahan ejaan kerap berlaku sejak dari tahun1701, iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey, Ejaan Rumi J. Horison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swetthenham (1881),Ejaan Rumi Maxwell (1882), Ejaan Wilkinson (1904) dan Sistem Ejaan Rumi Za’aba (1927).Sistem Ejaan Rumi Za’aba telah digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah. Sistem ini menjadi begitu popular dalam kalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal sebagai ejaan sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu. 1.1 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Bahasa Melayu 1.1.1 Sebelum Zaman Penjajahan. Ejaan bahasa Melayu mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada tulisan Rumi atau Jawi. Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara, bahasa Melayu telah pun mempunyai tradisi tulisan iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong telah digunakan oleh masyarakat Melayu di Kepulauan Nusantara. Sistem tulisan ini agak maju IPGKTAR 1

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 18-Nov-2015

343 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

AMINAH BINTI PUTIT

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMANAMINAH BINTI PUTITPPG BM2611BMM3112 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

1.0 PENGENALANBahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa-apa jua bentuk komunikasi, baik lisan mahupun tulisan. Mesej dan bahasa yang jelas memudahkan pemahaman seseorang untuk bertindak balas terhadap sesuatu komunikasi lisan dan tulisan. Bahasalah yang berperanan dalam membentuk komunikasi lisan dan tulisan yang baik dan indah atau sebaliknyaSejarahperkembanganBahasaMelayuamatlahmembanggakan.Menurut Abdul Hamid Mahmood (2004), perubahan ejaan kerap berlaku sejak dari tahun1701, iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey, Ejaan RumiJ. Horison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swetthenham (1881),Ejaan Rumi Maxwell (1882), Ejaan Wilkinson (1904) dan Sistem Ejaan Rumi Zaaba (1927).Sistem Ejaan Rumi Zaaba telah digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah. Sistem ini menjadi begitu popular dalam kalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal sebagai ejaan sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu.1.1 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Bahasa Melayu1.1.1 Sebelum Zaman Penjajahan.

Ejaan bahasa Melayu mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada tulisan Rumi atau Jawi. Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara, bahasa Melayu telah pun mempunyai tradisi tulisan iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong telah digunakan oleh masyarakat Melayu di Kepulauan Nusantara. Sistem tulisan ini agak maju dan menggunakan lambang suku kata dan lambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Walau bagaimanapun, ejaan Jawi dan Rumi lebih dikaji secara terperinci kerana tulisan-tulisan inilah yang lebih banyak melibatkan masyarakat pada hari ini. Contohnya para pedagang dan pendakwah dari Semenanjung Arab telah memperkenalkan sistem ejaan Jawi di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu terus berkembang sebagai lingua franca yang masyhur dan dianggap sebagai bahasa Islam yang kedua. (Syed Naquib Al-Atas: 1972) Potensi yang ada pada bahasa Melayu kemudiannya telah dihidu oleh para sarjana Barat, lalu mereka berusaha menyusun perkataan-perkataan Melayu dalam bentuk lebih praktikal. Antara yang paling terkenal ialah Antonio Pigafetta, seorang pelayar Itali yang berjaya belayar bersama Ferdinand Magellan mengelilingi dunia. Mereka telah menyusun 426 daftar kata Itali-Melayu. Seterusnya para pengembara mahupun orientalis Eropah cuba mentransliterasikan ejaan Jawi ke ejaan Rumi menggunakan huruf-huruf Latin, tanpa mengetahui ejaan Jawi sebenar yang telah menimbulkan kerumitan dalam sejarah sistem ejaan bahasa Melayu. Hal sedemikian terus berlarutan kerana pengkajian bunyi sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem ejaan ataupun tulisan. Ini jelas dibuktikan apabila tulisan orang Inggeris pada abad ke-19 telah memasukkan bunyi Sanskerta, Arab dan Parsi sebagai lambang bunyi bahasa Melayu. 1.1.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka.Kedatangan kuasa Barat seperti Belanda, Portugis dan Inggeris telah menyogokkan sistem ejaan Rumi kepada masyarakatnya, walaupun pada masa itu penduduk sudah mempunyai sistem ejaan Jawi yang lengkap. Hal ini menyebabkan usaha untuk merakamkan bahasa Melayu dengan aksara Latin berterusan. Sistem ejaan bahasa Melayu terus berkembang sehingga melahirkan leksikografi yang berupa daftar kata, glosari dan kamus Melayu asing. Kemudahan cetak dan penerbitan membuatkan ejaan Rumi menjadi lebih praktis daripada mana-mana sistem ejaan lain. Ejaan Rumi pertama wujud di alam Melayu dengan menggunakan aksara Rumi ialah sistem ejaan yang diperkenalkan oleh Van Ophuysen, seorang pentadbir Belanda pada tahun 1901. Sistem ini mempunyai 32 aksara dan berdasarkan sistem ejaan yang digunakan dalam bahasa Belanda. 1.1.3 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Selepas Merdeka.Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan. Buktinya ialah dalam Akta BahasaKebangsaan1963/1967menetapkanbahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantardalam sistempendidikan negara. Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunai Kedua..Antaralangkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu .Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan BelajarMengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasaiaitu denganmenyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat kiriman,dan peristilahan.Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembagayang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanyausaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan, peristilahan, tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras danlain lainyang berkaitan dengan bahasa Melayu. 2.0 Sumbangan Tokoh Terhadap Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Bahasa Melayu1.2.1Ejaan Rumi Crawford John Crawford telah membuat percubaan untuk merumikan tulisan Jawi pada tahun 1848. Crawford (1852:32) mengatakan dalam bukunya A Grammar and Dictionaryof Malay Language with Preliminary Dissertation, Vol.1: Dissertation and Grammarbahawa, skrip Arab sebenarnya tidak dapat melambangkan huruf bahasa Melayu dengan sempurna. Beliau juga mengatakan bahawa, skrip Rumi dapat melambangkan dengan mudah bunyi-bunyi asli bahasa Melayu. Dalam proses merumikan ejaan bahasa Melayu,John Crawford telah mengambil abjad Jawa sebagai panduannya. Hal ini kerana beliauberpendapat bahawa bunyi yang dihasilkan menyamai bunyi bahasa Melayu huruf demi huruf.contohnya seperti berikut;HurufEjaanCrawfordEjaanMelayuModen

bbangkitbangkit

ch puchukpucuk

w luwarluar

n balana,buni balanya,bunyi

ai pake, pandePakai, pandai

Selain itu, Crawford telah merumikan abjad-abjad yangmelambangkan konsonan Arabyang dipinjam oleh bahasa Melayu.Contoh huruf jawi ditukar menjadi f dan huru ditukar huruf h dalam huruf Rumi Crawford.

1.2.2 Sistem Ejaan Wilkinson Ejaan Wilkinson (1901-1904) adalah ejaan yang digunakan dalam pendidikan sekolah Melayu di seluruh Malaya pada ketika itu. Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang digunakansecararasmidisemuasekolah-sekolahumumadalahsama danseragam dengan yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an. Pedoman ejaan Rumi Wilkinson adalah berdasarkan kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun oleh beliau pada tahun1903. Wilkinson mengambil pendekatan terjemahan daripada Jawikepada Rumisebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Wilkinson menyebut bahawa adadua sistem yang logik bagi perumian bahasa Melayu.Sistemyangpertamaialahperumiansecaraharapiah menurut ejaan manakala sistem yang kedua pula ialah perumian secara fonetikmenurut sebutan sesuatu kata. Yang dimaksudkan secara harapiah ialah pengambilan huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf-hurufRumi tertentu yang diterima.Selaindaripada itu, perkataan arabjugamengalamiperubahanapabila digunakan dalambahasa Melayu. Sebagai contoh perkataan arab yang belum diserap sepenuhnya, prosesuntuktransliterasidicadangkanuntuktidakmembezakan antara huruf yang hampir serupa seperti perkataan yang membawa hampirsama bunyinya. Seperti tho dan ta, sin dan sod dan kaf dan qof (HashimMusa,1997:429). MenurutHashimMusa(1997:429) perkataanbahasamelayusebenarnya menunjukan makna atau pembentukan katanya yang lebihjelasdanterangsepertiperkataan kemudian (bukannya kemedian),demikian (bukannya demekian) dan arakian (bukanyaarekian). Perkataan kata dasar yang mempunyai imbuhan adalahsama maksudnya dengan kata dasarnya walaupun ada perbezan bunyi. Misalnya menyabelah dariperkataansa-belah dan bukanya menyebelah seperti ejaan yang kita gunakan sekarang. Menurutnya lagi,terdapat carapemilihan antara vokal o dengan vokal udalamperkataan yang hampir sama dari segi sebutannya contohnya vokal o digunakan jikapada suku kata akhir yang berpola ong, oh dan ok misalnya kepong, buloh, dan merbok.Tetapijikaterdapatkeserasianvokalodalamsesuatuperkataan,makavokalo digunakan walaupun pada suku kata akhir berpola tersebut seperti pohon, bobos, kotordanbogot.Manakalapemilihan vocal u adalah untuk suku kata akhir berpola um, un, ut,ul, us dan urmisalnya bagiperkataan minum, tahun, turut, betul, hangus dan labur. Bagi perkataan yang berbunyi antara vocal e dan i pada suku kata yangberakhir dengan bunyi h dan k, digalakkan supaya penggunaan vocal e, misalnya kata aleh dan chantekSelain daripada itu, koma atas seperti () dan () masing-masing melambangkan hamzah dan ain Tanda ini digunakan sama ada pada awal kata, akhir suku kata atau pada akhir kata, contohnya, pada awal kata,alam, amal,dan alim. Manakala pada akhir suku kata, seperti rayat, taat, saat,dan pada akhir kata, seperti dato,dan enche Tidak lama selepas itu, Wilkinson menyusun kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1902 M. Wilkinson bertugassebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak,Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan.1.2.3 Sistem Ejaan Rumi Zaba SistemEjaanRumiZabamunculapabilaPenditaZabatelahmembuatperubahankepada sistem EjaanWilkinson.SisteminijugadikenalisebagaiEjaan sekolah. Sistem ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Sistem ejaan Rumi Zaba daripada satu segi memperlihatkankaedahpenggunaanlambanghurufyangberaneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalanpenulisan sehari-hari dalamsemua urusan yangmenggunakan tulisanRumi. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an. Sistem Ejaan Zaba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi Bahasa Melayu yang disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1933 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan telah tersiar dalam Sistem Ejaan Melayu Jawi Rumi 1949. Sistem ejaan ini telah dihasilkan di SITC ( Maktab Perguruan Sultan Idris ) dan juga merupakan sistem ejaan rumi yang terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu. Sistem ejaan in juga telah disusun dan diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal I ( 1926 ), Pelita Bahasa Melayu Penggal I ( 1941 ) dan Daftar Ejaan Melayu ( Jawi Rumi ) ( 1949 ) dengan judul Petua petua Ejaan Rumi yang kesemuanya dikarang sendiri oleh Zaba. Lantaran itu, sistem ejaan ini telah dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia, sekolah sekolah dan institusi pengajian tinggi sehingga tahun 50 an sebelum digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972. Selain itu, Sistem Ejaan Zaba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ianya hanya melambangkan bunyi bunyi bahasa Melayu melalui huruf huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu. Maka, grafem dan tanda tanda baru telah digunakan untuk mencukupkannya. Misalnya, dalam rumi , , , , , , , , , dan tanda tanda seperti < >, < > adalah untuk melambangkan bunyi bunyi yang dilambangkan oleh huruf huruf Jawi seperti < a in> dan < hamzah >. Dalam penggunaan partikel dalam sistem ejaan ini mestilah dipisahkan. Sebagai contoh, , dan . Zaba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau pendek bunyi bagi mana mana grafem vokal dalam sistem ejaannya. Setiap perkataan yang dieja adalah dengan berdasarkan bunyi. Dalam sistem ejaan ini juga mempunyai tiga bunyi diftong yang telah diistilahkan sebagai huruf bunyi berkait iaitu bunyi bunyi , , dan , 1.3 Perubahan dan jenis perubahan sistem Ejaan Bahasa Melayu.Terdapat beberapa perbezaan di dalam ejaan Rumi bahasa Melayu baru (selepas 1972 ) dan ejaan Rumi bahasa Melayu lama. Di antaranya ialah:i) GrafemPenggunaan hurufe pepetatau dikenal juga sebagai hurufe bertanda di atasdalam ejaan lama (ejaan Rumi Zaba). Tanda diakritik di atase pepet ()tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang. Contoh penggunaannya ialah:Ejaan Lama Ejaan Sekarang

makjadi emak

kledekjadi keledek

mntrijadi menteri

tmpohjadi tempuh

ii) Penggunaan Huruf KonsonanTerdapat juga perbezaan dari segi penggunaan huruf konsonan. Perubahan lima huruf konsonan, iaitu:Huruf LamaHuruf SekarangContoh Penggunaan

(i) chcchacat - cacat

chuchi - cuci

(ii) dhdkadhi - kadi

dharab - darab

(iii) dzzdzalim - zalim

dzat - zat

(iv) shsysharat - syarat

mashhor - masyhur

(v) thsmithal - misal

ithnin - isnin

Tanda koma di atas () dan (`) yang terdapat dalam sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972) tidak digunakan lagi dalam sistem Rumi sekarang. Tanda-tanda koma tersebut digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonan Rumi seperti yang berikut: Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi ain () dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya:alamjadialam

maafjadimaaf

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi ain () digantikan dengan huruf konsonankjika menutup suku kata. Contohnya:manajadimakna

tamajaditamak

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawihamzah() dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya:masaalahjadimasalah

soaljadisoal

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawihamzah() digantikan dengan huruf konsonankjika membuka suku kata. Contohnya:datojadidatuk

ruyahjadirukyah

Selain itu, tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap semenjak tahun 1972 ialahq,vdanx. Hurufqdigunakan sebagai padanan kepada huruf Jawiqaf() untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab.Contohnya:qariah dan qunut. Hurufvdigunakan untuk mengeja kata serapan daripada bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa Eropah yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata, sebagaimana yang terdapat dalam ejaan bahasa sumber. Contohnya: versi , subversif ,universitiiii) Pola EjaanPerbezaan lain yang terdapat dalam ejaan rumi lama dan ejaan rumi baru ialah dari aspek pola ejaan. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokaliatauudi suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokala, e pepet, iatauudi suku kata praakhir.Ejaan Rumi LamaEjaan Rumi Baru

Pola EjaanContohPola EjaanContoh

a --- e talingaleha --- ialih

a --- obatoka --- ubatuk

e pepet ---e talinglbehe --- ilebih

e pepet --- otmpohe --- utempuh

i --- e talingpilehi --- ipilih

i --- otidori --- utidur

u --- e talinguseku --- iusik

u --- ountongu --- uuntung

Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf konsonan akhirh, k, ngataur.iv) Penulisan ImbuhanAturan penulisan imbuhan yang berubah daripada kaedah ejaan rumi lama (sebelum tahun 1972) kepada ejaan rumi sekarang adalah seperti berikut: tanda sempang pada awalan di dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. Contohnya:Ejaan LamaEjaan Sekarang

di-makandimakan

di-pandangdipandang

di-prkatakandiperkatakan

di-slidekidiselidiki

tanda sempang (-) pada awalansa-dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu digugurkan dan awalan itu diejasedan ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. Contohnya:Ejaan LamaEjaan Sekarang

sa-bagaimanasebagaimana

sa-blassebelas

sa-orangseorang

sa-saorangseseorang

sa-umpama-nyaseumpamanya

v)Penulisan partikelAda empat jenis partikel dalam bahsa Melayu sekarang, iaitu lah, -kah, -tah dan pun. Partikel lah, -kah, dan tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan Rumi lama ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya, tanpa tanda sempang, dalam ejaan Rumi sekarang. Contohnya:Ejaan LamaEjaan Sekarang

ada-lahadalah

tolong-lahtolonglah

apa-kahapakah

kenapa-kahkenapakah

bila-tahbilatah

vi) Penulisan Kata UlangKata ulang (atau kata ganda) dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu sekarang yang ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Angka dua (2) yang digunakan sebagai tanda ulangan dalam ejaan Rumi lama dihapuskan dalam ejaan Rumi sekarang. Kata ulang yang ditulis dengan menggunakan tanda sempang termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak dan kata ulang berimbuhan. Contoh kata ulang yang sebelum ini menggunakan angka dua dan telah digantikan dengan tanda sempang:ber-ulang2berulang-ulang

di-paksa2kandipaksa-paksakan

di-marah2idimarah-marahi

1.4 KESIMPULANKesimpulannya,Perubahandanpenyusunan semulainitelah dapat membantu pengguna Bahasa Melayu mengeja atau menulis kata-kata dengan ejaan yang betul dan tepat. Apa yang jelas ialah pelaksaanaan sistem ejaan baru itu telah banyak membantu mempertingkatkan lagi martabat bahasa Melayu itu sendiri. Satu perkara yang menarik dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu ini ialah perubahan dari Sistem Ejaan Rumi Zaaba, atau ejaan lama kepada bentuk ejaan baru (1972).Walaupun begitu perubahan sistem ejaan ini tidaklah banyak atau jauh berbeza, kecuali beberapa perubahan dan penyelarasan yang telah dibuat. Berdasarkan penjelasan di atas juga, maka jelaslah kepada kita bahawa perubahan yang nyata dalam Sistem Ejaan RumiBaharuiniadalahperubahan8pola keselarasan vokal daripada 18 pola kesemuanya. Demikian juga dengan sistem ejaan yang digunakan dalam konsonan dan beberapa kekecualian dalam ejaan bahasa Melayu.Ringkasnya, Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia adalah antara yang termudah di dunia kerana hampir seratus peratus bersifat fonemik

Tugasan 2: Penghasilan Produk2.1 Rakaman Cerita Rakyat : 2.2 Terjemahan Teks Cerita Rakyat2.3 Bahan Bantu Mengajar2.4 Manual Pengguna

3.0 REFLEKSIAlhamdulillah,syukurkehadratIllahiakhirnyatugasankerjakursusSejarah Perkembanagn Bahasa Melayu, Perkamusan, dan Terjemahan(BMM 3112) ini dapat disiapkan dengan jayanya dalam masa yang telah ditetapkan. Kerja kursusini diterima daripada pensyarah pembimbing, Puan Radna Wismawati Muhibah bt Yahya Sawek dan dihantar pada 5 April 2014.Kursus ini menyediakan guru bahasa melayu dengan pengetahuan tentang sejarah sistem ejaan bahasa Melayu bahasa. Ianya merangkumi aspek menghuraikan sejarah perkembangan sistem ejaan rumi bahasa Melayu, dan membina bahan bantu mengajar tatabahasa dalam bentuk yang kreatif daripada aspek morfologi bagi kumpulan murid tahun 3,4,dan 5. Bahan Bantu mengajar yang dusediakan diambil darpada mana-mana bahagian transkripsi cerita rakyat yang telah dipilih.Tugasan kerja kursus ini telah dilakukan secara berpasangan .Saya Norhayati binti Ahmad Osman bersama Aminah binti Putit telah berusaha untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Setelah meneliti dan memahami kehendak soalan kami membuat jadual spekulasi tugas untuk memudahkan kami mengumpul maklumat bagi tugasan kami.Tugasan pertama yang kami lakukan ialah mencari informa untuk cerita rakyat dalam dialek Melayu Sarawak. Setelah kami berjaya menemukan informa tersebut kami membuat temujanji untuk tujuan merakam cerita rakyat tersebut.Cerita rakyat yang kami dapati daripada informa bertaju Misteri Di Sebalik Kura-kura Emas.Setelah itu tugasan mentranskripsi dan menulis cerita tersebut ke dalam bahasa Melayu Standard.Tugasan ini kami rasakan sangat menarik kerana secara tidak langsung kami dapat mendalami dialek Melayu Sarawak di samping memperoleh koleksi cerita rakyat yang belum pernah kami dengar sebelum ini.Tugasan projek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu tugasan pertama ialah penulisan akademik tentang Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Bahasa Melayu dan tugasan yang kedua ialah membina bahan bantu mengajar tatabahasa dalam bentuk yang kreatif daripada aspek morfologi bagi kumpulan tahun3,4 dan 5.Bagi tugasan yang pertama , kami mencari maklumat daripada buku-buku rujukan yang dibeli dan yang dipinjam daripada perpustaan.Selain itu kami juga melayari internet bagi menambah bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan kami. Setelah mengumpulkan bahan , kami merangka tugasan seterusnya menyusun maklumat berpandukan spesifikasi tugasan.Dalam penulisan esei akademik ini kami dikehendaki menghuraikan sejarah perkembangan sistem ejaan Bahasa Melayu,memberi contoh-contoh sistem ejaan yang terdapat dalam Bahasa Melayu mengikut zaman.Melalui tugasan ini banyak ilmu yang kami peroleh. Secara tidak langsung dapat meluaskan pengetahuan kami kepada sejarah perkembangan sistem ejaan Bahasa Melayu.Selain itu kami juga dapat mengetahui tokoh-tokoh dan sumbangam mereka kepada perkembangan Bahasa Melayu di negara kita.Penghasilan tugasan ini membolehkan kami mengetahui lebih mendalam tentang contoh-contoh leksikal yang mengalami perubahan dan jenis perubahan dalam sistem ejaan tersebut.Bagi tugasan yang kedua, iaitu penghasilan projek kami telah membina bahan bantu mengajar berbantukan komputer atau dikenali sebagai pembelajaran interaktif. Kami menyediakan bahan bantu mengajar untuk Tahun 4 iaitu pengajaran penjodoh bilangan. Bahan bantu ini ini dibina berdasarkan bahagian transkripsi cerita Misteri Di Sebalik Kura-kura Emas.Melalui tugasan ini kami dapat mendalami kemahiran memuat turun bahan daripada internet. Kami berpuas hati kerana bahan yang kami hasilkan menarik kerana banyak dimuatkan gambar-gambar yang berwarna warni. Kami berpendapat bahan bantu mengajar ini akan dapat menarik minat murid-murid .Konklusifnya, kami amat gembira dan berpuas hati dengan tugasan BMM3112 yang Berjaya kami siapkan mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh pensyarah.Di sini setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Radna Wismawati Muhibah bt Yahya Sawek kerana banyak member tunjuk ajar sehingga tugasan ini berjaya diselesaikan.Segala pengetahuan yang diperoleh sepanjang menyiapkan tugasan ini akan kami manfaatkan semaksimum mungkin . Sekian terima kasih.

IPGKTAR 12