keratan akhbar kemalangan

5
Seorang maut, empat cedera dalam kebakaran PENYELIA kilang, Roslan Othman, 40, maut dalam kebakaran kilang memproses bahan kimia di Kawasan Perindustrian Prai, manakala empat lagi cedera dan sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya. FOTO Danial Saad (25/3/13) BUTTERWORTH: Seorang penyelia maut manakala empat lagi pekerja cedera dalam kebakaran di kilang memproses bahan kimia di Kawasan Perindustrian Perai, di sini hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa Roslan Othman, 40, maut di tempat kejadian akibat 50 peratus badannya terbakar dan lemas dalam kepulan asap. Menurutnya, mereka yang melecur ialah dua lagi penyelia, Baharin Arsad, 49, dan Jamaluludin Ismail, 39, selain pekerja bahagian pengeluaran K Ramis, 41, dan seorang pekerja kontrak warga Bangladesh dikenali sebagai Mostak. Kesemua mereka dimasukkan ke wad Hospital Seberang Jaya.

Upload: asmatsalsabila

Post on 29-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

keratan akhbar

TRANSCRIPT

Page 1: keratan akhbar kemalangan

Seorang maut, empat cedera dalam kebakaran

PENYELIA kilang, Roslan Othman, 40, maut dalam kebakaran kilang memproses bahan kimia di Kawasan Perindustrian Prai, manakala empat lagi cedera dan sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya. FOTO Danial Saad (25/3/13)

BUTTERWORTH: Seorang penyelia maut manakala empat lagi pekerja cedera dalam kebakaran di kilang memproses bahan kimia di Kawasan Perindustrian Perai, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa Roslan Othman, 40, maut di tempat kejadian akibat 50 peratus badannya terbakar dan lemas dalam kepulan asap.

Menurutnya, mereka yang melecur ialah dua lagi penyelia, Baharin Arsad, 49, dan Jamaluludin Ismail, 39, selain pekerja bahagian pengeluaran K Ramis, 41, dan seorang pekerja kontrak warga Bangladesh dikenali sebagai Mostak. Kesemua mereka dimasukkan ke wad Hospital Seberang Jaya.

Ketika kejadian, mereka dikatakan sedang bekerja di bahagian pengeluaran di tingkat tiga bangunan kilang empat tingkat itu dan kebakaran dipercayai bermula dari bahagian stor menyimpan bahan kimia bercampur logam di tingkat berkenaan.Mohamadul Ehsan berkata, bomba menerima panggilan pada kira-kira 11.40 pagi dan jentera pertama tiba di tempat kejadian lima minit kemudian. ----- myMetro 25 Mac 2013

Page 2: keratan akhbar kemalangan

Tindak balas kimia punca kilang hangus

Butterworth: Tindak balas kimia dipercayai menjadi punca kebakaran sebuah kilang memproses bahan kimia di Kawasan Perindustrian Perai, hingga mengorbankan seorang juruteknik dan mencederakan empat yang lain, pagi kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menolak unsur jenayah mahu pun khianat hingga menyebabkan kejadian.

Sebaliknya, katanya, siasatan awal mendapati kebakaran disebabkan kemalangan kerana bahan kimia sememangnya bahan mudah terbakar.

Teruskan siasatan 

“Kita sudah memulakan siasatan di lokasi kejadian sejak semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) kita masih meneruskannya dan dijangka siap Khamis ini (esok).

“Berdasarkan siasatan awal, kebakaran mungkin berpunca daripada tindak balas kimia. Bagaimanapun kita akan siasat secara menyeluruh sama ada pekerja juga ada mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengambil keterangan beberapa saksi kejadian bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang turut menghantar pegawai bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian.

Pengarahnya, Mohd Anuar Embi, berkata kilang itu juga diarahkan untuk menghentikan operasi buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Siasatan kini masih di peringkat awal dan kita ada menghantar pegawai untuk menyiasat serta mengenal pasti beberapa saksi utama kejadian untuk diambil keterangan,” katanya.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi kelmarin, Roslan Othman, 40, yang bertugas sebagai juruteknik di kilang itu maut dipercayai akibat sesak nafas selepas stor menyimpan bahan kimia bercampur logam meletup lalu membakar bahagian pengeluaran kilang yang terletak di tingkat tiga.

Berita Harian 27 Mac 2013

Page 3: keratan akhbar kemalangan

Seorang lagi pekerja meninggal

Butterworth: Seorang daripada empat pekerja yang kritikal selepas cedera parah dalam kebakaran sebuah kilang memproses bahan kimia, Isnin lalu meninggal dunia malam Selasa lalu.

Jamalludin Ismail, 39, juruteknik yang melecur 95 peratus bahagian badan menghembuskan nafas terakhir jam 9 malam, 26 Mac lalu selepas hampir 24 jam tidak sedarkan diri di Hospital Seberang Jaya.

Meninggal selepas bacaan yasin 

Jiran mangsa, Anuar Murad, 46, yang memaklumkan perkara itu berkata, pada hari itu kawasan kejiranannya mengadakan majlis bacaan yasin untuk Jamalludin dan menerima panggilan daripada isteri mangsa mengatakan dia sudah meninggal dunia sebaik majlis tamat.

“Jenazah arwah tiba di rumahnya di Taman Relau Indah, Sungai Bakap, Nibong Tebal jam 1.30 pagi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hijau Relau. Urusan pengebumian selesai jam 3 pagi,” katanya.

Jamalludin meninggalkan isteri dan empat anak berusia 10 hingga 15 tahun.

Isnin lalu, kilang memproses bahan kimia di Kawasan Perindustrian Prai, terbakar mengakibatkan seorang pekerja maut.

Berita Harian 27 Mac 2013

Page 4: keratan akhbar kemalangan

http://duniaitu.blogspot.my/2013/03/seorang-maut-empat-cedera-dalam.html