keratan akhbar 21 hingga 22 april 2016 bil akhbar hari/tarikh

11
KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat 1. Kosmo Teroka alam semula jadi Tasik Kenyir 21 April 2016 / Khamis 29TO31 2. Sinar Harian (Pahang) Kesusahan mangsa rebut dapat perhatian PKVTTB 21 April 2016 / Khamis 40 3. Utusan Sarawak - Demotrasi 21 April 2016 / Khamis 9 4. Sinar Online Mangsa kemalangan, pesakit strok terima bantuan 21 April 2016 / Khamis Online 5. Kosmo Bertuahnya hidup bergelar komando 22 April 2016 / Jumaat 11 6. Utusan Malaysia Bapa tunggal derita kaki bengkak 22 April 2016 / Jumaat 27 7. Borneo Post Online Dikenakan bayaran RM400 tuntut semula motosikal gagal dijual 22 April 2016 / Jumaat Online 8. Utusan Online Bapa tunggal derita kaki bengkak 22 April 2016 / Jumaat Online

Upload: dangxuyen

Post on 12-Jan-2017

240 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016

Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat

1.

Kosmo – Teroka alam semula jadi

Tasik Kenyir 21 April 2016 /

Khamis 29TO31

2.

Sinar Harian (Pahang) – Kesusahan

mangsa rebut dapat perhatian

PKVTTB

21 April 2016 / Khamis

40

3. Utusan Sarawak - Demotrasi 21 April 2016 /

Khamis 9

4.

Sinar Online – Mangsa kemalangan,

pesakit strok terima bantuan 21 April 2016 /

Khamis Online

5.

Kosmo – Bertuahnya hidup bergelar

komando 22 April 2016 /

Jumaat 11

6.

Utusan Malaysia – Bapa tunggal

derita kaki bengkak 22 April 2016 /

Jumaat 27

7.

Borneo Post Online – Dikenakan

bayaran RM400 tuntut semula

motosikal gagal dijual

22 April 2016 / Jumaat

Online

8.

Utusan Online – Bapa tunggal derita

kaki bengkak 22 April 2016 /

Jumaat Online

Page 2: KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh
Page 3: KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh
Page 4: KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh
Page 5: KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh
Page 6: KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Mangsa kemalangan, pesakit strok terima bantuan

A Latiff (kanan) menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Nordin di perumahan anggota polis di Balai Polis Wakaf Tapai.

MARANG - Ibu seorang anggota polis wanita dari Balai Polis Wakaf Tapai yang mengalami masalah untuk bergerak selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 3 April lalu, mendapat perhatian Umno Bahagian Marang.

Anggota polis wanita terbabit, Konstabel Nornina Sahira Nordin, 22, berkata, ibunya, Rosidah Jimin, 46, dan bapanya, Nordin Mohamed, 51, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta ketika menunggang motosikal.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, ibunya patah tulang bahu dan tidak dapat berjalan normal serta perlu banyak berehat di rumah, manakala bapanya kini dalam proses untuk pulih dari kecederaan ringan yang dialami.

“Saya berterima kasih dengan bantuan kerusi roda yang diberikan kepada ibu saya. Bantuan ini dapat memudahkan dia bergerak sekali gus meringankan beban ditanggungnya ketika ini,” katanya semalam.

Sebelum itu, bapa Nornina menjadi wakil menerima sumbangan kerusi roda daripada Ketua Umno Bahagian Marang, A Latiff Awang dalam majlis penyerahan sumbangan itu di perumahan anggota polis di Balai Polis Wakaf Tapai di sini.

Hadir sama, Pemangku Timbalan Ketua Balai Polis Wakaf Tapai, Koperal Ruslan Deramani.

Page 7: KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Sementara itu, dalam satu majlis berasingan, balu ahli bersekutu Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Marang, Salim Awang iaitu Norizan Md Nor yang diserang strok turut menerima sumbangan kerusi roda.

Ketua PVATM Cawangan Marang, Ramli Yusof berkata, sumbangan kerusi roda diterima daripada A Latiff diserahkan kepada Norizan di rumah penerima terbabit di Taman Desa Permai di Seberang Marang, di sini.

“Usaha mendapatkan bantuan ini adalah satu daripada tanggungjawab PVATM Cawangan Marang untuk membantu ahli dan keluarga ahli PVATM Cawangan Marang agar kebajikan mereka sentiasa terjaga,” katanya.

Hadir sama, wakil JKKK Seberang Marang, Razak Abu Bakar dan Ahli Jawatankuasa PVATM Cawangan Marang, Rusdisham Hussain.

Page 8: KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh
Page 9: KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh
Page 10: KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Dikena bayaran RM400 tuntut semula motosikal gagal dijual

SIBU: Hajat seorang pesara tentera untuk mengambil semula motosikal miliknya yang disimpan untuk dijual di sebuah premis kedai di Jalan Pipit mengundang masalah apabila tauke kedai meminta bayaran.

Menurut pengadu, 62, dia telah mengarahkan anaknya untuk menjual motosikal tersebut di kedai berkenaan enam bulan lepas.

Namun, tauke kedai tersebut gagal mencari pembeli sehingga ke hari ini memaksa pengadu mengambil keputusan untuk mengambil kembali motosikal tersebut pagi semalam.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila tauke kedai itu enggan menyerahkan motosikal tersebut dan meminta bayaran RM400 sebelum motosikal itu diserahkan.

Tidak puas hati dengan tindakan pemilik kedai berkenaan, pengadu tampil ke balai untuk membuat laporan polis berhubung masalah itu. Pengadu mendakwa tiada perjanjian bertulis menyatakan bahawa dia dikenakan bayaran RM400 sekiranya dia membatalkan hasrat untuk menjual motosikal tersebut sebelum ini.

Pengadu berkata, motosikal tersebut masih sah miliknya dan dia tampil ke balai meminta pihak polis membantunya menuntut motosikal dan kad pendaftaran motosikal tanpa sebarang syarat daripada tauke berkenaan.

Page 11: KERATAN AKHBAR 21 hingga 22 April 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Bapa tunggalderita kaki bengkak

KASIH SEORANG ANAK...AZMI MAHMUD sentiasa dibantu Norashikin, yang merupakan orang kurang upaya menguruskan diri dan makan minumnya setiap hari.

KUALA LUMPUR 21 April - BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Per-umpamaan itu sesuai sekali menggambarkan kehidupan yang dilalui seorang bapa tunggal, Azmi Mahmud, 51. Katanya, sejak ditimpa kemalangan lapan tahun lalu, dia terpaksa menempuh kesukaran hidup luar jangkaan. Dugaan bertimpa apabila kira-kira dua tahun lalu kedua-dua belah kakinya pula tiba-tiba membengkak dan menjadi hitam. “Saya merayu sumbangan daripada orang ramai bagi membantu membiayai kos perubatan merawat kedua-dua pergelangan kaki bagi membolehkan saya berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel di sini. Azmi yang merupakan bekas anggota tentera itu mempunyai empat orang anak berusia 22 hingga 24 tahun. Tiga daripada mereka tinggal bersamanya termasuk Norashikin, 25, merupakan orang kurang upaya (OKU). Jelasnya, buat masa ini, dia terpaksa berulang alik bagi mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setiap bulan. “Kaki saya semakin membengkak dan berasa berdenyut-denyut serta kebas. “Pemeriksaan ultrasound juga telah dijalankan namun doktor tiada dapat mengesan sebarang masalah,” katanya. Menurutnya, bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200, manakala Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM300 diterima setiap bulan tetapi masih tidak cukup menampung perbelanjaan harian mereka sekeluarga. “Dulu saya pernah menerima bantuan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, tetapi dihentikan sejak tahun lalu atas alasan saya sudah menerima bantuan daripada JKM dan Baitulmal,” katanya yang turut menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi. Orang ramai yang ingin meng-hulurkan bantuan kepada Azmi boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank bernombor 1644-9021-7365 atau menghubunginya di talian 014-2214370.