keratan akhbar 11 mei hingga 20 mei 2016 bil akhbar hari

16
KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat 1. Utusan Malaysia - Saranan Rabu / 11 Mei 2016 24 2. Utusan Borneo Sarawak Daripada juruteknik kepada tukang jahit kreatif Khamis / 12 Mei 2016 14 3. Utusan Malaysia Mohon tambah baik pencen Veteran tentera Khamis / 12 Mei 2016 12 4. M Star Ali tinju mahu rosakkan reputasi saya - Jamal Jumaat / 13 Mei 2016 Online 5. M Star “Jamal ugut saya” Ali tinju Jumaat / 13 Mei 2016 Online 6. The Borneo Post National hero Awang returns home to huge welcome Rabu / 18 Mei 2016 Online 7. Berita Wilayah Pesara tentera lakukan kayuhan solo mengelilingi Sabah Khamis/ 19 Mei 2016 Online 8. Bernama Retired kelantanese soldier to cycle solo within Sabah Khamis/ 19 Mei 2016 Online 9. The Malaysian Times Parlimen 209,706 Veteran ATM jalani latihan di PERHEBAT - Hishammudin Khamis/ 19 Mei 2016 Online 10. Berita Harian 7 Veteran ATM mulakan kyuhan jelajah Sabah Khamis / 19 Mei 2016 11. Borneo Post Online “209,706 ATM Veteran trained in PERHEBAT up till last years” Jumaat / 20 Mei 2016 Online 12. Sinar Harian Guna PR1m bayar yuran pengajian anak Jumaat / 20 Mei 2016 Online

Upload: vuongdiep

Post on 07-Feb-2017

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

KERATAN AKHBAR

11 MEI HINGGA 20 MEI 2016

Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat

1. Utusan Malaysia - Saranan

Rabu / 11 Mei 2016 24

2. Utusan Borneo Sarawak – Daripada

juruteknik kepada tukang jahit kreatif Khamis / 12 Mei

2016 14

3. Utusan Malaysia – Mohon tambah

baik pencen Veteran tentera Khamis / 12 Mei

2016 12

4. M Star – Ali tinju mahu rosakkan

reputasi saya - Jamal Jumaat / 13 Mei

2016 Online

5. M Star – “Jamal ugut saya” Ali tinju Jumaat / 13 Mei

2016 Online

6. The Borneo Post – National hero

Awang returns home to huge welcome Rabu / 18 Mei 2016 Online

7.

Berita Wilayah – Pesara tentera

lakukan kayuhan solo mengelilingi

Sabah Khamis/ 19 Mei 2016 Online

8. Bernama – Retired kelantanese

soldier to cycle solo within Sabah Khamis/ 19 Mei 2016 Online

9.

The Malaysian Times – Parlimen –

209,706 Veteran ATM jalani latihan di

PERHEBAT - Hishammudin Khamis/ 19 Mei 2016 Online

10. Berita Harian – 7 Veteran ATM

mulakan kyuhan jelajah Sabah Khamis / 19 Mei

2016

11.

Borneo Post Online – “209,706 ATM

Veteran trained in PERHEBAT up till

last years”

Jumaat / 20 Mei 2016

Online

12. Sinar Harian – Guna PR1m bayar

yuran pengajian anak Jumaat / 20 Mei

2016 Online

Page 2: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari
Page 3: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari
Page 4: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari
Page 5: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

Ali Tinju Mahu Rosakkan Reputasi Saya - Jamal

Datuk Jamal Md Yunos

PETALING JAYA: Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos telah membuat laporan polis terhadap bekas tentera, Mohd Ali Baharom, atau Ali Tinju, lebih awal, sebelum laporan terhadapnya dibuat pada Khamis. Dalam laporan yang difailkan di Balai Polis Sekinchan pada 2.15 pagi Khamis, Jamal, pemimpin perhimpunan Baju Merah berkata beliau terjumpa posting di Facebook Mohd Ali yang dikatakan merosakkan nama baiknya. "Saya mahu menafikan kenyataan (Mohd Ali) yang mempunyai niat tidak baik dan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya dan mencederakan saya dan keluarga saya. "Ini adalah berkaitan dengan kenyataan yang telah dibuat olehnya sebelum ini. Saya harap pihak polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu," kata Jamal dalam laporannya. Jamal memetik posting di laman Facebook yang didakwa dibuat oleh Mohd Ali, yang berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap Jamal pada hari yang sama, jam 2 petang. Dalam laporannya, Jamal memasukkan satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Mohd Ali iaitu: "Negara ini ada undang-undang tak boleh lawan sesuka hati. Saya Mohd Ali Haji Baharom (Ali Tinju) esok jam 2 petang ke balai polis buat report kes Datuk Jamal Ketua Umno Bahagian Sungai Besar ugut saya pukul kasi mati, maki-maki bahasa kesat, tembak." Mohd Ali, dalam laporannya, mendakwa Jamal telah mengancam untuk memukul dan menembaknya. Beliau memberitahu pemberita di luar Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi pada Khamis bahawa Jamal telah menghubunginya pada kira-kira pukul 6.30 petang Rabu selepas beliau membuat kenyataan bahawa Jamal tidak layak dan Barisan Nasional (BN) akan kalah teruk jika bertanding di PRK Sungai Besar.

Katanya, Jamal bersikap kurang ajar dengannya melalui telefon dan mula

mengancam untuk memukul dan menembaknya.

Page 6: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

"Jamal Ugut Saya" - Ali Tinju

Ali Tinju (kiri) dan Datuk Jamal Md Yunos.

KUALA LUMPUR: Timbul kontroversi apabila bekas tentera, Mohd Ali Baharom, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, mendakwa bahawa pemimpin himpunan 'Baju Merah' telah mengancam untuk mencederakannya. Beliau membuat laporan polis terhadap Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, yang didakwa mengancam untuk menyerang dan menembaknya. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dakwaan itu akan disiasat. "Jika ada perlanggaran syarat dalam lesen senjata api, kami akan menarik balik lesen itu," kata Khalid kepada pemberita selepas menghadiri kejohanan ragbi Piala Rujirawongse 2016 di Pusat Latihan Polis di sini. Ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Ali Tinju mendakwa Jamal telah

menelefonnya kira-kira pukul 6.30 petang Rabu selepas beliau membuat kenyataan

bahawa Jamal tidak layak untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai

Besar.

"Dia kurang ajar dan mula mengugut saya bahawa dia akan menyerang dan

menembak saya. Sebab itu saya membuat laporan polis terhadapnya," katanya.

Ali Tinju juga mendakwa Jamal suka menunjuk-nunjuk senjata apinya kepada orang

ramai, yang secara tidak langsung boleh membahayakan nyawa orang sekeliling.

Page 7: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

Mengimbas kembali kejadian, Ali Tinju mendakwa semasa perhimpunan Baju Merah

September tahun lepas, Jamal telah menyerahkan dua senjata api kepada orang-

orangnya dan mendakwa mereka telah 'bermain-main' dengan senjata tersebut.

"Dia menunjukkan senjata kepada orang ramai, malah dia juga membiarkan sahaja

senjatanya itu di tangan orang lain yang tidak mempunyai lesen," katanya.

Ali Tinju dan Jamal menjadi perhatian dan dikaitkan dalam beberapa perhimpunan

sentimen perkauman tahun lalu, dikritik oleh kumpulan bersederhana rakyat

Malaysia yang berkata perhimpunan seperti itu menjejaskan keharmonian pelbagai

kaum di negara ini.

Kedua-duanya memilih warna merah sebagai warna pakaian untuk dipakai di

perhimpunan itu. Ali Tinju berkata beliau dengan Gerakan Merah (Red Movement)

manakala Jamal di belakang kumpulan himpunan Baju Merah.

Walau bagaimanapun, Ali Tinju memilih untuk menjauhkan dirinya daripada Jamal

selepas beliau berkata rusuhan mungkin akna berlaku semasa demonstrasi di

Petaling Street tahun lepas jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi

dan Kepenggunaan gagal untuk bertindak ke atas aduan terhadap peniaga Cina di

sana yang didakwa menjalankan perniagaan secara haram.

Ali Tinju didakwa menghasut pada Julai 2015 sehingga menimbulkan ketegangan

kaum dalam ucapannya sebelum rusuhan di hadapan Plaza Low Yat pada 12 Julai,

kira-kira jam 8.30 malam.

Pertuduhan itu telah ditarik balik pada bulan Oktober tahun itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dalam jawapan bertulis kepada

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di Parlimen kemudiannya berkata bahawa

Peguam Negara telah menarik balik pertuduhan itu selepas mengkaji semua bukti

dan keterangan.

Jamal telah ditangkap pada September 2015 kerana membuat ugutan yang boleh

mendorong rusuhan kaum di Petaling Street.

Dia tidak ditahan reman dan dibebaskan dari Balai Polis Dang Wangi pada hari

berikutnya.

Percubaan untuk menghubungi Jamal untuk mendapatkan komennya tidak berjaya.

Dia tidak menjawab telefon bimbitnya atau membalas mesej WhatsApp.

Page 8: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

National hero Awang returns home to huge welcome

Awang on a wheel chair poses with PVTKR members at Kuching International Airport.

KUCHING: Exco members of Persatuan Veteran TenteraKorRenjer (PVTKR) led by their

president Lt Col (R) MohdMelintang Abdullah welcome home a national hero, Sgt (R) AwangRaweng, after attending the annual Queen invitation in London for a week.

Awang is Malaysia’s sole George Cross (GC) recipient. He was awarded the medal of valour by

the British government after his heroic acts in saving the life of a soldier while he was serving in

the military during the Malayan Emergency between 1948 and 1960.

According to a statement from PVTKR, Awang’s gallantry story happened when he was attached

to 10th Platoon, D Company, 1st Battalion Worcestershire Regiment in Johor when their jungle

patrol was attacked by 50 bandits. Two members of the platoon, the leading scout and section commander were killed while Awang was wounded in the thigh.

Despite his injury, he pulled Private G Hughes for cover. Awang returned fire, repulsing every

attempt by the bandits to advance, despite suffering a severe wound to his right arm (second injury).

As the bandits surrounded the injured pair, Awang clasped a grenade in his left hand and dared

the bandits to attack him. He held off the bandits for 45 minutes forcing them to withdraw and saved Hughes’ life.

“For his coolness, fortitude and offensive spirit as well as his courage to continue the fight he was awarded George Cross (GC), the highest gallantry award for military honour.”

Page 9: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

Pesara Tentera Lakukan Kayuhan Solo Mengelilingi Sabah

KOTA KINABALU, 19 Mei (Bernama) -- Seorang pesara tentera berasal dari Kelantan, Zulkiflie Ibrahim hari ini memulakan jelajah berbasikal secara solo mengelilingi Sabah selama kira-kira 16 hari. Kayuhan solo siri kedua Zulkiflie, 46, yang pernah bertugas sebagai anggota tentera di Sabah selama 15 tahun sebelum bersara, merupakan kesinambungan daripada kayuhan siri pertama dari Kampung Semantan, Lundu, Sarawak ke Tanjung Simpang Mengayau, Kudat yang disempurnakannya baru-baru ini. "Siri kayuhan kedua di Sabah ini membabitkan jarak 1,500km dan saya jangkakan dapat menamatkannya di sini (Kota Kinabalu) pada 3 Jun ini," katanya kepada pemberita sebelum memulakan kayuhan itu di sini. Program berkenaan adalah anjuran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sabah. Menurut Zulkiflie, melalui kayuhan solo itu, beliau boleh mempamerkan semangat juang selaku bekas anggota tentera di Sabah yang pernah berjuang untuk negara. Selain itu katanya, program berkenaan juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat dan ahli PVATM di seluruh daerah di Sabah, sekali gus dapat mempromosikan industri pelancongan negeri ini. Sementara itu, Yang Dipertua PVATM Sabah, Zaman Bayang berkata tujuan utama jelajah siri kedua tersebut yang bertemakan 'selamatkan jalan' adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarkat tentang cara pengunaan jalan raya yang selamat secara bersama. "Melalui program seperti ini, kami dapat membuka mata masyarakat bahawa PVATM ini wujud dan berharap agar kita boleh diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk menganjur kayuhan berbasikal secara besar-besaran," katanya. Zaman berkata menerusi jelajah itu, pihaknya berharap dapat menambah bilangan keahlian PVATM kepada 15,000 orang berbanding 5,000 orang di seluruh Sabah ketika ini. Upacara pelepasan kayuhan itu disempurnakan Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah Chispinus Gordon Yapp @ Raja Godi.

Page 10: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

Retired Kelantanese Soldier To Cycle Solo Within Sabah

KOTA KINABALU, May 19 (Bernama) -- Retired soldier Zulkiflie Ibrahim today began a 16-day solo cycling expedition within Sabah. This is the Kelantan-born's second stint after recently completing a ride from Kampung Semantan, Lundu in Sarawak to Tanjung Smpang Mengayau, Kudat. "This second expedition which I will be involved in Sabah, can be considered a '360 degrees' tour, covering 1,500km around Sabah, and we expect to finish the ride back here (Kota Kinabalu) on June 3," said the 46-year-old who had served in Sabah for 15 years before retiring. The programme was organised by the Sabah Malaysian Armed Forces Veterans Association (PVATM). Zulkiflie said through the solo ride, he could demonstrate the fighting spirit of a former member of the Malaysian Armed Forces (ATM) who had served in Sabah, as well as foster a closer relationship between the communities and PVATM members in the state. Meanwhile, Sabah PVATM president Zaman Bayang said the aim of the second expedition was to spread awareness on the safe use of highways, as well as gain the trust of the state government to organise bicycle expeditions on a bigger scale.

Page 11: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

Parlimen: 209,706 veteran ATM jalani latihan di perhebat – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Sejumlah 209,706 veteran Angkatan Tentera Malaysia

(ATM) telah mengikuti latihan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera

Malaysia (Perhebat) sejak ia ditubuhkan pada tahun 1994 hingga tahun lalu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata latihan sebagai

persediaan persaraan bekas anggota tentera itu merangkumi 60 kursus dalam

bidang yang bersesuaian dengan pasaran pekerjaan semasa.

“Ia meliputi veteran ATM yang menjalani program pralatihan peralihan, pasca latihan

peralihan dan program pembangunan sosioekonomi veteran tidak berpencen.

“Kursus ditawarkan termasuk bidang kejuruteraan automatik, elektrik dan elektronik,

media dan ICT, pengurusan pelancongan dan perhotelan, serta pembangunan

keusahawanan,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.

Beliau menjawab soalan Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) yang ingin tahu

jumlah pesara tentera yang menjalani kursus prapersaraan di Perhebat dan bidang

kursus yang disediakan.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata sebanyak RM33.5 juta dana disediakan

sejak 2013 melalui skim pinjaman mikro usahawan veteran ATM.

“Sejak diwujudkan pada 2013, sebanyak 1,353 veteran ATM telah mendapat

manfaat daripada skim ini, dan daripada pemantauan kami, didapati 1,065 orang

atau 78.7 peratus usahawan yang dibiayai melalui skim ini telah berjaya dalam

bidang perniagan masing-masing,” katanya.

Page 12: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

Beliau berkata baki 21.3 peratus usahawan yang dianggap kurang berjaya

dimasukkan dalam program mentor mentee dengan kerjasama Tekun Nasional yang

memberi fokus dalam aspek pengoperasian perniagaan.

Selain itu, katanya, sebuah kompleks baharu Perhebat akan dibina di Serendah,

Rawang yang dijangka dapat menampung 3,000 bakal pesara ATM menjalani

latihan, berbanding 1,500 ketika ini.

Katanya kompleks baharu ini juga akan menyediakan suasana lebih kondusif dan

akan memberi impak lebih baik terhadap kualiti latihan program yang disediakan.

Page 13: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

7 veteran ATM mulakan kayuhan jelajah Sabah

KOTA KINABALU: Tujuh pesara tentera memulakan kayuhan menjelajah Sabah

sejauh 1,500 kilometer bermula hari ini bagi mengumpulkan bekas tentera menyertai

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sabah. Kayuhan diketuai

Kapten (B) Zulkiflie Ibrahim, 46, itu adalah kesinambungan daripada siri pertama

bermula di Kampung Semantan, Lundu di Sarawak dan berakhir di Simpang

Mengayau, Kudat, pada bulan lalu. Antara lokasi persinggahan mereka ialah Kota

Marudu, Paitan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Kalabakan,

Keningau, Sindumin, Beaufort dan Papar sebelum berakhir di hadapan bangunan

Lembaga Pelancongan Sabah, di sini, pada 3 Jun ini. Zulkiflie berkata, kayuhan itu

antara lain bagi mencari lebih ramai pesara tentera terbabit dalam PVATM supaya

semangat juang dan hubungan baik sepanjang bertugas sebagai anggota tentera

dapat diteruskan. "Sebagai persediaan program kayuhan ini, saya dan rakan lain

berbasikal beberapa jam setiap hari, selain melakukan aktiviti jogging bagi

menguatkan stamina. "Kami berharap mampu menghabiskan kayuhan ini bagi

memberitahu masyarakat mengenai wujudnya persatuan ini yang ahlinya adalah

pesara tentera yang pernah berjuang mempertahankan negara," katanya sebelum

pelepasan program kayuhan berkenaan di Jalan Gaya, di sini, pagi tadi. Acara

pelepasan itu disempurnakan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah,

Gordon Yap. Sementara itu, Yang Dipertua PVATM Sabah, Zaman Bayang, berkata

aktiviti berbasikal mampu merapatkan hubungan antara ahli persatuan dan berharap

program kayuhan ini akan diadakan secara lebih besar lagi membabitkan

penyertaan ahlinya pada masa depan.

Zulkiflie (enam dari kiri) bergambar bersama Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan

Sabah, Gordon Yap (tengah) sebelum pelepasan program kayuhan basikal Veteran

ATM di Kota Kinabalu. -

Page 14: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

‘209,706 ATM veterans trained in Perhebat up till last year’

A TOTAL of 209,706 Malaysian Armed Forces (ATM) veterans have been trained at the Armed Forces Ex-Servicemen Affairs Corporation (Perhebet) since it was set up in 1994 and up till last year.

Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the training, as preparation for retirement of former military personnel, comprised 60 courses in fields appropriate with current job markets.

“It included ATM veterans undergoing pre transition training, post transition training and socio economic development programmes for non pensionable veterans.

“Courses offered include automated engineering, electrical and electronics, media and ICT, tourism and hospitality management as well as entrepreneurship development,” he told the Dewan Rakyat here yesterday.

He was replying to Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) who wanted to know the number of military retirees undergoing pre-retirement courses in Perhebat and the courses available.

Hishammuddin said RM33.5 million in funding was provided since 2013 through the ATM veteran entrepreneur micro credit scheme and 1,353 ATM veterans had benefited from it since then.

He said a new Perhebat complex would be built in Serendah, Rawang which is expected to accomodate 3,000 future ATM retirees to undergo training compared to 1,500 at present. The new complex would also provide a more conducive atmosphere and give a better impact on the quality of training programs available, he said. — Bernama

Page 15: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

Guna PR1M bayar yuran pengajian anak

Mohammad Yusoff menunjukkan wang dimenangi bersama gambar anaknya yang kini menjalani latihan PLKN.

GURUN - Seorang bekas tentera gembira, kesetiaannya membaca akhbar Sinar

Harian sejak ia diterbitkan di negeri ini terbalas apabila dia memenangi wang tunai

RM1,000 dalam Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M).

Mohammad Yusoff Abd Hamid, 58, berpangkat koperal, berkhidmat selama 22 tahun

di 72 Batalion Kor Ordnans Diraja, Kem Kamunting, Taiping, Perak.

Dia yang bersara pada 2002 dan kini bekerja sebagai pemandu lori di sebuah kedai

perabot meluahkan rasa syukur kerana usahanya menghantar ratusan jawapan

PR1M sejak April tahun lalu akhirnya membuahkan hasil.

Bapa kepada enam anak itu berkata, setiap hari dia tidak melepaskan peluang

mengisi borang penyertaan dan kemudian dipos seminggu sekali.

“Pada awalnya saya hantar borang peraduan yang dikumpulkan seminggu sekali

guna pos biasa dengan modal setem 50 sen.

“Sejak tahun ini, saya hantar borang peraduan guna khidmat Pos Laju membabitkan

kos hanya RM3.20 seminggu sekali,” katanya.

Katanya, dia akan menggunakan wang kemenangan itu bagi membiayai kos

pengajian anak perempuannya yang baru tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Page 16: KERATAN AKHBAR 11 MEI HINGGA 20 MEI 2016 Bil Akhbar Hari

“Anak kelima saya, Mas Noor Aiya, 17, kini menjalani Program Latihan Khidmat

Negara (PLKN) di Kem Rimba Taqwa, Sik.

“Selepas program itu, anak perempuan saya berhasrat melanjutkan pengajian di

Kuala Lumpur. Oleh itu, saya bercadang menggunakan wang PR1M untuk bayar

yuran pengajiannya,” katanya.

Tambahan, anaknya itu juga banyak membantunya menjawab soalan PR1M.

“Walaupun kebanyakan jawapan ada dalam Sinar Harian, ada kalanya saya tidak

dapat menjawab sesetengah soalan.

“Masa itu saya minta bantuan anak-anak. Anak yang rajin bantu ialah anak kelima

dan bongsu lepas mereka balik sekolah,” katanya.

Kata Mohammad Yusoff, dia suka membaca Sinar Harian kerana beritanya yang

tidak berat sebelah.