kerajaan seri paduka baginda pekeliling · pdf filebermaksud ketua setiausaha kementerian...

33
1 KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013 TATACARA PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tatacara pengesahan dalam perkhidmatan (PDP) dan pemberian taraf berpencen (PTB) Anggota Perkhidmatan Pendidikan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP). LATAR BELAKANG 2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012] telah dikuat kuasakan pemakaiannya mulai 1 Januari 2012. Peraturan ini menggantikan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A)176/2005].

Upload: trankhanh

Post on 06-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

1

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA

MALAYSIA

PEKELILING

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

BILANGAN 4 TAHUN 2013

TATACARA

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

DAN

PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

TUJUAN

1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tatacara pengesahan

dalam perkhidmatan (PDP) dan pemberian taraf berpencen (PTB)

Anggota Perkhidmatan Pendidikan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya

Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP).

LATAR BELAKANG

2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan

Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012] telah

dikuat kuasakan pemakaiannya mulai 1 Januari 2012. Peraturan ini

menggantikan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,

Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005

[P.U.(A)176/2005].

Page 2: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

2

3. Peraturan 29, P.U.(A)1/2012 memperuntukkan seseorang pegawai

yang dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi semua syarat

yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain

yang ditetapkan adalah layak disahkan dalam perkhidmatan oleh

Suruhanjaya yang berkenaan. Peraturan 38, peraturan-peraturan yang

sama memperuntukkan seseorang pegawai yang tidak memilih Skim

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) layak diberi taraf

berpencen mengikut Undang-Undang Pencen.

4. Perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012

telah memperuntukkan tempoh percubaan yang akan diguna pakai ialah

1 hingga 3 tahun.

TAKRIFAN KETUA JABATAN

5. Bagi maksud pemakaian Pekeliling ini, “Ketua Jabatan”

bermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia atau mana-mana pegawai yang

diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak

bagi pihaknya dan bertanggungjawab mengawal Buku Rekod

Perkhidmatan seperti yang berikut:

i. Anggota yang berkhidmat di Bahagian-Bahagian, Kementerian

Pendidikan Malaysia, Ketua Jabatan ialah Pengarah atau

Setiausaha Bahagian yang berkenaan;

ii. Anggota berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

dan Kampus-Kampusnya, Ketua Jabatan ialah Rektor IPGM atau

Pengarah bagi IPG Kampus yang berkenaan;

iii. Anggota berkhidmat di Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi,

Ketua Jabatan ialah Pengarah di institusi yang berkenaan;

Page 3: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

3

iv. Anggota berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri, Ketua Jabatan

ialah Pengarah Pendidikan Negeri atau Pegawai yang diwakilkan

kuasa oleh Pengarah Pendidikan Negeri;

v. Anggota yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah, Ketua

Jabatan ialah Pegawai Pendidikan Daerah(PPD);

vi. Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah menengah dan

Pengarah Kolej Vokasional, Ketua Jabatan ialah pengetua sekolah

menengah dan Kolej Vokasional yang berkenaan; dan

vii. Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

sekolah menengah bukan Pusat Tanggungjawab (PTJ), Ketua

Jabatan ialah Pegawai Pendidikan Daerah(PPD).

6. Bagi maksud pekeliling ini, walaupun Guru Besar sekolah rendah/

pengetua sekolah menengah bukan PTJ tidak ditakrifkan sebagai Ketua

Jabatan, namun begitu Guru Besar/Pengetua adalah bertanggungjawab

untuk menyediakan perakuan urusan perkhidmatan bagi anggota-

anggota yang berada di bawah seliaannya.

SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

7. Seseorang anggota tetap yang sedang berkhidmat dalam tempoh

percubaan layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi

syarat-syarat seperti yang berikut:

Bil Skim Perkhidmatan Syarat PDP

i. Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan (PPP) dan

Pegawai Pendidikan

Pengajian Tinggi (PPPT)

a. Menjalani percubaan bagi

tempoh 1 hingga 3 tahun;

b. Hadir dengan jayanya Kursus

Induksi /Program Transformasi

Minda (PTM); dan

c. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Page 4: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

4

ii. Anggota Kumpulan

Pelaksana (AKP)

a. Menjalani percubaan bagi

tempoh 1 hingga 3 tahun;

b. Hadir dengan jayanya Kursus

Induksi / PTM;

c. Lulus Peperiksaan

Perkhidmatan seperti yang

disyaratkan mengikut Skim

Perkhidmatan; dan

d. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Jawatan-jawatan dalam kategori AKP di bawah Perkhidmatan

Pendidikan ialah seperti di LAMPIRAN A.

PENGECUALIAN MENGHADIRI PTM / KURSUS INDUKSI

8. Anggota tetap yang sedang berkhidmat dan masih dalam tempoh

percubaan tetapi telah lulus PTM, Kursus Induksi atau lulus Peperiksaan

Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu adalah dikecualikan dari

menghadiri PTM. Pengecualian daripada menghadiri PTM boleh

diberikan oleh Pengurus Sumber Manusia, Kementerian/Jabatan/Agensi

dan hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP)

anggota.

PEMILIHAN OPSYEN SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

9. Seksyen 6A(1), Akta Pencen 1980 (Akta 227) memberi peluang

kepada anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 memilih

Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pencen

sebelum disahkan dalam perkhidmatan.

Page 5: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

5

10. Ketua Jabatan seperti mana yang ditakrifkan mengikut perenggan

5(i) hingga (vii) hendaklah memberi penjelasan kepada anggota

mengenai faedah yang boleh diperolehi apabila memilih Skim KWSP

atau pencen. Walau bagaimanapun, Guru Besar/Pengetua sekolah

menengah bukan PTJ boleh memberi penjelasan sekiranya diwakilkan

oleh PPD. Perkara-perkara yang perlu ditegaskan oleh Ketua Jabatan

adalah seperti yang berikut:

i. implikasi pilihan dengan membuat perbandingan faedah di antara

Skim KWSP dan Pencen;

ii. menyatakan dengan jelas pilihan yang telah dibuat oleh anggota

dan mengemukakan Jadual Kelima Peraturan 37, P.U.(A)1/2012

yang telah dilengkapkan oleh anggota ke SPP bersama-sama

dengan perakuan pengesahan dalam perkhidmatan; dan

iii. memberi peringatan kepada anggota bahawa :

a. Anggota yang gagal mengembalikan Jadual Kelima

Peraturan 37, P.U.(A)1/2012 atau mengembalikan Jadual

Kelima Peraturan 37, P.U.(A)1/2012 tanpa menyatakan

sebarang pilihan atau membuat pilihan dengan bersyarat

akan dianggap telah menolak opsyen Skim KWSP; dan

b. Opsyen yang telah ditandatangani oleh anggota dan telah

diterima oleh SPP adalah MUKTAMAD dan TIDAK BOLEH

DIPINDA.

TATACARA PERAKUAN PDP OLEH KETUA JABATAN DAN PENETAPAN TARIKH PDP

11. Bagi anggota dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi

semua syarat PDP dan telah berkhidmat tidak kurang dari tempoh

percubaan minimum (satu tahun), Ketua Jabatan hendaklah mengambil

salah satu tindakan seperti yang berikut:

Page 6: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

6

Tindakan Senarai Borang Yang Perlu

Dikemukakan

Tempoh

perakuan

i. Memperakukan

PDP

a. Borang SPP/K/002

seperti di Lampiran I;

b. Borang Jadual Ketiga :

i. Pengesahan Dalam

Perkhidmatan

seperti di Lampiran

II bagi anggota yang

sedang berkhidmat di

semua jenis Sekolah

Rendah dan Sekolah

Menengah bukan

PTJ; dan

ii. Pengesahan Dalam

Perkhidmatan

seperti di Lampiran

III bagi anggota yang

sedang berkhidmat di

agensi-agensi

kecuali yang

berkhidmat di

Sekolah Rendah dan

Sekolah Menengah

bukan PTJ.

c. Borang Jadual Kelima:

i. Borang Opsyen

Kumpulan Wang

1 bulan dari

tarikh layak

Page 7: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

7

Simpanan Pekerja

Mengikut

Subseksyen 6A(1),

Akta Pencen 1980

bagi anggota yang

sedang berkhidmat

di agensi-agensi

kecuali yang

berkhidmat di

Sekolah Rendah/

Sekolah Menengah

bukan PTJ seperti

di Lampiran IV;

atau

ii. Borang Opsyen

Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja

Mengikut

Subseksyen 6A(1),

Akta Pencen 1980

bagi anggota yang

sedang berkhidmat

di semua jenis

Sekolah Rendah

dan Sekolah

Menengah bukan

PTJ seperti di

Lampiran V.

Page 8: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

8

d. Kenyataan Perkhidmatan

anggota yang telah

dikemaskinikan

ii. Tidak

memperakukan

PDP

a. Borang Jadual Ketiga –

Pengesahan Dalam

Perkhidmatan seperti di

Lampiran II dan III

dengan menyatakan

dengan jelas sebab-

sebab anggota tidak

diperakukan.

1 bulan dari

tarikh layak

12. Perakuan PDP bagi anggota seperti di perenggan 11(i) hendaklah

dikemukakan dalam tempoh satu bulan dari tarikh anggota layak

diperakukan untuk pengesahan, dengan syarat perakuan itu hendaklah

dikemukakan tidak kurang dari tempoh percubaan minimum iaitu satu

tahun.

13. Perakuan Ketua Jabatan hendaklah menepati prestasi dan

kebolehan sebenar anggota merangkumi sahsiah, tingkah laku dan

disiplin kehadiran sepanjang anggota berkhidmat dalam tempoh

percubaan. Sekiranya perakuan Ketua Jabatan didapati bercanggah

dengan kelakuan sebenar anggota, SPP tidak terikat untuk

mengesahkan perkhidmatan anggota iaitu seperti yang dinyatakan

dalam Peraturan 29(7), P.U.(A)1/2012.

14. Penetapan tarikh PDP yang diluluskan oleh SPP adalah seperti

yang berikut:

Page 9: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

9

Butiran Tarikh penetapan

i. Hari pertama selepas tarikh

anggota memenuhi semua syarat

yang ditetapkan seperti berikut :

a. Penetapan tarikh PDP bagi

anggota yang memenuhi syarat

dalam tempoh 1 tahun;

b. Penetapan tarikh PDP bagi

anggota yang memenuhi syarat

PDP selepas tempoh 1 hingga 3

tahun; atau

c. Penetapan tarikh PDP

berdasarkan tarikh yang

diperakukan oleh Ketua Jabatan

bukan pada tarikh anggota

layak.

Sehari selepas anggota

memenuhi tempoh

minimum percubaan.

Sehari selepas anggota

memenuhi syarat terakhir

yang disyaratkan dalam

skim perkhidmatan .

Ketua Jabatan dikehendaki

memberi sebab mengapa

tarikh perakuan PDP

anggota bukan pada tarikh

anggota layak sama ada

disebabkan oleh tingkah

laku dan prestasi.

ii. Penetapan Tarikh Lain Oleh SPP

Kaedah ini terpakai bagi

anggota yang sama ada

dikenakan tindakan

tatatertib ataupun

mengambil cuti tanpa gaji

atau tidak hadir bertugas

tanpa cuti atau tanpa

kebenaran atau sebab-

sebab yang munasabah

(yang tidak dikenakan

tindakan tatatertib)

semasa dalam tempoh

percubaan

Contoh-contoh penetapan tarikh PDP adalah seperti di LAMPIRAN B.

Page 10: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

10

PENETAPAN TARIKH PDP BAGI PEGAWAI YANG DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB DALAM TEMPOH PERCUBAAN

15. SPP telah menetapkan bahawa bagi anggota yang dikenakan

hukuman tatatertib dalam tempoh percubaan, tarikh PDP akan

ditetapkan selepas tempoh antara 12 hingga 36 bulan dari tarikh

dijatuhkan hukuman tertakluk kepada jenis hukuman yang dikenakan

seperti yang berikut:

Jenis hukuman Penetapan Tarikh PDP

berdasarkan Tempoh Selepas

Keputusan Hukuman Tatatertib

Oleh Lembaga Tatatertib

Amaran

12 bulan Denda

Lucut Hak Emolumen

Tangguh Pergerakan Gaji 24 bulan

Turun Gaji 36 bulan

Contoh penetapan tarikh PDP bagi anggita yang dikenakan hukuman

tatatertib dalam tempoh percubaan asal adalah seperti di LAMPIRAN C.

16. Penetapan tarikh PDP ini adalah juga terpakai bagi anggota yang

dilantik oleh pegawai-pegawai tertentu di Kementerian Pendidikan

Malaysia/Jabatan Pelajaran Wilayah yang diwakilkan kuasa di bawah

Pekeliling SPP Bilangan 1 Tahun 2009 mengenai Perwakilan Kuasa

Urusan Pengambilan Ke Jawatan Yang Mensyaratkan Kelayakan Masuk

Lebih Rendah Daripada Penilaian Menengah Rendah Atau Yang Setaraf

Dengannya Dan Urusan Perkhidmatan Yang Berkaitan.

Walaubagaimanapun perakuan bagi anggota yang mempunyai kes

Page 11: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

11

tatatertib semasa dalam tempoh percubaan hendaklah dikemukakan ke

SPP. Perakuan hendaklah dihantar beserta dokumen seperti berikut:

i. Salinan Surat Pertuduhan Tatatertib;

ii. Salinan Surat Representasi Anggota;

iii. Salinan Keputusan Lembaga Tatatertib;

iv. Salinan Surat Rayuan Anggota (jika ada);

v. Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib (jika ada);

vi. Surat Perakuan Khas Ketua Jabatan; dan

vii. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun terkini.

TANGGUNGJAWAB ANGGOTA

17. Bagi anggota lantikan tetap yang telah berkhidmat melebihi

tempoh setahun dalam tempoh percubaan dan memenuhi semua syarat

yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan untuk PDP tetapi Ketua

Jabatan gagal mengemukakan perakuan mengikut tatacara di

perenggan 11(ii), maka anggota boleh memohon kepada SPP untuk

disahkan. Satu salinan permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada

Ketua Jabatan.

18. Berdasarkan kepada permohonan anggota, SPP boleh

memulakan siasatan. Sekiranya hasil siasatan mendapati anggota

masih kekal dalam tempoh percubaan berpunca daripada kegagalan

Ketua Jabatan untuk mengemukakan perakuan mengikut tempoh yang

ditetapkan oleh Peraturan 29(3), P.U.(A)1/2012, maka Ketua Jabatan

boleh disifatkan melakukan suatu pelanggaran tatatertib di bawah

Peraturan 4(2)(g), (i) dan (j), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U(A) 395/1993] seperti berikut :

“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh-

Page 12: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

12

(g) tidak bertanggungjawab;

(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara

yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar

perintah; dan

(j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.”

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

19. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk:

i. memperakukan PDP anggota dengan mengisi Borang

Perakuan Dalam Perkhidmatan Jadual Ketiga P.U.(A)1/2012

iaitu :

a. Ketua Jabatan perlu memastikan anggota yang

diperakukan untuk PDP telah menjalankan tugasnya

dengan jujur, tekun dan berkebolehan dan berpuas hati

dengan sifat peribadi dan kelakuannya; dan

b. Borang Perakuan Dalam Perkhidmatan Jadual Ketiga

P.U.(A)1/2012 dan Borang SPP/K/002 yang telah

ditandatangani oleh Ketua Jabatan hendaklah

dikemukakan ke SPP dalam tempoh satu bulan dari

tarikh anggota itu didapati layak untuk diberi

pengesahan mengikut peruntukan di Peraturan 29(2)

P.U.(A)1/2012.

c. Bagi anggota yang dikenakan tindakan tatatertib

kecuali hukuman buang kerja atau turun pangkat,

perakuan PDP hendaklah dibuat setelah selesai

proses tindakan tatatertib tersebut. Sekiranya proses

ini melebihi tempoh percubaan asal iaitu 3 tahun,

Page 13: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

13

perakuan pelanjutan tempoh percubaan anggota

hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada SPP.

d. Bagi anggota yang diluluskan cuti tanpa gaji, perakuan

PDP hendaklah dibuat setelah genap tempoh satu

tahun perkhidmatan yang boleh diambil kira (dengan

menolak bilangan hari cuti tanpa gaji yang telah

diluluskan).

20. Ketua Jabatan bertanggungjawab mengemukakan perakuan bagi

tujuan pemberian taraf berpencen bagi anggota yang telah memenuhi

syarat-syarat berikut :

i. telah disahkan dalam perkhidmatan;

ii. genap tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukkira untuk

selama 3 tahun; dan

iii. tidak memilih skim KWSP.

dengan mengemukakan borang seperti berikut:

Tindakan Senarai Borang Yang Perlu

Dikemukakan

i. Perakuan PTB a. Borang SPP/K/003 seperi di

Lampiran VI;

b. Borang Jadual Keenam

Peraturan 38, P.U.(A)1/2012:

i. Perakauan PTB bagi

anggota yang sedang

berkhidmat di agensi-

agensi kecuali yang

berkhidmat di Sekolah

Rendah dan Sekolah

Page 14: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

14

Menengah bukan PTJ

seperti di Lampiran VII;

atau

ii. Perakuan PTB bagi

anggota yang sedang

berkhidmat di semua

jenis Sekolah Rendah

dan Sekolah Menengah

bukan PTJ seperi di

Lampiran VIII.

21. Bagi anggota yang telah diberi taraf berpencen dalam pelantikan

yang terdahulu dalam skim perkhidmatan yang lain dan dengan syarat

pelantikan tersebut adalah mengikut Peraturan 10, P.U.(A)1/2012,

pelantikan tersebut tidak menjejaskan taraf berpencen mengikut

undang-undang pencen yang berkuat kuasa melainkan anggota tersebut

memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja semasa pelantikan

yang terkini.

PROSEDUR PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

22. Perakuan bagi PTB hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu

bulan dari tarikh anggota layak diperakukan untuk pemberian taraf

berpencen. Perakuan hendaklah lengkap dengan disertakan borang-

borang berikut :

i. Perakuan Pemberian Taraf Berpencen – Jadual

Keenam Peraturan 38, P.U.(A) 1/2012 seperti di

Lampiran V;

ii. Borang SPP/K/003 seperti di Lampiran VI;

Page 15: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

15

iii. Salinan Kenyataan Perkhidmatan Yang Kemas Kini

dengan catatan berikut :

(a) Tarikh Pengesahan Pelantikan ;

(b) Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan ;dan

(c) Catatan Opsyen Pencen

iv. Pengesahan ADA atau TIADA mengambil cuti tanpa

gaji dengan menyatakan tempoh cuti dan bilangan hari

yang diambil.

PENETAPAN TARIKH PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

23. Tarikh PTB yang ditetapkan oleh SPP adalah seperti yang berikut:

i. tarikh semasa iaitu satu hari bulan pada bulan berikutan

selepas SPP menerima perakuan lengkap daripada Ketua

Jabatan; atau

ii. sehari sebelum tarikh bersara bagi anggota-angota yang

bersara dalam keadaan biasa yang belum diberi taraf

berpencen; atau

iii. sehari sebelum tarikh kematian bagi anggota-anggota telah

genap berkhidmat 3 tahun dan meninggal dunia sebelum

diberi taraf berpencen.

PERINGATAN KEPADA KETUA JABATAN

24. Ketua Jabatan juga adalah diingatkan untuk memastikan borang

yang digunakan bagi tujuan PDP dan PTB adalah seperti yang terdapat

di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan

Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012].

Sebarang pindaan atau ubah suai ke atas borang yang digunakan bagi

tujuan PDP dan PTP adalah TIDAK DIBENARKAN.

Page 16: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

16

25. Bagi kemudahan Anggota Perkhidmatan Pendidikan, semua

borang-borang urusan perkhidmatan boleh didapati dan di muat turun

dari Laman Web SPP di alamat: www.spp.gov.my.

PELAKSANAAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH PERWAKILAN KUASA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

26. Bagi tujuan mewujudkan keseragaman urusan Pengesahan Dalam

Perkhidmatan di peringkat SPP dengan urusan Pengesahan Dalam

Perkhidmatan yang diwakilkan kuasa di bawah Perkara 144(6),

Perlembagaan Persekutuan, maka anggota-anggota yang diwakilkan

kuasa seperti dalam Perwakilan Kuasa hendaklah mematuhi prosedur

dan kaedah dalam pekeliling ini dalam melaksanakan urusan

Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen.

PEMAKAIAN

27. Pekeliling ini terpakai untuk semua anggota yang dilantik di

bawah bidang kuasa SPP termasuk pelantikan yang diwakilkan kuasa

oleh SPP di bawah Perkara 144(6), Perlembagaan Persekutuan.

TARIKH KUAT KUASA

28. Pekeliling ini dikuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan.

PEMBATALAN

29. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling ini, Surat Pekeliling

Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2006, Pekeliling SPP

Page 17: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

17

Bilangan 4 Tahun 2008 dan Pekeliling SPP Bilangan 2 Tahun 2010

adalah dibatalkan.

PERTANYAAN

30. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan berhubung dengan

pekeliling ini hendaklah dirujuk ke Bahagian Perkhidmatan, SPP.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(SULAIMAN BIN WAK)

Setiausaha

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Malaysia

Jun 2013

Page 18: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

18

Edaran Kepada:

Ketua Setiausaha

Ketua Setiausaha II

Kementerian Pendidikan Malaysia

Salinan Kepada :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

Semua Pihak Berkuasa Berkanun

Semua Pihak Berkuasa Tempatan

Page 19: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

19

Page 20: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

20

Page 21: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

21

Page 22: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

22

Page 23: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

23

Page 24: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

24

Page 25: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

25

Page 26: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

26

Page 27: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

27

Page 28: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

28

Page 29: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

29

Page 30: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

30

Page 31: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

31

Page 32: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

32

Page 33: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA PEKELILING · PDF filebermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan ... Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan

33