kerajaan malaysia tender bagi membekal, · pdf file2 kerja paip domestik 106/2008 200100,...

5
KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TENDER BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI (DI MANA BERKENAAN) PERALATAN DALAM MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) KE SEKOLAH MENENGAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2009 1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan (keutamaan kepada pembekal Bumiputera) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan mempunyai kad pintar ePerolehan untuk Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang Dan Menguji (Di Mana Berkenaan) Peralatan Dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Ke Sekolah Menengah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Tahun 2009. 2. Tender ini akan dibahagikan kepada dua puluh (20) kursus dan petender dibenarkan memasuki mana-mana kursus dan mempunyai kod bidang yang telah ditetapkan seperti yang berikut: BIL KURSUS KOD DOKUMEN TENDER KOD BIDANG TARIKH TUTUP TENDER 1 Kimpalan Arka dan Gas 105/2008 180100, 040200, 180300, 030100, 030200 2 Kerja Paip Domestik 106/2008 200100, 180100 3 Menservis Motosikal 107/2008 160102, 040200, 200300, 180100, 180300 4 Pemprosesan Makanan 108/2008 020300, 180300 5 Menservis Peralatan 110/2008 040200, 030100, 180100

Upload: dinhnhu

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN

MALAYSIA

TENDER BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI

(DI MANA BERKENAAN) PERALATAN DALAM MATA PELAJARAN

VOKASIONAL (MPV) KE SEKOLAH MENENGAH HARIAN KEMENTERIAN

PELAJARAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2009

1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan

(keutamaan kepada pembekal Bumiputera) yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan dan mempunyai kad pintar ePerolehan untuk Tender

Bagi Membekal, Menghantar, Memasang Dan Menguji (Di Mana Berkenaan)

Peralatan Dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Ke Sekolah Menengah

Harian Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Tahun 2009.

2. Tender ini akan dibahagikan kepada dua puluh (20) kursus dan petender

dibenarkan memasuki mana-mana kursus dan mempunyai kod bidang yang

telah ditetapkan seperti yang berikut:

BIL KURSUS

KOD

DOKUMEN

TENDER

KOD BIDANG

TARIKH

TUTUP

TENDER

1 Kimpalan Arka dan Gas 105/2008 180100, 040200, 180300, 030100,

030200

2 Kerja Paip Domestik 106/2008 200100, 180100

3 Menservis Motosikal 107/2008 160102, 040200, 200300, 180100,

180300

4 Pemprosesan Makanan 108/2008 020300, 180300

5 Menservis Peralatan 110/2008 040200, 030100, 180100

Penyejukan Dan

Penyamanan Udara

15 Januari

2009

(Khamis)

6 Pembinaan Domestik 111/2008 180100, 180300, 040200,

030200, 200300

7 Membuat Perabot 112/2008 180100, 180300, 030200

8 Seni Reka Tanda 113/2008 180100, 180300, 040200, 020300,

210101, 210104

9 Pendawaian Domestik 114/2008 180100, 180300, 200300, 040200,

200100

10 Menservis Automobil 115/2008 180100, 180300, 200300, 200100,

040200

11 Menservis Peralatan

Elektrik Domestik

116/2008 020300, 180100, 180300, 200300,

200100, 210102, 210105, 210101,

210104, 040200

12 Rekaan Dan Jahitan

Pakaian

117/2008 040200, 020202, 020300, 180100,

030200

13 Katering Dan Penyajian 118/2008 020300, 020400, 040200, 180100,

030200

14 Penjagaan Muka Dan

Dandanan Rambut

119/2008 020300, 040200, 180100, 030200,

020101

15 Hiasan Dalaman Asas 120/2008 180100, 180300, 020300, 040200,

050102

16 Landskap Dan Nurseri 121/2008 120300, 180100, 180300, 030100,

030200, 040200

17 Akuakultur Dan Haiwan

Rekreasi

122/2008 120300, 020101, 020300, 030200,

180300, 040200

18 Tanaman Makanan 124/2008 120300, 020300, 180100, 180300,

200200, 030200, 040200, 020101,

020400

19 Produksi Multimedia 125/2008 210105, 210102, 210106, 020300,

210104, 040200

20 Grafik Berkomputer 126/2008 210101, 210103, 210105, 210106,

060100, 210104, 020201, 040200

3. Dokumen tender ini adalah percuma. Petender-petender yang ingin

menyertai tender ini perlu mengisi borang di Kaunter Perkhidmatan, Bahagian

Perolehan Dan Pengurusan Aset, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 5,

Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62604 Putrajaya, mulai 23 Disember 2008 (Selasa) pada waktu

yang berikut:-

Isnin – Khamis : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari

2.00 petang hingga 4.00 petang

Jumaat : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

2.45 petang hingga 4.00 petang

4. Para petender hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL dan SALINAN

FOTOSTAT (tidak dikembalikan) dokumen-dokumen berikut:

a. Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dari Kementerian

Kewangan;

dan

b. Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera dari

Kementerian Kewangan.

5. Taklimat berkenaan tender akan diadakan pada 26 Disember 2008

(Jumaat) bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12, Kompleks

Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604

Putrajaya pada jam 10.00 pagi. Waktu pendaftaran adalah antara pukul 9.00

pagi sehingga 10.00 pagi. Kehadiran selepas waktu pendaftaran yang telah

ditetapkan tidak akan dilayan sama sekali. Borang kehadiran taklimat

(Lampiran K) yang disertakan bersama dokumen tender ini perlu diisi butiran

berkaitan dan diserahkan ke urusetia yang bertugas untuk pengesahan

kehadiran. Bukti kehadiran adalah berdasarkan cop rasmi pengesahan dari

Kementerian ini. Kementerian tidak akan bertanggungjawab jika pihak syarikat

gagal menyerahkan borang kehadiran semasa sesi taklimat dan kegagalan ini

boleh dianggap sebagai tidak menghadiri taklimat. Sebarang rayuan berkenaan

perkara ini tidak akan dilayan. Setiap syarikat hanya dibenarkan menghantar

dua (2) orang wakil sahaja. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN. Kegagalan

menghadiri taklimat akan menyebabkan tawaran petender tidak akan

dipertimbangkan.

6. Demo/benchmark perlu diadakan bagi peralatan yang dicadangkan jika

diminta oleh pihak Kerajaan Malaysia. Segala perbelanjaan untuk perkara ini

adalah dibawah tanggungan petender. Kegagalan menghadiri sesi ini jika

diadakan akan menyebabkan tawaran petender tidak akan dipertimbangkan.

7. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk

(key-in) ke dalam sistem ePerolehan sebelum atau pada tarikh tutup tender

15 Januari 2009 (Khamis) manakala dokumen sokongan yang lain hendaklah

dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat yang berlainan serta dicatatkan

Nombor Cadangan Pembekal (Y021113070108xxxx) dan Nombor Tender

XX/2008 (X021113070108xxxx) pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat bagi

kedua-dua sampul surat. Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan

ke dalam satu sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti tender dan dialamatkan

kepada:-

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET,

ARAS 1, BLOK E2, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62604 PUTRAJAYA

Nombor Cadangan Pembekal (Y021113070108xxxx)

Nombor Tender XX/2008 (X021113070108xxxx)

sebelum pukul 12.00 tengah hari pada atau sebelum 15 Januari 2009

(Khamis). Tender yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

8. Syarikat-syarikat yang hendak mendaftar dengan Kementerian Kewangan

Malaysia boleh berbuat demikian secara atas talian di

http://www.ePerolehan.com.my/ atau boleh menghubungi Khidmat Bantuan

Pelanggan ePerolehan di talian 03-79857777.

9. Iklan tender ini juga boleh dirujuk di laman web Kementerian Pelajaran

Malaysia di alamat berikut: http://www.moe.gov.my/.

10. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana

tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di

atas penolakan sesuatu tawaran tender.

Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset,

Kementerian Pelajaran Malaysia.