kepuasaan kerja guru-guru di sekolah rendah · personaliti dan sikap guru. ia merangkumi sifat...

23
KEPUASAAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH RENDAH TERHADAP KERJAYA PERGURUAN DI DAERAH GUA MUSANG, KELANTAN DARULNAIM - SATU TINJAUAN AZANI BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vobao

Post on 28-May-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

KEPUASAAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

TERHADAP KERJAYA PERGURUAN DI DAERAH

GUA MUSANG, KELANTAN DARULNAIM - SATU TINJAUAN

AZANI BIN ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan
Page 3: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan
Page 4: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

KEPUASAAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH RENDAH TERHADAP

KERJAYA PERGURUAN DI DAERAH

GUA MUSANG, KELANTAN DARULNAIM - SATU TINJAUAN

AZANI BIN ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahaan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

ii

Page 6: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

iii

DEDIKASI Untuk Ibu Bapa ku (Siti Mariam Bt. Awang Noh)

Bapa Ku Abdullah Bin Yusoff

Diri ini tidak pernah sedetik melupakan jasa kalian berdua.

Terima kasih untuk segalanya kerana memberi dorongan

Dan semangat buatku

Mengakhiri perjuangan ini dengan kejayaan ………..Alhamdulilah.

Buat Kedua Mertua Ku

Hajjah Zuliha Bt. Yaacub

Haji Wan Yusoof Bin Abdullah

Sekalung budi ingin ku hulurkan diatas segala keikhlasan dan

Bantuan yang kalian berikan

Kasih Sayang yang tidak pernah dibezakan

Semangat dan dorongan yang diberikan benar-benar menghidupkan semangat

Juang ku ……… Terima Kasih sekali lagi

Buat Isteri Tercinta dan Anak-anak Tersayang

Wan Noriza Bt. Wan Yusoff

Muhammad Akmal

Muhammad Aqil

Nor Aqilah

Tidak dapat kuucapkan dengan kata-kata kerana tampa kalian disisi

Tidak mampu ku teruskan perjuangan ini

Kejayaan kita semua dan

Buat anak-anakku, jadikan semua ini sebagai suntikan

Semangat buat kalian meneruskan

Perjuangan hidup dimasa hadapan

Buat semua adik-beradik, saudara mara serta sahabat dan rakan

Terima kasih kerana mendoakan kami

Terima kasih buat segalanya

Amin………..

Page 7: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke Hadrat Allah s.a.w kerana dengan limpah dan kurnia serta

izinNya, usaha menyiapkan laporan kajian penyelidikan ini telah dapat dilaksanakan

dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Di Kesempatan ini, sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih khusus kepada penyelia saya En. Md. Yusup Bin Kayat yang sentiasa

melapangkan masa memberi panduan, bantuan, nasihat dan sokongan moral yang padu

dari peringkat perancangan hinggalah keperingkat penyempurnaan laporan penyelidikan

ini. Tidak lupa juga kepada semua guru-guru daerah Gua Musang, Kelantan yang

terlibat sebagai responden bagi kajian saya ini.

Buat seisi keluarga serta sahabat handai yang sentiasa memberi sumbangan serta

sokongan setulus ikhlas penghargaan yang tiada terhingga saya hulurkan diatas

pengorbanan mereka. Tidak lupa kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung memberikan kerjasama kepada saya menyempurnakan tesis

ini.

Yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu adalah atas kelemahan saya

sendiri. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.

Page 8: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

v

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau tahap kepuasan bekerja di

kalangan guru-guru sekolah rendah di pendalaman Daerah Gua Musang, Kelantan.

Sebanyak 59 set soal selidik yang mengandungi 40 item mengenai kepuasan kerja telah

diedarkan kepada responden yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Jerek, Sekolah

Kebangsaan Meranto, Sekolah Kebangsaan Bertam dan Sekolah Kebangsaan Pasir

Tumbuh. Bertujuan bagi mendapatkan maklumat mengenai kepuasan kerja yang

mereka alami. Skop kajian adalah difokuskan kepada faktor-faktor kepuasan kerja dari

segi pentadbir, rakan sejawat, ganjaran dan persekitaran. Data yang telah dikumpulkan

kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.0 untuk mendapatkan

hasil kajian dalam bentuk peratusan. Keputusan analisis menunjukkan tahap kepuasan

bekerja di kalangan responden adalah tinggi dari segi hubungan dengan pentadbir dan

rakan sejawat. Manakala faktor ganjaran dan persekitaran adalah sederhana. Di akhir

kajian ini telah dikemukakan beberapa cadangan bagi mempertingkatkan lagi tahap

kepuasan bekerja di kalangan responden.

Page 9: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

vi

ABSTRACT

The main aim of this study is to survey the job-satisfaction among primary

school teachers’ in the district of Gua Musang, Kelantan. About 59 sets of

questionaires, each containing 40 items were distributed among respondents. There

were from Sekolah Kebangsaan Jerek, Sekolah Kebangsaan Bertam, Sekolah

Kebangsaan Meranto and Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh. The scope of this

research was focused on the factors; job satisfaction in term of the teachers’ with the

school administrators, among the collegues, incentives and environment. All the data

will be analysis using the SPSS version 11.0 to get the percentage and results.

According to the survey, the rate of job-satisfaction among the respondent in term of

school administrators and collegues was quite high. Whereas incentives factors and

environment was moderately good. At the end of this study was explained a few

suggestions on how to improve and upgrade the sense of job-satisfaction among the

respondents concern.

Page 10: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS -

HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA -

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN TATANAMA xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latarbelakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian

Page 11: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

viii

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 8

1.7 Definisi Istilah 8

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 13

2.1 Latar Belakang Kajian Kepuasan Kerja 14

2.2 Kajian Terdahulu Mengenai Kepuasan Kerja

Dari Segi Pentadbir 17

2.3 Kajian Terdahulu Mengenai Kepuasan Kerja

Dengan Rakan Sejawat 18

2.4 Kajian Terdahulu Mengenai Kepuasan Kerja

Dari Segi Ganjaran 19

2.5 Kajian Terdahulu Mengenai Kepuasan Kerja

Dari Segi Persekitaran 20

2.6 Penutup 21

Page 12: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

ix

BAB III METODOLOGI

3.0 Pengenalan 22

3.1 Reka Bentuk Kajian 22

3.2 Tempat Kajian 23

3.3 Populasi Kajian 24

3.4 Instrumen Kajian 24

3.5 Kajian Rintis 25

3.6 Tatacara Kajian 26

3.7 Analisis Data 27

3.8 Penutup 29

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 30

4.1 Dapatan Kajian

4.1.1 Penganalisaan Latar Belakang

Responden 31

4.1.2 Dapatan Kajian Bahagian B 35

1. Adakah pentadbir memberi

Kepuasan Kerja kepada guru-guru

Sekolah yang dikaji ? 35

2. Adakah rakan sejawat memberi

Kepuasan Kerja kepada guru-guru

Sekolah yang dikaji ? 38

3. Adakah ganjaran memberi

Kepuasan Kerja kepada guru-guru

Sekolah yang dikaji ? 41

Page 13: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

x

4. Adakah persekitaran memberi

Kepuasan Kerja kepada guru-guru

Sekolah yang dikaji ? 44

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 47

5.1 Rumusan 48

5.2 Perbincangan 51

5.2.1 Adakah Pentadbir Memberi Kepuasan

Kerja kepada guru-guru sekolah rendah

Di daerah Gua Musang ? 51

5.2.2 Adakah Rakan Sejawat Memberi Kepuasan

Kerja kepada guru-guru sekolah rendah

Yang dikaji ? 52

5.2.3 Adakah Ganjaran Memberi Kepuasan

Kerja kepada guru-guru yang dikaji? 54

5.2.4 Adakah Persekitaran Memberi Kepuasan

Kerja kepada guru-guru yang dikaji ? 56

5.3 Cadangan 59

5.3.1 Cadangan Kepada Pentadbir Sekolah 59

5.3.2 Cadangan Kepada Guru 60

5.3.3 Cadangan Kepada Kementerian 60

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 60

5.5 Penutup 61

BIBLIOGRAFI 62-64

LAMPIRAN A - J 65-82

Page 14: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Populasi Kajian 24

3.2 Kelasifikasi Terhadap Item Soalan 27

3.3 Pembahagian Tahap Kepuasan 28

4.1 Latar Belakang Responden Berdasarkan Jantina 31

4.2 Latar Belakang Responden Berdasarkan Bangsa 31

4.3 Latar Belakang Berdasarkan Umur 32

4.4 Latarbelakang Berdasarkan Taraf Perkhwinan 32

4.5 Latar Belakang Berdasarkan Kelulusan Atau

Pendidikan Tertinggi 33

4.6 Latar Belakang Responden Berdasarkan

Pengalaman Mengajar 34

4.7 Latarbelakang Berdasarkan Pendapatan Gaji 34

4.8 Maklumbalas Responden Mengenai Kepuasan

Kerja Dari Segi Pentadbir 36

4.9 Maklumbalas Responden Mengenai Kepuasan

Kerja Dari Segi Rakan Sejawat 39

4.10 Maklumbalas Kepuasan Kerja Dari Segi Ganjaran 42

4.11 Maklumbalas Kepuasan Kerja Dari Segi Persekitaran 44

Page 15: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

xii

SENARAI SINGKATAN TATANAMA

EPRD - Education Planning And Research Depoartment ( Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan )

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

PPD - Jabatan Pendidikan Daerah

SPSS - Statistical Packages Of Social Science

ATS - Amat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

AS - Amat Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO TAJUK MUKA SURAT

A Surat kelulusan bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD ) 65-66

B Surat memohon kebenaran menggunakan

sampel dari Jabatan Pendidikan Negeri

Kelantan 67

C Surat kebenaran bagi menjalankan

kajian dari Jabatan Pendidikan Negeri

Kelantan 68

D Surat pengesahan menjalankan kajian

rintis di Sekolah Kebangsaan Star 69

E Surat pengesahan menjalankan kajian

dari UTM 70

F Surat pengesahan menjalankan kajian

di Sekolah Kebangsaan Bertam 71

G Surat pengesahan menjalankan kajian

di Sekolah Kebangsaan Meranto 72

H Surat pengesahan menjalankan kajian

di Sekolah Kebangsaan Jerek 73

I Surat pengesahan menjalankan kajian

di Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh 74

J Borang soal selidik 75-82

Page 17: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pada tahun 2020 negara telah berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju.

Adalah menjadi cabaran kepada sistem pendidikan di Malaysia untuk melahirkan

masyarakat saintifik, progresif dan inovatif dalam menghadapi cabaran 2020 tersebut.

Guru ialah golongan profesional yang melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat

tersebut. Bagi melaksanakan tugas ini guru perlu mempunyai kecekapan dan kebolehan

profesional. Menurut pendapat A.W Halpin (dalam: Sahabudin Ibrahim, !988),

kecekapan dan keberkesanan sesuatu organisasi adalah dipengaruhi oleh beberapa

faktor. Faktor-faktor tersebut termasuklah kepuasan bekerja.

Kepuasan bekerja boleh ditingkatkan sekiranya mempunyai dasar-dasar

pentadbiran yang baik. (Meadows,1980), tidak rutin dan tidak terlalu menekan

pekerjaaya (Brooke dan Price,1988). Faktor-faktor lain ialah pekerjaan ,gaji, peluang

kenaikan pangkat, suasana persekitaran, rakan sekerja, suasana persekitaran pengajaran

Page 18: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

2

dan pembelajaran serta penyeliaan. Seseorang akan berpuas hati dengan pekerjaannya

sekiranya ia berpuas hati dengan gaji, peluang kenaikan pangkat (Heneman dan rakan,

1988) , mempunyai penyelia yang baik (Maimon dan Ronen,1978) serta mendapat

kerjasama daripada orang dalam pekerjaan (Martin,1981).

Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Ia akan

mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah

pencapaian matlamat kerjaya dan menyambung ke arah pencapaian matlamat kerjaya

dan menyambung ke arah kepentingan organisasi. Justeru itu dalam kontek organisasi,

bentuk keinginan manusia menjadi satu cabaran kepada pihak penyelia dan pentadbiran

yang menjalankan aktiviti pengurusan dalam sesuatu organisasi.

Rasa tidak puas hati terhadap keperluan-keperluan yang disediakan oleh pihak

pengurusan akan menimbulkan sikap negatif dan tidak bertanggungjawab di kalangan

pekerja. Bentuk ketidakpuasan yang demikian dikenali sebagai ‘narticulate’ iaitu

merujuk kepada sikap dan tingkah laku yang tidak dapat dilihat oleh pihak majikan.

Manakala tingkah laku yang dapat dilihat pula seperti mogok, ponteng kerja, kerja tidak

mengikut peraturan, pergaduhan, pemulauan dan sebagainya dikenali sebagai ketidak

puasan dalam bentuk ‘articulate’ (Bellows,1961). Usaha bagi mengurangkan

ketidakpuasan adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan sesuatu organisasi.

Rasional kajian ini memberi tumpuan kepada guru-guru adalah kerana

kurangnya kajian pengkaji-pengkaji tempatan yang seumpamanya dilakukan. Murad

(1972), dalam : Kasim Sathiman, 1996) dalam kajian keciciran menganggapkan guru

sebagai sumber penting dari segi memupuk dorongan dan merealisasikan cita-cita

murid. Oleh kerana ketika di sekolah mereka adalah di bawah pengawasan guru, maka

apa yang dilakukan oleh guru ketika di sekolah dipengaruhi oleh faktor-faktor kepuasan

dan ketidak puasan terhadap kerja mereka. Faktor ini penting dalam mempengaruhi

Page 19: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

3

personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan

dan saling memahami sehingga dapat melahirkan suatu bentuk hubungan yang harmoni

dengan murid-murid. Jika guru-guru kurang berpuas hati dengan beberapa aspek dalam

pekerjaan mereka, maka sikap mereka terhadap pekerjaan mungkin bersifat negatif.

Maka sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran tidak ceria dan seterusnya boleh

menggagalkan Falsafah Pendidikan Negara.

Kesimpulannya, para pendidik memerlukan jaminan kebajikan daripada

majikannya supaya mereka boleh bekerja dalam keadaan aman, tenang dan gembira.

Oleh kerana guru telah menyerahkan segala tenaga, masa dan hidupnya untuk

melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap pekerjaan, maka pihak majikan

wajib pula menjaga kebajikan para pekerja mereka (Mustapa, 1995).

1.1 Latar Belakang Masalah

Perubahan kurikulum dalam negara ini merupakan inovasi dan setiap perubahan

itu akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada guru tersebut samada bersifat positif

atau negatif. Guru adalah pendidik serta ejen pembaharuan dan pembentuk generasi

yang akan datang. Dalam pengajaran dan pembelajaran seharian, guru-guru bukan

sahaja bergantung kepada kemahiran dan kecekapan mereka tetapi faktor kepuasan

kerja akan mendorong setiap guru agar mempunyai sikap yang lebih positif dan

bertanggungjawab.

Cabaran-cabaran guru pada hari ini bergantung kepada objektif pendidikan

negara dan matlamat sesuatu kurikulum. Setiap kali perubahan berlaku maka setiap kali

Page 20: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

4

itu juga kewibawaan guru tercabar (Abdul Rauf dan Abdullah dalam Othman 1999).

Perubahan-perubahan inilah yang dapat dilihat pada guru dalam jangka masa panjang

yang mana boleh mengakibatkan tekanan fizikal dan mental serta tingkah laku guru

tersebut.

Menurut Roslina 1996 (dalam Zayadi 1999), terdapat 76.3 peratus guru

dikatakan tidak berpuas hati dengan profesion ini kerana terlalu banyak bebanan kerja

yang harus dipikul. Banyak tugasan luar sekolah dilakukan tanpa bayaran seperti guru

yang terlibat dengan ko-kurikulum, sukan dan kelas tambahan

Menurut Zubaidah Aman Dr. (1998), dalam kajiannya mendapati 41.5 peratus

guru mengakui mereka tidak mendapat kepuasan bekerja dalam profesion itu. Sebanyak

23.9 peratus bercadang untuk meletakkan jawatan manakala 52.8 peratus mahu bersara

awal.

Guru-guru diharapkan untuk menjadi seorang pemimpin, pendidik, kaunselor,

mentor, berbudi bahasa, luas pengetahuan, bijak mengurus dan bestari sedangkan

kebajikan yang seharusnya dikecapi oleh guru tidak diperolehi seperti skim

perkhidmatan, gaji, suasana persekolahan, peluang kenaikan pangkat dan lain-lain lagi

(Berita Harian, 26 Mei 1997)

“Kebajikan guru perlu diberi perhatian”, kementerian sedang mengkaji beban

kerja guru yang dikatakan berat berikutan terpaksa melaksanakan kerja pengkeranian

untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu. (Menteri

Pendidikan : Berita Harian 23 Fabruari 1999 hal : 19)

Page 21: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

5

Tugas sebagai seorang guru bukan sekadar di dalam kawasan sekolah tetapi ia

melibatkan segala kegiatan pelajar di luar bilik darjah iaitu termasuklah kegiatan ko-

kurikulum seperti sukan dan permainan, pasukan berunifom dan kegiatan kelab serta

persatuan. Malah ianya menjadi lebih luas lagi sekiranya terlibat dalam kegiatan yang

melibatkan peringkat kawasan, daerah mahupun negeri. Segala khidmat mereka yang

terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung kebanyakannya tidak

mendapat sebarang ganjaran yang setimpal malah lebih menjurus ke arah bidang

sukarela berbanding kakitangan yang lain (Utusan Malaysia, 25 Julai 1997).

Semakin banyak diperkatakan semakin kusut masalah yang dialami oleh para

guru yang melibatkan kepuasan kerja ini. Ia ditambah lagi dengan setiap kali

pencapaian pelajar merosot ia tetap akan dikaitkan dengan guru. Adakah kenyataan ini

benar ? Jika benar adakah ia ada hubungan dengan kepuasan kerja. Persoalan ini sukar

untuk dipastikan, oleh yang demikian dirasakan perlu untuk mengkaji sejauh mana

kedudukan tahap kepuasan bekerja di kalangan guru-guru di negara ini.

1.2 Pernyataan Masalah.

Kepuasan bekerja dapat dilihat sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikan diri

dengan organisasi di mana tempat ia berkerja. Di samping itu faktor kesetiaan dan

komitmen yang ditunjukkan terhadap organisasi serta wujudnya suasana ceria juga

dapat menggambarkan bahawa tahap kepuasan kerja telah dicapai.

Kerjaya dalam bidang pendidikan memerlukan minat yang mendalam serta

komitmen yang tinggi di samping kesungguhan dan dedikasi terhadap tugas yang di

Page 22: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

6

pertanggungjawabkan kepada mereka. Perkembangan dan kemampuan dalam kerjaya

ini menjadi cita-cita utama bagi golongan ini. Walau bagaimanapun sejak

kebelakangan ini pelbagai masalah sering ditimbulkan dan menjadi rungutan iaitu

melibatkan kebajikan dan beban tugas. Apakah faktor-faktor ini menunjukkan bahawa

kepuasan bekerja di kalangan mereka semakin berkurang ?.

Dengan ini pengkaji ingin mengkaji pemasalahan guru-guru sekolah rendah

yang mengajar di pendalaman Daerah Gua Musang, Kelantan. Kajian ini adalah untuk

mendapat jawapan bagi faktor-faktor kepuasan bekerja seperti pentadbiran, rakan

sejawat, ganjaran dan persekitaran.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan

1. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru sekolah rendah

di pendalaman Daerah Gua Musang, Kelantan dengan pentadbir.

2. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru sekolah rendah

yang dikaji dengan rakan sejawat.

3. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru sekolah

rendah yang dikaji dengan ganjaran.

4. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru sekolah rendah

yang dikaji dengan persekitaran.

Page 23: KEPUASAAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH · personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan dan saling memahami sehingga dapat melahirkan

7

1.4 Persoalan kajian

Persoalan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor

yang memberi kepuasan kerja kepada guru-guru sekolah rendah di daerah Pendalaman

Gua Musang, Kelantan. Diantara faktor-faktor yang menjadi persoalan kajian adalah:

1. Adakah pentadbir memberi kepuasan kerja terhadap guru-guru sekolah

rendah di daerah Gua Musang.

2. Adakah rakan sejawat memberi kepuasan kerja kepada guru-guru sekolah

rendah di daerah Gua Musang.

3. Adakah ganjaran memberi kepuasan kerja kepada guru-guru sekolah

rendah di daerah Gua Musang.

4. Adakah persekitaran memberi kepuasan kerja kepada guru-guru sekolah

rendah di daerah Gua Musang.

1.5 Kepentingan Kajian

Produktiviti guru akan meningkat sekiranya guru-guru berupaya meningkat

tahap kepuasan bekerja terhadap pekerjaannya, gaji yang diperoleh, pengaruh rakan

sejawat, peluang kenaikan pangkat dan penyeliaan yang dilakukan ke atas mereka. Oleh

itu kajian kepuasan kerja ini sudah semestinya banyak memberi manafaat kepada pihak

pentadbir sekolah agar sentiasa mewujudkan prestasi kerja yang tinggi di kalangan

pekerja-pekerja di bawah pentadbirannya. Prestasi kerja yang tinggi di kalangan guru-