KEPUASAAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH RENDAH
TERHADAP KERJAYA PERGURUAN DI DAERAH
GUA MUSANG, KELANTAN DARULNAIM - SATU TINJAUAN
AZANI BIN ABDULLAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KEPUASAAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH RENDAH TERHADAP
KERJAYA PERGURUAN DI DAERAH
GUA MUSANG, KELANTAN DARULNAIM - SATU TINJAUAN
AZANI BIN ABDULLAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahaan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
iii
DEDIKASI Untuk Ibu Bapa ku (Siti Mariam Bt. Awang Noh)
Bapa Ku Abdullah Bin Yusoff
Diri ini tidak pernah sedetik melupakan jasa kalian berdua.
Terima kasih untuk segalanya kerana memberi dorongan
Dan semangat buatku
Mengakhiri perjuangan ini dengan kejayaan ………..Alhamdulilah.
Buat Kedua Mertua Ku
Hajjah Zuliha Bt. Yaacub
Haji Wan Yusoof Bin Abdullah
Sekalung budi ingin ku hulurkan diatas segala keikhlasan dan
Bantuan yang kalian berikan
Kasih Sayang yang tidak pernah dibezakan
Semangat dan dorongan yang diberikan benar-benar menghidupkan semangat
Juang ku ……… Terima Kasih sekali lagi
Buat Isteri Tercinta dan Anak-anak Tersayang
Wan Noriza Bt. Wan Yusoff
Muhammad Akmal
Muhammad Aqil
Nor Aqilah
Tidak dapat kuucapkan dengan kata-kata kerana tampa kalian disisi
Tidak mampu ku teruskan perjuangan ini
Kejayaan kita semua dan
Buat anak-anakku, jadikan semua ini sebagai suntikan
Semangat buat kalian meneruskan
Perjuangan hidup dimasa hadapan
Buat semua adik-beradik, saudara mara serta sahabat dan rakan
Terima kasih kerana mendoakan kami
Terima kasih buat segalanya
Amin………..
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke Hadrat Allah s.a.w kerana dengan limpah dan kurnia serta
izinNya, usaha menyiapkan laporan kajian penyelidikan ini telah dapat dilaksanakan
dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Di Kesempatan ini, sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih khusus kepada penyelia saya En. Md. Yusup Bin Kayat yang sentiasa
melapangkan masa memberi panduan, bantuan, nasihat dan sokongan moral yang padu
dari peringkat perancangan hinggalah keperingkat penyempurnaan laporan penyelidikan
ini. Tidak lupa juga kepada semua guru-guru daerah Gua Musang, Kelantan yang
terlibat sebagai responden bagi kajian saya ini.
Buat seisi keluarga serta sahabat handai yang sentiasa memberi sumbangan serta
sokongan setulus ikhlas penghargaan yang tiada terhingga saya hulurkan diatas
pengorbanan mereka. Tidak lupa kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung memberikan kerjasama kepada saya menyempurnakan tesis
ini.
Yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu adalah atas kelemahan saya
sendiri. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.
v
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau tahap kepuasan bekerja di
kalangan guru-guru sekolah rendah di pendalaman Daerah Gua Musang, Kelantan.
Sebanyak 59 set soal selidik yang mengandungi 40 item mengenai kepuasan kerja telah
diedarkan kepada responden yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Jerek, Sekolah
Kebangsaan Meranto, Sekolah Kebangsaan Bertam dan Sekolah Kebangsaan Pasir
Tumbuh. Bertujuan bagi mendapatkan maklumat mengenai kepuasan kerja yang
mereka alami. Skop kajian adalah difokuskan kepada faktor-faktor kepuasan kerja dari
segi pentadbir, rakan sejawat, ganjaran dan persekitaran. Data yang telah dikumpulkan
kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.0 untuk mendapatkan
hasil kajian dalam bentuk peratusan. Keputusan analisis menunjukkan tahap kepuasan
bekerja di kalangan responden adalah tinggi dari segi hubungan dengan pentadbir dan
rakan sejawat. Manakala faktor ganjaran dan persekitaran adalah sederhana. Di akhir
kajian ini telah dikemukakan beberapa cadangan bagi mempertingkatkan lagi tahap
kepuasan bekerja di kalangan responden.
vi
ABSTRACT
The main aim of this study is to survey the job-satisfaction among primary
school teachers’ in the district of Gua Musang, Kelantan. About 59 sets of
questionaires, each containing 40 items were distributed among respondents. There
were from Sekolah Kebangsaan Jerek, Sekolah Kebangsaan Bertam, Sekolah
Kebangsaan Meranto and Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh. The scope of this
research was focused on the factors; job satisfaction in term of the teachers’ with the
school administrators, among the collegues, incentives and environment. All the data
will be analysis using the SPSS version 11.0 to get the percentage and results.
According to the survey, the rate of job-satisfaction among the respondent in term of
school administrators and collegues was quite high. Whereas incentives factors and
environment was moderately good. At the end of this study was explained a few
suggestions on how to improve and upgrade the sense of job-satisfaction among the
respondents concern.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS -
HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA -
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN TATANAMA xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latarbelakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian
viii
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 8
1.7 Definisi Istilah 8
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 13
2.1 Latar Belakang Kajian Kepuasan Kerja 14
2.2 Kajian Terdahulu Mengenai Kepuasan Kerja
Dari Segi Pentadbir 17
2.3 Kajian Terdahulu Mengenai Kepuasan Kerja
Dengan Rakan Sejawat 18
2.4 Kajian Terdahulu Mengenai Kepuasan Kerja
Dari Segi Ganjaran 19
2.5 Kajian Terdahulu Mengenai Kepuasan Kerja
Dari Segi Persekitaran 20
2.6 Penutup 21
ix
BAB III METODOLOGI
3.0 Pengenalan 22
3.1 Reka Bentuk Kajian 22
3.2 Tempat Kajian 23
3.3 Populasi Kajian 24
3.4 Instrumen Kajian 24
3.5 Kajian Rintis 25
3.6 Tatacara Kajian 26
3.7 Analisis Data 27
3.8 Penutup 29
BAB IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 30
4.1 Dapatan Kajian
4.1.1 Penganalisaan Latar Belakang
Responden 31
4.1.2 Dapatan Kajian Bahagian B 35
1. Adakah pentadbir memberi
Kepuasan Kerja kepada guru-guru
Sekolah yang dikaji ? 35
2. Adakah rakan sejawat memberi
Kepuasan Kerja kepada guru-guru
Sekolah yang dikaji ? 38
3. Adakah ganjaran memberi
Kepuasan Kerja kepada guru-guru
Sekolah yang dikaji ? 41
x
4. Adakah persekitaran memberi
Kepuasan Kerja kepada guru-guru
Sekolah yang dikaji ? 44
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 47
5.1 Rumusan 48
5.2 Perbincangan 51
5.2.1 Adakah Pentadbir Memberi Kepuasan
Kerja kepada guru-guru sekolah rendah
Di daerah Gua Musang ? 51
5.2.2 Adakah Rakan Sejawat Memberi Kepuasan
Kerja kepada guru-guru sekolah rendah
Yang dikaji ? 52
5.2.3 Adakah Ganjaran Memberi Kepuasan
Kerja kepada guru-guru yang dikaji? 54
5.2.4 Adakah Persekitaran Memberi Kepuasan
Kerja kepada guru-guru yang dikaji ? 56
5.3 Cadangan 59
5.3.1 Cadangan Kepada Pentadbir Sekolah 59
5.3.2 Cadangan Kepada Guru 60
5.3.3 Cadangan Kepada Kementerian 60
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 60
5.5 Penutup 61
BIBLIOGRAFI 62-64
LAMPIRAN A - J 65-82
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Populasi Kajian 24
3.2 Kelasifikasi Terhadap Item Soalan 27
3.3 Pembahagian Tahap Kepuasan 28
4.1 Latar Belakang Responden Berdasarkan Jantina 31
4.2 Latar Belakang Responden Berdasarkan Bangsa 31
4.3 Latar Belakang Berdasarkan Umur 32
4.4 Latarbelakang Berdasarkan Taraf Perkhwinan 32
4.5 Latar Belakang Berdasarkan Kelulusan Atau
Pendidikan Tertinggi 33
4.6 Latar Belakang Responden Berdasarkan
Pengalaman Mengajar 34
4.7 Latarbelakang Berdasarkan Pendapatan Gaji 34
4.8 Maklumbalas Responden Mengenai Kepuasan
Kerja Dari Segi Pentadbir 36
4.9 Maklumbalas Responden Mengenai Kepuasan
Kerja Dari Segi Rakan Sejawat 39
4.10 Maklumbalas Kepuasan Kerja Dari Segi Ganjaran 42
4.11 Maklumbalas Kepuasan Kerja Dari Segi Persekitaran 44
xii
SENARAI SINGKATAN TATANAMA
EPRD - Education Planning And Research Depoartment ( Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan )
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
PPD - Jabatan Pendidikan Daerah
SPSS - Statistical Packages Of Social Science
ATS - Amat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
AS - Amat Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
NO TAJUK MUKA SURAT
A Surat kelulusan bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD ) 65-66
B Surat memohon kebenaran menggunakan
sampel dari Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan 67
C Surat kebenaran bagi menjalankan
kajian dari Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan 68
D Surat pengesahan menjalankan kajian
rintis di Sekolah Kebangsaan Star 69
E Surat pengesahan menjalankan kajian
dari UTM 70
F Surat pengesahan menjalankan kajian
di Sekolah Kebangsaan Bertam 71
G Surat pengesahan menjalankan kajian
di Sekolah Kebangsaan Meranto 72
H Surat pengesahan menjalankan kajian
di Sekolah Kebangsaan Jerek 73
I Surat pengesahan menjalankan kajian
di Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh 74
J Borang soal selidik 75-82
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pada tahun 2020 negara telah berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju.
Adalah menjadi cabaran kepada sistem pendidikan di Malaysia untuk melahirkan
masyarakat saintifik, progresif dan inovatif dalam menghadapi cabaran 2020 tersebut.
Guru ialah golongan profesional yang melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat
tersebut. Bagi melaksanakan tugas ini guru perlu mempunyai kecekapan dan kebolehan
profesional. Menurut pendapat A.W Halpin (dalam: Sahabudin Ibrahim, !988),
kecekapan dan keberkesanan sesuatu organisasi adalah dipengaruhi oleh beberapa
faktor. Faktor-faktor tersebut termasuklah kepuasan bekerja.
Kepuasan bekerja boleh ditingkatkan sekiranya mempunyai dasar-dasar
pentadbiran yang baik. (Meadows,1980), tidak rutin dan tidak terlalu menekan
pekerjaaya (Brooke dan Price,1988). Faktor-faktor lain ialah pekerjaan ,gaji, peluang
kenaikan pangkat, suasana persekitaran, rakan sekerja, suasana persekitaran pengajaran
2
dan pembelajaran serta penyeliaan. Seseorang akan berpuas hati dengan pekerjaannya
sekiranya ia berpuas hati dengan gaji, peluang kenaikan pangkat (Heneman dan rakan,
1988) , mempunyai penyelia yang baik (Maimon dan Ronen,1978) serta mendapat
kerjasama daripada orang dalam pekerjaan (Martin,1981).
Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Ia akan
mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah
pencapaian matlamat kerjaya dan menyambung ke arah pencapaian matlamat kerjaya
dan menyambung ke arah kepentingan organisasi. Justeru itu dalam kontek organisasi,
bentuk keinginan manusia menjadi satu cabaran kepada pihak penyelia dan pentadbiran
yang menjalankan aktiviti pengurusan dalam sesuatu organisasi.
Rasa tidak puas hati terhadap keperluan-keperluan yang disediakan oleh pihak
pengurusan akan menimbulkan sikap negatif dan tidak bertanggungjawab di kalangan
pekerja. Bentuk ketidakpuasan yang demikian dikenali sebagai ‘narticulate’ iaitu
merujuk kepada sikap dan tingkah laku yang tidak dapat dilihat oleh pihak majikan.
Manakala tingkah laku yang dapat dilihat pula seperti mogok, ponteng kerja, kerja tidak
mengikut peraturan, pergaduhan, pemulauan dan sebagainya dikenali sebagai ketidak
puasan dalam bentuk ‘articulate’ (Bellows,1961). Usaha bagi mengurangkan
ketidakpuasan adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan sesuatu organisasi.
Rasional kajian ini memberi tumpuan kepada guru-guru adalah kerana
kurangnya kajian pengkaji-pengkaji tempatan yang seumpamanya dilakukan. Murad
(1972), dalam : Kasim Sathiman, 1996) dalam kajian keciciran menganggapkan guru
sebagai sumber penting dari segi memupuk dorongan dan merealisasikan cita-cita
murid. Oleh kerana ketika di sekolah mereka adalah di bawah pengawasan guru, maka
apa yang dilakukan oleh guru ketika di sekolah dipengaruhi oleh faktor-faktor kepuasan
dan ketidak puasan terhadap kerja mereka. Faktor ini penting dalam mempengaruhi
3
personaliti dan sikap guru. Ia merangkumi sifat kasih sayang, timbang rasa, keramahan
dan saling memahami sehingga dapat melahirkan suatu bentuk hubungan yang harmoni
dengan murid-murid. Jika guru-guru kurang berpuas hati dengan beberapa aspek dalam
pekerjaan mereka, maka sikap mereka terhadap pekerjaan mungkin bersifat negatif.
Maka sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran tidak ceria dan seterusnya boleh
menggagalkan Falsafah Pendidikan Negara.
Kesimpulannya, para pendidik memerlukan jaminan kebajikan daripada
majikannya supaya mereka boleh bekerja dalam keadaan aman, tenang dan gembira.
Oleh kerana guru telah menyerahkan segala tenaga, masa dan hidupnya untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap pekerjaan, maka pihak majikan
wajib pula menjaga kebajikan para pekerja mereka (Mustapa, 1995).
1.1 Latar Belakang Masalah
Perubahan kurikulum dalam negara ini merupakan inovasi dan setiap perubahan
itu akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada guru tersebut samada bersifat positif
atau negatif. Guru adalah pendidik serta ejen pembaharuan dan pembentuk generasi
yang akan datang. Dalam pengajaran dan pembelajaran seharian, guru-guru bukan
sahaja bergantung kepada kemahiran dan kecekapan mereka tetapi faktor kepuasan
kerja akan mendorong setiap guru agar mempunyai sikap yang lebih positif dan
bertanggungjawab.
Cabaran-cabaran guru pada hari ini bergantung kepada objektif pendidikan
negara dan matlamat sesuatu kurikulum. Setiap kali perubahan berlaku maka setiap kali
4
itu juga kewibawaan guru tercabar (Abdul Rauf dan Abdullah dalam Othman 1999).
Perubahan-perubahan inilah yang dapat dilihat pada guru dalam jangka masa panjang
yang mana boleh mengakibatkan tekanan fizikal dan mental serta tingkah laku guru
tersebut.
Menurut Roslina 1996 (dalam Zayadi 1999), terdapat 76.3 peratus guru
dikatakan tidak berpuas hati dengan profesion ini kerana terlalu banyak bebanan kerja
yang harus dipikul. Banyak tugasan luar sekolah dilakukan tanpa bayaran seperti guru
yang terlibat dengan ko-kurikulum, sukan dan kelas tambahan
Menurut Zubaidah Aman Dr. (1998), dalam kajiannya mendapati 41.5 peratus
guru mengakui mereka tidak mendapat kepuasan bekerja dalam profesion itu. Sebanyak
23.9 peratus bercadang untuk meletakkan jawatan manakala 52.8 peratus mahu bersara
awal.
Guru-guru diharapkan untuk menjadi seorang pemimpin, pendidik, kaunselor,
mentor, berbudi bahasa, luas pengetahuan, bijak mengurus dan bestari sedangkan
kebajikan yang seharusnya dikecapi oleh guru tidak diperolehi seperti skim
perkhidmatan, gaji, suasana persekolahan, peluang kenaikan pangkat dan lain-lain lagi
(Berita Harian, 26 Mei 1997)
“Kebajikan guru perlu diberi perhatian”, kementerian sedang mengkaji beban
kerja guru yang dikatakan berat berikutan terpaksa melaksanakan kerja pengkeranian
untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu. (Menteri
Pendidikan : Berita Harian 23 Fabruari 1999 hal : 19)
5
Tugas sebagai seorang guru bukan sekadar di dalam kawasan sekolah tetapi ia
melibatkan segala kegiatan pelajar di luar bilik darjah iaitu termasuklah kegiatan ko-
kurikulum seperti sukan dan permainan, pasukan berunifom dan kegiatan kelab serta
persatuan. Malah ianya menjadi lebih luas lagi sekiranya terlibat dalam kegiatan yang
melibatkan peringkat kawasan, daerah mahupun negeri. Segala khidmat mereka yang
terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung kebanyakannya tidak
mendapat sebarang ganjaran yang setimpal malah lebih menjurus ke arah bidang
sukarela berbanding kakitangan yang lain (Utusan Malaysia, 25 Julai 1997).
Semakin banyak diperkatakan semakin kusut masalah yang dialami oleh para
guru yang melibatkan kepuasan kerja ini. Ia ditambah lagi dengan setiap kali
pencapaian pelajar merosot ia tetap akan dikaitkan dengan guru. Adakah kenyataan ini
benar ? Jika benar adakah ia ada hubungan dengan kepuasan kerja. Persoalan ini sukar
untuk dipastikan, oleh yang demikian dirasakan perlu untuk mengkaji sejauh mana
kedudukan tahap kepuasan bekerja di kalangan guru-guru di negara ini.
1.2 Pernyataan Masalah.
Kepuasan bekerja dapat dilihat sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikan diri
dengan organisasi di mana tempat ia berkerja. Di samping itu faktor kesetiaan dan
komitmen yang ditunjukkan terhadap organisasi serta wujudnya suasana ceria juga
dapat menggambarkan bahawa tahap kepuasan kerja telah dicapai.
Kerjaya dalam bidang pendidikan memerlukan minat yang mendalam serta
komitmen yang tinggi di samping kesungguhan dan dedikasi terhadap tugas yang di
6
pertanggungjawabkan kepada mereka. Perkembangan dan kemampuan dalam kerjaya
ini menjadi cita-cita utama bagi golongan ini. Walau bagaimanapun sejak
kebelakangan ini pelbagai masalah sering ditimbulkan dan menjadi rungutan iaitu
melibatkan kebajikan dan beban tugas. Apakah faktor-faktor ini menunjukkan bahawa
kepuasan bekerja di kalangan mereka semakin berkurang ?.
Dengan ini pengkaji ingin mengkaji pemasalahan guru-guru sekolah rendah
yang mengajar di pendalaman Daerah Gua Musang, Kelantan. Kajian ini adalah untuk
mendapat jawapan bagi faktor-faktor kepuasan bekerja seperti pentadbiran, rakan
sejawat, ganjaran dan persekitaran.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan
1. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru sekolah rendah
di pendalaman Daerah Gua Musang, Kelantan dengan pentadbir.
2. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru sekolah rendah
yang dikaji dengan rakan sejawat.
3. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru sekolah
rendah yang dikaji dengan ganjaran.
4. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru sekolah rendah
yang dikaji dengan persekitaran.
7
1.4 Persoalan kajian
Persoalan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor
yang memberi kepuasan kerja kepada guru-guru sekolah rendah di daerah Pendalaman
Gua Musang, Kelantan. Diantara faktor-faktor yang menjadi persoalan kajian adalah:
1. Adakah pentadbir memberi kepuasan kerja terhadap guru-guru sekolah
rendah di daerah Gua Musang.
2. Adakah rakan sejawat memberi kepuasan kerja kepada guru-guru sekolah
rendah di daerah Gua Musang.
3. Adakah ganjaran memberi kepuasan kerja kepada guru-guru sekolah
rendah di daerah Gua Musang.
4. Adakah persekitaran memberi kepuasan kerja kepada guru-guru sekolah
rendah di daerah Gua Musang.
1.5 Kepentingan Kajian
Produktiviti guru akan meningkat sekiranya guru-guru berupaya meningkat
tahap kepuasan bekerja terhadap pekerjaannya, gaji yang diperoleh, pengaruh rakan
sejawat, peluang kenaikan pangkat dan penyeliaan yang dilakukan ke atas mereka. Oleh
itu kajian kepuasan kerja ini sudah semestinya banyak memberi manafaat kepada pihak
pentadbir sekolah agar sentiasa mewujudkan prestasi kerja yang tinggi di kalangan
pekerja-pekerja di bawah pentadbirannya. Prestasi kerja yang tinggi di kalangan guru-