kepimpinan.doc

16
Kepimpinan K1 Arahanmu dan Lukisanku 60 minit Alatan : Kertas A4, Pensel/pen Objektif: 1. Membentuk kemahiran komunikasi berkesan. 2. Menguasai kemahiran komunikasi dua hala. 3. Mengurangkan salah faham dalam penyampaian mesej. Langkah-langkah: 1. Mentee duduk dalam bulatan. 2. Setiap mentee diberikan dua keping kertas A4. 3. Mentor memberikan arahan kepada mentee untuk melukiskan rajah yang sedia ada. Mentee hanya mendengar arahan dan melukis berdasarkan arahan kefahaman mereka dan tidak dibenarkan bertanya. 4. Selesai melukis, mentee diminta menyimpan hasil lukisan tersebut. 5. Mentor mengulangi langkah 3, tetapi membenarkan mentee bertanya.

Upload: rashidi-hamzah

Post on 01-Oct-2015

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Kepimpinan

K1Arahanmu dan Lukisanku 60 minit Alatan: Kertas A4, Pensel/pen Objektif:

1. Membentuk kemahiran komunikasi berkesan.

2. Menguasai kemahiran komunikasi dua hala.

3. Mengurangkan salah faham dalam penyampaian mesej.Langkah-langkah:

1. Mentee duduk dalam bulatan.

2. Setiap mentee diberikan dua keping kertas A4.

3. Mentor memberikan arahan kepada mentee untuk melukiskan rajah yang sedia ada. Mentee hanya mendengar arahan dan melukis berdasarkan arahan kefahaman mereka dan tidak dibenarkan bertanya.

4. Selesai melukis, mentee diminta menyimpan hasil lukisan tersebut.

5. Mentor mengulangi langkah 3, tetapi membenarkan mentee bertanya.6. Selesai melukis, mentee diminta membandingkan kedua-dua hasil lukisan yang dilukis dengan lukisan asal.7. Mentor membuat rumusan.Pengajaran:

1. Menyampaikan dan menerima mesej secara berkesan perlu dilaksanakan secara terancang.

2. Komunikasi berkesan perlu kepada kaedah penyampaian mesej yang berkesan.

3. Komunikasi lebih berkesan jika berlaku secara dua hala serta menggunakan dua atau lebih pancaindera.K2Kapal Karam 60 minit Alatan:Lampiran K 2Objektif:

1. Mentee mempamerkan sikap yang tegas dalam mempertahankan keputusan.

2. Mentee menunjukkan usaha untuk membuat keputusan yang terbaik.

3. Mentee dapat meyakinkan dan mempengaruhi orang lain dengan keputusannya.

4. Mentee menunjukkan kemahiran memberi dan menerima pendapat/keputusan serta berani menuntut hak tanpa kekerasan.

Langkah-langkah:

1. Mentor membahagikan mentee kepada tiga kumpulan.2. Mentor mengedarkan petikan Kapal Karam kepada mentee.

3. Mentee membaca situasi pada petikan dan berbincang untuk menyelesaikan permasalahan yang diberikan.

4. Beberapa orang mentee diminta secara sukarela membentangkan hasil tugasan mereka.

5. Mentee yang lain boleh menyoal, bertukar pendapat dan pengalaman dengan ahli kumpulan yang lain.Pengajaran :

1. Setiap permasalahan perlu dihadapi dengan cara yang tenang dan rasional.

2. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, justeru satu prosedur umum perlu untuk menyelesaikan sebarang bentuk masalah iaitu: Mengenal pasti masalah yang utama.

Memikirkan cara-cara terbaik mengatasi masalah.

Memilih alternatif yang terbaik.

Bertindak menyelesaikan masalah.

Mempertahankan hak/keputusan yang telah dibuat.

3. Adalah lumrah hidup bagi manusia menghadapi masalah dalam hidupnya. Jangan jadikan masalah sebagai satu halangan untuk bergerak maju dalam hidup.

4. Jadilah orang yang bijak kerana orang yang bijak banyak membuat pertimbangan sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan.

Lampiran K 2

Kapal Karam

Pada satu hari anda menaiki sebuah kapal peranginan yang cantik. Di dalam kapal itu terdapat seorang warga tua yang kaya, seorang kanak-kanak, seorang lelaki buta, seorang peguam, seorang doktor, orang yang alim, dan seorang perempuan yang sangat cantik.

Di tengah perjalanan, anda dikejutkan dengan satu gegaran yang kuat. Anda mendapat tahu kapal itu telah terlanggar sebuah kubah ais yang sangat besar dan kapal itu akan karam.

Terdapat hanya sebuah sampan kecil yang boleh memuatkan tiga penumpang sahaja. Kesemua penumpang merayu-rayu dan menangis supaya mereka diselamatkan. Semua penumpang berjanji akan memberikan sesuatu yang amat bernilai jika mereka diselamatkan.

Sekiranya anda seorang nakhoda,

i. Apakah tindakan anda untuk menyelamatkan diri?

ii. Siapakah yang akan anda selamatkan dahulu?

iii. Kenapakah anda membuat keputusan itu?iv. Adakah anda akan tuntut janji penumpang yang diselamatkan?K3Broken Square60 minitAlatan: Kad-kad broken square, sampul surat

Lampiran K3Objektif:

1. Meningkatkan kepekaan mentee tentang kepentingan, kesesuaian dan keselarasan tanggapan dan tindakan untuk mencapai sesuatu matlamat.

2. Menimbulkan kesedaran mentee tentang keperluan kewujudan rakan yang saling melengkapi.

Langkah-langkah:

1. Setiap mentee diberi sampul surat mengandungi cebisan-cebisan kad (seperti lampiran K1). 2. Mentee diberikan masa selama kira-kira 10 minit untuk menyiapkan tugasan.

3. Setelah sampai waktu yang ditentukan, mentee dikehendaki berhenti, tanpa mengambil kira sama ada tugasan siap atau tidak.

4. Mentee mempamerkan hasil tugasan.

5. Beberapa orang mentee diminta memberi maklum balas dan pembelajaran yang didapati melalui aktiviti ini.

6. Mentor meminta mentee memberi pendapat dan pandangan mengenai faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

Tajuk Perbincangan:

Adakah anda patuh pada arahan?

Apakah perasaan anda semasa melaksanakan tugas ?

Kenapa boleh berjaya/gagal dalam menyiapkan tugasan?

Pengajaran:

Mentor merumus bahawa mentee perlu peka kepada:

1. Sumber dalam persekitaran.

2. Hasilan atau matlamat akhir.

3. Faktor masa- hakikat masa adalah terhad

4. Ketajaman minda mengenal pasti keperluan.

5. Kesediaan berkongsi dan bekerjasama untuk mengatasi kekurangan.

Lampiran K3EDARAN 1

Contoh Kad Broken Square (setiap mentee dibekalkan dengan 2 set broken square)

K4Bersatu Kita Teguh

60 minitAlatan :Wisel

Objektif:

1. Untuk menanamkan semangat kerja berpasukan bagi mencapai satu matlamat.

2. Membina kesepakatan dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Langkah-langkah:

1. Tentukan garisan permulaan dan garisan penamat (lebih kurang 9 meter / 30 kaki).

2. Semua mentee dikehendaki berdiri dalam satu barisan di belakang garisan permulaan.

3. Setiap peserta akan bergerak seorang demi seorang dari garisan permulaan ke garisan penamat dengan gaya yang unik dan tersendiri. Contohnya berjalan dengan kaki sebelah sahaja, berjalan seperti aksi penguin dan sebagainya. Gaya tersebut tidak boleh diulang semula oleh peserta berikutnya. Apabila melepasi garisan penamat, kembali semula di belakang peserta yang terakhir.

4. Selepas semua peserta menyempurnakannya secara individu, proses yang sama akan diulang lagi dengan memilih salah satu daripada gaya berjalan antara mereka secara berpasangan, bertiga dan akhirnya semua ahli setiap kumpulan memilih cara bagaimana menuju ke garisan penamat.5. Mentor dan mentee membincangkan pengajaran aktiviti ini.Pengajaran:

1. Mentee menjurus kepada kreativiti yang ada pada mereka.

2. Mentee akan memainkan pelbagai peranan dalam pasukan mereka dan tidak terlalu terikat pada bidang tugas yang ada padanya sahaja.

3. Kerja berpasukan lebih baik hasilnya berbanding kerja perseorangan.4. Melakukan secara berkumpulan lebih menyeronokkan.

K5Bulatan Kerusi Manusia60 minitAlatan :Jam Randik (stopwatch)

Objektif:

1. Untuk menyerlahkan semangat berpasukan mentee

2. Untuk saling percaya dalam menjalinkan hubungan kemanusiaan di tempat kerja

Langkah-langkah:

1. Semua mentee membentuk satu bulatan yang besar dan berdiri seberapa rapat yang boleh. Asingkan kumpulan mentee lelaki dan perempuan.2. Mentor mengarahkan semua mentee dalam bulatan itu berpaling ke kanan. Seterusnya rapatkan kedudukan dengan rakan-rakan di sebelah menyebelah. 3. Setiap mentee dikehendaki menyediakan kerusi untuk rakan mereka yang berada di depan mereka dengan menggunakan kaki bahagian lutut sebagai kerusi. Setiap mentee akan mempunyai sebuah kerusi yang disediakan oleh rakan-rakan mereka.

4. Mentor memberi arahan supaya duduk atas kerusi manusia itu dan terus bertahan sehingga tutor memberikan arahan berhenti. Ambil masa mungkin 10 15 minit. Lebih lama mereka boleh bertahan lebih baik lagi, untuk menguji kesetiaan dan daya tahan individu dan pasukan.

Pengajaran:

1. Memberi kesedaran tentang kepentingan sumbangan setiap mentee dalam pembentukan bulatan kerusi manusia.

2. Pembentukan pasukan adalah suatu perkara yang mencabar kesabaranK6Membina Objek60 minitAlatan: Kertas surat khabar, masking tape, jam randik (stopwatch)

Objektif:

1. Mengenali potensi setiap ahli dalam pasukan.

2. Mengenal pasti sumbangan ahli bagi memastikan objek yang dihasilkan berkualiti tinggi.

3. Menjana semangat bekerjasama berkumpulan untuk menghasilkan satu produk berkualiti.

Langkah-langkah:

1. Mentee diminta menggunakan keratan akhbar lama dan membentuk komponen anggota badan objek yang diilhamkan oleh Mentor. Sebagai contohnya Mentor mengarahkan mentee menyediakan objek harimau.

2. Setiap mentee dalam kumpulan diminta menyediakan komponen tertentu objek tersebut. Contohnya kepala harimau, kaki, ekor telinga, mulut, taring, kening misai dan sebagainya. Mentee 3. Seterusnya Mentee diminta untuk mencantumkan komponen menjadi objek lengkap dalam masa yang ditetapkan.

4. Jika berkesempatan, pensyarah pendidikan seni di untuk membuat ulasan/komen terhadap produk yang telah dihasilkan.

Pengajaran:

1. Mengkagumi kekuasaan Allah tentang anugerah yang diberikan kepada manusia.

2. Memberi kesedaran tentang kepentingan sumbangan setiap mentee dalam penghasilan suatu produk

3. Setiap mentee mempunyai tanggungjawab yang berat dan perlu komited dalam menjayakannya.K7Bom! Bom! Bom!

60 minitAlatan: Muzik latar yang bersesuaian (jika perlu)Objektif:

1. Membina kejelekitan kumpulan.

2. Menyedari dan peka kepada ancaman.

3. Membina unsur bersatu dalam semua situasi.

Langkah-langkah:

1. Ahli dibahagi kepada 4 kumpulan kecil dan namakan kumpulan.

Contoh:

Kumpulan Cini Bom, Bera Bom, Kenyir Bom, Banding Bom.

2. Ahli kumpulan diminta menyebut nama kumpulan sendiri tiga kali dan mengebom mana-mana kumpulan lawan.

Contoh: Cini Bom!, Cini Bom! Cini Bom! Ke Bera Bom!

(Sambil menunjukkan ke arah kumpulan Bera)

3. Kumpulan Bera perlu menyebut dan membalas kembali dengan menyebut Bera Bom!, Bera Bom! Bera Bom!

dan memberi pula kepada kumpulan lain

Contoh:

Kenyir Bom! Jika gagal menyebut bom yang diberi oleh orang lain, kumpulan tersebut diisytihar kalah.

4. Aktiviti bom diteruskan sehingga jelas kumpulan yang menang dan kumpulan yang kalah.

5. Mentor membuat rumusan melalui komen yang diberi oleh kumpulan yang kalah dan menang.

Pengajaran:

1. Peka kepada persekitaran.

2. Perpaduan teras kejayaan pasukan

3. Bersatu teguh, bercerai roboh.

K8Siapa Hebat

60 minitAlatan: TiadaObjektif:1. Menimbulkan semangat berpasukan.

2. Mengesan potensi setiap ahli.

Langkah-langkah:

1. Mentee berada dalam kumpulan berempat/ berlima.

2. Setiap kumpulan memberi nama kumpulan serta melantik ketua dan pencatat.

3. Mentor bertindak sebagai panel hakim memilih juara bagi setiap kategori pertandingan Siapa Hebat.

4. Pertandingan Siapa hebat meminta kumpulan menghantar ahli mereka yang menepati kategori. Contoh:

Kategori 1 - Penumbuknya paling besarKategori 2- Mata paling besar

Kategori 3 Suara paling lembut

5. Mentor mengumumkan kumpulan yang menjadi juara.

6. Mentor mengajak ahli menceritakan pengalaman dan perasaan melalui aktiviti yang dijalankan.

Pengajaran:

1. Pentingnya mengenal potensi ahli dalam kumpulan.

2. Setiap orang harus menerima diri masing-masing seadanya.

3. Menghormati dan menghargai potensi orang lain.

K9 Semangat Berpasukan 60 minitAlatan: Kad Manila / kertas lukisan / kertas mahjung

(3 keping untuk satu kumpulan), pen marker, paku tekan dan masking tape.

Objektif:

1. Membina dan memupuk semangat kerjasama dalam kerja berpasukan.

2. Merancang pembahagian tugas dan tanggungjawab secara adil dan saksama.

3. Bersedia menerima dan mempertimbangkan semua pandangan dan pendapat.

Langkah-langkah:

1. Mentor mengedarkan arahan dan meminta setiap kumpulan berbincang dan melaksanakan tugasan yang diberi (3 kumpulan kecil)

Arahan:

Selaku Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar institut, anda telah diberi peruntukan wang sebanyak RM3,000.00 untuk satu program meningkatkan profesionalisme guru-guru pelatih. Sediakan satu perancangan lengkap bagi menjayakan program tersebut.

2. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk merancang dan menghasilkan perancangan program tersebut di atas kertas yang dibekalkan tadi.

3. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan perancangan program masing-masing.

4. Kumpulan lain dikehendaki memberi komen kekuatan dan kelemahan perancangan berkumpulan.

5. Kumpulan yang membentangkan hasilan perlu mempertahankan program itu secara berkumpulan.Pengajaran:

1. Kerjasama, sumbangan dan semangat ahli dalam kumpulan sangat penting semasa merancang dan membentangkan projek. 2. Nilai dalam kumpulan kemampuan mengagihkan tugas, memimpin, bertolak ansur dan semangat bekerjasama ahli kumpulan dalam masa yang singkat.3. Boleh menerima kritikan dan tidak hanya melihat kelemahan-kelemahan lain.

K10Aku Seorang Pemimpin (tukar dari tajuk asal)60 minit

Alatan:TiadaObjektif:

1. Mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan yang baik

2. Menyenaraikan ciri-ciri kepimpinan yang berkesan

Langkah-langkah:

1. Mentor menugaskan seorang mentee untuk memberi ceramah secara spontan bertajuk Ciri-ciri kepimpinan.2. Isi-isi penting:

Pemimpin mesti mempunyai pengikut

Pemimpin melibatkan kuasa

Kuasa Sah

Kuasa Pakar

Kuasa Ganjaran

Kuasa Rujukan3. Mentor dan mentee membincangkan isi-isi penting yang telah disampaikan oleh penceramah. Mentee boleh menambah ciri-ciri kepimpinan yang lain. Pengajaran:

1. Kepimpinan sebagai satu aset yang mesti dimiliki oleh semua pendidik.