kepimpinan rasulullah

8
KEPIMPINAN RASULULLAH Oleh : Shairozi Hashim

Upload: javen

Post on 24-Feb-2016

51 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

KEPIMPINAN RASULULLAH . Oleh : Shairozi Hashim. Pengenalan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KEPIMPINAN RASULULLAH

KEPIMPINAN RASULULLAH

Oleh : Shairozi Hashim

Page 2: KEPIMPINAN RASULULLAH

Pengenalan Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang

disampaikan kepadanya wahyu Allah untuk amalan dirinya sahaja. Seorang Rasul pula ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah kepadanya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang lain

Seorang negarawan atau pimpinan pulah dapat diertikan sebagai seorang ketua, ahli politik dan pentadbir yang cekap, yang berjaya membuat polisi pemerintahan dan pentadbiran yang baik, dan dapat pula membuat kejayaan yang banyak kepada negaranya di samping memberikan kemakmuran dan kesenangan kepada rakyatnya.

Page 3: KEPIMPINAN RASULULLAH

Muhammad SAW Sebagai Nabi dan Rasul

Berakhlak mengikut ajaran dalam al-Quran

Nabi menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutamanya tentang aspek akidah.

Aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah.

Page 4: KEPIMPINAN RASULULLAH

Kepimpinan Rasulullah Sebagai Pemimpin Masyarakat

Menamatkan permusuhan tradisi di antara Suku Aus dan Suku Khazraj. Kedua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar. Setelah itu, golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang-orang Quraisy yang datang dari Mekah. Dengan kejayaan ini, baginda merupakan tokoh yang pertama yang menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan kukuh.

Sebagai Pemimpin Politik Menyelesaikan Masalah Perpindahan Hajar al-Aswad ke

Tempat Asal Membentuk Piagam Madinah Mengadakan Perjanjian Hudaibiah Mengadakan Hubungan Diplomatik

Page 5: KEPIMPINAN RASULULLAH

Sambungan…… Sebagai Perancang Ekonomi

Nabi Muhammad telah memperkenalkan ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja teras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.

Baginda telah membangunkan ekonomi orang Islam: tanah tergadai kepada kaum Yahudi ditebus balik dan dikerjakan; tanah terbiar diusahakan semula.

 Sebagai Pemimpin Ketenteraan Asas kepimpinan baginda ialah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang

mulia Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar tertentu semasa perang

seperti: (a) tidak memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak serta wanita; (b) tidak memusnahkan harta benda.

Baginda turut mengamalkan sifat amanah - melaksanakan amanah Allah dan juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tenter untuk mencapai kegemilangan.

Baginda bersifat adil - harta rampasan dibahagi sama rata kepada tentera yang menyertai peperangan dan tidak menceroboh pihak lawan seperti mengejar musuh yang sudah lari dari medan peperangan

Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi.

Page 6: KEPIMPINAN RASULULLAH

Ciri Kepimpinan Rasulullah SAW Bertanggungjawab

Rasulullah saw merupakan seorang pemimpin yang sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugaan baginda samada sebagai utusan Alllah, pemimpin masyarakat, ketua keluarga dan sahabat kepada kenalannya. Setiap tindakan yang diambil adalah berdasarkan wahyu atau perintah Allah. Baginda tidak mengikut gerak hati dalam membuat keutusan untuk satu-satu perkara

Jujur dan bijaksana Kejujuran baginda membawa kepada gelaran al-Amin oleh masyarakat

Makkah yang bermaksud yang dipercayai. Sebagai seorang yang bijaksana juga, baginda banyak menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat terutama yang melibatkan isu perkauman. Contohnya, peristiwa peletakan Hajarul Aswad kembali ke tempat asalnya selepas kejadian banjir. Selesainya masalah tersebut, pertelingkahan antara kaum juga dapat dielakkan.

Adil keadilan yang diamalkan baginda terserlah apabila baginda mengatakan

bahawa baginda sanggup menghukum anaknya Fatimah dengan hukum hudud sekiranya beliau melakukan maksiat

Page 7: KEPIMPINAN RASULULLAH

Sambungan…… Berfikiran jauh

Rasulullah saw tidak sahaja menyebarkannya di Makkah dan Madinah. Malah, baginda telah menyebarkannya ke Habsyah(Ethiopia) dan Thaif.

Bekerja secara kolektif Rasulullah merupakan contoh terbaik seorang yang sangat mementingkan

melakukan sesuatu secara bejemaah. Sewaktu berhijrah ke Madinah, Ali dipeintahkan untuk menggantikan tampat tidur baginda.Abu Bakar as-siddiq ditugaskan menemani baginda berhijrah ke Madinah dan sama-sama bersembinyi di Gua Thur. Asma’ binti Abu Bakar pula ditugaskan untuk membawa makanan kepada baginda dan Abu Bakar di Gua Thur.Abdulah bin Abu Bakar berperanan menyampaikan maklumat kepada baginda. Tidak lupa juga Amir bin Fuhairah yang menjadikan haiwan ternakannya sebagai fungsi untuk menghilangkan kesan jejak Rasulullah saw dan Abu Bakar.

Terbuka dalam menentukan keputusan Sikap baginda yang mengutamakn mesyuarat dalam setiap kkeputusan

adalah antara resipi kejayaan kepimpinannya. Baginda bukan jenis pemimpin yang melakukan sesuatu mengikut keputuan sendiri sebaliknya sentiasa meminta pendapat daripada pengikutnya. Bagi sesetengah hal pula, orang-orang yang berkepakaran(ahli) dalam bidang-bidang tertentu diberi keutamaan untuk menentukan apa yang patut dilakukan.

Page 8: KEPIMPINAN RASULULLAH

Sambungan…….. Tegas dan tetap pendirian

Dalam satu peristiwa sewaktu kafir Quraisy sudah buntu untuk melemahkan usaha dakwah baginda melalui penyeksaan fizikal, mereka memberi pelbagai tawaran kepada Rasulullah saw dengan syarat baginda mesti berhenti berdakwah seperti harta yang banyak dan wanita-wanita yang cantik. Namun, ketika itulah berlakunya peristiwa yaitu Rasulullah menegaskan : "Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiri ku, aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ianya dimenangkan oleh Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya“

Mesra rakyat Ini terbukti dalam perang Khandak di mana baginda bersama-sama

para sahabat menggali parit yang besar bagi memerangkap musuh. Baginda juga turut serta dalam pelbagai peperangan bersama para sahabat dan bukan hanya menjadi orang yangmemrintah sahaja malah sebagai ketua panglima angkatan tentera Islam

Pengorbanan Pengorbanan yng dilakukan oleh Rasulullah saw tidak terhingga

banyaknya samada dari segi nyawa,harta,keluarga dan sebagainya