kepimpinan instruksional pengetua dengan · pdf fileperatus 52.9 iaitu 5.8 peratus lebih...

8
E-JOURNAL OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017 E-Journal Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017. (e-ISSN: 2462-2532). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home 11 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN GURU Fazleen Mohamad, Norazlinda Saad & Surendran Sankaran Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia [email protected], [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan instruktional pengetua dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperoleh daripada kaedah soal selidik yang menggunakan skala Likert lima mata. Seramai 70 orang guru sekolah menengah agama telah dipilih untuk kajian ini dengan menggunakan persampelan rawak. Alat ukur Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) yang mengaundungi 84 digunakan untuk mengukur amalan kepimpinan Guru Besar. Dalam kajian rintis beberapa aspek penyesuaian item telah dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alfa yang hampir sama dengan nilai asal (0.92). mudah. Data diproses menggunakan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Pekali Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan Kepimpinan Intruksional Pengetua sekolah menengah agama berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan terhadap kepimpinan instruktional dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Berdasarkan kepada hasil kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi amalan kepimpinan instruktional pengetua dan kepuasan kerja. Kata kunci: Kepimpinan Instruktional, Pengetua, Kepuasan Kerja.. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Pengetua pada hari ini bukan hanya menjalankan tugas-tugas pentadbiran semata-mata malah mereka juga berperanan untuk membantu merealisasikan matlamat pendidikan dalam mencapai gagasan 2020 yang menuntut berlakunya perubahan demi perubahan dalam sektor pendidikan (Shahril, 2001). Menurut Powell, Ferrar dan Cohen (1985) dan Etzioni (1998), penyelidikan yang dijalankan sebelum ini mendapati mutu kepimpinan seseorang pengetua dapat menentukan keberhasilan sesebuah organisasi sekolah. Ini membuktikan bahawa setiap pentadbir sekolah perlu menyedari tentang gaya kepimpinan yang bersesuaian adalah amat diperlukan untuk memastikan perjalanan sesebuah organisasi berjalan lancar dan mereka juga perlu bersedia menghadapi sebarang cabaran terhadap organisasi di bawah pimpinan mereka pada masa ini dan masa depan (Sapora Sipon & Justina Esther Gubud, 2004). Kajian yang dijalankan oleh Elangkumaran Devarajoo (2012) berkenaan dengan hubungan di antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan komitmen kerja dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di daerah Tanjung Karang. Kajian beliau mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran ataupun intruksional ini dengan kepuasan kerja guru- guru di sekolah SK, SKJC dan SKJT di Tanjung Karang. Selain itu, menurut Ramaiah, (1992) masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan sekolah dalam jangka masa yang panjang adalah dari segi kurangnya peranan serta fungsi

Upload: tranmien

Post on 25-Feb-2018

272 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN · PDF fileperatus 52.9 iaitu 5.8 peratus lebih tinggi daripada responden perempuan. ... Ukuran untuk menentukan darjah perkaitan ialah pekali

E-JOURNAL OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

E-Journal Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.

(e-ISSN: 2462-2532). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.

Organized by http://worldconferences.net/home

11

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN

KERJA DALAM KALANGAN GURU

Fazleen Mohamad, Norazlinda Saad & Surendran Sankaran

Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden

Universiti Utara Malaysia

[email protected], [email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan instruktional pengetua dengan

kepuasan kerja dalam kalangan guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperoleh

daripada kaedah soal selidik yang menggunakan skala Likert lima mata. Seramai 70 orang guru

sekolah menengah agama telah dipilih untuk kajian ini dengan menggunakan persampelan rawak. Alat

ukur Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) yang mengaundungi 84 digunakan

untuk mengukur amalan kepimpinan Guru Besar. Dalam kajian rintis beberapa aspek penyesuaian item

telah dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alfa yang hampir sama dengan nilai asal (0.92).

mudah. Data diproses menggunakan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan

piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Pekali Korelasi

Pearson. Dapatan menunjukkan Kepimpinan Intruksional Pengetua sekolah menengah agama berada

pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan terhadap

kepimpinan instruktional dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Berdasarkan kepada hasil

kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi amalan

kepimpinan instruktional pengetua dan kepuasan kerja.

Kata kunci: Kepimpinan Instruktional, Pengetua, Kepuasan Kerja..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Pengetua pada hari ini bukan hanya menjalankan tugas-tugas pentadbiran semata-mata malah mereka

juga berperanan untuk membantu merealisasikan matlamat pendidikan dalam mencapai gagasan 2020

yang menuntut berlakunya perubahan demi perubahan dalam sektor pendidikan (Shahril, 2001).

Menurut Powell, Ferrar dan Cohen (1985) dan Etzioni (1998), penyelidikan yang dijalankan sebelum

ini mendapati mutu kepimpinan seseorang pengetua dapat menentukan keberhasilan sesebuah

organisasi sekolah. Ini membuktikan bahawa setiap pentadbir sekolah perlu menyedari tentang gaya

kepimpinan yang bersesuaian adalah amat diperlukan untuk memastikan perjalanan sesebuah organisasi

berjalan lancar dan mereka juga perlu bersedia menghadapi sebarang cabaran terhadap organisasi di

bawah pimpinan mereka pada masa ini dan masa depan (Sapora Sipon & Justina Esther Gubud, 2004).

Kajian yang dijalankan oleh Elangkumaran Devarajoo (2012) berkenaan dengan hubungan di antara

kepimpinan pengajaran guru besar dengan komitmen kerja dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di

daerah Tanjung Karang. Kajian beliau mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan

pengajaran ataupun intruksional ini dengan kepuasan kerja guru- guru di sekolah SK, SKJC dan SKJT

di Tanjung Karang. Selain itu, menurut Ramaiah, (1992) masalah utama yang dihadapi oleh

kebanyakkan sekolah dalam jangka masa yang panjang adalah dari segi kurangnya peranan serta fungsi

Page 2: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN · PDF fileperatus 52.9 iaitu 5.8 peratus lebih tinggi daripada responden perempuan. ... Ukuran untuk menentukan darjah perkaitan ialah pekali

E-JOURNAL OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

E-Journal Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.

(e-ISSN: 2462-2532). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.

Organized by http://worldconferences.net/home

12

kepimpinan instruksional daripada pengetua yang menghalang sekolah itu berubah ke tahap yang lebih

cemerlang. Ini dapat ditentukan berdasarkan dimensi pengtakrifan misi dan matlamat sekolah.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pengetua dapat menjelaskan pengtakrifan misi

dan matlamat sekolah menengah agama kepada guru di bawah pimpinan mereka. Dapatan daripada

kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji untuk menilai sama ada para pengetua menjelaskan

matlamat dan misi sekolah yang telah ditetapkan kepada guru di bawah pimpinan mereka.

1.1 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional pengetua.

2. Mengenal pasti hubungan antara kepimpinan instruksional dengan kepuasan kerja.

2. Tinjaun Literatur

2.1 Kepimpinan Instruksional Pengetua

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut menekankan peranan pemimpin sekolah sebagai

pemimpin instruksional dalam mengurus perubahan di sekolah dan menyediakan pelajar ke arah

Wawasan 2020. Pemimpin instruksional adalah individu yang bertanggungjawab dalam menganjur,

membangun dan memastikan sikap positif terhadap perubahan di sekolah (Kursunoglu & Tanriogen

2009). Ini bermaksud bahawa gaya kepimpinan yang diamalkan seseorang pengetua itu akan dapat

mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan guru di bawah seliaannya dan seterusnya akan dapat

melahirkan sebuah organisasi atau sekolah yang cemerlang.

2.2 Teori Kepimpinan Instruksional

Kepimpinan Instruksional merujuk kepada satu pendekatan kepimpinan yang memberi penekanan

kepada tingkah laku guru-guru dalam aktiviti yang secara langsung memberi kesan kepada

perkembangan para pelajar. Menurut Leithwood, Jantzi dan Steinbach, (1999). Peranan utama

kepimpinan sekolah adalah sebagai pemimpin instruksional yang memastikan guru mengajar dan

pelajar belajar secara berkesan. Oleh kerana itu pemimpin instruksional perlu menguasai kemahiran-

kemahiran merancang, mengelola, memimpin dan mengawal kurikulum. Pemimpin instruksional perlu

menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan keperibadian tinggi pelajarnya selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.3 Kepimpinan Instruktional Pengetua

Lokman Mohd Tahir, M. Al Muzammila dan Mislina Salleh (2011) telah menjalankan kajian untuk

menilai amalan kepimpinan pengajaran serta strategi politik yang dipraktikkan oleh Pengetua

Cemerlang (PC) dalam memimpin guru. Kajian ini mendapati bahawa Pengetua Cemerlang telah pun

melaksanakan semua 11 fungsi yang terdapat dalam kepimpinan pengajaran dan amalan yang paling

kerap dilaksanakan merupakan amalan yang terdapat dalam fungsi penetapan dan penguatkuasaan dasar

atau standard kurikulum. Manakala, aspek yang dinilai oleh guru sebagai perkara yang kurang diberi

keutamaan oleh PC ini ialah fungsi memberi sokongan dalam aktiviti pengajaran dan fungsi mencerap

dan menilai pengajaran.

2.4 Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru

Dapatan kajian Raziah Mansor dan Ahmad Esa (2009) menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap

gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi pada ketiga-tiga gaya iaitu demokratik, autokratik

Page 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN · PDF fileperatus 52.9 iaitu 5.8 peratus lebih tinggi daripada responden perempuan. ... Ukuran untuk menentukan darjah perkaitan ialah pekali

E-JOURNAL OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

E-Journal Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.

(e-ISSN: 2462-2532). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.

Organized by http://worldconferences.net/home

13

dan laissez faire. Bagi tahap kepuasan kerja guru pula berada pada tahap yang tinggi iaitu nilai min

3.705. Shahrin dan Saraswathi (2008) telah menjalankan yang bertujuan untuk meninjau tahap kepuasan

kerja dalam kalangan guru sekolah Tamil. Hasil kajian didapati bahawa tahap kepuasan kerja bagi guru-

guru dari Sekolah Tamil Daerah Kulai adalah pada tahap sederhana tinggi.

3. Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan kaedah kuantitatif. Populasi bagi kajian

yang dijalankan ini meliputi guru sekolah menengah agama seramai 85 orang (YIK, 2015). Saiz sampel

yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (197) adalah 70 orang apabila jumlah populasi adalah

seramai 85 orang. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah. Pengkaji

menggunakan satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian untuk mengumpul data

responden (Jadual 1).

Jadual 1: Pembahagian soalan soal selidik

Variabel Sumber Bilangan

item

Demografi 4

Kepimpinan Instruksional Pengetua PIMRS (Hallinger & Murphy, 1987) 44

Pentakrifan misi dan matlamat sekolah

Pengurusan program pengajaran

Pemupukan iklim P&P

Kepuasan Kerja Guru Prick (1989) & Abd Main (1983) 16

Berpandukan nilai ‘alpha cronbach’ bagi keseluruhan 60 item yang dinilai menunjukkan

kebolehpercayaan ialah 0.92. Soalan-soalan telah dikodkan mengikut kesesuaian untuk membolehkan

proses menganalisis data menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS). Pengkaji memilih

menggunakan statistik deskriptif untuk menjawab persoalan kajian pertama dan inferensi bagi

menjawab soalan kajian yang kedua.

4. Dapatan Kajian

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus(%)

Lelaki 37 52.9

Perempuan 33 47.1

Jumlah 70 100.0

Jadual 2 menunjukkan bahawa seramai 37 orang atau 52.9 peratus responden adalah terdiri daripada

kalangan guru lelaki sementara 33 orang atau 47.1 peratus adalah terdiri daripada guru perempuan. Data

yang diperolehi ini menujukkan majoritinya adalah diperolehi daripada responden lelaki dengan jumlah

peratus 52.9 iaitu 5.8 peratus lebih tinggi daripada responden perempuan.

4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Page 4: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN · PDF fileperatus 52.9 iaitu 5.8 peratus lebih tinggi daripada responden perempuan. ... Ukuran untuk menentukan darjah perkaitan ialah pekali

E-JOURNAL OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

E-Journal Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.

(e-ISSN: 2462-2532). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.

Organized by http://worldconferences.net/home

14

Jadual 3:Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Tempoh perkhidmatan Bilangan Peratus (%)

3 tahun dan kebawah 12 17.1

4-9 tahun 15 21.4

10-15 tahun 20 28.6

16-20 tahun 10 14.3

21 tahun dan ke atas 13 18.6

Jumlah 70 100.0

Jadual 3 pula menunjukkan taburan responden mengikut pengalaman. Tempoh pengalaman 10 – 15

tahun adalah paling tinggi iaitu seramai 20 orang atau 28.6 peratus. Sementara bagi tempoh 16 – 20

tahun pengalaman adalah yang paling rendah iaitu seramai 10 orang atau 14.3 peratus.

4.3 Tahap Kepimpinan Instruksional Pengetua

Jadual 4: Jadual Markat Persepsi Purata

Pekali Min Kekuatan

1.00 -1.80 Sangat rendah

1.81 – 2.60 Rendah

2.61 – 3.40 Sederhana

3.41 – 4.20 Tinggi

4.21 – 5.00 Sangat tinggi

Alat ukur bagi menentukan tahap kekuatan min pengamalan kepimpinan instruksional adalah

berdasarkan Jadual Markat Persepsi yang digunakan oleh penyelidik Yoong Suan (2004) seperti dalam

jadual 4.

Jadual 5: Jadual Tahap Kepimpinan Instruksional yang diamalkan oleh Pengetua

Dimensi Min Sisihan piawai Tahap

Kepimpinan instruksional 3.54 .582 Tinggi

Jadual 5 menunjukkan tahap kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh pengetua. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa gaya kepimpinan instruksional memang diamalkan di sekolah-sekolah ini

berdasarkan nilai min keseluruhan yang tinggi iaitu 3.54 (SP.582).

4.4. Hubungan Antara Kepimpinan Instruksional Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Dalam

Kalangan Guru

Penyelidikan korelasi adalah kajian berkaitan tentang hubungan linear antara dua pemboleh ubah.

Ukuran untuk menentukan darjah perkaitan ialah pekali korelasi. Pekali korelasi menurut Fauzi Hussin,

Jamal Ali dan Mohd Saifoul Zamzuri Noor (2014) dalam bukunya bertajuk Kaedah Penyelidikan dan

Analisis Data SPSS adalah seperti di bawah berikut :

Page 5: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN · PDF fileperatus 52.9 iaitu 5.8 peratus lebih tinggi daripada responden perempuan. ... Ukuran untuk menentukan darjah perkaitan ialah pekali

E-JOURNAL OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

E-Journal Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.

(e-ISSN: 2462-2532). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.

Organized by http://worldconferences.net/home

15

Jadual 6: Jadual Nilai Pekali Korelasi

Nilai Korelasi Hubungan

.80 dan 1.0 Sangat Kuat

.6 dan .8 Kuat

.4 dan .6 Sederhana

.2 dan .4 Lemah

.0 dan .2 Sangat Lemah

Jadual 7: Hubungan Antara Kepimpinan Instruksional Pengetua dengan Kepuasan Kerja dalam

Kalangan Guru

Kepuasan kerja

(r)

Kepimpinan Instruksional Pengetua .728**

Signifikan pada aras 0.01

Jadual 7 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kepimpinan

instruksional pengetua dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Hal ini membuktikan bahawa

daripada data yang diperolehi didapati gaya kepimpinan instruksional mempunyai hubungan yang kuat

(r = .728, p < 0.01) dan signifikan (p=0.000 <.005) dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru.

Hubungan ini mempunyai nilai yang positif dan signifikan Ini bermaksud apabila gaya kepimpinan

instruksional ini semakin banyak diamalkan oleh pengetua, maka kemungkinan untuk guru- guru

mendapat kepuasan kerja yang lebih adalah sangat kuat.

5. Perbincangan Kajian dan Kesimpulan

5.1 Tahap Kepimpinan Instruksional Pengetua

Min Tahap Kepimpinan Instruksional Pengetua yang tinggi menjelaskan bahawa memang terdapat

amalan kepimpinan intruksional pengetua di sekolah menengah agama. Dapatan kajian ini juga adalah

bertepatan dengan kajian daripada Latip Muhammad (2007) iaitu penjelasan matllamat mempunyai

fungsi yang paling dominan dilaksanakan oleh pengetua. Dapatan ini juga bertepatan dengan kajian

Hallinger (2000) yang menyatakan elemen menetapkan matlamat yang jelas dapat membantu pengetua

membawa hala tuju sekolah untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran. Dapatan yang diperolehi

ini juga telah menyangkal dakwaan yang diberikan oleh Ramaiah (1992) yang menyatakan masalah

utama yang dihadapi oleh sekolah dalam jangka masa panjang adalah kerana kurangnya fungsi

kepimpinan instruktional daripada pengetua yang menghalang sekolah berubah ke tahap yang lebih

cemerlang. Kenyataan ini merujuk kepada pengtakrifan misi dan matlamat sekolah yang biasanya

dibuat oleh pengetua untuk jangka masa yang panjang.

Hal ini berlaku mungkin kerana kurangnya pendedahan berkenaan dengan kepimpinan instruktional

amnya dan elemen pengtakrifan misi dan matlamat sekolah khusunya oleh pengetua kepada guru- guru

dibawah pimpinan mereka pada suatu ketika dahulu yang menjadi penghalang kepada kecemerlangan

sekolah untuk jangka masa panjang. Berbanding dengan masa sekarang, pengetua dilihat mampu

memberi pengtakrifan misi dan matlamat sekolah dengan jelas kepada guru- guru di bawah

Page 6: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN · PDF fileperatus 52.9 iaitu 5.8 peratus lebih tinggi daripada responden perempuan. ... Ukuran untuk menentukan darjah perkaitan ialah pekali

E-JOURNAL OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

E-Journal Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.

(e-ISSN: 2462-2532). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.

Organized by http://worldconferences.net/home

16

pimpinannya yang dapat membantu sekolah mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa akan

datang.

5.2 Hubungan antara Kepimpinan Instruksional Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru

Kajian ini menunjukkan kepimpinan intruktional pengetua mempunyai hubungan signifikan dengan

kepuasan kerja. Dapatan juga menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional pengetua mempunyai

hubungan yang positif dan kuat terhadap kepuasan kerja dalam kalangan guru. Menurut Bennett et al

(2003) apa yang membezakan antara pengetua cemerlangdan tidak dapat dinilai melalui bagaimana

beliau mendefinikan misi dan matlamat dan berusaha untuk mencapainya. Tindakan atau strategi yang

dilaksanakan oleh pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan ini ialah merangka matlamat dan

memperjelaskan matlamat kepada semua kakitangan bawahannya dan juga para pelajar dan berusaha

untuk mencapainya.Dapatan ini juga adalah selari dengan dapatan yang diperoleh oleh Elangkumaran

Devarajoo (2010). Hal ini membuktikan bahawa sekiranya pengetua mengamalkan kepimpinan

instruksional ini maka secara tidak langsung kepuasan kerja dalam kalangan guru juga turut dapat

ditingkatkan.

Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa Pemimpin mampu memberi memberikan penjelasan dan

menetapkan misi dan matlamat kepada guru- guru dalam menentukan hala tuju organisasi. Dalam hal

ini seseorang pemimpin juga mampu untuk meningkatkan kepuasan kerja kepada orang-orang di bawah

pimpinan beliau. Sikap pemimpin yang baik akan mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan

pekerja mereka.

5.3 Implikasi Kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional mempunyai hubungan yang signifikan

dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Oleh yang demikian, kualiti kepimpinan di sekolah-

sekolah perlu ditingkatkan memandangkan kepimpinan seseorang pengetua sangat penting kerana ia

dapat mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan guru. Maka, gaya kepimpinan instruksional ini

amat baik diamalkan oleh para pengetua bagi memastikan kepuasan kerja dalam kalangan guru dapat

ditingkatkan dan seterusnya dapat meningkatkan juga prestasi para pelajar dan kecemerlangan sekolah

di bawah pimpinannya.

Hasil dapatan ini juga diharap dapat memberikan implikasi kepada Yayasan Islam Kelantan khusunya

seperti Yayasan Islam Kelantan bolehlah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat

Pendidikan Daerah, Institut Aminuddin Baki (IAB) bagi menyediakan kursus-kursus yang berkaitan

dengan kepimpinan instruktional untuk diberikan kepada pengetua-pengetua dan juga bakal-bakal

pengetua bagi memastikan para pengetua mengetahui cara menjalankan pentadbiran dengan

mengaplikasikan gaya kepimpinan instruktional dengan baik.

Pihak yang berkenaan seperti Yayasan Islam Kelantan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),

Jabatan Pendidikan Negeri (PPD) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hendaklah sentiasa membuat

pemantauan untuk memastikan kepimpinan pengetua sekolah bergerak ke arah yang lebih positif.

Pengetua yang berjaya akan dapat mewujudkan suasana sekolah yang harmoni dan kondusif dan guru-

guru juga dapat meningkatkan kepuasan kerja dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang

pendidik.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Penyelidikan seterusnya pula adalah dicadangkan supaya meluaskan lagi kajian ini dengan membuat

perbandingan amalan fungsi kepimpinan instruksional pengetua sekolah menengah agama. Tujuannya

Page 7: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN · PDF fileperatus 52.9 iaitu 5.8 peratus lebih tinggi daripada responden perempuan. ... Ukuran untuk menentukan darjah perkaitan ialah pekali

E-JOURNAL OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

E-Journal Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.

(e-ISSN: 2462-2532). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.

Organized by http://worldconferences.net/home

17

adalah untuk melihat perbezaan amalan fungsi kepimpinan instruksional pengetua di sekolah menengah

agama dan untuk mengetahui pengetua di sekolah manakah yang lebih banyak mengamalkan fungsi

kepimpinan instruksional ini. Selain itu, diharap penyelidik yang akan datang juga dapat membuat

penyelidikan kualitatif berkenaan dengan hubungan kepimpinan instruksional pengetua ini dengan

kepuasan kerja semua kakitangan bawahannya. Ini termasuklah kerani, tukang kebun dan pembantu

makmal.

6. Kesimpulan

Secara keseluruhan dapatlah dirumuskan bahawa kepimpinan instruksional pengetua memang

mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru berdasarkan data yang

menunjukkan ianya berada pada tahap yang tinggi. Pengetua sekolah menengah agama perlulah lebih

peka dengan kepimpinan instruksional ini kerana ia dapat memberikan kepuasan kerja dalam kalangan

guru di bawah pentadbirannya. Pengetua dan barisan kepimpinan sekolah menengah agama perlu

berubah mengikut peredaran masa bagi menghadapi cabaran arus pendidikan yang lebih mencabar pada

masa depan. Pengetua yang diberi kursus atau pendedahan dengan lebih mendalam lagi tentang

kepimpinan instruksional ini, sudah tentu dapat meningkatkan kepimpinan instruksional mereka pada

tahap yang lebih baik dan seterusnya kepuasan kerja dalam kalangan guru juga dapat ditingkatkan.

Rujukan

Abd. Main Haji Salimon (1993). Kepuasan Kerja Guru dan Perkaitannya Dengan Latar Belakang

Pengurusan, Kurikulum dan Pengajian. Tesis PhD. Tidak Diterbitkan, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Bennett, N. & Anderson, L. 2003. Rethinking Educational Leadership. London: Sage Publication.

Blasé, J., & Blasé, J. (1999). Principals’ instructional leadership and teacher development: Teacher

perspective. Educational Administration Quarterly, 35, 349- 378

Dowling, C. 2007. A Measurement of Instructional and Transformational Leadership of the Assistant

Principal: It’s Relationship to closing the achievement gap. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah.

University Of Akron.

Elangkumaran Devarajoo (2012). Hubungan Antara Kepimpinan Pengajaran Guru Besar Dengan

Komitmen Kerja dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah di Zon Tanjung Karang. Kertas

Pembentangan Seminar.

Etzioni, Amitai. (1998). The Essential Communication Reader. Boston: Rowman a Littlefield.

Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor (2014). Kaedah Penyelidikan & Analisis Data

SPSS. Sintok, Penerbit UUM.

Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the Instructional Leadership Behaviour of Principals.

Elementary School Journal. 86(2): 217-248

Hallinger, P. & Murphy J. (1987). Assessing and Developing Principals Instructional Leadership.

Educational Leadership. 45(1): 54–61.

Hallinger, P. (2000). Leading Educational Change: Reflections on the Practice of Instructional and

Transformational Leadership. Cambridge Journal of Education, 33(3), 329–352.

Page 8: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN · PDF fileperatus 52.9 iaitu 5.8 peratus lebih tinggi daripada responden perempuan. ... Ukuran untuk menentukan darjah perkaitan ialah pekali

E-JOURNAL OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

E-Journal Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.

(e-ISSN: 2462-2532). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.

Organized by http://worldconferences.net/home

18

Ishak Sin. 2003. Gaya Kepimpinan Transformasi Dan Pengajaran: Gaya Manakah yang Diperlukan

oleh Pengetua. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. 13(1): 1-16

Ishak Mad Shah (2004). Pengenalan Psikologi Industri & Organisasi. Jilid II. Skudai. Universiti

Teknologi Malaysia

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational

and Psychological Measurement, 30, 607- 610. http://www.sageperformance.com/dreffallen

/DrA/Teaching/5480/samplesize.htm

Kursunoglu, A., & Tanriogen, A. (2009). The relationship between teachers’ perceptions towards

instructional leadership behaviors of their principal and teachers’ attitudes towards change. Procedia

Social and Behavioral Sciences, 1 (2009), pp. 252-258

Latip Muhammad (2007). Pelaksanaan Kepernimpinan Pengajaran di Kalangan Pengetua Sekolah.

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.

Leithwood, K. A., Jantzi, D., & Steinbach, R. (1998). So school council matter? Paper presented at The

Annual Meeting of the American Educational Research Association, San Diego, LA

Lokman Mohd Tahir, M. Al Muzammila, Mislina Salleha (2012). Impak Strategi Politik Terhadap

Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Cemerlang. Jurnal Teknologi (Social Sciences): 1-10

Prick,Leo.G.N.(1989). Satisfaction And Stress Among Teachers. International Journal of

Educational Research, Vol 13, 363-377.

Powell, A., Farrar, E., & Cohen, D. (1985). The Shopping Mall High School: Winners And Losers In

The Educational Marketplace. Boston, MA: Houghton Miffin

Ramaiah, A. L (1992). Kepimpinan Pengajaran : Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya. IBS Buku Sdn

Bhd.

Raziah bte Mansor & Ahmad bin Esa (2009). Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan

kerja guru di tiga buah sekolah rendah di Seremban. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan

PKPGB 2009.

Shahrin, H., & Saraswathi Vani, M. (2008). Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Di Sekolah-

sekolah jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.