kepimpinan guru dalam mempengaruhi bilik darjah

13

Click here to load reader

Upload: dyanatahar

Post on 10-Jun-2015

7.475 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 117

PERANAN KEPIMPINAN GURU DALAM MEMPENGARUHIIKLIM BILIK DARJAH

Rahmad Sukor Ab. SamadShahrir Jamaluddin

Universiti Malaya

Most community members believe that the effectiveness of a school is relatedto the efficiency of its management or principal's leadership style. Actually,this phenomenon occurs if one perceives success from the macro aspect. Con-ventionally. the success of an organization starts from the smaller units thatexist in the organization itself. Hence, this article will discuss the smaller unitsthat exist in the school organization, which refer to classrooms or micro scale.The focus of the discussion is to suggest what should be done by teachers inclassrooms in order to create effective schools.

Selari dengan perkembangan isu kepimpinan dalam pendidikan, banyak kajian dilakukanterhadap kepimpinan pengetua (Crowther, 1997; Sashkin & Sashkin, 1993) tetapi sedikitsahaja kajian dijalankan ke atas kepimpinan guru di dalam bilik darjah. Menurut Banathy(1991) systemic change adalah apa sahaja perubahan yang berlaku pada sesuatu bahagiandalam sistem organisasi yang akan mempengaruhi keseluruhan organisasi; dan iniseterusnya akan membawa perubahan baru kepada organisasi tersebut. Apabila systemicchange ini dikaitkan dengan kepimpinan bilik darjah, ia memberi pengertian kepimpinanbilik darjah adalah satu unit yang akan mempengaruhi keseluruhan keberkesanansesebuah sekolah. Perbezaan dalam pencapaian murid-murid dalam sekolah jugadipengaruhi oleh perbezaan yang ketara dalam diri guru-guru yang menyumbang kepadakecemerlangan sesebuah sekolah.

Persepsi Guru mengenai Kepimpinan Bilik DarjahKebanyakan guru mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang kepimpinan bilik darjahkerana bagi mereka peranan kepimpinan terletak di bahu pengetua atau pentadbirsekolah. Persepsi ini perlu dibetulkan seperti yang disarankan oleh Blase dan Blase(1998) bahawa asas kejayaan sebuah sekolah yang berjaya bukannya disebabkan olehpemimpin pengajaran (pengetua; guru besar) tetapi disebabkan oleh kordinasi para guruselaku pemimpin pengajaran. Pendapat ini telah membezakan peranan antara pengetuasekolah dengan gurunya dimana guru berperanan sebagai pemimpin pengajaran danpengetua sebagai penyelaras sahaja.

Pendapat ini telah disokong berdasarkan hasil kajian ke atas sekolah-sekolah efektifdi mana ciri-ciri kepimpinan pengajaran yang dimiliki pengetua sekolah menjadi faktorutama yang dapat memajukan sesebuah sekolah. Artikel ini akan memberi tumpuan ter-hadap maksud kepimpinan bilik darjah; kepimpinan bilik darjah yang berkesan; faktor-faktor yang mempengaruhi iklim sekolah; dan halangan dalam melaksanakan kepimpinanbilik darjah.

Amalan kebiasaan guru dalam bilik darjah lebih banyak kepada pengurusan bilikdarjah sedangkan kepimpinan bilik darjah tidak menjadi keutamaan. Situasi inidisebabkan

Page 2: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

118 Masalab Pendidikan 2005. Untversiti Malaya

program-program yang berkait dengan latihan guru lebih banyak memberi penekanankepada amalan bilik darjah. Kesannya, guru yang mengajar tidak menyedari tentangperanan mereka yang sebenar (Lambert, 2003). Guru beranggapan bahawa perananmereka hanya mengajar murid-murid mengikut sukatan pelajaran yang disediakan dansecara tekal akan memastikan sukatan pelajaran yang diperuntukkan perlu dihabiskanmengikut jangka masa yang ditetapkan. Sparks (2003) berpendapat babawa guru adalahagen-agenperubahan yang penting dalam memastikan sekolah mereka menjadi sekolabyang berkesan. Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitumempelajari ciri-ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalamproses pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan sekolah dapatditingkatkan.

Definisi Kepimpinan PengajaranCuban (1984) mendefinisikan kepimpinan sebagai tindakan mempengaruhi pihak laindengan sengaja. Tindakan ini bertujuan untuk mencapai.matlamat yang dihasratkan.Kepimpinan yang baik akan sentiasa membawa perubahan positif ke atas pihak yangdipimpin. Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002) mengatakan kepimpinan adalah prosesmenerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang akan faham danmenjadi komited. Bagi House et al, (dlm, Yukl, 2002) kepimpinan adalah keupayaanseseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lainmenyumbang ke arah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Bagi Owens (2001) pula,kepimpinan adalah satu set fungsi; ia berlaku di dalam proses interaksi antara dua orangatau lebih yang terlibat; dan pemimpin berniat dan berusaha untuk mempengaruhitingkah laku orang lain. Berdasarkan semua definisi-definisi tersebut, kepimpinanbolehkan dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yangberkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha ke arahkeberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi.

Sungguh pun demikian, apabila kepimpinan dibincangkan daripada perspektifpendidikan seringkali kepimpinan dikaitkan dengan kepimpinan pengajaran di sekolahdan bilik darjah. Southworth (2002) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkaitdengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion guru-guru danjuga perkembangan pelajar. De Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinanpengajaran ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalanganmurid-murid. Oleh itu, guru sewajarnya mengambil berat terhadap pengajaran danpembelajaran termasuk pembelajaran profesionnya mahupun pertumbuhan pelajar itusendiri.

Pembelajaran yang berkesan dan bermakna perlu diterajui oleh pengetua atau gurubesar sesebuah sekolah. Smith dan Andrews (1990) mengatakan peranan pengetua, an-taranya memberi araban, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajar bertujuan untukmemperbaiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Situasi ini boleh dilihat menerusiperanannya sebagai kepimpinan pengajaran. lni merujuk kepada kepimpinan yang mem-punyai hubungan secara langsung dengan proses-proses pe-ngajaran di mana guru, pela-jar dan kurikulum saling berinteraksi. Kepimpinan ke arab proses ini boleh dilaksanakanjika seseorang guru bertindak sebagai penyelia dan juga penilai perkembangan pelajar;dan ia seolah-olah sedang menjalani latihan dalam perkhidmatan.

Page 3: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 119

Matlamat umum kepimpinan pengajaran ialah untuk membaiki atau mengekalkankeadaan-keadaan yang menggalakkan pembelajaran pelajar. Kemahiran dan kecekapankepimpinan pengajaran yang diamalkan pentadbir sebuah sekolah perlu diturunkan kepa-da guru-guru. Selain itu, pentadbiran sekolah perlu mengambil berat memimpin guru kearah kecemerlangan dalam program-program pengajaran dan pembelajaran. Antaranya,isu pengajaran dan pengurusan yang merangkumi penilaian guru dan pelajar, iklim seko-lah, kurikulum, sumber dan peralatan mengajar, kakita-ngan, kaedah membuat keputusan,matlamat pengajaran jangka pendek/panjang, sokongan komuniti, komunikasi dan inter-aksi antara pengetua sebagai pentadbir sekolah dengan guru perlu diberi kemahiran yangsewajarnya.

Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program pengajaran,peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan kecekapan teknik pendidikandan juga visi peribadi kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentukstrategistrategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan seringkaliberubah-ubah seperti program pendidikan yang bertambah kompleks; peningkatanprofesionalisme dan pengkhususan guru; pengenalan teknologi pendidikan sebagai satusumber kaedah pengajaran dan pembelajaran; harapan komuniti dan ibu bapa; danperubahan kurikulum - ini semua akan mewujudkan desakan dan tuntutan barn yangperlu diambil kira dalam merealisasikan kepimpinan pengajaran.

Kepimpinan Bilik DarjahHook dan Vass (2000) mendefinisikan kepimpinan bilik darjah sebagai satu kemahiran dimana guru menggunakan kepimpinan untuk men gurus dirinya sendiri dan berkomunikasidengan yang lain. Selain dari itu, kemahiran ini adalah satu kebolehan untuk mengaitkanperkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi dua pihak. Kemahiran ini juga meru-pakan kebolehan guru untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan dapat meya-kinkan mereka supaya mengikut. Kepimpinan dalam bilik darjah wujud dalam keadaanberikut:

Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat capai di dalamsetiap bilik darjah;

Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan yang positif walaupun sedikit dalam per-sonaliti mereka ketika kehadiran seseorang guru;

Apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadisenyap; dan

Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seseorang guru.

Satu pandangan lain mengenai kepimpinan bilik darjah mengatakan bahawa pemimpinini tidak terhad kepada guru sahaja malah boleh diaplikasikan kepada murid-murid yangdiberi kuasa bersama oleh seorang guru. Apa yang diperlukan adalah kesanggupan gurumenurunkan kuasa kepada murid. Menurut Wilcox (2005) dalam kepimpinan bilikdarjah terdapat kepelbagaian pemimpin yang boleh diwujudkan kerana di dalam bilikdarjah itu sahaja ada dua jenis pemimpin iaitu: 1) Guru kelas atau guru subjek; dan 2)Pelajar yang diberi kuasa untuk memimpin sama ada guru ada di dalam kelas ataupuntidak.

Bagi Hook dan Vass (2000) kepimpinan bilik darjah yang berkesan memerlukanguru yang memiliki kemahiran-kemahiran berikut:

Page 4: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

120 Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya

1. Boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi;2. Mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan;3. Memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya;4. Memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan5. Berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat.

Bagi menghasilkan pengajaran berkesan, Fenstermacher dan Soltis (1998) menyarankantiga pendekatan: 1) Pendekatan Eksekutif; 2) Pendekatan Empati; dan 3) PendekatanLiberal.

Proses pengajaran dan pembelajaran (PP) secara normal berlaku di dalam bilikdarjah di mana murid-murid yang mengikuti pengajaran merupakan responden dan guruberperanan sebagai pemimpin. Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengankualiti kepimpinan guru sarna ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; danberkebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektifumpamanya objektif pembelajaran. Pelaksanaannya dapat dijayakan sewaktu proses PPdi dalam bilik darjah - merujuk kepada usaha yang digerakkan ke arah pencapaian hasilpembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan guru sebagai pemimpin akankelihatan dalam keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi usahayang dibuat bersama murid-murid menuju ke arah pencapaian matlamat PP.

Pemimpin juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, memberiarahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Olehitu, pemimpin harus berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau sikap subordinatagar sesuatu matlamat tereapai.

Kepimpinan BerkesanSiapakah yang dimaksudkan pemimpin di dalam bilik darjah? Dalam konteks ini, ada duajenis pemimpin yang wujud: 1) Guru kelas atau guru subjek; dan 2) Murid-murid yangdiberi kuasa untuk memimpin sewaktu guru hadir ataupun tidak (Wilcox, 2005). Fokusjenis pemimpin di sini adalah golongan guru kerana golongan ini lebih banyak menonjol-kan ciri-ciri kepimpinan di dalam dan di luar bilik darjah selain banyak memberi impakkepada sekolah (Cheng & Tsui, 1996).

Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal.Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalahjuru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagaipersonaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasikeeil yang dipimpinnya.

Menurut Shippen dan Shippen (2004) seorang guru yang mempunyai kepimpinanyang berkesan memiliki tujuh ciri kepimpinan berikut: Pertama, boleh membentuk danmenyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah. Ini turut dipersetujui Buhler (1995).Ciri ini penting kerana boleh membimbing murid-murid di peringkat bilik darjah untukmencapai visi yang dibina secara bersama tetapi, pemimpin guru ini perlu memastikanvisi yang baru dibina bersama dengan murid-murid seharusnya tidak bertentangan denganvisi sekolah.

Kedua, mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel. Faktor fleksibel ini amatpenting kerana boleh memupuk suasana di mana murid-murid akan mengetahui guru

Page 5: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 121

mereka adalah orang yang bertimbang rasa dan tabu batasan sebagai seorang pemimpin.Kadang kala, guru juga boleh bersetuju dengan pendapat murid sekiranya pendapat terse-but bemas dan ada kebenarannya. Kebolehan ini mencerminkan babawa seseorang pe-mimpin itu adalab seorang yang bersikap terbuka (Zenger & Folkman, 2004).

Ketiga, kebolehan untuk memimpin dan menjadi teladan kepada murid-muridnya,Aptah lagi, setiap tindakan guru di dalam bilik darjah akan diperhatikan oleh murid-murid dan menjadi contQh.

Keempat, bijak membuat keputusan. Keputusan yang dipilih sewajarnya akan men-datangkan kebaikan kepada muridnya tetapi tidak menjejaskan kepentingan organisasinya(Chek Mat, 2003).

Kelima, membuang sifat rnernentingkan diri sendiri. Sebagai seorang guru, sifat-mementingkan diri perIu dibuang kerana mengutamakan kepentingan murid-muridnya(Shippen & Shippen, 2004) walaupun kadangkala mendatangkan kesulitan kepada diri-nya sendiri.

Keenam, harus membuat pertimbangan yang seimbang untuk mengelak perasaantidak puas hati di kalangan muridnya, di samping mendapat kerjasama mereka. Selainbersifat jujur dan merendah diri supaya murid boleh mendekatinya dan meluahkanmasalah yang mereka hadapi kerana kepercayaan mereka kepada guru. lni akan dapatmembina hubungan yang positif antara guru dan murid (Zenger & Folkman, 2004).

Ketujuh, sentiasa mengamalkan pembelajaran-berterusan untuk menambah ilmupengetahuan dan kemahiran diri. Menurut Kane (2001) ilmu pengetahuan yang diterimaoleh guru akan meningkatkan keberkesanan pengajarannya di dalam kelas. Kesannya,keadaan bilik darjah menjadi lebih sistematik dan terkawal.

Lashway (2002) sebaliknya telah membincangkan peranan pemimpin untuk menjanakeberkesanan PP daripada program Leading Learning Communities yang dibangunkanoleh National Association of Elementary School Principals (NAESP). NAESP telahmerumuskan enam peranan pemimpin untuk menjana keberkesanan PP iaitu:

1. Mendorong pelajar-pelajar dan orang dewasa supaya mengutamakan usaha bela-jar;2. Menentukan harapan pada pencapaian yang tinggi;3. Menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran dan araban ke arab piawaianyang standard;4. Mencipta satu budaya pembelajaran berterusan untuk orang dewasa;5. Menggunakan pelbagai sumber data untuk menilai pembelajaran; dan6. Mengaktifkan sokongan komuniti untuk kejayaan sekolah/bilik darjah.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Iklim Bilik DarjahHook dan Vass (2000) telah merujuk budaya bilik darjah yang efektif dengan cara me-ngenal pasti beberapa faktor yang mempengarnhi iklim bilik darjah iaitu:

Mencari Keseimbangan antara Dorongan dengan TeguranKetika PP sedang berjalan, iklim bilik darjah yang mesra dan harmoni perlu dicipta olehguru. Ini kerana pelajar memang suka jika dipuji dan diberi perhatian. Pelajar akanmerasa dirinya menjadi penting dalam bilik darjah apabila dipuji. Kesilapannya mungkinboleh dimaafkan dan diberi tunjuk ajar yang sewajarnya. Sekiranya guru boleh berhenti

Page 6: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

122 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

di pertengahan penyampaian kandungan kurikuIum dan diseling dengan aktiviti tepuktangan atau permainan, seman gat pelajar dapat ditingkatkan untuk terus belajar. Pelajaryang berjaya membuat sesuatu dengan betuI perlu diberi penghargaan supaya kepuasandiri pelajar meIaksanakan sesuatu aktiviti dapat ditingkatkan. Imej guru juga dapat dit-ingkatkan bahkan pelajar akan menunggu-nunggu kehadiran guru untuk belajar bersamaguru tersebut.

Membangunkan Rapport bersama PelajarPerhubungan antara guru dengan pelajar di dalam bilik darjah perlu diwujudkan supayapembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan mendorong seseorang gurumengamalkan tingkah Iaku yang efektif dan berkualiti. Fenomena ini memerIukankemahiran, keupayaan dan komitmen yang tinggi. Selain dari itu, terdapat percubaanguru untuk memasuki dunia peIajar dengan hasrat mempengaruhi dan memimpin mereka.Kejayaan memasuki dunia peIajar dapat menghasilkan persefahaman dengan pelajarkhususnya pada tarat emosi yang mesra. Akhirnya, dua pihak yang terlibat akan salingbersedia dalam hal berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama.

Mengaitkan Pelajar dengan HarapanHarapan yang tinggi adalah penting bagi pelajar menuju ke arah pencapaian tugasan danpembelajaran yang berkesan. Ramai orang percaya bahawa harapan merupakan salah satucara meningatkan daya motivasi yang tinggi. Oleh itu, guru perlu memberi perasaanoptimisme yang didesak. Ini adalah penting untuk memastikan kelangsungan kejayaanpelajar dan mencetus iklim bilik darjah yang sihat.

Mengekalkan Hubungan Kerja yang SempurnaRogers (dim. Hook & Vass, 2000) menghuraikan proses ini sebagai proses memperbaikidan membangun semula. Faktor personaliti yang berbeza perlu diambil kira yang manausaha ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu guru mesti menunjukkan bahawa beliautidak menyimpan perasaan dendam sebaliknya menunjukkan teladan yang berkualiti.Mengikis perasaan dendam terhadap pelajar yang telah membuat kesilapan sinonimdengan perlakuan guru menerima kesilapan yang dilakukan sebagai kelainan yangterdapat pada setiap pelajar. Guru menunjukkan teladan terutamanya menggunakan kuasayang diperuntukkan dan jelas dalam pengurusan penyelesaian konfiik di kalangan pelajar.

Mengamalkan Cara Membuat Pilihan yang BerertiGuru seharusnya memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan bagaimanakahtugasan mereka akan disampaikan. Apabila sesuatu tugasan diberi, contohnya dalam matapelajaran Sains, buku skrap yang bertajuk "Sumber-sumber tenaga di bumi," pelajardiberi kebebasan memilih cara penyampaian tugasan tersebut. Selanjutnya, guru harusberbincang dengan pelajar tentang isi-isi penting, sumber maklumat dan objektiftugasan.Pelajar dibenarkan menentukan cara mengumpulkan maklumat dan penghasilan tugasan.Kepimpinan bilik darjah menyarankan guru digalakkan berperanan sebagai pembimbingdan pakar rujuk sahaja berbanding sebagai tukang cerita.

Mengambil Kira Faktor Keselamatan dan KeyakinanAspek keselamatan sangat penting diberi perhatian sewaktu proses PP dijalankan di mak-mal sains. Oleh itu, kepimpinan guru di dalam bilik darjah perlu menitikberatkan tentangkeselamatan ini. Selain itu, persekitaran yang bersih, selamat dan selesa yang akan

Page 7: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 123

menjamin kelancaran aktiviti eksperimen sains perIu diberi perhatian. PP juga memerlu-kan guru menanam keyakinan diri di kalangan pelajar dengan memberi penerangan yangjelas, penekanan pada kerangka kerja serta norma-norma yang perlu diikuti. Perihal pem-belajaran sains adalah untuk menemui dan melakukan sesuatu yang barn dan mencabarsungguhpun ada kemungkinan menghadapi risiko. Guru perIu memastikan pelajar berasaselesa dan selamat dalam melakukan eksperirnen.

Membantu Pelajar Rasa Dirinya Sebahagian daripada Bilik DarjahPakar psikologi pernah rnengatakan bahawa hasrat inti sari rnanusia adalah rnenjadi seba-hagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual, Oleh itu, guru perIu rnenggerakkankeinginan pelajar rnelibatkan diri dalam suasana bilik darjah rnengikut hasrat hati sernulajadi. Mereka mengharapkan peranan rnereka dipuji dan diperhatikan. Interaksi sekurang-kurangnya dua hala adalah amat diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pernbelajaran.

Fokus kepada Perkara Baik yang DilakukanGuru harus sentiasa merefleks pergerakan dan percakapan diri. Adakah pe1ajarmengikuti arahan di dalam kelas? Pastikah diri setiap guru melakukan aksi yang betul?Pada masa yang sama, guru harus sentiasa rnengesan perkara baik yang telah dilakukanoleh pelajar sehingga rnencetus suasana emosi positif bilik darjah. Sebagai contoh, gurumemuji pelajar selepas rnembantu membersih dan menyusun radas setelah menamatkansesuatu eksperimen.

Stail GuruCara penyampaian dan stail kepimpinan guru di dalam bilik dajah adalah aspek utarnamenghasilkan pembelajaran yang berkesan. Ia termasuk suara guru seperti nada yangsesuai, lantang, jelas dan terang. Sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkanseseorang guru akan membawa pelajar ke arah cemerlang sarna ada dari segi intelek,afektif dan psikornotor. Selain itu, stail kepimpinan demokratik yang menekan kepadakerjasama, berinisiatif serta bertoleransi dapat rnernbimbing pelajar dengan lebih 001'-kesan. Penggunaan pujian dalam billik darjah menghasilkan peneguhan positif keranapelajar yang sering dipuji akan berasa seronok dan bermotivasi tinggi dalam sesuatu pe-lajaran.

Menjadi Pemimpin Pengajaran yang BerkesanGlickman (1990) menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran akan dapat dijalankandengan berkesan sekiranya pemirnpin tersebut rnernpunyai tiga kategori utarna ini: 1)Keperluan pengetahuan yang mendalam; 2) Tugasan; dan 3) Keperluan kemahiran.Sebagai contoh, seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sains hendaklah menguasaipengetahuan yang mendalam dalam bidang ini untuk memastikan proses PP dijalankandengan lancar. Apabila pelajar mengemukakan soalan, guru dapat memberi respon yangpositif dan memenuhi keperIuan ingin tahu pelajar yang mana keyakinan diri pelajardapat dipupuk. Apabila memberi tugasan kepada pelajar, guru barus menekankan padamatlamat setiap tugasan dan pelajar pula patut memahami prosedur menimba ilmudangan penemuan diri.

Pemimpin guru dalam bilik darjah memerlukan kemahiran yang mana merangkumidua aspek iaitu kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal. Kernahiran interper-

Page 8: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

124 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

sonal merupakan upaya meneka mood, tujuan, motivasi dan perasaan orang lain. Guruyang menggunakan kemahiran ini akan berjaya membuat tindakan yang betul. Guru yangberada di dalam bilik darjah harus sensitif pada air muka, suara dan pergerakan anggotabadan pelajar. Kebolehan dan keprihatinan guru mengecam dan mengenal sifat pelajar didalam kelas membolehkannya memupuk pelajar supaya suka belajar. Guru juga perIumenguasai kemahiran teknikal terrnasuk pengurusan alat bantu mengajar seperti kom-puter, projektor LCD, carta dan sebagainya. Guru boleh menggunakan borang, bahanedaran serta keratan akhbar untuk menjalankan proses PP.

Menurut kajian Porter dan Brophy (1988) terhadap pengajaran, terdapat tujuhpenentu utama guru yang berkesan iaitu:

1. Dapat mencapai matlamat akademik dan sosialisasi: Guru seharusnya berkebolehanmenyatupadukan pembelajaran isi kandungan dan kemahiran sosialisasi;

2. Mempunyai penguasaan isi dan pengetahuan yang mendalam: Guru memahamidengan mendalam mata pelajaran yang diajar serta pelajar yang dlajar; Mereka terlibatdengan menyelesaikan kelemahan pelajar; Selain dari itu, guru berkebolehanmembantu dalarn menyelesaikan masalah dan kekurangan yang ada pada pelajar;

3. Penerangan yang jelas dan terperinci: Guru menjelaskan apa yang perIu dipelajari,bagaimana maklumat itu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pada pelajar dan apayang akan dipelajari pada masa akan datang;

4. Menjadi model dan melatih pelajar untuk memproses maklumat: Guru akan menjadimodel di dalam kelas; Mereka melatih pelajar memproses maklumat, mencari maknadan menyelesaikan masalah yang diberikan; Guru bertindak sebagai fasilitator untukmencungkil daya pemikiran pelajar dengan menanyakan soalan; Pelajar diberi peluanguntuk memberi pendapat. Guru sentiasa mengesan kefahaman pelajar;

5. Membetulkan salah faham di kalangan pelajar: Guru cuba menjangka dan membetul-kan salah faham pelajar;

6. Memperkembangkan pengalaman pelajar: Guru menggunakan alat bantu mengajaryang sesuai mengikut kehendak kurikulum dan ciri-ciri pelajar; Mereka boleh memberipenjelasan serta memperIuas bahan-bahan bantuan dengan tujuan memperkayakankurikulum; dan

7. Seorang guru yang reflektif: Guru menggunakan masa untuk memikirkan tentang apa,mengapa dan bagaimana mengajar bertujuan memperbaiki teknik pengajaran padamasadepan.

Membentuk Agenda Bilik DarjahAgenda bilik darjah sangat penting untuk menentukan implementasi pelan kepimpinanbilik darjah. lni akan membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunanakademik dan so sial pelajar-pelajar. Menurut Hook dan Vass (2000) ada empat kunciutama dalam agenda bilik darjah iaitu hak, tanggungjawab, peraturan dan rutin:

Hak-hak Guru dan PelajarKetika mengaplikasikan teori kepimpinan di dalam bilik darjah, guru memerIukan saturespon yang jelas, yang boleh disampaikan, yang berkerangka untuk membuat sesuatukeputusan ke atas tingkah laku pelajar. la merupakan satu kerangka yang boleh diterimadan difahami oleh pelajar pada situasi tertentu. Keputusan yang dibuat hendaklah ber-

Page 9: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 125

dasarkan pertimbangan atas had yang telah disokong atau dilanggar dari segi empat hakasasi pelajar, iaitu:

Hak pelajar untuk belajar;Hak guru untuk mengajar;Hak setiap individu untuk aspek keselamatan (fizikal dan psikologi); danHak setiap individu untuk. taraf penghormatan dan kemuliaan.

Berdasarkan hak asasi tersebut, pengurusan tingkahlaku dalam kelas adalab terpulangkepada hak guru. Guru dapat mengatasi kekeliruan yang timbul di dalam bilik darjah.Dalam pada itu, guru dapat mengatasi tanggungjawab profesionalisme kerana berkuasaatas perlindungan hak individu dalam aspek keselamatan. Pelajar mesti berasa selamatsebelum menjalani proses pembelajaran yang berkesan.

TanggungjawabHak dan tanggungjawab adalab dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Taoggungjawabguru dalarn bilik darjah berfokus pada tingkah laku pelajar untuk membuat keputusanatau pemilihan secara positif. Sebagai seorang guru, usaha mendorong pelajar untuk me-milih tingkah laku yang bertanggungjawab ke arab kepimpinan bilik darjah yangberkesan adalah rumit. Guru harus mendorong pelajar supaya bertanggungjawab ke ataskelakuan dan usaba diri demi mencapai kejayaan yang diingini.

PeraturanDi sekolah, kita sentiasa menekankan kepentingan peraturan sekolah. Semasa proses PPumpamanya di makmal sains, kita perlu juga menekankan peraturan-peraturan yang perludipatuhi oleh pelajar. Guru mesti membezakan antara peraturan dan rutin. Di dalam bilikdarjah, kita memerlukan tiga peraturan utama yang berkesan iaitu:

Mengikuti araban guru;Menjaga dan memerhatikan tangan, kaki dan harta benda diri; danJangan mengantuk; memanggil nama orang lain; bergerak sesuka hati dan sebagainya.

Peraturan pertama, memastikan guru dapat mengajar dan pelajar dapat belajar dalam sua-sana yang sesuai. Kedua, dibuat untuk menjamin keselamatan fizikal dan psikologikal.Ketiga, untuk menjaga hak dari segi kehormatan dan kemuliaan. Ketiga-tiga peraturanadalab satu panduan untuk guru. Guru harus memastikan pelajar dapat memahami kehen-dak peraturan ini. Kata-kata ini boleh dipaparkan pada sudut yang senang dibaca denganhuruf yang besar dan tebal. Akhir sekali, guru hams memastikan pelajar mengikut per-aturan demi kepentingan mereka.

RutinRutin berbeza dengan peraturan kerana ia mengutamakan aspek pentadbiran dan proseduryang diperlukan supaya suasana bilik darjab tidak menjadi kacau bilau. Ia adalab perkarayang perlu dilakukan, umpamanya, setiap kali masuk keluar makmal sains dan juga semasaproses PP dijalankan untuk menjamin keberkesanan PP. Rutin merupakan satu set perilakuyang perlu dibuat untuk membantu kejayaan pelajar. Selain itu, rutin bilik darjahmerujuk kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah seperti menandajadual kedatangan, menyemakkeadaan fizikal bilik darjah atau makmal, mengedar alat bantu mengajar, mengutip danmemulangkan buku latihan dan sebagainya. Sekiranya rutin ini dapat diuruskan dengan

Page 10: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

126 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

sistematik, masa dan tenaga dapat dijimatkan, dan disiplin pelajar dapat dipertingkatkan.Seterusnya, segala aktiviti PP dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Kaedah Pelaksanaan Bilik Darjah yang Efektif:Iklim yang Sesuai untuk Pembelajaran

Iklim yang sesuai untuk pembelajaran dapat dihasilkan apabila guru dapat memastikanwujud persekitaran yang sesuai untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaranberjalan dengan lancar. Dalam konteks ini, misi kelas dan pelajar harus jelas dan mudahdifahami. Guru-gum perlu mempunyai peranan sebagai membantu mempromosi bilikdarjah sebagai tempat untuk pembelajaran akademik, selain melaksanakan perkara-perkara berikut:

Penekanan kepada Pengajaran AsasBilik darjah yang efektif, yang boleh dihasilkan dengan memberi penekanan kepadapengajaran asas seperti membaca, mengira dan menulis, hams menjadi nadi sesebuahsekolah. Penggunaan teknologi pengajaran di sekolah (kurikulum dan kaedah pengajaran)telah dikenal pasti dan telah dibuktikan berjaya. Di Malaysia, KBSR dan KBSM digunapakai di semua peringkat pendidikan sekolah rendah dan menengah. Sementara kaedahpengajaran konstruktivisme yang berpusatkan murid menjadi kaedah yang diamalkan.Untuk mencapai sasaran pengajaran yang berkesan dalam mata pelajaran Sains danMatematik, Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMIlEteMS) telah dijalankan. Penggunaan projektor LCD dan komputer bimbit telahdigunakan dengan meluas. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkansatu set lengkap bahan kursus cakera padat (Interactive Courseware) untuk TingkatanSatu, Dua dan Tiga. Proses pengajaran menjadi lebih aktif dan berkesan dengan alatbantu ini.

Jangkaan Guru bahawa Semua Pelajar Berkebolehan Mencapai KecemerlanganBagi memastikan keberkesanan, gum yang bertanggungjawab mendidik pelajar, hen-daklah berpandangan semua pelajarnya boleh mencapai kecemerlangan pada akhirnya.Dengan pandangan sebegini, maka tumpuan guru adalah untuk memastikan kejayaandiperolehi oleh pelajar-pelajarnya dan mereka semuanya akan menjadi manusia yangdilengkapi dengan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Ke-bangsaan.

Satu Sistem Objektif Pengajaran yang Jelas untuk Mengawasi Prestasi PelajarUntuk memastikan bilik darjah berjaya sebagai satu institusi pendidikan maka satu sistempengajaran yang jelas diwujudkan dan penilaian prestasi pelajar perlu dilaksanakan. lnibermakna, seseorang pelajar yang mengikuti sistem pendidikan dari awal tahun akan me-nerima pengajaran yang seimbang, selain menduduki ujian dan peperiksaan yang siste-matik untuk mengesan tahap pencapaian pelajar.

Pelaksanaan Pengajaran SainsProses PP mata pelajaran Sains banyak dijalankan di makmal sains. Gum hams bertindakmembuat refleksi diri sebelum, semasa dan selepas setiap sesi pengajaran. Sebelum sesipengajaran, guru membuat refleksi untuk merancang dan bersedia. Refleksi dalam aksidan refleksi atas aksi perlu dibuat oleh gum. Selepas pengajaran, gum refleks apa yangtelah dilakukannya, dicakap dan dibuat di dalam bilik darjah. Guru digalakkan menulisdiari atas refleks diri untuk rujukan masa hadapan serta membaiki kesilapannya.

Page 11: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 127

Sewaktu proses PP dilaksanakan, guru boleh mengarnalkan pembelajaran kolabora-tif. lni bennaksud pelajar dalam keadaan positif dan berdikari, bertanggungjawab, bekerjadalam kumpulan dan bergaul mesra dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjalankantugasan yang spesifik. Seterusnya, pelajar mencari akal untuk penyelesaian masalah yangditujukan kepadanya. Guru pula perIu menentukan objektif pengajaran yang sesuai danmenentukan saiz kumpulan umpamanya kumpulan yang bercorak-heterogen membole-hkan setiap ahli mempunyai peranan yang spesifik. Dalam usaha mencari penyelesaianmasalah, pelajar perIu berbincang antara kumpulan, menjalankan sesi eksperimen sertamencari rujukan sarna ada daripada guru atau buku. Dalam konteks ini, guru sebagaipemerhati dan fasilitator menilai proses pembelajaran pelajar serta hasil tugasan mereka.Dengan ini, pelajar berpeluang untuk berkembang mengikut kebolehan diri. Pada akhirsesi, guru harus memberi pujian dan sokongan ke atas usaha yang ditunjukkan oleh pe-lajar.

Halangan dan CabaranDi Malaysia, pengetua dan guru terpaksa menempuh beberapa cabaran dan kerumitanekoran beberapa masalah besar yang masih belum dapat diselesaikan. Antara masalahtersebut ialah kekurangan guru; guru-guru yang tidak mempunyai opsyen yang sesuai un-tuk mengajar mata pelajaran tertentu; saiz kelas yang besar; dan sebagainya. Kekuranganini merupakan kekangan kepada pengetua sekolah untuk melaksanakan peranan sebagaipemimpin pengajaran. Masalah ini telah menyebabkan .rnereka terkeliru mengenai carayang sesuai untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai pemimpin pengajaran yangberkesan. lmplikasinya, ada kalangan pengetua tidak dapat memotivasikan stafnya kearah kecemerlangan dan keberkesanan PP.

Sekolah adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu melibatkandiri dalam aspek kepimpinan pengajaran disamping kepimpinan pendidikan. Berpegangkepada teori, tanggungjawab guru terhadap pengajaran ialah memastikan segala tenagadan usahanya ke arah pencapaian program pendidikan yang berkesan. Tanggungjawab initennasuklah mengadakan matlamat dan objektifPP, dan rnernbirnbing para pelajar supayakecekapan mereka dalam pembelajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat diperting-katkan. Tanggungjawab guru tennasuk juga memberi pene gasan terhadap pencapaianrnatlamat dan objektif pembelajaran, membuat keputusan, mengelolakan aktiviti sertabekerja dengan guru lain supaya matlarnat tercapai.

RUMUSANMemang tidak dapat dinafikan lagi suasana sekolah banyak memberi impak ke ataskepirnpinan sekolah dan juga bilik-bilik darjah seseorang pengetua sekolah. KajianHallinger et al. (1983) yang menunjukkan ciri-ciri yang ada pada sesebuah sekolah se-benarnya memberi kesan yang mendalam perlu diarnbil kira dalarn rnembentuk modelkepimpinan pengajaran yang berjaya. Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh gurubukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlarnat sebuah bilik darjah malah memberikesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindaktennasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara kolabomtif danpenyelesaian masalah dalam menuju ke arab kepimpinan bilik darjah yang berkesan.Timbul satu persoalan di sini: Patutkah kepimpinan bilik darjah ini diperluas dandikembangkan di

Page 12: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

128 Masalan Pendidikan 2005, Universiti Malaya

kalangan guru untuk menjayakan program pendidikan kita? Ini adalah persoalan yangbelum dijawab lagi, yang membuka ruang yang luas kepada setiap individu guru untukmembuat kajian lanjut.

RUJUKANBanathy, B. H. (1991). Systems design of education: Ajourney to create the future. Engle-

wood Cliffs, NJ: Educational Technology.Blase, J., & Blase, J. (1998). Handbook of instructional leadership. How really good

principals promote teaching and learning. Thousand Oaks, CA: Corwin.Buhler, P. (1995). Leaders vs managers. Supervision, 56(5), 24-26.Cheng, Y. C., & Tsui, K. T, (19%). Total teacher effectiveness: New concept and im-

provement. International Journal of Educational Management, 10(6), 7-17.Chek Mat (2003). Kemahiran memimpin: Kuala Lumpur: Utusan.Crowther, F. (1997). The William Walker Oration, 1996: Unsung heroes: The leader in

our classroom. Journal of Educational Administration, 35(1), 5-17.Cuban, L. (1984). Transforming the frog into a prince: Effective school research, policy

and practice at the district level. Harvard Education Review, 54(2), 129-151.De Bevoise, W. (1984). Synthesis of research on the principal as instructional leader.

Educational Leadership, 41, 14-20.Fenstermacher, G., & Soltis, J. (1998). Approaches to teaching (3rded.). New York:

College. Field, R. (2004). Leadership in classrooms. Dimuat turun September15,2005, daripada: www.bus.ualberta.calrfield.

Hallinger, P., Murphy, J., Well, M., Mesa, R. P., & Mitman, A. (1983). School effective-ness: Identifying the specific practices, behaviors for principals. NASSP Bulletin,67(463),83-91.

Hook, P., & Vass, A., (2000). Confident classroom leadership. London: Fulton.Kane, M. (2001). Leadership requirements and leadership development. Dimuat turun

September 15,2005, daripada: www.execuiteveevolution.com.Lambert, L. (2003). Leadership refined: An evocative context for teacher leadership.

School Leadership and Management, 23(4),421-430.Lashway, L. (2002, July). Developing instructional leaders. ERIC Digest, 160. University

of Oregon, Clearinghouse on Educational Management. Dimuat turon September 21,2005, daripada: www.vtaide.com/png/ERIC/DevoIOPing-Instructional-Leaders. htm

Owens, R. G. (2001). Organizational behavior in education: Instructional leadershipand school reform (7th ed.). Needham Heights, MA: Allyn.

Porter, G., & Brophy, M. (1988). Research on teacher effectiveness. Reston, VA: ASCD.Sashkin, M., & Sashkin, M. G. (1993). Leadership and culture building in schools. Dim.W. E. Rosenbach & R. L. Taylor (Eds.), Contemporary issues in leadership (3rd ed., pp.

201-212.). Boulder, CO: Westview.Shippen, M. E., & Shippen, S. J. (2004). Seven characteristics of affective leaders. Class-

room Ledership, 7, 1-3.Smith, W., & Andrews, R. (1990). Instructional leadership: How principals make a dif-

ference. Alexandria, VA: ASCM.

Page 13: Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Bilik Darjah

Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya 129

Southworth, G. (2002). Instructional leadership in schools: Reflections and empirical evi-dence. School Leadership and Management, 22(1), 73-92.

Sparks, D. (2003), Interview with Fullan: Change agent. Journal of Staff Development, 24(1). [Atas talian] http://www.nsdc.org/library /publications/jsd/fullan241.cfm Wilcox, S.(2005). Leadership in the classroom. Dimuat turun September 18,2005, daripada:www.queensu.ca/idc/trainerslhandlleaderlhtml

YukI,G.A. (2002). Leadership in organizations (5thed.). Upper Saddle River.Nr: Prentice.Zenger, J. H., & Folkman, J. (2004). The handbook for leaders: 24 lessons for extraordinary

leadership. New York: McGraw-Hill.