kepentingan teknik vokal

2
3.0 KEPENTINGAN TEKNIK VOKAL Terdapat banyak pentingan menguasai teknik vokal. Antara kepentingan mengaplikasikan teknik-teknik vokal yang telah dipelajari dengan baik Selain itu, penguasaan teknik-teknik vokal juga amat penting untuk meningkatkan kualiti nyanyian seseorang. Hal ini dapat dilihat menerusi kualiti nyanyian yang dihasilkan oleh penyanyi yang mahir dengan penyanyi yang tidak mempelajari sebarang teknik vokal. Perkara tersebut akan jelas dapat dikesan dan dibezakan sekiranya kita melakukan banding beza antara kedua-dua penyanyi tersebut. Perkara tersebut jelas membuktikan betapa pentingnya mempelajari dan menguasai teknik vokal. Seterusnya, teknik vokal juga penting untuk dikuasai kerana, nyanyian juga merupakan salah satu bentuk komunikasi. Banyak mesej yang terdapat dalam lagu-lagu yang dinyanyikan. Sebagai contoh, nilai-nilai murni yang terdapat dalam lagu-lagu rakyat yang disampaikan kepada masyarakat dalam bentuk hiburan. Antara contoh lagu yang mengandungi mesej ialah seperti lagu Kurik-kundi, Gurindam Jiwa dan sebagainya. Oleh itu, penguasaan teknik vokal adalah penting terutamanya untuk memastikan mesej yang disampaikan berjaya diterima dan difahami oleh pendengar. Untuk memastikan perkara tersebut dapat dicapai, teknik vokal seperti yang telah saya jelaskan iaitu seperti teknik diftong, triftong, enunsiasi dan artikulasi perlu dikuasai dan dimantapkan terlebih dahulu supaya mesej dapat disampaikan secara berkesan dan mengelakkan dari berlakunya salah faham. Latihan yang berterusan dan konsisten akan membantu meningkatkan tahap penyampaian seseorang penyanyi. Untuk menjadi penyanyi yang baik, seseorang individu itu perlu memahami dan mendalami teknik-teknik vokal. Setiap pecahan teknik vokal yang dipelajari akan disertakan dengan penerangan, tips dan latihan untuk menguasai teknik tersebut. Dengan cara itu, seseoran

Upload: hugo-torres

Post on 16-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

KP

TRANSCRIPT

3.0KEPENTINGAN TEKNIK VOKALTerdapat banyak pentingan menguasai teknik vokal. Antara kepentingan mengaplikasikan teknik-teknik vokal yang telah dipelajari dengan baik Selain itu, penguasaan teknik-teknik vokal juga amat penting untuk meningkatkan kualiti nyanyian seseorang. Hal ini dapat dilihat menerusi kualiti nyanyian yang dihasilkan oleh penyanyi yang mahir dengan penyanyi yang tidak mempelajari sebarang teknik vokal. Perkara tersebut akan jelas dapat dikesan dan dibezakan sekiranya kita melakukan banding beza antara kedua-dua penyanyi tersebut. Perkara tersebut jelas membuktikan betapa pentingnya mempelajari dan menguasai teknik vokal.Seterusnya, teknik vokal juga penting untuk dikuasai kerana, nyanyian juga merupakan salah satu bentuk komunikasi. Banyak mesej yang terdapat dalam lagu-lagu yang dinyanyikan. Sebagai contoh, nilai-nilai murni yang terdapat dalam lagu-lagu rakyat yang disampaikan kepada masyarakat dalam bentuk hiburan. Antara contoh lagu yang mengandungi mesej ialah seperti lagu Kurik-kundi, Gurindam Jiwa dan sebagainya. Oleh itu, penguasaan teknik vokal adalah penting terutamanya untuk memastikan mesej yang disampaikan berjaya diterima dan difahami oleh pendengar. Untuk memastikan perkara tersebut dapat dicapai, teknik vokal seperti yang telah saya jelaskan iaitu seperti teknik diftong, triftong, enunsiasi dan artikulasi perlu dikuasai dan dimantapkan terlebih dahulu supaya mesej dapat disampaikan secara berkesan dan mengelakkan dari berlakunya salah faham. Latihan yang berterusan dan konsisten akan membantu meningkatkan tahap penyampaian seseorang penyanyi. Untuk menjadi penyanyi yang baik, seseorang individu itu perlu memahami dan mendalami teknik-teknik vokal. Setiap pecahan teknik vokal yang dipelajari akan disertakan dengan penerangan, tips dan latihan untuk menguasai teknik tersebut. Dengan cara itu, seseoran penyanyi akan lebih memahami dan akan cuba mengenalpasti kelemahan diri sendiri dan seterusnya cuba untuk aplikasikan pengetahuan yang telah diperolehi menerusi teknik-teknik vokal yang betul. Oleh itu, teknik-teknik tersebut sudah pasti tidak boleh dikuasai dalam masa yang singkat dan tahap penguasaan adalah berbeza antara setiap individu.