kepentingan sistem respirasi yang sihat

20
Kepentingan Sistem Respirasi Yang

Upload: fatima-fadli

Post on 15-Jan-2017

6.345 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

Kepentingan Sistem

Respirasi Yang Sihat

NAMA:____________________________________________

KELAS:_____________ SEKOLAH:________________________________

GURU SUBJEK:_________________ KOD EVIDENS:B6D2E1

T/T GURU PENILAI:____________ TARIKH: / /

Page 2: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENGENALAN KEPADA RESPIRASI1

BAHAN CEMAR UDARA2-4

PENYAKIT YANG BERKAITAN

DENGAN SISTEM RESPIRASI 5-6

CARA UNTUK MEMPERBAIKI

KUALITI UDARA 7-9

AMALAN MENGEKALKAN UDARA

YANG BERSIH 10-12

PENUTUP13

Page 3: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

PENGENALAN KEPADA

RESPIRASI

Respirasi bermaksud proses di mana semua sel

hidup melakukan pembakaran makanan dengan

kehadiran oksigen untuk mendapatkan tenaga. Ia

membebaskan karbon dioksida dan wap air serta tenaga.

Respirasi melibatkan sistem respirasi yang terdiri

daripada rongga nasal, trakea, bronkus, bronkiol, alveolus,

tulang rusuk, otot interkosta dan diafragma. Setiap

bahagian mempunyai fungsi masing-masing bagi

melengkapkan sistem respirasi.

Hasil akhir respirasi adalah glukosa bertindak balas

dengan oksigen menghasilkan tenaga dan membebaskan

gas karbon dioksida dan wap air. Sistem respirasi sangat

penting kerana kita memerlukannya untuk terus bernafas

dan hidup.

Page 4: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

BAHAN CEMAR UDARAPEMBAKARAN TERBUKA/PEMBAKARAN HARAM

Pembakaran secara terbuka menyumbang kepada pencemaran udara. Ini kerana apabila kita membakar barang seperti sisa pepejal di kawasan industri, ia akan mengakibatkan jerebu. Pembakaran secara haram juga akan menyebabkan jerebu yang boleh membahayakan semua orang terutama yang menghidapi asthma.

ASAP ROKOK Asap rokok adalah pembunuh kepada peparu

manusia. Ia menyebabkan pencemaran udara kerana terdapat bahan seperti:-

Nikotina -dadah beracun yang menyebabkan ketagihan

Tar -menyebabkan kanser peparu

Karsinogen -agen penyebab kanser

Page 5: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

Karbon monoksida -gas beracun yang menghalang hemoglobin mengangkut oksigen ke seluruh badan

Perengsa –bahan yang menyebabkan rasa tidak selesa pada laluan pernafasan

Semua bahan di atas boleh melemahkan sistem respirasi dan memudaratkan keadaan kita. Asap rokok menyebabkan peningkatan kepada karbon dioksida dan karbon monoksida. Ini akan menyebabkan kita kekurangan oksigen dan lebih terdedah kepada penyakit seperti kanser paru-paru.

KENDERAAN BERMOTOR Kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan

motosikal menyebabkan masalah respirasi seperti sukar bernafas. Ini kerana ekzosnya membebaskan banyak gas. Contohnya seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida yang sangat beracun dan berbahaya kapada kita. Ia juga menyebabkan lubang pada lapisan ozon.

AKTIVITI PERINDUSTRIAN DAN PEMBANGUNAN

Page 6: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

Malaysia mempunyai banyak kilang untuk pelbagai kegunaan. Meskipun begitu, asap daripada kilang, contohnya kilang perabot membebaskan habuk-habuk yang berbahaya dan boleh menyebabkan selesema dan sakit mata. Begitu juga dengan pembinaan bangunan.

PELUPUSAN SISA DOMESTIK Pembuangan sisa domestik yang berpunca dari dapur, tandas, dan sebagainya boleh mengakibatkan pencemaran udara. Jika ia tidak diuruskan dengan

efektif, maka sisa domestik ini boleh menarik perhatian nyamuk yang akan membiak. Ini

berbahaya kerana kita boleh terkena dengan penyakit demam denggi. Membakar sisa domestik juga akan mengotorkan udara kita yang bersih.

Page 7: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

P ENYAKIT YANG

BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASI KANSER PARU-PARU

Asap rokok adalah satu punca utama berlakunya kanser paru-paru. Ini kerana asap rokok mengandungi karsinogen yang boleh merosakkan tisu dan menyebab kanser. Kanser paru-paru boleh membawa kematian.

PNEUMONIA Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS)

adalah sejenis pneumonia. SARS adalah sejenis penyakit pernafasan akut teruk yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru. Ia boleh berjangkit dan merebak dari titisan cair dari hidung dan mulut.

Page 8: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

BATUK KOKOL Batuk kokol adalah penyakit yang amat berjangkit

dan merupakan salah satu penyakit bervaksin penyebab utama kematian. Ia berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan yang tersekat-sekat terutama di kalangan kanak-kanak kecil. Batuk kokol boleh menyebabkan pneumonia dan biasanya berlaku di negara membangun.

EMFISEMA Emfisema adalah di mana alveolus mengalami

kerosakan dan pecah. Ini menyebabkan seseorang itu sukar untuk bernafas. Ia sejenis penyakit yang kronik.

BRONKITIS

Page 9: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

Suatu penyakit yang merupakan keradangan pada bronkus. Sesiapa yang terdedah kepada asap rokok, perengsa paru-paru kimia atau terjejas sistem imunnya berisiko besar menghidapi bronkitis.

CARA UNTUK MEMPERBAIKI KUALITI UDARAMENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM Dengan menaiki pengangkutan awam seperti LRT dan Rapid-KL, bilangan kereta akan berkurang dan kita boleh mengurangkan penghasilan bahan cemar udara seperti karbon monoksida, dan nitrogen oksida.

TANAM LEBIH BANYAK POKOK Menanam lebih banyak pokok sangat digalakkan terutama di rumah kita sendiri kerana tumbuhan-

Page 10: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

tumbuhan membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan pencemaran udara.

MEMBUAT KEMPEN KESEDARANMenganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat tidak kira usia. Ini dapat menyedarkan masyarakat tentang isu kekurangan oksigen dalam udara. Contoh kempen seperti kempen cinta alam sekitar.

KAWALAN TERHADAP PELEPASAN ASAPAkta Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih) 1978 perlu dikaji semula oleh pihak berkuasa dan ditingkatkan kawalan terhadap pelepasan asap terutamanya dari

Page 11: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

kilang. Memasang penapis pada cerobong kilang patut digunakan supaya mengurangkan penghasilan bendasing.

KITAR SEMULA Mengitar semula bahan buangan seperti botol, plastik dan tin aluminium dapat mengurangkan penggunaan pokok dan bahan-bahan yang lain. Pembakaran sampah sarap dapat dikurangkan alam sekitar akan lebih selamat.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU Teknologi hijau adalah penggunaan sains alam sekitar yang boleh mengawal kesan negatif aktiviti manusia.

Contoh penggunaan teknologi hijau adalah solar panel dan ‘wind turbine’. Ini dapat mengurangkan bahan api fosil digunakan. Bahan api fosil menghasilkan banyak

Page 12: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

karbon dioksida yang menyebabkan bumi kita semakin panas dan oksigen semakin berkurangan.

AMALAN MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIHTIDAK MELAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA

Page 13: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

Jika kita tidak melakukan pembakaran terbuka, maka udara kita akan lebih bersih dan lebih dingin. Jadi tumbuhan-tumbuhan boleh menjalankan proses fotosintesis.

KITAR SEMULA SECARA BERTERUSAN Mengitar semula bahan buangan secara berterusan dapat menjimatkan bahan api fosil. Udara lebih bersih dan alam sekitar lebih selamat. Haiwan juga dapat menjalankan habitat mereka tanpa gangguan.

MENGURANGKAN PENGGUNAAN KLOROFLUOROKARBON (CFC)Mengurangkan penggunaan CFC seperti peti sejuk, penghawa dingin dan penyembur serangga dapat menjamin keselamatan lapisan ozon. Penggunaan Peti

Page 14: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

sejuk yang berkonsepkan tenaga elektrik sangat digalakkan.

MENGGUNAKAN TEKNIK KAWALAN BIOLOGI Teknik kawalan biologi seharusnya digunakan dalam sektor pertanian kerana ia selamat untuk digunakan selain tidak mencemarkan alam sekitar. Menggunakan teknik kawalan biologi lebih baik daripada menggunakan fertiliser. Fetiliser menimbulkan masalah alam sekitar dan masalah pelupusan.

MELAKUKAN PENGHUTANAN SEMULA/PERLADANGAN HUTANMenanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan dapat memelihara pencemaran udara. Ia juga mencatikkan alam sekitar. Misalnya, pokok paya bakau harus dipelihara kerana daun-daun yang reput menjadi

Page 15: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

nutrien kepada plankton, invertebrata dan alga. Alga mengandungi oksigen yang menjadi sumber untuk ikan.

‘Mangrove Trail’

PENUTUP Kita sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan terus bernafas. Kita harus sentiasa menjaga alam sekitar terutama

Page 16: Kepentingan sistem respirasi yang sihat

udara kita supaya tidak tercemar mahupun peparu kita.

Bahan cemar udara harus dikurangkan penggunaannya supaya udara lebih selamat. Meskipun mempnyai banyak jenis ubat-ubatan, namun penyakit sentiasa ada. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kita mesti kerap bersihkan bumi kita ini.

Kita harus mengikuti cara-cara untuk memperbaiki kualiti udara dan selalu melakukannya.Dengan cara ini, hidup kita dijamin lebih selamat dan bersih. Ini menunjukkan bahawa pentingnya sistem respirasi ini adalah melebihi segalanya untuk meneruskan hidup kita.