kepentingan pengangkutan awam

4
Kamus Dewan mendefinisikan ‘pengangkutan awam’ sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi,bas dan sebagainya yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Kerajaan persekutuan negara kita menyediakan pelbagai pengangkutan awam Di Malaysia,pengangkutan awam terdapat di mana-mana sahaja. Pengangkutan awam terbahagi kepada tiga,iaitu pengangkutan udara, pengangkutan air, pengangkutan darat. Contohnya, bas, teksi, kapal terbang,Light Railway Transit (LRT), komuter dan sebagainya. Setiap tahun,kerajaan Malaysia membelanjakan berjuta-juta ringgit Malaysia untuk membaik pulih dan menaikkan taraf pengangkutan awam di negara kita. Bilangan syarikat-syarikat pengangkutan awam di negara kita yang semakin bertambah dari masa ke masa membuatkan para pengguna ‘tak menang tangan’ untuk memilih pengangkutan yang mereka ingin gunakan. Persoalannya,sejauh manakah pentingnya pengangkutan awam kepada rakyat Malaysia sehingga kerajaan sanggup memperuntukkan sejumlah wang yang sangat banyak? Pertama,pengangkutan awam memudahkan perhubungan. Pengangkutan udara seperti kapal terbang membolehkan rakyat Malaysia dapat pergi ke luar negara. Syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysian Airlines System (MAS), Air Asia, Firefly dan lain-lain menyediakan perkhidmatan penerbangan berkelas dunia. Jika sebelum lahirnya syarikat-syarikat penerbangan tersebut,amat mustahil untuk rakyat Malaysia pergi ke luar negara atas pelbagai urusan. Urusan-urusan rasmi dapat berjalan dengan lancar dengan adanya perkhidmatan penerbangan tersebut. Selain itu, perkhidmatan pengangkutan awam tersebut memudahkan perjalanan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk melancong di Malaysia. Pengangkutan awam juga membolehkan semua orang untuk pergi ke tempat yang tahap ketersampaiannya amat rendah terutamanya pulau-pulau. Contohnya, Pulau Tioman, Pulau Kapas, Pulau Sipadan, Pulau Redang, dan lain-lain termasuklah Pulau Pinang. Tempat-tempat tersebut amat sukar dikunjungi tanpa perkhidmatan awam seperti feri, kapal terbang berkapasiti kecil, bot ekspres dan kapal

Upload: nicholas-vlee

Post on 20-Jul-2016

64 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Apakah kepentingan-kepentingan pengangkutan? Semuanya dijawab dalam " Kepentingan Pengangkutan Awam".

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Pengangkutan Awam

Kamus Dewan mendefinisikan ‘pengangkutan awam’ sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi,bas dan sebagainya yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Kerajaan persekutuan negara kita menyediakan pelbagai pengangkutan awam Di Malaysia,pengangkutan awam terdapat di mana-mana sahaja. Pengangkutan awam terbahagi kepada tiga,iaitu pengangkutan udara, pengangkutan air, pengangkutan darat. Contohnya, bas, teksi, kapal terbang,Light Railway Transit (LRT), komuter dan sebagainya. Setiap tahun,kerajaan Malaysia membelanjakan berjuta-juta ringgit Malaysia untuk membaik pulih dan menaikkan taraf pengangkutan awam di negara kita. Bilangan syarikat-syarikat pengangkutan awam di negara kita yang semakin bertambah dari masa ke masa membuatkan para pengguna ‘tak menang tangan’ untuk memilih pengangkutan yang mereka ingin gunakan. Persoalannya,sejauh manakah pentingnya pengangkutan awam kepada rakyat Malaysia sehingga kerajaan sanggup memperuntukkan sejumlah wang yang sangat banyak?

Pertama,pengangkutan awam memudahkan perhubungan. Pengangkutan udara seperti kapal terbang membolehkan rakyat Malaysia dapat pergi ke luar negara. Syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysian Airlines System (MAS), Air Asia, Firefly dan lain-lain menyediakan perkhidmatan penerbangan berkelas dunia. Jika sebelum lahirnya syarikat-syarikat penerbangan tersebut,amat mustahil untuk rakyat Malaysia pergi ke luar negara atas pelbagai urusan. Urusan-urusan rasmi dapat berjalan dengan lancar dengan adanya perkhidmatan penerbangan tersebut. Selain itu, perkhidmatan pengangkutan awam tersebut memudahkan perjalanan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk melancong di Malaysia. Pengangkutan awam juga membolehkan semua orang untuk pergi ke tempat yang tahap ketersampaiannya amat rendah terutamanya pulau-pulau. Contohnya, Pulau Tioman, Pulau Kapas, Pulau Sipadan, Pulau Redang, dan lain-lain termasuklah Pulau Pinang. Tempat-tempat tersebut amat sukar dikunjungi tanpa perkhidmatan awam seperti feri, kapal terbang berkapasiti kecil, bot ekspres dan kapal persiaran. Jelaslah bahawa pengangkutan awam di Malaysia memudahkan perhubungan antara rakyatnya.

Para penduduk kota-kota metropolitan seperti Kuala Lumpur bagaikan sudah sebati dengan satu masalah yang acapkali menimpa mereka terutamanya ketika hendak pergi dan balik bekerja. Masalah yang dimaksudkan ialah masalah kesesakan lalu lintas. Laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan ,Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur sering dipenuhi kenderaan-kenderaan para pengguna jalan raya terutamanya pada waktu pagi dan petang. Masalah ini mengakibatkan timbul pelbagai masalah lain,namun dengan adanya perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh Kerajaan Pusat,masalah ini dapat dikurangkan. Pengangkutan awam di darat seperti LRT, komuter, bas dan teksi antara penyumbang utama kepada pengurangan masalah kesesakan lau lintas. Rakyat Malaysia dapat menggunakan pelbagai jenis penganghkutan awam tersebut. Mereka tidak perlu bersusah payah menunggu barisan panjang kenderaan-kenderaan untuk membayar tol dan menunggu lampu isyarat berwarna hijau. Tambahan pula, perkhidmatan pengangkutan awam di darat amat banyak ‘bagai cendawan tumbuh selepas hujan’. Sesiapa yang menaiki bas, LRT dan komuter, mereka tidak perlu risau akan lewat datang ke pejabat. Dasar Pandang ke Timur bukan sahaja merujuk kepada cara orang-orang Jepun bekerja, namun sikap mereka

Page 2: Kepentingan Pengangkutan Awam

yang suka menggunakan pengangkutan awam untuk pelbagai urusan termasuk bersiar-siar patut dicontohi. Rakyat Malaysia tidak perlu berasa segan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana secara tidak langsung kita dapat mengatasi masalah-masalah yang timbul sebelum ini.

Pada masa lampau, di negara Arab, para khalifah bergantung kepada kudrat unta untuk mengembara. Manakala, para pedagang dan saudagar seluruh dunia menggunakan kapal dagang dan kapal layar untuk membawa barang dagangan mereka. Kapal-kapal tersebut bergantung kepada kekuatan angin dan kuasa stim untuk menggerakkan kapal. Pembukaan Terusan Suez pula dikatakan menjimatkan masa dan kos perjalanan, namun proses pelayaran tersebut tetap mengambil masa yang lama untuk sampai ke sesuatu tempat terutamanya pelabuhan terkemuka dunia iaitu Pelabuhan Melaka milik Kesultanan Melayu Melaka. Kini, penduduk dunia amnya dan rakyat Malaysia khususnya tidak perlu risau akan kesulitan tersebut kerana kapal kargo, kapal persiaran, kapal layar, kapal terbang dan sebagainya telah dicipta untuk mengatasi masalah tersebut. Pengangkutan awam ini dapat menjimatkan masa perjalanan. Contohnya, pada masa dahulu, para pedagang dari Eropah mengambil masa beberapa bulan untuk sampai ke Tanah Melayu. Kini, dengan adanya perkhidmatan pengangkutan awam seperti kapal terbang, ahli-ahli bisnes dan ekspatriat-ekspatriat Eropah juga dapat pergi ke Malaysia dalam tempoh beberapa belas jam sahaja.Semua orang tidak perlu risau kerana masa perjalanan dapat disingkatkan dengan begitu banyak.

Di samping itu, pengagkutan awam juga menjimatkan kos perjalanan. Jika seseorang itu tidak mempunyai bajet yang tinggi, dia boleh memilih untuk menggunakan pengangkutan awam. Malah perkhidmatan penerbangan ada menyediakan pakej-pakej yang menarik dan murah. Contohnya, dengan slogannya ‘Now Everyone Can Fly’, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia pimpinan Datuk Sri Tony Fernandez menjanjikan sejumlah tambang yang sangat rendah untuk para pelanggannya. Kini, perkhidmatan penerbangan tidak tertakluk untuk golongan atasan eksekutif sahaja seperti dahulu. Golongan sederhana juga mampu menikmati perkhidmatan penerbangan tersebut. Selain itu,perkhidmatan bas, teksi, LRT, dan komuter juga menjimatkan kos. Kos bagi per kilometer amat rendah terutamanya bas. Jika dibandingkan dengan individu yang menggunakan kenderaan persendirian untuk pergi ke pejabat, mereka terpaksa membeli bahan bakar setiap bulan. Walaupun kerajaan memperuntukkan subsidi untuk bahan bakar, namun individu yang menggunakan pengangkutan awam dapat berjimat berpuluh-puluh ringgit Malaysia setiap tahun berbanding individu yang menggunakan kenderaan persendirian.Pada masa yang sama, kita harus berjimat sebagai persediaan ketika kecemasan kerana ‘malang tidak berbau’.Tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan awam dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, tidak kira sama ada pengangkutan air,darat mahupun pengangkutan udara,pengangkutan awam di negara kita jelas memberi banyak kepentingan kepada para pengguna. Kerajaan dan pihak swasta harus berganding bahu untuk mempromosikan perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia pula harus menyahut seruan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak supaya

Page 3: Kepentingan Pengangkutan Awam

menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama. Pengangkutan awam harus digunakan sebaik mungkin agar kita dapat menikmati kepentingannya.