kepentingan menjaga maruah diri

6
KEPENTINGAN MENJAGA MARUAH DIRI Setiap individu muslim wajib menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh kepada unsure-unsur asing yang merosakkan. CARA MENJAGA DIRI DAN MARUAH CARA BERPAKAIAN Pakaian menutup aurat, tidak ketat dan jarang. Pakaian kemas dan bersih. Pakaian tiada lambang agama lain atau kumpulan sesat. Pakaian sesuai mengikut jantina. Pakaian daripada hasil yang halal. Pakaian mengikut peraturan syarak. CARA PERGAULAN Memberi salam ketika bertemu. Menjaga adab & hukum syarak dlm pergaulan. Hormat-menghormati, kasih sayang dan bermesra. Bertukar-tukar pendapat dengan sifat toleransi. Menjaga rahsia & keaiban orang lain. Menepati janji yang baik. Menjaga hati dan perasaan sahabat dgn cara yang baik. CARA PERCAKAPAN Bercakap dgn perkara yg baik. Berbahasa sopan. Percakapan yg menyenangkan Bercakap benar. Bercakap perkara yang berfaedah kpd semua. Lebih baik diam jika tidak tahu sesuatu perkara. Jangan menyampuk percakapan orang lain. AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAH 1. Kehidupan tidak diberkati kerana jauh dari petunjuk. 2. Mendapat dosa.

Upload: shahhafizhamdzani

Post on 10-Mar-2016

366 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

nota akhlak

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan menjaga maruah diri

KEPENTINGAN MENJAGA MARUAH DIRISetiap individu muslim wajib menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh kepada unsure-unsur asing yang merosakkan.

CARA MENJAGA DIRI DAN MARUAH

CARA BERPAKAIAN• Pakaian menutup aurat, tidak ketat dan jarang.• Pakaian kemas dan bersih.• Pakaian tiada lambang agama lain atau kumpulan sesat.• Pakaian sesuai mengikut jantina.• Pakaian daripada hasil yang halal.• Pakaian mengikut peraturan syarak.

CARA PERGAULAN • Memberi salam ketika bertemu.• Menjaga adab & hukum syarak dlm pergaulan.• Hormat-menghormati, kasih sayang dan bermesra.• Bertukar-tukar pendapat dengan sifat toleransi.• Menjaga rahsia & keaiban orang lain.• Menepati janji yang baik.• Menjaga hati dan perasaan sahabat dgn cara yang baik.

CARA PERCAKAPAN• Bercakap dgn perkara yg baik.• Berbahasa sopan.• Percakapan yg menyenangkan• Bercakap benar. • Bercakap perkara yang berfaedah kpd semua.• Lebih baik diam jika tidak tahu sesuatu perkara.• Jangan menyampuk percakapan orang lain.

AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAH1. Kehidupan tidak diberkati kerana jauh dari petunjuk.2. Mendapat dosa.3. Menjadi terpinggir kerana dipulau oleh rakan dan masyarakat.4. Kejadian jenayah semakin meningkat.5. Negara menjadi kucar-kacir dan tidak aman.6. Negara akan mundur dan tamadun manusia tidak akan berkembang maju.7. Masyarakat akan memandang rendah kepada orang yang tidak bermoral.

Page 2: Kepentingan menjaga maruah diri

HIKMAH MENJAGA DIRI DAN MARUAH1. Kehidupan diberkati kerana mendapat petunjuk Allah.2. Mendapat pahala.3. Akan disayangi, dikagumi dan disanjung oleh rakan dan masyarakat.4. Membendung kejadian jenayah yang boleh mengakibatkan kehancuran negara.5. Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu.6. Negara akan aman dan tenteram.7. Masyarakat akan memandang tinggi kepada orang yang berakhlak mulia.

PENGHAYATAN- Menjaga maruah diri semasa bergaul dengan rakan sebaya.- Menunjukkan imej diri yang bersih, kemas dan ceria.- Bersopan santun dan lemah lembut dalam percakapan.- Berpakaian mengikut ketentuan hukum syarak.

INFO AL-DINIngatlah ! Sesungguhnya Allah melaknat orang lelaki yang meniru perwatakan wanita dan wanita yang meniru perwatakan lelaki.

Aurat Lelaki : Antara pusat & lutut.

Aurat Wanita : Seluruh badan kecuali muka & tapak tangan.

INFO TAMADUNIslam mewajibkan umatnya menutup aurat.Oleh itu menjadi fardhu kifayah bagi umat Islam berusaha membina kilang-kilang pakaian untuk keperluan itu. Begitu juga perlu wujud pereka-pereka fesyen dari kalangan umat Islam yang mereka fesyen pakaian yang cantik dan kemas serta menutup aurat sebagaimana tuntutan syarak.

Bab malu

TAZKIRAHBAB : MALU

Uqbah Bin Amir berkata: Nabi S.A.W. bersabda:- Sesungguhnya dari keterangan Nabi-Nabi yang dahulu jika kau tidak malu maka berbuatlah sesukamu. Yakni jika perbuatan ini tidak akan menjatuhkan kehormatanmu dalam agama, sehingga menyebabkan malu, maka boleh engkau berbuat apa-apa yang sudah pasti tidak bakal memalukan pada mu itu.

Malu itu ada dua macam:Malu sesama manusiaMalu kepada Allah.

Page 3: Kepentingan menjaga maruah diri

Malu sesama manusia, iaitu dengan menutup mata dari apa-apa yang tidak halal bagimu.Malu kepada Allah, iaitu rasa nikmat Allah sehingga merasa malu untuk berbuat maksiat pada Nya.

Hadis Nabi S.A.W. : Umar tanya kenapa Nabi menangis, jawab Nabi: Jibril memaklumkan bahawa Allah malu akan menyiksa seorang hamba yang sampai beruban didalam Islam, apakah orang tua itu tidak malu berbuat dosa sesudah ia beruban dalamIslam.

Seorang ulama memberi nasihat kepada puteranya : Hai anakku, jika nafsumu akan berbuat dosa, maka lihatlah ke atas dan malulah dari penduduk langit, jika tidak, maka tundukkan matamu ke bumi dan malulah dari penduduk bumi, maka bila kau tidaktakut pada penduduk langit dan tidak malu pada penduduk bumi, maka anggaplah dirimu dan golongan binatang yang tidak berakal!.

Malu bererti menghindarkan diri daripada melakukan perbuatantercela, enggan melakukan sesuatu atau meninggalkan keranatakut mendapat celaan.-Sifat malu adalah diantara sifat terpuji yang sangat diperlukanoleh manusia. Sifat ini adalah sebahagian daripadakesempurnaan iman.-Imam Nawawi Rahimahullah dalam kitabnya menyatakan maksudhadis berkenaan malu (rujuk hadis no.1), ialah semua perkara yangdiperintahkan samada yang wajib dan sunat, dia hendaklahmerasa malu untuk meninggalkannya. Manakala perkara yangdilarang samada haram atau makruh, dia hendaklah merasa maluuntuk melakukannya. Adapun perkara yang harus mubah makamalu untuk melakukannya atau meninggalkannya adalahdiharuskan.6. Sifat malu adalah asas kepada akhlak yang mulia dan pendorongyang paling kuat untuk mengerjakan kebaikan dan menjauhikeburukan. Sifat malu merupakan sebahagian warisan nabiterdahulu, maka kewajipan kita hari ini untuk berpegang teguhdengan sifat malu yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.Maka jika kita tidak malu melakukan perkara yang dilarang Allah,maka Allah menyediakan tempatnya di Neraka Jahanam.7. Malu terbahagi kepada dua jenis: -i. Malu secara fitrah, malu yang dijadikan oleh Allah S.W.T. dantidak dimiliki melalui usaha. Malu seumpama ini menaikkan darjatseseorang ke tingkat akhlak yang paling tinggi yang diberi Allahkepada hambanya. Dia menjauhkan dirinya daripada melakukanmaksiat.ii. Malu yang diusahakan, iaitu malu yang dicapai melalui makrifatkepada Allah mengetahui keagunganNya dan maha dekatnyakepada manusia, maha melihat mereka, dan maha mengetahuipandangan mata yang khianat dan apa-apa yang disembunyikan

Page 4: Kepentingan menjaga maruah diri

dalam hati.iii. Malu yang tercela ialah malu yang menjadikan seseorang itutidak menentu dan gelisah serta menghalang dirinya daripadamelakukan sesuatu yang tidak sewajarnya dia malu, seperti maluyang menghalang daripada mempelajari ilmu dan mendapatkanrezeki.8. Malunya seseorang wanita muslimah:-Wanita muslimah dihiasi dengan perasaan malu. Merekabersama-sama kaum lelaki bertanggungjawab memakmurkanbumi dan mentarbiah generasi berdasarkan kepada kebersihanfitrah kewanitannya.Dalam Al-Quran surah Al-Qosos: 25‘Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang daripadakedua wanita itu berjalan malu-malu ia berkata “sesungguhnyabapaku memanggilmu agar dia memberi balasan terhadapkebaikan mu memberi minum ternakan kami”’-Wanita ini datang menemui Nabi Musa atas perintah bapanya,berjalan dengan adab seorang wanita yang suci bersih ketikabertemu dengan lelaki, tanpa dibuat-buat, tidak tabarruj (bersolek)dan tidak menggoda. Disamping malu yang tergambar dalamcara jalannya, dia juga mengucapkan kata-katanya dengan jelas,dia tidak gugup dan tidak tersandung.9. Natijah daripada sifat malu ialah bersih daripada perkara haram.10. Lawan sifat malu ialah al-waqaahah iaitu tidak malu. Sifat yangtercela kerana ia akan menjerumuskan sesorang itu ke jurangkeburukan dan tidak mempedulikan celaan dan cacian hasil daritindak tanduknya sehingga sanggup melakukan kejahatan secaraterang-terangan. Sifat tidak malu adalah keterlucutan daripadafitrah kemanusiaan yang lurus.11. Tanggungjawab ibu bapa iaitu bekerja keras menghidupkanakhlak malu dalam pekerti anak-anak.