kepentingan kepekaan deria

11
Kepentingan Kepekaan Deria Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu, pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya. Persekitaran Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria murid. Murid yang dikelilingai persekitaran social yang mendorong akan menjadi seseorang yang sentiasa bermotivasi. Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru pendidikan seni mestilah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang lainuntuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada murid dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja murid, guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh- contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.

Upload: nur-afiqah-bt-zulkafli

Post on 26-Dec-2015

706 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Kepekaan Deria

Kepentingan Kepekaan Deria

Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu

persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu, pancaindera

manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima

maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya.

Persekitaran

Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi

perkembangan deria murid. Murid yang dikelilingai persekitaran social yang mendorong

akan menjadi seseorang yang sentiasa bermotivasi.

Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru pendidikan seni mestilah

sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang lainuntuk mewujudkan keadaan dan

suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi

sumber ilham bukan sahaja kepada murid dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat

sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja murid, guru seni hendaklah cuba mendapatkan

contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan

dalam bilik seni.

Page 2: Kepentingan Kepekaan Deria

3.0 Pengintegrasian elemen Seni Dalam Pendidikan boleh membantu dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Frank Cizek yang dipetik di dalam buku Pengenalan Pendidikan Seni

Visual (OUM) bahawa, Pendidikan seni berkaitan dengan peranan ekspresi bebas

dalam pendidikan. Seterusnya, Seni juga merupakan subjektif untuk digambarkan. Seni

itu indah dan halus dan bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam

beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon, dan seni pengajaran.

Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan,

suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga

diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan

pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang diekspresikan

dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang

dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Penggunaan teknik seni

dalam pengajaran mampu menarik minta murid sekaligus dapat memberikan

keseronokan kepada murid-murid di dalam kelas. Menurut Howard Gardner di dalam

Page 3: Kepentingan Kepekaan Deria

Modul Seni dalam Pendidikan ada menyatakan bahawa, seni dalam pendidikan sebagai

asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan.

“Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia

yang diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi

mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik

manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh

ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan

satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak

dan tabiat seseorang muslim jujur, rajin, taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran

seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Terdapat tiga elemen penting yang bergabung dalam Seni Dalam Pendidikan.

Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam

seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan

penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi

seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting

dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna dan

kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik.seperti yang kita ketahui warna juga

digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.

Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah

kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Tanpa warna di dalam

kehidupan kita dunia tidak akan menjadi indah. Setiap dari hidup kita semuanya

berkaitan tentang warna. Sebagai contoh alam semula jadi, dan diri kita sendiri.

Sesungguhnya, setiap ciptaan Allah itu indah.

Untuk elemen yang pertama ialah Irama. Irama merupakan elemen yang

terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara

berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang

menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik

Page 4: Kepentingan Kepekaan Deria

tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui

pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan

air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita

tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni,

irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata

yang mewujudkan pergerakan.

Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan

tumpuan apa yang sedang dilakukan sebagai contoh, kanak-kanak akan mula

memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan

aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan

sebagainya. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi

hambar dan murid akan merasa cepat bosan dan tidak mahu melibatkan diri . Selain itu,

kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat

kanak-kanak dankanak-kanak akan lebih bersemangat dan lebih ceria untuk menyertai

sesuatu aktviti. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti

melompat sambil mengikut irama muzik.

Elemen Irama ini juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran. Dengan adanya elemen

ini, ia nya akan menjadikan murid-murid banyak melakukan pergerakan dan secara

tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini

menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan

kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara

secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam

memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan

menjadi lebih berkesan.

Page 5: Kepentingan Kepekaan Deria

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education

menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu

cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan

menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru

perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran

Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan

menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu

dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam

Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam

sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam

setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak

langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti,

pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

2 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh

danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari

denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk

menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran

untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini,

ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri

dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan

memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di

sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik

seperti:

Page 6: Kepentingan Kepekaan Deria

a) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang

berketrampilan dan professional.

Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis

menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan

kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang

seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu

menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.

Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu

murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-

kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid

dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

b) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan

pembelajaran.

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,

muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam

ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran

dan perpindahan pembelajaran.

c) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.

Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu

dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991)

oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa

seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar

mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai

objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 7: Kepentingan Kepekaan Deria

d) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan

pembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat

tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan

linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini

menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia

memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai

teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi

serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam

melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan

strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti

pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas

seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa

ditegaskan

3 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

1 Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan

kemahiran belajar.

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”

4 Kesimpulan

Page 8: Kepentingan Kepekaan Deria

Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat

memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan

seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut

dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat

mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik

dengan kaedah yang digunakan ini.