kepentingan jadual waktu belajar

2
Kepentingan Jadual Waktu Belajar Murid yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa yang anda punyai.Bagi memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap murid agar melakukan pengurusan masa berkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkas tentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu. Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang murid akan perolehi apabila anda menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah anda dapat menilai kembali apakah yang telah anda lakukan. Dengan adanya jadual belajar, anda akan dapat membahagikan masa untuk mengulangkaji sesuatu subjek dengan sistematik. Sudah pastinya anda tidak akan menghadapi masalah apabila musim peperiksaan tiba. Selain itu, jadual belajar juga dapat membantu anda menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum. Anda pasti tidak mempunyai masalah seperti murid lain yang selalunya tidak sempat mengulangkaji pelajaran sewaktu musim peperiksaan. Jadual belajar juga penting supaya anda dapat melatih mendisplinkan diri dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan anda mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna. Anda juga akan dapat mempelbagai aktiviti yang perlu anda lakukan setiap hari. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan anda menjadi seorang yang serba boleh.

Upload: azi-cooldanmatang

Post on 05-Jul-2015

3.758 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Jadual Waktu Belajar

Kepentingan Jadual Waktu Belajar

Murid yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda

baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa yang anda punyai.Bagi

memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap murid agar melakukan

pengurusan masa berkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan

perbincangan ringkas tentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual

waktu. Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang murid akan

perolehi apabila anda menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu

pembelajaran.

Antaranya ialah anda dapat menilai kembali apakah yang telah anda lakukan.

Dengan adanya jadual belajar, anda akan dapat membahagikan masa untuk

mengulangkaji sesuatu subjek dengan sistematik. Sudah pastinya anda tidak akan

menghadapi masalah apabila musim peperiksaan tiba. Selain itu, jadual belajar juga

dapat membantu anda menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang

berkesan dan memberikan faedah paling optimum. Anda pasti tidak mempunyai

masalah seperti murid lain yang selalunya tidak sempat mengulangkaji pelajaran

sewaktu musim peperiksaan.

Jadual belajar juga penting supaya anda dapat melatih mendisplinkan diri

dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan anda mengamalkan cara hidup

yang lebih sempurna. Anda juga akan dapat mempelbagai aktiviti yang perlu anda

lakukan setiap hari. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan anda

menjadi seorang yang serba boleh.

Penyediaan jadual waktu belajar juga dapat mendorong ke arah pencapaian

kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang anda ceburi, baik kehidupan dunia

atau akhirat. Ia juga dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan

sesuatu tugas. Anda pasti akan dapat mengimbangkan pembahagian masa

terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan dengan adanya jadual belajar.