kepentingan bangunan bersejarah di malaysia

Upload: ani

Post on 01-Mar-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Kepentingan Bangunan Bersejarah Di Malaysia

    1/5

    Kepentingan Bangunan Bersejarah Di

    MalaysiaDalam meniti zaman atom ini, remaja kini terlalu sibuk dengan

    dunia sekarang sehingga alpa bahawa di negara kita,

    Malaysia mempunyai banyak bangunan bersejarah tanpa

    menghayati sejarah-sejarahnya. Bangunan-bangunan

    bersejarah merupakan peninggalan zaman dahulu. Jika dilihat

    dengan teliti bangunan-bangunan ini mempunyai nilai budaya

    dan kesenian yang tersendiri. Hal ini kerana, kalau tidak

    dipecah ruyung manakan dapat sagunya. Bangunan

    bersejarah ini juga mencirikan identiti negara dan merakam

    sejarah penting negara. Oleh itu,pemeliharaan bangunan

    bersejarah memang penting di Malaysia. Persoalannya kini,

    apakah kepentingan bangunan bersejarah ini kepada kita?

    Antara kepentingannya ialah kita dapat mendalami dan

    mempelajari sejarah negara kita. Melalui cara ini, kita lebih

    mendalami fakta sejarah jika dapat melihat kesan

    peninggalannya sendiri. Golongan pelajar akan lebih berminat

    dalam sejarah negara ini. Kerajaan haruslah mewujudkan

    matapelajaran sejarah di seluruh sekolah di Malaysia sama

  • 7/26/2019 Kepentingan Bangunan Bersejarah Di Malaysia

    2/5

    ada sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Lawatan ke

    tempat bersejarah merupakan antara cara pembelajaran yang

    berkesan. Sebagai contoh, setiap Persatuan Sejarah di

    sekolah perlulah mengadakan lawatan ke A Famosa,

    Bangunan Sultan Abdul Samad dan banyak lagi boleh

    mengingatkan kita tentang sejarah negara ini. Tegasnya,

    janganlah kita mengulangi peristiwa hitam yang pernah

    berlaku di negara ini. Biar putih tulang jangan putih mata.

    Seterusnya, bangunan bersejarah juga mempunyai nilai

    ekonomi dari segi tarikannya kepada pelancong. Hal ini

    kerana, tempat-tempat yang mempunyai kesan peninggalan

    sejarah sudah tentu akan menjadi tarikan tumpuan

    pelancong. Melalui cara ini, dapat membantu perkembangan

    industri pelancongan dan membawa wang asing masuk.

    Perkembangan ekonomi negara juga akan meningkat dan

    menebusi ekonomi antarabangsa. Tamsilnya, Kubu Cornwallis

    di Pulau Pinang dan Stesen Keretapi di Kuala Lumpur.

    Bangunan-bangunan sebeginilah akan menarik tumpuanpelancong untuk melihat keunikan bangunan tersebut. Hal ini

    kerana, dimana ada gula disitu ada semut. Sudah terang lagi

    bersuluh, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah berbangga

  • 7/26/2019 Kepentingan Bangunan Bersejarah Di Malaysia

    3/5

    dengan bangunan yang sedia ada di negara kita dan

    janganlah kita memandang sebelah mata terhadap bangunan

    ini.

    Dalam nada yang berbeza, bangunan bersejarah juga penting

    dalam industri perfileman. Hal ini kerana, sesebuah filem

    banyak bergantung pada latar tempatnya. Jika membuat filem

    yang bertemakan peristiwa bersejarah, bangunan bersejarah

    perlu digunakan. Contohnya, filem Police Story III lakonan

    Jacky Chan di Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan

    bangunan Mahkamah Persekutuan dan Stesen Kereta Api.

    Jelaslah bahawa terdapat syarikat perfileman negara asing

    yang menjalankan pengambaran di Malaysia. Hal ini

    menjadikan Malaysia terkenal dan berdiri gah di persadadunia.

    Disamping itu, bangunan bersejarah mempunyai nilai-nilai

    seni dan nilai estetika yang penting. Jika dilihat dengan teliti

    bangunan bersejarah juga mempunyai seni bina yang halus

    yang bercorakkan budaya bangsa. Kita dapat menghayati

    kehalusan dan kreativiti seni bina bangsa kita pada zaman

    silam. Kita dapat menghayati keindahan dan keistimewaan

    budaya kita. Biar kita ambil contoh, ukiran pada dinding kayu

  • 7/26/2019 Kepentingan Bangunan Bersejarah Di Malaysia

    4/5

    rumah Melayu tradisional. Sebahagian besarnya dipengaruhi

    oleh penjajah yang menjajah di sesuatu negeri tersebut.

    Istana Seri Menanti dipengaruhi oleh pengaruh minangkabau.

    Tegasnya, bangunan ini haruslah di jaga dengan rapi agar tak

    lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

    Setelah itu, bangunan bersejarah juga dijadikan bahan

    penyelidikan. Perkara ini amat penting bagi mereka yang

    meminati sejarah terutamanya para pengkaji sejarah. Hal ini

    kerana, kewujudan bahan sejarah membuktikan sejarah yang

    berlaku di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan lagi. Sebagai

    contoh, kedatangan Portugis merupakan cerita yang benar

    bukannya dogeng mahupun terselit unsur mitos dan lagenda.

    Hal ini dapat dibuktikan apabila bangunan A Famosa yangdidirikan semasa Peperangan Tiga Segi yang melibatkan tiga

    buah negeri iaitu Acheh, Melaka dan Johor. Jelaslah bahawa

    bangunan A Famosa masih berdiri dengan gahnya sehingga

    ke hari ini.

    Natijahnya, bangunan-bangunan bersejarah merupakan

    sebahagian besar daripada sejarah negara kita. Jika kita

    bandingkan bangunan bersejarah ini tiada tolok bandingnya

    dengan bangunan-bangunan yang dibina pada zaman era

  • 7/26/2019 Kepentingan Bangunan Bersejarah Di Malaysia

    5/5

    globalisasi ini. Hal ini kerana, bangunan-bangunan ini tidak

    terkira nilainya dan merupakan warisan bangsa. Sebagai

    generasi muda, kita haruslah memelihara bangunan-

    bangunan sebegini untuk penghayatan dan kepentingan

    semua khususnya kepada generasi muda yang akan dating

    untuk dijadikan pengajaran. Akhir kata, janganlah kita alpa

    tentang sejarah yang berlaku di negara kita ini. Sejajar

    dengan mutiara kata bangsa yang tidak mempelajari sejarah

    pasti akan mengulanginya semula.