kepelbagaian_sosio_2

32
1.0 PENDAHULUAN Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah. Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan Dalam konteks pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya di sekolah yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dari segi kepelbagaian budaya, adat resam, bahasa dan sebagainya. Sehubungan dengan hal sedemikian, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, guru hendaklah mempunyai kesedaran tentang keunikan pelbagai budaya dan adat resam dan ini boleh membantu seorang guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam suasana bilik darjah yang mesra. 1

Upload: wong-chew-nie

Post on 15-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

1.0 PENDAHULUAN

Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat

tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat

perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah. Namun,

ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan

Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud kecergasan

fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa,

tenaga dan pengaruh.Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai

keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan

berfikir di mana ia meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan

dan bukan kebendaan

Dalam konteks pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya di sekolah

yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah,

murid akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh

masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di

sesebuah sekolah.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang

pelbagai kaum. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dari

segi kepelbagaian budaya, adat resam, bahasa dan sebagainya. Sehubungan

dengan hal sedemikian, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, guru

hendaklah mempunyai kesedaran tentang keunikan pelbagai budaya dan adat

resam dan ini boleh membantu seorang guru untuk melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan dalam suasana bilik darjah yang mesra.

1

Page 2: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

2.0 KONSEP KEPELBAGAIAN KELOMPOK

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup

dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India

telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan

tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur.

Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Terdapat

pelbagai konsep kepelbagaian kelompak di Malaysia disebabkan oleh kemajmukan

rakyat di negara ini. Antaranya ialah; etnik, ras, minoriti, masyarakat, dan kelompok.

Menurut Noriati A. Rashid (2011), perkataan etnik diambil daripada perkataan

Greek ethnos yang membawa maksud manusia atau negara. Etnik merujuk kepada

kumpulan manusia yang mengidentifikasikan antara satu sama lain dengan

berlandaskan keturunan dan warisan budaya yang sama. Manakala, menurut

Maciver (1981), kelompok etnik merupakan kesatuan berdasarkan kesedaran minat

dan nonvoluntary. Secara umumnya, etnik tidak mempunyai organisasi yang formal

dan dari segi relatifnya adalah terhad saiznya, di mana ahli – ahli dihubungkan

bersama oleh perhubungan utama dan sekunder. Selain itu, ciri kelompok yang lain

ialah adanya sikap yang menunjukkan perbezaan, tentangan atau prasangka. Dari

konsep etnik inilah akan terbentuk konsep – konsep lain seperti etnisiti,

etnosentrisme dan diskriminasi.

2

KONSEP KEPELBAGAIAN KELOMPOK DI MALAYSIA

Etnik Ras Minoriti Masyarakat Kelompok

Page 3: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

Konsep kedua yang wujud di dalam kepelbagaian kelompok ialah ras. Ras

merupakan kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi fizikal. Ciri –

ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari satu generasi ke generasi

yang lain.Ras mempunyai ciri – ciri fizikal yang menjadi tanda pengenalan kepada

sesuatu ras contohnya; warna kulit, warna mata dan sebagainya. Selain itu, ras juga

boleh diklasifikasikan mengikut sifat – sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.

Konsep yang seterusnya ialah; konsep minoriti yang merujuk kepada bilangan

penduduk atau statistiknya. Konsep ini sebenarnya merujuk kepada kumpulan

penduduk yang dianggap sebagai kumpulan yang lebih rendah statusnya dan sering

didiskriminasikan.

Konsep yang keempat ialah konsep masyarakat. Menurut Kamus Dewan

Bahasa dan Pustaka Edisi kedua, masyarakat bermaksud sekumpulan orang yang

hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara – cara dan peraturan – peraturan

tertentu. Manakala menurut Roureck dan Warrne (1979) , masyarakat merupakan

satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun kumpulan

manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dan menjalankan aktiviti secara

kolektif serta merasakan bahawa mereka hidup bersama. Dapat disimpulkan di sini

bahawa masyarakat merupakan kumpulan individu yang mempunyai ciri – ciri seperti

berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan, dan berinteraksi serta menjalankan

aktiviti bersama.

Kelompok bermaksud sekumpulan manusia yang memiliki kesedaran yang

sama tentang keanggotaan ahlinya, sering berinteraksi dan dibentuk oleh

masyarakat ( Noriati A. Rashid et. Al, 2011). Kelompok terbahagi kepada dua jenis

kelompok iaitu kelompok asas dan kelompok sekunder. Dari segi hubungan dalam

kelompok asas, hubungan adalah lebih erat kerana disertai emosi dan hubungan ini

akan berterusan walaupun mereka tidak lagi tinggal berdekatan atau di tempat yang

sama. Manakala bagi kelompok sekunder bersifat tidak berkekalan, kerana individu

hanya mengenali satu sama lain secara formal dan tidak melibatkan perasaan. Ini

biasanya terjadi di kawasan bandar – bandar besar dan interaksi mereka sangat

terhad.

3

Page 4: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

3.0 KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO - BUDAYA

Pelbagai takrifan yang telah diberikan bagi mendefinisikan budaya. Budaya

atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang terbentuk

daripada kata buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal – hal yang berkaitan

dengan budi dan akal manusia (Noriati A. Rashid et. Al, 2011). Manakala, dalam

Bahasa Inggeris pula budaya disebut sebagai culture yang berasal dari perkataan

Latin Colere yang bermaksud mengolah atau mengerjakan.

Antara ciri penting budaya dalam sesuatu kelompok ialah budaya perlu

dipelajari secara langsung atau tidak langsung. Selain itu, ciri – ciri penting budaya

yang seterusnya ialah budaya perlu dikongsi dan boleh diwarisi. Ini bermaksud

budaya yang diamalkan oleh satu generasi akan diturunkan kepada generasi yang

seterusnya. Malah, setiap budaya yang diamalkan mempunyai unsur simbolik yang

bererti bagi setiap kaum.

Sebelum kita teruskan lagi perbincangan mengenai sosio - budaya, kita perlu

mengerti definisi dan konsep sosio – budaya. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka

Edisi keempat, sosio- merupakan awalan asing berkaitan dengan faktor sosial atau

kemasyarakatan. Manakala, budaya dari definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

edisi keempat mempunyai beberapa maksud. Antaranya ialah kemajuan fikiran, akal

budi merangkumi cara berfikir dan berkelakuan dan sebagainya. Selain itu, budaya

juga merujuk kepada membiasakan sesuatu perilaku atau perbuatan yang baik

supaya berbudaya atau beradab, kebudayaan keseluruhan cara hidup yang

merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan

penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun,

atau peradaban. Oleh yang demikian, dapat dirangkaikan bahawa definisi sosio –

budaya merupakan faktor sosial atau kemasyarakatan yang berkaitan dengan cara

berfikir dan cara hidup sesuatu masyarakat di sesuatu kawasan. Menurut Patricia L.

Marshall (2002), budaya merujuk kepada cara yang konsisten dimana manusia

mengalami, menginterpretasi dan bertindak balas terhadap dunia persekitaran

mereka; ataupun cara kehidupan bagi sekelompok populasi.

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang

etnik iaitu Melayu, Cina, India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi

Sabah & Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain menjadi kaum minoriti.

Disamping itu, setiap etnik dalam kalangan masyarakat membawa budaya yang

4

Page 5: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

berbeza yang diwarisi dari keluarga mereka sejak turun temurun. Selain itu, kita juga

perlu melihat pandangan yang diberikan terhadap konsep kepelbagaian budaya dari

pelbagai sumber

Kepelbagaian budaya di Malaysia disebabkan oleh faktor sejarah penjajahan di

mana pendatang dari China yang tiba di Tanah Melayu yang dimiliki oleh orang

Melayu. Pendatang China tiba di Tanah Melayu sekitar abad ke – 15 hingga

pertengahan abad ke – 20. Pendatang China awal di Melaka dan Pulau Pinang

kemudiannya membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selatan yang

mengamalkan kebanyakan adat Melayu secata takat yang berbeza. Kebanyakkan

orang Cina Malaysia menganggap “kecinaan” mereka sebagai satu identiti etnik,

budaya dan politik.

Seterusnya kaum India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan

daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di

Tanah Melayu. Orang India telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak 2 000 tahun yang

lalu. Kumpulan seperti komuniti Chitty dan komuniti Mamak merupakan keturunan

penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa penjajahan

Portugal dan Belanda.. Berdasarkan faktor penghijrahan dan pergabungan kawasan

Semenanjung dan Sabah, Sarawak, maka Malaysia mempunyai kepelbagaian

bangsa, agama dan budaya.

Akibat dari kepelbagaian bangsa dan penjajahan British, maka terbinalah jenis –

jenis sekolah yang pelbagai antaranya ialah sekolah pondok, sekolah Melayu,

sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris (Choong Lean Keow, 2008).

Namun begitu, pada zaman penjajahan pihak British mengamalkan Pecah dan

Perintah bagi mengelakkan perpaduan di antara kaum dan memudahkan lagi

pentadbiran pihak Inggeris. Oleh yang demikian, proses asimilasi dan akomodasi di

antara pelbagai budaya tidak dapat dilihat pada ketika itu.

Walaubagaimanapun, selepas merdeka telah berlaku perkembangan sistem

pendidikan di Malaysia. Terdapat tiga penyata atau laporan pendidikan yang

dikemukakan iaitu Penyata Rahman Talib, Laporan Hussein Onn, dan Laporan

Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir). Kesemua

laporan tersebut mempunyai matlamat utama iaitu untuk menyatupadukan rakyat

yang berbilang kaum.

5

Page 6: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

4.0 KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO – BUDAYA

"Kepelbagaian sosio budaya inilah yang menjadi aset utama negara dan perlu

dipelihara dan terus disemarakkan di bawah gagasan 1Malaysia,"

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (2012)

Berikut merupakan antara petikan ucapan Perdana Menteri kita, Datuk Seri

Najib Tun Razak dalam sambutan Hari Malaysia pada tahun 2012. Beliau membuat

kenyataan ini demi memastikan kelangsungan keharmonian dan kesejahteraan

di Malaysia dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.

Dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai

kaum dan budaya, pendidikan dan pengajaran di sekolah seharusnya berupaya

menekankan nilai-nilai persefahaman budaya dan toleransi antara kaum. Menurut

Banks (1993), pendidikan multi-budaya merupakan visi sekolah berdasarkan idea

demokrasi yang mementingkan keadilan dan kesamarataan. Oleh yang demikian,

pemahaman antara satu sama lain adalah sangat penting. Melalui pemahaman

tentang budaya pelbagai kaum ini, penghayatan pelajar tentang hubungan antara

kaum akan semakin baik, rapat dan tidak mewujudkan prasangka. Untuk tujuan itu,

pelajar perlu diberikan kefahaman yang jelas tentang sejarah budaya yang

menerangkan tentang kewujudan budaya pelbagai kaum di Malaysia serta elemen-

elemen penting dan keunikan setiap budaya yang terbentuk.

6

Page 7: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

4.1 Implikasi Kepelbagaian Sosio – budaya kepada Guru

Guru merupakan pencorak masa depan. Oleh yang demikian, guru

bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya

pemahaman terhadap budaya ini, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya

kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat

Malaysia. Nilai-niai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri mereka.

Seterusnya, mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh

dilakukan dalam masyarakat yang berbudaya.

Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan

maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Kepekaan guru terhadap

murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut. Perhatian yang wajar

perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur. .

Guru seharusnya mengintegrasikan mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur

dengan baik dengan murid Cina dan India yang lemah bertutur di dalam kumpulan

pemulihan yang sama. Hal ini dapat membantu murid Cina dan India bertutur dengan

lebih baik seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru

dengan berkesan.

Selain itu, pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem

nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlulah dikaji dan diteliti bagi

menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya

murid-muridnya di dalam bilik darjah. Pengetahuan awal guru terhadap budaya

murid-muridnya amat penting dalam menyusun aktiviti pembelajaran

7

IMPLIKASI KESEDARAN SOSIO BUDAYA

GURU

PELAJARSEKOLAH

KURIKULUM

Page 8: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

terutamanya di dalam subjek Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan

Kerohanian (PSK). Kurikulum yang terkandung dalam kandungan sukatan pelajaran

Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK) umpamanya mengandungi adab-adab

dalam setiap budaya di Malaysia. Justeru, guru lebih mudah mengajar dan

membimbing murid adab-adab tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan

yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti

ini, perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku

dan secara tidak langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman antara murid

dapat dihapuskan. Ciri-ciri persamaan dalam setiap budaya mampu membentuk

hubungan yang harmonis sesama sendirisetelah murid-murid dewasa kelak.

Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang

melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu

mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini

bermaksud setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengambil

peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi. Kejayaan dalam

melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk rapport yang positif dalam

kumpulan mereka. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik, guru dapat

mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Prejudis berlaku dalam

bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza

kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain (Shamsul Amri Baharuddin,2007:12).

Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan

sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi

skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan

bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.

4.2 Implikasi Kepelbagaian Sosio- budaya kepada murid

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan

bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik

darjah mahupun di luar bilik darjah. Menurut Gollnick dan Chin (1990), “Culture

provides the blueprint that determines the way an individual thinks, feels, and

behaves in society.” Perbezaan budaya dikalangan murid menyebabkan terdapat

sedikit perasaan takut dalam diri murid seperti yang dinyatakan oleh Jerry V. Dilver

dan Jean Moule (2005), murid akan tertanya –tanya sama ada mereka dibenarkan

8

Page 9: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

untuk menyuarakan pemikiran mereka atau guru hanya akan mendengar pendapat

dan pertanyaan oleh sesuatu kaum sahaja.”

Namun begitu, di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 12. Hak

berkenaan dengan pendidikan telah menyatakan bahawa tanpa menjejaskan

keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara

semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir. Oleh yang

demikian, murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu

membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan amalan

agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah

berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa

murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah

dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu

harus diamalkan oleh murid sejajar dengan tujuan Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan

laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang

bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan

bahasa murid sentiasa bertambah.. Murid juga digalakkan berinteraksi dan

berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan

kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.

Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan

dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan

kelas mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping

jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat

merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka. Murid biasanya

akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang

profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program – program yang bertujuan

membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan

segala tingkahlaku negatif.

4.3 Implikasi terhadap Sekolah

Jenis-jenis sekolah yang mempunyai fokus yang berbeza turut mengamalkan

budaya yang berbeza. Warga sekolah yakni guru atau pelajar juga mempunyai latar

9

Page 10: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

belakang berbeza. Sosiobudaya yang mempengaruhi amalan budaya di sekolah juga

terbatas kepada etnik majority. Namun akan wujud juga kepelbagaian berdasarkan

budaya mikro sub-etnik daripada aspek bahasa dan adat resam.

Kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan di Malaysia menyebabkan

wujudnya pelbagai alirah sekolah seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina da Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Manakala aliran sekolah

menengah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Harian, Sekolah Model Khas,

Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama.

Memandangkan pada peringkat sekolah rendah, interaksi sosial dan budaya

masih tidak dapat diintegrasikan, kementerian telah menubuhkan Sekolah

Wawasan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid yang pelbagai bangsa

dan latar belakang dengan melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleranis dan

persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan

menggalakkan interaksi maksimum antara semua warga sekolah melalui kemudahan

sekolah dan pelaksanaan aktiviti lain di sekolah (KPM, 2010a). Sekolah Wawasan

merupakan merupakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan bagi

membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sekolah Wawasan bererti

sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersamasama dalam satu kawasan yang

sama tanpa mengira kaum atau agama. Dengan cara ini, ternyata ia dapat

membawa kesedaran yang tinggi kepada masyarakat tentang pentingnya perpaduan

di kalangan masyarakat yang perlu dipupuk sejak kecil lagi.

Kepelbagaian sosiobudaya juga terdapat dilihat dari segi kelas sosial dan

amalan adat resam serta kepercayaan agama. Kelas pemulihan yang berfungsi

membantu murid-murid yang lemah dari aspek akademik juga dapat membantu

mengukuhkan lagi pertuturan mereka. Ada juga sebilangan murid Melayu yang

lemah berbahasa tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik

kerana dipengaruhi latar belakang keluarga.

4.4 Implikasi terhadap Kurikulum

Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik

merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk

dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu (Saedah Siraj; 2001, Wiles dan

10

Page 11: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986). Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan

luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan

institusi pendidikan bukanlah setakat kandunan yang tercatat dalam sukata pelajaran

atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang

diperolehi penuntut semasa belajar (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994)

Kurikulum tersirat juga merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh

pelaksana kurikulum itu sendiri (pelajar - guru/pengajar), jenis atau

pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi, tahap

pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri dan ia boleh menjadi objektif

pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar

diukur secara kuantitatif. Kewujudan kurikulum tersirat adalah berbeza-beza

bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum

(pelajar-guru/pengajar). Sebagai contoh, kurikulum tersirat boleh menyatukan murid

pelbagai kaum dengan adanya aktiviti kokurikulum.

Konsep Gagasan 1 Malaysia yang dikonsepsikan oleh Perdana Menteri,

YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah antara satu tindakan strategik dalam

mewujudkan kesatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum

dan budaya (Dr. Ismail Ibrahim, 2011). 1 Malaysia membawa aspirasi untuk

memeperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menalin

perpaduan yang lebih erat. Sejajar dengan konsep tersebut, kementerian pelajaran

berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya

antara kaum.

Guru digalakkan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus

menyelitkan dan menggalakkan interaksi dalam kelas sosial. Oleh itu, semasa

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru harus menstruktur

semula pengalaman pembelajaran murid supaya menekankan kepada aspek nilai.

diambil. Selain itu, penerapan dan penggabungjalinan di antara pelbagai subjek

di dalam sebuah proses pengajaran dan pembelajaran seperti sejarah dan geografi

di dalam subjek Bahasa Malaysia dan Pendidikan Moral dapat membantu pelajar

untuk mengenali dan memahami budaya bagi sesuatu kaum yang berbeza.

Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah

sekolah. Oleh itu, sebagai seorang pendidik tanggungjawab guru termasuklah perlu

menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan

material mengikut acuan Malaysia. Penting bila murid keluar dari sistem

11

Page 12: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

persekolahan mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai

lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum/etnik.

Oleh yang demikian, jelas dilihat bahawa kurikulum tersirat memang begitu

penting dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang mengambil kira pelbagai

aspek kepelbagaian sosio-budaya dan ini secara tidak langsung memberikan

implikasi kepada murid tanpa mengira kaum. Sebagai kesimpilannya, kurikulum

tersirat perlu menjadi salah satu agenda utama dalam usaha mempertingkatkan

kualiti kurikulum negara.

12

Page 13: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

JADUAL PERBANDINGAN IMPLIKASI SOSIO – BUDAYA

IMPLIKASI SOSIO - BUDAYA

GURU MURID SEKOLAH KURIKULUM

IMPLIKASI 1 - Guru perlu peka

terhadap masalah

bahasa dan

komunikasi murid

- menggunakan Bahasa

Malaysia sebagai

bahasa komunikasi

- Pelbagai aliran

sekolah yang wujud.

- penerapan nilai

perpaduan dan

kerjasama

IMPLIKASI 2 - Guru perlu

mempunyai

pengetahuan awal

mengenai latar

belakang murid –

muridnya

- Murid perlu

berinteraksi bersama

rakan – rakan dan

mengelakkan prejudis

terhadap bangsa lain

- lokasi pelbagai jenis

sekolah yang

berhampiran dan

perkongsian

infrastruktur ( Sekolah

Wawasan)

- konsep 1 Malaysia

yang bermatlamat

untuk membentuk satu

bangsa Malaysia

IMPLIKASI 3 - Guru perlu

merangka aktiviti

yang melibatkan

interaksi sosial

sesama mereka.

-Murid berperanan dan

bertanggungjawab di

dalam membentuk

- aktiviti sekolah seperti

kelas pemulihan dan

mentor – mentee

dalam kalangan rakan

- penggabungjalinan

beberapa subjek

seperti Sejarah dan

Geografi di dalam

subjek- subjek lain.

13

Page 14: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

sikap kerjasama

14

Page 15: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Tahap               : 2

Tunjang            : Kesukanan

Tahun               : 5Keadilan

Tajuk                : Permainan Kecil

Bil. Murid          : 16 [ 8 lelaki : 8 perempuan ]

Sub tajuk          : Permainan Tradisional

Tarikh              : 8.3.2013

 Masa               : 8.00 – 9.00 a.m

Objektif             : Diakhir pelajaran murid-murid dapat    :

Psikomotor       : Menguasai setiap permainan kecil yang dilaksanakan dan mengaplikasikan pergerakan asas dengan

melibatkan seluruh anggota badan.

Kognitif            : Merancang strategi dalam permainan yang dijalankan.

Efektif              :Melakukan aktiviti ini dengan suasana yang harmoni dan menyeronokkan.

15

Page 16: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

Menghargai kepelbagaian kaum dan permainan tradisi masyarakat di Malaysia.

Persediaan murid: Murid telah mempelajari beberapa contoh permainan kecil dan tradisional secara teori di dalam kelas.

Persediaan guru    : Menyediakan peralatan yang diperlukan oleh pelajar. (kon, skitel, wisel, bola takraw, tali gym, bip)

Gabung jalin matapelajaran  : Bahasa Melayu, Matematikdan Sains

Kemahiran berfikir: Merancang strategidan mengendalikan permainan tradisional dengan baik secara berkumpulan.

Kajian masa depan : Mengadakan perbincangan ilmiah kekuatan dan kekurangan setiap permainan tradisional yang dilakukan

dan kelebihan kepelbagaian kaum di Malaysia.

16

Page 17: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

FASA/MASA AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI CATATAN

Permulaan

(5 minit)

Pemanasan Badan :

Permainan Belalang dan

Belatuk

1. secara berdua arahkan

pelajar untuk mencari

pasangan masing-masing

yang sama saiz.

2. tentukan setiap

pasangan sebagai

belalang dan belatuk.

3. minta pelajar membuat

dua barisan mengadap

pasangan masing-masing.

4. apabila mendengar guru

menyebut “belalang” maka

pelajar sebagai belalang

hendaklah lari manakala

1. Aktiviti pemanasan

badan yang bertujuan

meningkatkan kadar

denyutan nadi pelajar

bagi menyediakan

pelajar sebelum

melakukan aktiviti yang

lebih berat.

2. Aktiviti regangan bagi

mengelakan berlaku

kecederaan melibatkan

anggta badan dan otot

akibat kekejangan.

3. Mengutamakan aspek

keselamatan.

aktiviti belalang belatuk :

belatuk

belalang

Peralatan

1. Kon

2. Wisel

Gabung jalin

antara PJ dan

Sains.

17

Page 18: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

pasanganya iaitu “belatuk”

hendaklah mengejar dan

menangkap “belalang”

Buat satu separa bulatan

dan guru mengetuai aktiviti

regangan. Minta pelajar

membuat kiraan secara

bersama.

Perkembangan

(20 minit)

Sepak raga :

1. Setiap murid diberi satu

bola takraw yang diikat

dengan tali.

2. Murid melakukan

aktiviti menendang dan

menimbang secara

individu

3. Murid melakukan

langkah tersebut pada

aras rendah dan tinggi.

1. Memperkenalkan

permainan tradisional

masyarakat India dan

Melayu kepada para

pelajar.

2. Melakukan aktiviti ansur

maju bagi membantu

pelajar menguasai

kemahiran asas di

dalam permainan sepak

Ansur maju sepak raga : Peralatan

1. Kon

2. Wisel

3. Bola takraw

18

Page 19: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

4. Murid – murid

mengulangi langkah ini

sebanyak 10 kali.

5. Murid di arahkan

menendang dan

menimbang bola tanpa

menggunakan tali

sekurang-kurangnya 3

kali dengan berjaya.

6. Arahkan pelajar

membentuk satu

bulatan penuh.

7. Berikan sebijik bola

takraw dan minta

pelajar menimbang

bola takraw di dalam

bulatan besar. Pelajar

yang menjatuhkan bola

dikeluarkan. Set ini di

ulang sebanyak 3 kali.

raga dan kabadi.

3. Melatih pelajar

menggunakan kesemua

deria, anggota dan

kemahiran serta yang

berkaitan.

4. Mengutamakan aspek

keselamatan.

19

Page 20: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

Kabadi :

1. Bahagikan pelajar

kepada dua pasukan.

2.  Satu pasukan akan

menghantar penyerang

kepada pasukan pihak

lawan bertujuan untuk

menyentuh salah

seorang daripada

pemain pihak lawan

sebelum patah balik

kepada pasukannya.

3. Pemain yang telah

disentuh akan terkeluar

dan meninggalkan

padang.

4. Pihak pertahanan

membentuk sebuah

rantai seperti

berpegangan tangan

antara satu sama lain.

5. Jika rantai itu terputus,

20

Page 21: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

salah seorang pemain

pertahanan akan

meninggalkan padang.

6. Sasaran pertahanan

adalah untuk

menghentikan

penyerang balik ke

pasukannya.

7. Setiap pemain yang

terkeluar, pihak lawan

akan mendapat mata.

8. Pasukan yang skor dua

mata bonus, yang

dipanggil lona,

manakala semua pihak

lawan akan tersingkir.

Kemuncak

(30 min)

Pertandingan (sepak raga)

1. Bahagikan pelajar

kepada kumpulan

bertiga.

2. Berikan setiap

Mengaplikasikan

kemahiran yang telah

dipelajari sebelumnya.

Mewujudkan satu

persekitaran yang

sepak raga bertiga :

21

Page 22: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

kumpulan sebiji bola

takraw dan arahkan

pelajar menimbang

bola takraw secara

individu sebanyak yang

boleh dalam kalangan

mereka.

3. Pelajar yang dapat

menimbang bola takraw

paling banyak dikira

sebagai pemenang.

4. Pemenang dari setiap

kumpulan akan

mewakili kumpulan dan

berentap di dalam

kumpulan berlima.

5. Pelajar paling banyak

berjaya menimbang

bola dikira sebagai

pemenang.

Pertandingan (kabadi)

1. Bahagikan pelajar

bersaing secara sihat.

Menilai keberkesanan

P&P dan tahap

penguasaan kemahiran

oleh pelajar.

Peralatan

1. Kon

2. Wisel

3. Bola takraw

4. Tali gym

Gabung jalin

PJ dan

Matematik

22

Page 23: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

kepada kumpulan

berlapan iaitu dua

kumpulan.

2. Buat undian lambung

syiling untuk

menentukan pasukan

penyerang dan

bertahan.

3. Setelah tamat satu

pusingan, tukar

pasukan bertahan

kepada pasukan

menyerang dan

sebaliknya.

4. Pasukan yang

mengumpul paling

banyak mata dikira

sebagai pemenang.

Penutup /

Refleksi

Regangan

1. Murid membuat separa

bulatan.

Melonggarkan otot-otot

setelah melakukan

Masukan

elemen Muzik

23

Page 24: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

(3 minit) 2. Guru mengetuai aktiviti

regangan.

Refleksi

aktiviti yang berat.

Menurunkan kadar nadi

pelajar secara perlahan-

lahan.

Guru mementa pelajar

melakukan refleksi.

Guru merumuskan hasil

pembelajaran dan

aktiviti pada hari

tersebut.

24

Page 25: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

6.0 PENUTUP

Walaupun Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan hampir 55 tahun, masih

terlalu banyak yang perlu diperbaiki dan diberikan perhatian. Salah satu darinya ialah

kepelbagaian budaya di negara ini. Masyarakat pelbagai latar-belakang ini sangat

unik dan dikagumi oleh negara-negara luar yang lain. Untuk itu, wajiblah ke atas

setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia mempertahankan keunikan ini daripada

sebarang kesulitan yang boleh menghancurkan keamanan tersebut. Untuk menjadi

masyarakat yang saling memahami dan menghormati, terlebih dahulu setiap individu

perlu menguasai dan mendalami apa yang dikatakan sebagai bangsa Malaysia.

Langkah-langkah sewajarnya harus di ambil meskipun berlainan budaya, kita

harus menjadikannya sebagai salah satu tanggungjawab sebagai rakyat untuk

mendekati budaya lain dan berkongsi nilai-nilai positif yang ada untuk kesejahteraan

bersama.Untuk menanamkan semangat satu bangsa Malaysia ini, guru merupakan

ejen terpenting dalam memastikan anak-anak muda sekarang memahami erti

kepelbagaian budaya dari akar umbi lagi. Guru merupakan role model dan

pembentuk jiwa murid-murid manakala sekolah sebagai tempat untuk memupuk

perpaduan dan mesra budaya. Pembabitan guru dalam menerapkan nilai-nilai murni

amatlah penting semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Aktiviti yang dijalankan juga perlu sesuai dan selaras dengan ciri-ciri kelas

mesra budaya agar persefahaman dan saling hormat-menghormati sesama murid

dapat dibentuk.

Sistem pendidikan di negara kita juga jelas mengutamakan kepentingan semua

budaya dan kaum agar tiada yang ketinggalan untuk mendapatkan ilmu

pengetahuan.Sejarah silam dijadikan sempadan untuk memperbaiki setiap

kelemahan yang ada dan langkah-langkah dijalankan semata-mata untuk

mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Diharap usaha yang dijalankan

dapat membentuk sebuah negara bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang

meskipun mempunyai kepelbagaian budaya.

25

Page 26: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

7.0 BIBLIOGRAFI

Buku

A. Nazri Abdullah (1985). Hubungan Ras dalam Teori Sosiologi. Percetakan

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya,

Selangor

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Azman, Zuraidah A.

Majid. 2011. Budaya dan Pembelajaran : Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Jerry V. Diller dan Jean Moule (2005). Culture Competence a Primer for

Educators. Thomson Learning Inc. Amerika Syarikat.

Patricia L. Marshall (2002). Cultural Diversity in Our Schools. Thomson Learning

Inc, Amerika Syarikat.

Internet

Azizi Ahmad. 2009. Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya. Diakses pada 25

Februari 2013 daripada

http://kheru2006.i8.com/EDU3106/2_SosioBudaya.htm

Syed Ismail. 2011. KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA. Diakses

pada 25 Februari 2013 daripada

http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-2-kesedaran-kepelbagaian-

sosio.html

26

Page 27: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

Cikgu Min. 2011. RUMUSAN IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA.

Diakses pada 20 Februari 2013 daripada

http://mhdamin2011.blogspot.com/2012/09/rumusan-implikasi-kepelbagaian-

sosio.html

Fatia89. 2011. KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA. Diakses pada 25

Februari 2013 daripada http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2011/01/edu-

3106-kesedaran-kepelbagaian-sosio_23.html

JURNAL

James T. Collins (1989). Malay Dialect Research In Malaysia: The Issue Of

Perspective pp. 235-264. Published by: KITLV, Royal Netherlands Institute of

Southeast Asian and Caribbean Studies

Puyok, Arnold (2004) The Understanding, Perception And Receptiveness Of

Globalisation Amongst Rural East Malaysians. Masters thesis, Universiti Putra

Malaysia.

Zalizan Mohd Jelas, and Saemah Rahman, and Roselan Baki, and Jamil

Ahmad, (2005) Prestasi akademik mengikut gender. Jurnal Pendidikan

Malaysia, 30 . pp. 93-111. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

27

Page 28: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

8.0 REFLEKSI

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada yang maha Esa

kerana dengan keizinannya tugasan EDU 3106 : Budaya dan Pembelajaran ini dapat

saya siapkan pada masa yang telah ditetapkan. Banyak perkara yang saya pelajari

daripada tugasan kali ini dan input-input baru yang sangat berguna kepada saya

seorang bakal guru yang masih baru.

Pertama sekali kerja kursus ini secara tidak langsung telah menambahkan

ilmu saya mengenai kepelbagaian sosio budaya dan emosi di dalam sesebuah bilik

darjah. Walaupun perkara ini nampak mudah dah remeh namun sebenarnya perkara

ini perlu diambil kira dan dititikberatkan di dalam setiap sesi pengajaran dan

pembelajaran kerana perkara yang kecil inilah sebenarnya mempengaruhi

keberkesanan pengajaran kita. Kita harus peka dan sensitif terhadap kepelbagaian

sosio budaya ini kerana negara kita adalah terbentuk daripada pelbagai kaum latar

belakang agama dan budaya yang mencerminkan para pelajar kita. Sikap

mengambil mudah perkara ini akan memberikan kesan buruk dimasa hadapan.

Sebagai contoh kesan buruk kepada negara ialah berlakunya perpecahan antara

kaum serta menganggu keperpaduan masyarakat majmuk di Malaysia ini.

Keprihatinan kita sebagai seorang guru terhadap kepelbagaian budaya dan latar

belakang pelajar di dalam bilik darjah mampu membantu kita dalam menarik minat

pelajar terhadap sesi P&P. Setiap pelajar mempunyai minat serta kebolehan yang

berbeza-beza. Oleh yang demikian adalah peranan kita sebagai seorang guru untuk

mengenalpasti dan melatih kebolehan mereka ini secara optimum. Setiap dari pelajar

ini mempunyai potensi dalam diri masing-masing yang terpendam dan harus

dicungkilkan.

Kepelbagaian sosio budaya di dalam bilik darjah seharusnya menjadi

kekuatan kepada seseorang guru itu. Hal ini adalah kerana dengan kepelbagaian

sosio budaya ini guru boleh merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang

menarik dan baru yang mampu menjadikan sesi P&P itu lebih menyeronokkan dan

menghiburkan. Jika pelajar itu berasa selamat dan seronok dengan persekitarannya

maka pelajar akan melibatkan diri dengan sepenuhnya terhadap aktiviti tersebut dan

ini akan memberikan kesan yang positif terhadap objektif P&P tersebut. Keprihatinan

guru terhadap kepelbagaian sosio emosi dan budaya turut membantu dalam

28

Page 29: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

mengawal disiplin dan tingkah laku murid di dalam kelas. Oleh sebab itu saya

sebagai bakal guru harus mendalami dan memahami keperluan setiap individu dan

perbezaan pelajar saya. Kerja kursus ini sangat membantu dalam saya menguasai

dua perkara tersebut. Diharapkan saya dapat mengaplikasikan setiap ilmu yang saya

perolehi daripada kursus ini apabila saya berada di sekolah kelak sebagai seorang

guru sebenar.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing saya iaitu Puan Ramlah kerana telah banyak membimbing serta

memberikan input yang sangat berguna sepanjang saya menghadiri kursus EDU

3106 dan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Turut tidak dilupakan

kepada ahli kumpulan saya yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan kali

ini.

Disediakan oleh :

AHMAD ZUHAIRI BIN ASLI

911129-11-5069

29

Page 30: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

REFLEKSI

Tugasan kursus EDU 3106 – Budaya dan Pembelajaran ini berkaitan dengan

unsur – unsur kebudayaan yang perlu diambil kira oleh guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Tugasan ini merupakan tugasan berpasangan yang memerlukan setiap

daripada kami untuk memahami tentang kepelbagaian budaya yang berada di dalam

negara kita. Memandangkan negara kita merupakan negara yang yang mempunyai

pelbagai kaum kesan daripada pelbagai faktor sejarah. Hal ini menyebabkan

wujudnya pelbagai budaya dari setiap kaum di Malaysia. Melalui soalan tugasan

pertama, saya dan Zuhairi perlu memahami tentang konsep – konsep yang berkaitan

dengan kepelbagaian kelompok.

Selain itu, tugasan kedua bagi kursus ini adalah berkaitan dengan implikasi

yang berlaku pada beberapa pihak iaitu pihak guru, murid, sekolah dan kurikulum.

Apabila wujudnya kepelbagaian kaum, perlulah wujud persefahaman dan perpaduan

bagi membolehkan kita hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Atas dasar

inilah, kesedaran mengenai kepelbagaian sosio – budaya dianggap penting dan

Kementerian Pendidikan mula menyelitkan unsur ini bagi mencapai matlamat ini. Ini

member kesan kepada guru, murid, sekolah dan kurikulum. Sebagai seorang bakal

guru, perkara ini perlu diambil kira kerana bakal pelajar saya bukan sahaja terdiri

daripada satu kaum sahaja, tetapi terdiri daripada pelbagai kaum yang berada di

Malaysia. Setiap kaum mempunyai ciri dan budaya yang berbeza. Hal ini, perlulah

saya mengambil kira sebelum merancang proses pengajaran dan pembelajaran bagi

mengelakkan daripada menyentuh isu – isu sensitif dan sekaligus menggalakkan

setiap pelajar untuk berinteraksi, mengenali dan memahami setiap budaya yang

berbeza.

Tugasan ini juga memerlukan kami untuk menyediakan satu sesi rancangan

pengajaran harian yang dapat menerapkan nilai – nilai murni dan perbezaan budaya.

Setelah berbincang dengan rakan sekumpulan, kami memilih subjek Pendidikan

Jasmani iaitu subjek minor kami untuk dijadikan rancangan pengajaran kami. Hal ini

adalah kerana subjek Sains sukar untuk dikaitkan dengan perbezaan budaya dan

membolehkan unsur – unsur kebudayaan diterapkan. Permainan kecil atau

permainan tradisional dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang

30

Page 31: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

dirancang. Hal ini adalah kerana pelbagai permainan tradisional setiap kaum dapat

dilaksanakan antaranya ialah sepak bulu ayam, kabadi, dan sebagainya. Dengan ini,

diharapkan murid – murid dapat mencapai objektif kurikulum tersirat iaitu mengenali

dan memahami budaya yang berbeza dari budaya kaum sendiri.

Akhir sekali, saya berharap pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi

sepanjang pembelajaran dan penyediaan tugasan EDU 3106 ini boleh diaplikasikan

dan disampaikan kepada pelajar – pelajar saya kelak.

Disediakan oleh;

Nuradilah Sharifudin910720 – 04- 5366

31

Page 32: KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

LAMPIRAN

32