kenyataan tawaran sebut harga -...
TRANSCRIPT
LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera:
BIL. SEBUT HARGA
TAJUK JENIS SEBUT HARGA
KELAYAKAN LAWATAN
TAPAK TARIKH TUTUP SEBUTHARGA
SH. BIL. 6/2017
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN BULANAN DUA (2) UNIT LIF PENUMPANG JENAMA EITA DAN THYSSENKRUPP MODEL JOONG ANG DI IBU PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM
TERBUKA
Kepada kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera dan eP-enable Kategori/Kod Bidang: 220505 (Penyelenggaraan/Pembaikan Kejuruteraan dan Komunikasi: Mechanisation System)
(DIWAJIBKAN) Tarikh: 9 OGOS 2017 (RABU) Masa: 10.00 Pagi Tempat: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Batu 24 Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor *(Perlu melapor diri)
17 OGOS 2017 (KHAMIS) Jam 12.00 Tengahari
2. Dokumen Sebutharga boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Batu 24 Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor ATAU di laman sesawang Jabatan www.aelb.gov.my mulai 07 OGOS 2017 (ISNIN).
3. Penyebut harga diwajibkan untuk mengemukakan satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (jika berkaitan), Perakuan Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Kategori ME Mekanikal dan Elektrikal, Pengkhususan M03 (Lift dan Eskalator), Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Angkat dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Penyata Akaun Bank terkini (3 bulan) dan Profail Syarikat. Sijil-sijil berkenaan mestilah masih sah laku tempohnya.
4. Dokumen Sebut Harga Manual (hard copy) dan semua dokumen sokongan (seperti profil syarikat, sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan lain-lain) hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul
2
Surat Berlakri, ditulis bilangan sebutharga di bahagian atas sebelah kiri sampul dan dihantar secara serahan tangan atau pos kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Batu 24 Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Pn. Nurul Aisyah Bistamin 03-89225888
smbgn. 5840 atau email [email protected] .
5. Penyebut harga adalah wajib untuk hadir ke lawatan tapak pada 9/08/2017 (RABU) pukul 10.00 pagi di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Batu 24 jalan Dengkil, 43800 Dengkil Selangor.
6. Tarikh tutup untuk mengemukakan tawaran ini ialah selewat-lewatnya pada 17/08/2017 (KHAMIS) jam 12.00 tengahari. Tawaran Sebutharga yang lewat dikemukakan seperti mana arahan Sebut Harga tidak akan dipertimbangkan.
7. Pertimbangan Sebut harga ini adalah berasaskan harga tawaran, pengalaman dalam bidang kerja yang serupa dan lain-lain faktor yang difikirkan sesuai. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut harga adalah muktamad.
3
TANGGUNGJAWAB DAN SKOP KERJA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN BULANAN DUA (2) UNIT LIF
PENUMPANG JENAMA EITA DAN THYSSENKRUPP MODEL JOONG ANG DI IBU PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM
Sebutharga Bil. 06/2017
SPESIFIKASI PERKHIDMATAN
1. Perkhidmatan ini adalah adalah secara non-komprehensif. Oleh itu, kontraktor
tidak perlu membekalkan alat ganti.
2. Jika terdapat kerosakan yang memerlukan pembaikan atau penggantian alat ganti,
pihak LPTA berhak mempelawa mana-mana kontraktor untuk melakukan kerja
pembaikan atau membekal alat ganti tertakluk kepada arahan Pegawai Penguasa.
3. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kecemasan, kontraktor hendaklah bersedia
bila-bila masa untuk datang ke premis LPTA bagi memeriksa keadaan tersebut
dalam tempoh 24 jam mengikut arahan Pegawai Penguasa. Laporan pemeriksaan
hendaklah dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari.
4. Setelah kerja-kerja disiapkan, pihak kontraktor hendaklah mengemukakan laporan
lengkap berbentuk maintenance report atau job sheet bagi kerja penyelenggaraan,
ujian dan pertaulihan secara bertulis kepada pihak LPTA. Jika terdapat sebarang
kerosakan dan kecacatan pada sistem lif hendaklah dilaporkan di dalam
maintenance report atau job sheet tersebut dan dikemukakan kepada LPTA dalam
masa 3 hari selepas pemeriksaan dilakukan seperti yang tercatat di para 3.
5. Kontraktor hendaklah membaharui Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Angkat
mengikut peraturan dan Akta Kilang dan Jentera, 1967 apabila tamat tempoh.
6. Sekiranya kontraktor ingin menjalankan kerja-kerja senggaraan ke atas lif dan
eskelator selain daripada jenama yang telah diluluskan di dalam Sijil Perakuan
Kelayakan Mesin Angkat yang dikemukakan, kontraktor perlu mendapatkan
kebenaran secara bertulis dari Jabatan Kesihatan Pekerjaan terlebih dahulu.
7. Menghadiri semua pemeriksaan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan.
8. Kontraktor perlu menjalankan pemeriksaan secara berkala (bulanan) ke atas semua
peralatan dan sistem lif seperti berikut:
a. Memeriksa secara berkala dan sistematik, melaras dan melincirkan mesin
seperti diperlukan, motor controllers dan lift cars termasuk worms, gears, thrusts,
4
bearings, brake magnet coils, brake shoes, brushes, windings, commutators,
rotating elements, contacts, coil resistance for operating motor circuits,
conductor cables dan printed circuit boards.
b. Membersihkan dan melaraskan (apabila perlu) semua jentera, tali, sheaves,
fixings, controllers, doors, interlocks, wiring, motors dan peralatan keselamatan.
c. Menyediakan alat-alat yang diperlukan dan mengisi semula pelincir, gris dan
cotton waste.
d. Memastikan guide rails dilincirkan dengan betul apabila perlu.
e. Membersihkan, menyesuaikan dan melincirkan semua tali mengangkat sekerap
yang perlu untuk mengekalkan faktor keselamatan yang mencukupi dan
menyamakan ketegangan tali angkat dan mengekalkan daya tarikan yang
mencukupi bagi driving sheave.
f. Menyediakan sebatian pelincir mengikut spesifikasi pengeluar/pengilang.
g. Memeriksa secara berkala semua peranti keselamatan dan gavernors.
h. Memeriksa keadaan kelengkapan berikut:
i. Keadaan fixings dan guides of car dan keseimbangan berat
ii. Keadaan tali dan sheaves
iii. Keadaan gear keselamatan
iv. Keadaan governor
v. Keadaan landing doors dan alat penguncian
vi. Keadaan controller
vii. Keadaan brek
viii. Keadaan reduction gear, thrust bearings, main bearings dan worm gear
jika berkenaan
ix. Keadaan minyak gear jika berkenaan
x. Keadaan suis had biasa
xi. Keadaan suis had akhir
xii. Keadaan pendawaian
xiii. Keadaan motor
5
LAMPIRAN A
SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG PERLU DISERAH Sila isi dan tanda [X] dalam kotak yang disediakan bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
BIL PERKARA LAMPIRAN SEMAK
1 Tawaran Harga
LAMPIRAN B
2 Ringkasan Kadar Harga
LAMPIRAN C
3 Profil Syarikat Ringkas
4 Satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan / Sijil Virtual yang dicetak daripada sistem e-Perolehan
5 Satu salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Jika Ada)
6 Satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
7 Sijil Pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Kategori ME Mekanikal dan Elektrikal, Pengkhususan M03 (Lift dan Eskolator)
8 Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Angkat dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
9 Penyata Akaun Bank Syarikat (3 bln yang terkini)
*Semua salinan (kecuali Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera) adalah WAJIB dikemukakan sebagai suatu tawaran dan akan dijadikan panduan dalam penilaian dan pemilihan penyebut harga. Tawaran yang tidak lengkap akan ditolak.
6
LAMPIRAN B
TAWARAN HARGA JADUAL KADAR HARGA
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN BULANAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN DI IBU PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM
Bil. Keterangan & Huraian Kerja Unit Kuantiti Kekerapan Kadar Harga
Jumlah
1 Mengadakan papan tanda keselamatan dan amaran sepanjang tempoh kerja dilaksanakan
Harga Pukal
2 Insurans Kerja dan Liabiliti Awam Harga Pukal
3
Menyedia laporan bergambarsebelum, semasa dan selepas kerja dilaksanakan (hantar hard copy dan soft copy untuk rekod kerja)
Harga Pukal
4 Kerja-kerja Mengkonfigurasi
i) Mengkonfigurasi sistem fungsi peralatan lif
Harga Pukal
1 kali sebulan
5 Kerja-kerja Pelarasan
1 kali sebulan
i) Memeriksa, ubahsuai, licin dan selenggara mesin-mesin
Harga Pukal
7
ii) Selenggara motor pengendali mesin Harga Pukal
1 kali sebulan
iii) Selenggara dan ganti kereta lif dan alat ganti seperti skru berpusar, komutator, alas bebola, pemacu, lingkaran brek bermagnet, alas brek, berus, pemutar, kabel konduktor dan papan litar bercetak (sekiranya perlu)
Harga Pukal
1 kali sebulan
iv) bersih dan selaras mesin, tali ikatan, pemasangan, pengawalan, pintu, pengunci 'interlock', pendawaian motor dan alatan keselamatan
Harga Pukal
1 kali sebulan
v) Sedia semua alatan keperluan untuk licinkan dan lincirkan mesin.
Harga Pukal
1 kali sebulan
vi) Ganti pemacu gandar atau roda apabila perlu. Landasan gandar berpelincir sekiranya perlu
Harga Pukal
vii) Ganti pendawaian sekerap perlu untuk pastikan ketegangan semua tali kabel
Harga Pukal
viii) Campuran pelincir ikut kehendak kontraktor
Harga Pukal
8
xi) Periksa secara berkala semua alatan keselamatan dan pencegah kebakaran serta alatan dalam jentera yang kawal secara automatik lekajuan, kemasuk dan lain-lain
Harga Pukal
1 kali
sebulan
xi) Hantar laporan perkhidmatan setelah setiap kali perkhidmatan dilaksanakan
Harga Pukal
1 kali
sebulan
JUMLAH
9
LAMPIRAN C
RINGKASAN KADAR HARGA
BIL. PERIHAL JUMLAH HARGA BULANAN (RM)
TEMPOH KONTRAK
1.
Perkhidmatan Penyelenggaraan Bulanan Dua (2) Unit Lif Penumpang Jenama Eita Dan Thyssenkrupp Model Joong Ang Di Ibu Pejabat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
24 Bulan
JUMLAH HARGA SELAMA DUA PULUH EMPAT (24) BULAN (RM)
Saya telah meneliti dan memahami keseluruhan perkhidmatan yang diperlukan serta berpuas hati dengan tawaran yang dikemukakan ini dan juga memahami bahawa pihak LPTA tidak terikat untuk menerima dan adalah berhak menerima sebahagian atau keseluruhan tawaran di atas. Dan sekiranya sebahagian atau keseluruhan tawaran tersebut diterima, saya sanggup melaksanakannya seperti yang dikehendaki, serta tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung di dalam tawaran ini, dengan kadar harga seperti yang ditawarkan, tempoh sah laku tawaran selama 90 hari.
Nama :
Syarikat :
Tarikh : Tandatangan & Cop Syarikat