kenyataan pelepasan liabiliti

Upload: fuad-samsudin

Post on 07-Jul-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Kenyataan Pelepasan Liabiliti

    1/1

    Kenyataan Pelepasan Liabiliti

    Saya, __________________________________________________________________________ (nama) ibubapa / penjaga sah kepada

     _________________________________________________________________________________________________ (nama peserta)

     ___________________________________ (Nombor Kad Pengenalan) membenarkan anak / peserta dibawah jagaan saya untuk

    mengambil bahagian dalam 1MCC-Astro Kem Bola 2016 (“Program”) yang dianjurkan oleh Yayasan Astro Kasih (“Yayasan”) dan 1MCC

    Sports Sdn. Bhd. (“1MCC”) (secara kolektif “Penganjur”).

    Saya mengakui dan mengesahkan bahawa saya memahami Terma-terma dan Syarat-syarat yang terkandung bersama kenyataan

    pelepasan liabiliti ini. Saya juga memahami dan bersetuju dengan syarat-syarat Notis Privasi dan Privasi Polisi (sekiranya berkenaan) pihak

    Penganjur seperti yang dinyatakan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat yang terkandung bersama kenyataan pelepasan liabiliti ini. Saya

    memberi jaminan bahawa anak / peserta dibawah jagaan saya berada dalam keadaan yang sihat dan cergas serta akan mematuhi

    peraturan-peraturan dan syarat Program ini. Saya mengakui dan bersetuju bahawa Penganjur telah menjelaskan dan mengambil semua

    langkah-langkah keselamatan yang diperlukan dalam menjalankan Program ini.

    Saya mengakui bahawa penyertaan anak / perserta dibawah jagaan saya di dalam Program ini adalah di atas risiko sendiri. Dengan ini,

    saya bersetuju bahawa pihak Penganjur, penaja, jurulatih dan pekerja-pekerja yang terlibat dalam Program ini adalah tidak

    bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian atau kemalangan

    yang mungkin dialami oleh anak / peserta di bawah jagaan saya atau berbangkit daripada atau berhubung dengan Program ini. Saya

    memberi kebenaran kepada Penganjur dan / atau pekerja-pekerja mereka, pembekal, jurulatih dan / atau ejen untuk memberikan bantuan

    perubatan yang diperlukan, yang munasabah atau praktikal untuk anak / peserta di bawah jagaan saya sekiranya perlu.

    Saya juga mengizinkan pihak Penganjur merakamkan imej anak/peserta di bawah jagaan saya dalam bentuk foto atau video sepanjang

    Program dijalankan. Saya bersetuju bahawa semua rakaman video, audio dan gambar-gambar peserta / anak di bawah jagaan saya

    ("Material") adalah kepunyaan Penganjur. Penganjur berhak menggunakan semua Material dalam mana-mana media di seluruh dunia

    untuk tempoh hakcipta yang penuh termasuk pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa kepada orang lain untukberbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa bayaran atau royalti kepada saya atau peserta / anak di bawah jagaan saya.

    Walaubagaimanapun, saya mengakui bahawa Penganjur mempunyai hak untuk tidak menyiarkan mana-mana Material di mana anak saya

    / peserta di bawah jagaan saya atau saya muncul atau mana-mana bahagian daripada sumbangan anak saya / peserta di bawah jagaan

    saya atau saya kepada Program ini.

    Oleh kerana penglibatan anak / peserta dibawah jagaan saya dalam Program ini dibiayai oleh pihak Penganjur (kecuali kos-kos yang

    ditanggung oleh peserta/ ibubapa/ penjaga sepertimana dinyatakan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat), saya mengakui dan

    memahami bahawa pihak Penganjur berhak untuk mengenakan apa-apa penalti ke atas saya sekiranya anak / peserta di bawah jagaan

    saya menarik diri dari Program ini selepas menandatangani Borang Pengesahan Kehadiran yang rasmi.

    Saya bersetuju untuk tidak mendedahkan dan mendapatkan anak / peserta di bawah jagaan saya supaya tidak mendedahkan sebarangmaklumat yang berhubung dengan Program atau hal ehwal Penganjur atau syarikat gabungannya (atau mana-mana syarikat yang diberi

    kuasa) yang mungkin diketahui oleh saya semasa penyertaan anak / peserta di bawah jagaan saya dalam Program ini kepada mana-mana

    pihak ketiga. Sekiranya saya atau anak / peserta di bawah jagaan saya ingin berhubung dengan pihak media ataupun dihampiri oleh pihak

    media, saya atau anak / peserta di bawah jagaan saya akan memaklumkan pihak Penganjur dan seseorang wakilnya yang diberi kuasa

    mesti hadir pada masa temu bual tersebut.

    Saya bersetuju dan mengakui bahawa anak / peserta di bawah jagaan saya akan mengikut satu jadual yang ketat semasa berada di dalam

    Program supaya anak / peserta di bawah jagaan saya akan mendapat latihan yang sewajarnya. Saya juga bersetuju untuk bekerjasama

    dengan pihak Pengajur agar anak / peserta di bawah jagaan saya akan dapat pengalaman yang sepenuhnya daripada Program ini.

    Nombor kad pengenalan ibubapa / penjaga

    Tarikh :

    Tandatangan dan nama ibubapa / penjaga