kenyataan oleh jawatankuasa kebangsaan … media/2014... · kecekapan pengurusan ladang,...

3
1 KENYATAAN OLEH JAWATANKUASA KEBANGSAAN BAGI MENANGANI KESAN FENOMENA EL NINO TERHADAP BEKALAN AIR DAN SEKTOR- SEKTOR YANG BERKAITAN DI SELURUH NEGARA PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI FENOMENA EL NINO Putrajaya, 30 Jun 2014 Jawatankuasa Kebangsaan Bagi Menangani fenomena El Nino yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada hari ini. Jawatankuasa Kebangsaan ini telah meneliti, memperhalusi dan membincangkan mengenai kebarangkalian berlakunya fenomena El Nino, kesannya kepada negara dan langkah-langkah strategik bagi memastikan negara kita bersedia menghadapi kesan-kesannya. Berdasarkan kepada penjelasan Jabatan Meteorologi Malaysia, semua indikator menunjukkan bahawa fenomena El Nino tahap lemah atau sederhana sedang terbentuk antara bulan Jun hingga Ogos 2014 di khatulistiwa Lautan Pasifik dan boleh berlarutan sehingga pertengahan tahun 2015. Walaupun fenomena El Nino dijangka hanya pada kategori lemah atau sederhana, Kerajaan tetap membuat persediaan rapi bagi mengurangkan kesan negatifnya kepada rakyat dan negara. Fenomena El Nino berintensiti lemah atau sederhana seperti yang pernah berlaku pada tahun 2009 hingga 2010 lazimnya kurang memberi impak kepada negara kita. Namun, fenomena El Nino berintensiti kuat seperti yang telah berlaku pada tahun 1997 hingga 1998 boleh menjejaskan pelbagai sektor di negara kita termasuk alam sekitar, utiliti, kesihatan, pertanian, komoditi, pengangkutan, ekonomi dan sosioekonomi. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kebangsaan ini telah menyediakan langkah-langkah persediaan yang bersesuaian dengan tahap intensiti fenomena El Nino. Jawatankuasa Kebangsaan ini juga akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa jika intensiti fenomena El Nino ini berubah menjadi lebih kuat. Antara langkah yang telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan ini ialah persediaan Kerajaan untuk menjamin bekalan makanan negara melibatkan sektor tanaman, ternakan dan perikanan mencukupi berikutan fenomena El Nino. Beberapa langkah jangka pendek, sederhana dan panjang akan dilaksanakan yang melibatkan usaha untuk memastikan pengurusan pengairan yang cekap, meningkatkan kecekapan pengurusan ladang, membangunkan jenis tanaman tahan kemarau dan cepat matang, membangunkan model tanaman setempat, mempelbagaikan pendapatan para petani, melaksanakan kempen kesedaran dan membangunkan model simulasi peramalan El Nino.

Upload: trinhnhi

Post on 05-Mar-2018

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN OLEH JAWATANKUASA KEBANGSAAN … Media/2014... · kecekapan pengurusan ladang, membangunkan jenis tanaman tahan kemarau dan ... bekalan air akan diaktifkan sekiranya keadaan

1

KENYATAAN OLEH JAWATANKUASA KEBANGSAAN BAGI MENANGANI KESAN

FENOMENA EL NINO TERHADAP BEKALAN AIR DAN SEKTOR-SEKTOR YANG BERKAITAN DI SELURUH NEGARA

PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI FENOMENA EL NINO

Putrajaya, 30 Jun 2014 – Jawatankuasa Kebangsaan Bagi Menangani fenomena El

Nino yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri

telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada hari ini. Jawatankuasa

Kebangsaan ini telah meneliti, memperhalusi dan membincangkan mengenai

kebarangkalian berlakunya fenomena El Nino, kesannya kepada negara dan

langkah-langkah strategik bagi memastikan negara kita bersedia menghadapi

kesan-kesannya.

Berdasarkan kepada penjelasan Jabatan Meteorologi Malaysia, semua indikator

menunjukkan bahawa fenomena El Nino tahap lemah atau sederhana sedang

terbentuk antara bulan Jun hingga Ogos 2014 di khatulistiwa Lautan Pasifik dan

boleh berlarutan sehingga pertengahan tahun 2015. Walaupun fenomena El Nino

dijangka hanya pada kategori lemah atau sederhana, Kerajaan tetap membuat

persediaan rapi bagi mengurangkan kesan negatifnya kepada rakyat dan negara.

Fenomena El Nino berintensiti lemah atau sederhana seperti yang pernah berlaku

pada tahun 2009 hingga 2010 lazimnya kurang memberi impak kepada negara kita.

Namun, fenomena El Nino berintensiti kuat seperti yang telah berlaku pada tahun

1997 hingga 1998 boleh menjejaskan pelbagai sektor di negara kita termasuk alam

sekitar, utiliti, kesihatan, pertanian, komoditi, pengangkutan, ekonomi dan

sosioekonomi. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kebangsaan ini telah

menyediakan langkah-langkah persediaan yang bersesuaian dengan tahap intensiti

fenomena El Nino. Jawatankuasa Kebangsaan ini juga akan membuat

penambahbaikan dari semasa ke semasa jika intensiti fenomena El Nino ini berubah

menjadi lebih kuat.

Antara langkah yang telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan ini ialah

persediaan Kerajaan untuk menjamin bekalan makanan negara melibatkan sektor

tanaman, ternakan dan perikanan mencukupi berikutan fenomena El Nino. Beberapa

langkah jangka pendek, sederhana dan panjang akan dilaksanakan yang melibatkan

usaha untuk memastikan pengurusan pengairan yang cekap, meningkatkan

kecekapan pengurusan ladang, membangunkan jenis tanaman tahan kemarau dan

cepat matang, membangunkan model tanaman setempat, mempelbagaikan

pendapatan para petani, melaksanakan kempen kesedaran dan membangunkan

model simulasi peramalan El Nino.

Page 2: KENYATAAN OLEH JAWATANKUASA KEBANGSAAN … Media/2014... · kecekapan pengurusan ladang, membangunkan jenis tanaman tahan kemarau dan ... bekalan air akan diaktifkan sekiranya keadaan

2

Selain itu, sebagai langkah alternatif, import bekalan makanan akan ditingkatkan

sekiranya berlaku penurunan pengeluaran yang serius. Seandainya masih terdapat

penurunan dalam hasil pengeluaran setelah langkah-langkah tersebut dilaksanakan,

maka petani, penternak dan pengusaha akan diberi bantuan melalui Tabung

Bantuan Bencana Agromakanan bagi memulihkan semula projek pertanian mereka

demi menjamin bekalan makanan yang mencukupi.

Bagi mengawal kesan fenomena El Nino terhadap alam sekitar dan kesihatan awam

pula, Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menggerakkan

Pasukan Petugas yang dianggotai oleh pelbagai agensi Kerajaan seperti berikut –

Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan

Meteorologi Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran,

Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia.

Pasukan Petugas ini akan memantau dan mengambil tindakan-tindakan untuk

mencegah kebakaran terbuka dan kebakaran tanah gambut. Pasukan Petugas ini

juga akan menjalankan operasi pembenihan awan bagi meningkatkan paras air

mentah di sungai dan empangan dan juga bagi mengurangkan tahap ketebalan

jerebu.

Untuk bekalan air, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran

dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara akan bekerjasama dengan kerajaan-

kerajaan negeri bagi memantau rapi paras semua sungai dan empangan yang

membekalkan sumber air mentah kepada loji-loji rawatan air. Pelan kontingensi

bekalan air akan diaktifkan sekiranya keadaan paras sungai dan empangan

menyusut kepada paras kritikal.

Pelan kontingensi tersebut merangkumi tindakan-tindakan, antara lainnya,

mengagihkan semula (redistribution) bekalan air daripada sistem bekalan air di

kawasan yang tidak terjejas kepada kawasan yang terjejas, menyediakan keperluan-

keperluan logistik seperti lori tangki dan tangki statik bagi menyediakan bantuan

bekalan air di kawasan-kawasan yang menghadapi gangguan bekalan air dan

melaksanakan catuan air kepada pengguna-pengguna sekiranya perlu dan sebagai

pilihan yang terakhir.

Di samping itu, Jawatankuasa Kebangsaan ini juga telah memutuskan supaya

maklumat semasa yang berkaitan dengan fenomena El Nino sentiasa dikemas kini

dan dihebahkan kepada umum supaya semua pihak faham dan lebih bersedia

dalam menghadapi kesan-kesanya.

Walaupun kita berdoa agar negara terhindar daripada bencana berikutan fenomena

El Nino, pada masa yang sama semua rakyat Malaysia harus mengambil langkah-

Page 3: KENYATAAN OLEH JAWATANKUASA KEBANGSAAN … Media/2014... · kecekapan pengurusan ladang, membangunkan jenis tanaman tahan kemarau dan ... bekalan air akan diaktifkan sekiranya keadaan

3

langkah dan bekerjasama dengan Kerajaan untuk mengurangkan kesan fenomena

El Nino ini. Antara tindakan-tindakan yang disyorkan untuk dilaksanakan ialah:

1. sentiasa menjaga kebersihan di kawasan sekitar bagi mengelakkan

pembiakan nyamuk aedes dan pencemaran punca air;

2. sentiasa menjaga kesihatan terutamanya ketika berlakunya jerebu tebal

dan cuaca panas terlampau;

3. sentiasa berhemat menggunakan air, elektrik dan bekalan makanan;

4. sentiasa mengurangkan aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran

hutan; dan

5. sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan yang

berkaitan dengan kesan fenomena El Nino.

–tamat –