kenyataan media -...

4
Muka surat 1 daripada 4 Kenyataan Media LHDNM, 10 Oktober 2016 KENYATAAN MEDIA SEMINAR PERCUKAIAN KEBANGSAAN, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Cyberjaya, 10 Oktober - Sukacita dimaklumkan bahawa sempena pembentangan Bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan mulai 27 Oktober sehingga 17 November 2016 di 24 lokasi seluruh negara. Seminar ini diharapkan akan dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan sebarang pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 serta akta-akta berkaitan yang dibentangkan melalui Bajet 2017 tersebut. Selain itu, ia akan membantu LHDNM untuk melahirkan khalayak pembayar cukai yang celik cukai. Sehubungan itu, kami menyeru pembayar cukai, pengamal percukaian, akauntan, perancang kewangan, setiausaha dan pengarah syarikat serta orang ramai yang berminat untuk menghadiri seminar ini bagi mengemaskini pengetahuan percukaian mereka. Untuk siaran segera

Upload: trandien

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Muka surat 1 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 10 Oktober 2016

KENYATAAN MEDIA

SEMINAR PERCUKAIAN KEBANGSAAN,

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Cyberjaya, 10 Oktober - Sukacita dimaklumkan bahawa sempena pembentangan Bajet

2017 oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Lembaga Hasil Dalam

Negeri Malaysia (LHDNM) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan mulai

27 Oktober sehingga 17 November 2016 di 24 lokasi seluruh negara.

Seminar ini diharapkan akan dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan

sebarang pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 serta akta-akta berkaitan yang

dibentangkan melalui Bajet 2017 tersebut. Selain itu, ia akan membantu LHDNM untuk

melahirkan khalayak pembayar cukai yang celik cukai.

Sehubungan itu, kami menyeru pembayar cukai, pengamal percukaian, akauntan,

perancang kewangan, setiausaha dan pengarah syarikat serta orang ramai yang

berminat untuk menghadiri seminar ini bagi mengemaskini pengetahuan percukaian

mereka.

Untuk siaran segera

Muka surat 2 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 10 Oktober 2016

Topik yang akan dibincangkan sepanjang seminar ini berlangsung ialah:

i. Cadangan-cadangan Bajet 2017

ii. Mekanisme Penalti dan Resolusi Pertikaian

Tarikh dan lokasi seminar ialah seperti berikut :

Tarikh Hari Lokasi Seminar

27 Oktober 2016 Khamis Kuala Lumpur

3 November 2016 Khamis

Johor Bahru

Buki Mertajam

Ipoh

Kuching

8 November 2016 Selasa

Pulau Pinang

Kuantan

Melaka

Sibu

Tawau

9 November 2016 Rabu Kota Kinabalu

Kuala Terengganu

10 November 2016 Khamis

Seremban

Taiping

Miri

Sandakan

14 November 2016 Isnin

Alor Setar

Kota Bharu

Muar

Muka surat 3 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 10 Oktober 2016

15 November 2016 Selasa

Kluang

Bintulu

Keningau

17 November 2016 Khamis Labuan

Shah Alam

Sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pautan di bawah untuk

keterangan lanjut dan mendaftar sebagai peserta.

http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/PREANNOUNCEMENT_SPK_2016_1.pdf

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh:

Masrun Bin Maslim |Customer Care Officer (Media) Bahagian Komunikasi Korporat & Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21326 / 21371 | : 03-8313 7836 Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

Tarikh : 10 Oktober 2016

Muka surat 4 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 10 Oktober 2016

Mengenai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara. LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian. Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut :

a. Akta Cukai Pendapatan 1967, b. Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, c. Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, d. Akta Penggalakan Pelaburan 1986, e. Akta Setem 1949, f. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990.