kenyataan akhbar mengenai laporan … akhbar/2...universiti pendidikan sultan idris ... bendahari...

6
1 KENYATAAN AKHBAR MENGENAI LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA BAGI TAHUN 2010 1. Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan dan aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri telah dibentangkan di Parlimen pada 24 Oktober 2011 (Isnin) selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada hari yang sama juga Jabatan Audit Negara telah memberi taklimat berhubung dengan isu utama yang dibangkitkan dalam laporan tersebut kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara di Parlimen. 2. Dari tahun 2010 hingga 24 Oktober 2011, Ketua Audit Negara telah menyempurnakan tugas-tugas pengauditan seperti berikut: 2.1. Mengesahkan Penyata Kewangan a) Ketua Audit Negara adalah bertanggungjawab mengesahkan sama ada penyata kewangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam telah disediakan secara teratur mengikut piawaian perakaunan yang diterima pakai dan memberi gambaran yang sebenar tentang kedudukan kewangan Kerajaan/Agensi berkenaan. Setakat 24 Oktober 2011, bilangan penyata kewangan yang telah disahkan adalah seperti berikut: Bil. PENYATA KEWANGAN TAHUN 2010 Perlu Disahkan Telah Disahkan 1. Kerajaan Persekutuan 1 1 2. Kerajaan-kerajaan Negeri 13 13 3. Badan-badan Berkanun Persekutuan & Kumpulan Wang 130 128 4. Badan Berkanun Negeri 147 105 5. Pihak Berkuasa Tempatan 147 141 6. Majlis Agama Islam 15 13 JUMLAH 453 401 b) Berdasarkan kepada pengauditan terhadap 453 Penyata Kewangan tahun 2010 terhadap Kerajaan dan Agensi Kerajaan yang perlu disahkan, sebanyak 368 (81.2%) penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran. Manakala sebanyak 33 (7.3%) penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya dan

Upload: ngothuan

Post on 09-May-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN AKHBAR MENGENAI LAPORAN … Akhbar/2...Universiti Pendidikan Sultan Idris ... Bendahari Negeri Selangor . ... dilayari dalam Laman Web Jabatan Audit Ne di alamat ;

1

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA BAGI TAHUN 2010

1. Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan dan aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri telah dibentangkan di Parlimen pada 24 Oktober 2011 (Isnin) selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada hari yang sama juga Jabatan Audit Negara telah memberi taklimat berhubung dengan isu utama yang dibangkitkan dalam laporan tersebut kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara di Parlimen.

2. Dari tahun 2010 hingga 24 Oktober 2011, Ketua Audit Negara telah

menyempurnakan tugas-tugas pengauditan seperti berikut:

2.1. Mengesahkan Penyata Kewangan

a) Ketua Audit Negara adalah bertanggungjawab mengesahkan sama ada penyata kewangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam telah disediakan secara teratur mengikut piawaian perakaunan yang diterima pakai dan memberi gambaran yang sebenar tentang kedudukan kewangan Kerajaan/Agensi berkenaan. Setakat 24 Oktober 2011, bilangan penyata kewangan yang telah disahkan adalah seperti berikut:

Bil. PENYATA KEWANGAN TAHUN 2010

Perlu Disahkan

Telah Disahkan

1. Kerajaan Persekutuan 1 1 2. Kerajaan-kerajaan Negeri 13 13

3. Badan-badan Berkanun Persekutuan & Kumpulan Wang 130 128

4. Badan Berkanun Negeri 147 105 5. Pihak Berkuasa Tempatan 147 141 6. Majlis Agama Islam 15 13

JUMLAH 453 401

b) Berdasarkan kepada pengauditan terhadap 453 Penyata Kewangan tahun 2010 terhadap Kerajaan dan Agensi Kerajaan yang perlu disahkan, sebanyak 368 (81.2%) penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran. Manakala sebanyak 33 (7.3%) penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya dan

Page 2: KENYATAAN AKHBAR MENGENAI LAPORAN … Akhbar/2...Universiti Pendidikan Sultan Idris ... Bendahari Negeri Selangor . ... dilayari dalam Laman Web Jabatan Audit Ne di alamat ;

2

bakinya 52 (11.5) penyata kewangan belum dikeluarkan Sijil Audit. Berbanding tahun 2009, sebanyak 357 (78.8%) penyata kewangan diberi Sijil Audit Tanpa Teguran. Manakala sebanyak 25 (5.5%) penyata kewangan telah diberi Sijil Audit Berteguran. Oleh itu, terdapat sedikit peningkatan dalam pematuhan piawaian perakaunan pada tahun 2010.

2.2. Mengaudit Pengurusan Kewangan Berpaksikan Indeks

Akauntabiliti

a) Mulai tahun 2007, Jabatan Audit Negara telah melaksanakan penilaian terhadap pengurusan kewangan sektor awam berdasarkan Sistem Penarafan yang berasaskan kepada Indeks Akauntabiliti (IA). Ia dilaksanakan bertujuan untuk menilai sejauh mana pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan/Kerajaan Negeri/Badan Berkanun Persekutuan/Badan Berkanun Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan/Majlis Agama Islam (Agensi) telah mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan Kerajaan.

b) Penarafan tahap prestasi pengurusan kewangan (IA) dilaksanakan

mengikut 2 kategori iaitu Kategori Wajib dan Kategori Giliran. Agensi yang diletakkan di bawah kategori wajib perlu dinilai prestasi kewangannya setiap tahun. Manakala agensi di bawah kategori giliran akan dinilaikan prestasi kewangannya setiap 3 tahun sekali. Agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri yang wajib dibuat penilaian prestasi kewangan setiap tahun adalah seperti berikut:

PERINGKAT PERSEKUTUAN PERINGKAT NEGERI

• 25 Kementerian • 4 Jabatan pemungut hasil utama:

i) Jabatan Kastam Diraja Malaysia

ii) Jabatan Imigresen Malaysia iii) Jabatan Pengangkutan Jalan iv) Polis DiRaja Malaysia

• 13 Perbendaharaan Negeri • 13 Majlis Agama Islam Negeri • 13 Perbadanan Kemajuan Ekonomi

Negeri

c) Hasil Penarafan Indeks Akauntabiliti (IA) Bagi Tahun 2010

i) Pada keseluruhannya, Jabatan Audit Negara mendapati tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi tahun 2010 adalah lebih baik berbanding dengan tahun 2009 di mana daripada 357 agensi yang dinilai pada tahun 2010, sebanyak 77 agensi (21.6%) telah mendapat penarafan SANGAT BAIK. Manakala bagi tahun

Page 3: KENYATAAN AKHBAR MENGENAI LAPORAN … Akhbar/2...Universiti Pendidikan Sultan Idris ... Bendahari Negeri Selangor . ... dilayari dalam Laman Web Jabatan Audit Ne di alamat ;

3

2009 daripada 399 agensi yang dinilai, hanya 48 agensi (12%) telah mendapat penarafan SANGAT BAIK. Pencapaian yang ketara ini menunjukkan pelaksanaan IA telah memberi dorongan kepada Ketua Jabatan/Agensi untuk memberi lebih perhatian kepada pengurusan kewangan. Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

AGENSI

TAHAP / TAHUN / BILANGAN AGENSI

Sangat Baik (4 Bintang)

Baik (3 Bintang)

Memuaskan (2 Bintang)

Tidak Memuaskan (1 Bintang)

2009 2010 2009 2010 2009 2010 2009 2010

SEKTOR PERSEKUTUAN

Kementerian Persekutuan 10 17 15 8 - - - -

Jabatan Persekutuan - Ibu Pejabat

- Persekutuan di

Negeri-negeri

4 -

13

3

36

13

22

11

4

2

- -

- -

- -

Badan Berkanun Persekutuan 2 10 27 19 4 2 - -

Jumlah Kecil 16 43 91 60 10 2 - -

AGENSI Sangat Baik

(4 Bintang) Baik

(3 Bintang) Memuaskan (2 Bintang)

Tidak Memuaskan (1 Bintang)

2009 2010 2009 2010 2009 2010 2009 2010

SEKTOR NEGERI

Perbendaharaan Negeri 6 10 7 3 - - - -

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

6 8 6 4 1 1 - -

Majlis Agama Islam 6 6 4 4 2 3 1 -

Kementerian/ Jabatan Negeri 5 4 121 112 19 10 - -

Badan Berkanun Negeri 3 1 26 25 12 10 - 1

Pihak Berkuasa Tempatan 6 5 43 39 8 6 - -

Jumlah Kecil 32 34 207 187 42 30 1 1

JUMLAH KESELURUHAN 48 77 298 247 52 32 1 1

Page 4: KENYATAAN AKHBAR MENGENAI LAPORAN … Akhbar/2...Universiti Pendidikan Sultan Idris ... Bendahari Negeri Selangor . ... dilayari dalam Laman Web Jabatan Audit Ne di alamat ;

4

ii) Agensi yang berjaya mendapat tahap prestasi pengurusan kewangan yang sangat baik adalah seperti berikut:

Peringkat Persekutuan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Kementerian Kewangan Malaysia Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pertahanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Kementerian Pengajian Tinggi Kementerian Sumber Manusia Kementerian Kerja Raya Jabatan Perdana Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Kementerian Penerangan, Kebudayaan Dan Komunikasi Kementerian Belia Dan Sukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Jabatan Peguam Negara Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Jabatan Arkib Negara Jabatan Perangkaan Malaysia Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah Jabatan Insolvensi Malaysia Jabatan Pengangkutan Jalan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang Universiti Putra Malaysia (UPM) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Page 5: KENYATAAN AKHBAR MENGENAI LAPORAN … Akhbar/2...Universiti Pendidikan Sultan Idris ... Bendahari Negeri Selangor . ... dilayari dalam Laman Web Jabatan Audit Ne di alamat ;

5

Bank Simpanan Nasional (BSN) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Peringkat Negeri Perbadanan Johor Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka Pejabat Kewangan Negeri Sembilan Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu, Negeri Terengganu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Pejabat Kewangan Negeri/Perbendaharaan Negeri Perak Jabatan Perhutanan Negeri Sabah Majlis Perbandaran Ampang Jaya Majlis Perbandaran Selayang Majlis Daerah Papar Perbendaharaan Negeri Perlis Majlis Agama Islam Negeri Kedah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak Majlis Daerah Gua Musang Majlis Agama Islam Pulau Pinang Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu Jabatan Bendahari Negeri Sabah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak Bendahari Negeri Selangor Perbadanan Stadium Negeri Kelantan Pejabat Tanah Kulim Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Selangor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Dewan Bandaraya Kuching Utara Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah Majlis Islam Sarawak Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan Perbendaharaan Negeri Johor

Page 6: KENYATAAN AKHBAR MENGENAI LAPORAN … Akhbar/2...Universiti Pendidikan Sultan Idris ... Bendahari Negeri Selangor . ... dilayari dalam Laman Web Jabatan Audit Ne di alamat ;

6

2.3. Melaksanakan Pengauditan Prestasi Terhadap Projek/Aktiviti Kerajaan di Peringkat Persekutuan dan Negeri

a) Setiap tahun Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan prestasi bertujuan menilai sejauh mana pelbagai aktiviti dan projek Kerajaan telah dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal aktiviti dan projek ini telah tercapai. Ia juga bertujuan untuk menilai sejauh mana wang awam telah dibelanjakan dengan berhemat tanpa pemborosan dan pembaziran serta mendapat value for money.

b) Sebanyak 178 pengauditan prestasi telah dilaksanakan di peringkat

Persekutuan dan Negeri dalam tahun 2010. Pengauditan dilaksanakan merangkumi bidang-bidang pembinaan, penyenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan aset, pengurusan cukai, program peningkatan sosioekonomi, infrastruktur, alam sekitar, ICT dan pengurusan syarikat.

c) Agensi Kerajaan digesa supaya mengambil iktibar daripada kelemahan

dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap projek/aktiviti yang dibangkitkan dalam Laporan Audit Prestasi yang disediakan, selaras dengan prinsip akauntabiliti dan integriti dalam perkhidmatan awam.

3. Seperti mana pada tahun yang lalu, Ketua Jabatan/Agensi yang berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tujuan pengesahan. Bagi membolehkan tindakan susulan diambil oleh Ketua Jabatan berkenaan, Jabatan Audit Negara juga telah mengemukakan syor untuk memperbaiki kelemahan yang dilaporkan. Kebanyakan syor tersebut telah pun diambil tindakan pembetulan atau penambaikan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi.

4. Kandungan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 dan sinopsisnya boleh dilayari dalam Laman Web Jabatan Audit Negara di alamat http://www.audit.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut/pandangan mengenai Laporan tersebut bolehlah dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.

Ketua Audit Negara Malaysia

24 Oktober 2011