kenamain

6
Elemen-elemen yang Membangunkan Teater ‘Kena Main’ 1.0 Cerita dan Plot a) Tema Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1638), tema merupakan subjek yang menjadi dasar, tajuk atau pokok sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita dan sebagainya. Sesebuah tema harus berupaya disampaikan kepada penonton, sama ada secara tersirat mahupun tersurat. Tema sering kali dapat ditentukan khalayak sewaktu atau selepas sesebuah pementasan. Menurut Aristotle, tema merupakan elemen penting dalam sesebuah pementasan. Tema boleh dilihat sebagai faktor yang mengalakkan pengarah menulis skrip teaternya. Tema menampakkan pemikiran dan persoalan yang ingin dikemukakan pengarah melalui mesej-mesej yang diselitkan dalam pementasan tersebut. Teater Kena Main bertemakan hakikat kebutaan manusia, iaitu kebutaan manusia yang sempurna penglihatan, tetapi buta dari aspek kehidupan bermasyarakat yang lain. Kebutaan hati mereka mengenai nilai kebudayaan, kesenian, keikhlasan, kesusahan orang lain, dan sebagainya. Tema ini didukung oleh pelbagai persoalan yang disampaikan melalui watak dan plot teater Kena Main. Sebagai menampakkan kebutaan masyarakat hari ini, pengarah teater sengaja menggunakan watak-watak yang buta penglihatan untuk menyampaikan tema yang khusus bagi menyedarkan masyarakat mengenai kebutaan mereka terhadap dunia dan kehidupan bermasyarakat. Khalid Salleh selaku pengarah teater Kena Main, mengambil peluang ini untuk melontarkan pemikiran dan kritik sosianya.

Upload: alya-farsya

Post on 17-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kena M

TRANSCRIPT

Elemen-elemen yang Membangunkan Teater Kena Main

1.0 Cerita dan Plota) Tema

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1638), tema merupakan subjek yang menjadi dasar, tajuk atau pokok sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita dan sebagainya. Sesebuah tema harus berupaya disampaikan kepada penonton, sama ada secara tersirat mahupun tersurat. Tema sering kali dapat ditentukan khalayak sewaktu atau selepas sesebuah pementasan. Menurut Aristotle, tema merupakan elemen penting dalam sesebuah pementasan. Tema boleh dilihat sebagai faktor yang mengalakkan pengarah menulis skrip teaternya. Tema menampakkan pemikiran dan persoalan yang ingin dikemukakan pengarah melalui mesej-mesej yang diselitkan dalam pementasan tersebut. Teater Kena Main bertemakan hakikat kebutaan manusia, iaitu kebutaan manusia yang sempurna penglihatan, tetapi buta dari aspek kehidupan bermasyarakat yang lain. Kebutaan hati mereka mengenai nilai kebudayaan, kesenian, keikhlasan, kesusahan orang lain, dan sebagainya. Tema ini didukung oleh pelbagai persoalan yang disampaikan melalui watak dan plot teater Kena Main. Sebagai menampakkan kebutaan masyarakat hari ini, pengarah teater sengaja menggunakan watak-watak yang buta penglihatan untuk menyampaikan tema yang khusus bagi menyedarkan masyarakat mengenai kebutaan mereka terhadap dunia dan kehidupan bermasyarakat. Khalid Salleh selaku pengarah teater Kena Main, mengambil peluang ini untuk melontarkan pemikiran dan kritik sosianya. Melalui penceritaannya yang menampakkan perjalanan hidup yang dihadapi golongan kurang upaya, Khalid Salleh mendukung persoalan-persoalan yang sering tidak diendahkan oleh masyarakat. Misalnya, sewaktu berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, masyarakat akan menemui pemain muzik jalanan yang kurang upaya. Mungkin sebelum ini masyarakat sekadar memandang mereka dan tidak terlintas di benak mereka untuk memikirkan tentang nasib golongan ini yang terpaksa menyara hidup mereka dengan bermain muzik di jalanan. Mereka tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupan mereka walaupun masyarakat tidak memberi sokongan kepada mereka. Antara persoalan lain yang ditonjolkan dalam teater ini adalah mengenai cara sesetengah masyarakat mengambil kesempatan terhadap kebaikan diri orang lain di sekitar mereka. Watak Mat-Pit yang mengambil kesempatan terhadap pengetahuannya mengenai situasi Mona yang melarikan diri, dan watak Daud yang membantu Mona kerana mahukan cinta Mona, dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bagaimana pengarah mahu mencetus idea dan menyedarkan hakikat kebutaan manusia yang hanya pentingkan diri sendiri. Walaupun pada akhirnya permasalahan ini dielakkan atau telah diselesaikan, persoalannya yang diketengahkan masih membawa kepentingan dalam menyedarkan masyarakat.Hakikat kebutaan masyarakat terhadap kepentingan dan keupayaan seni ataupun muzik untuk menyara hidup juga diketengahkan dalam pementasan ini. Isu mengenai tanggapan segelintir masyarakat terhadap muzik iaitu dialog antara Daud dan Pie yang menyatakan bagaimana muzik itu haram walhal Pie menyatakan bahawa sumber pencarian mereka adalah melalui muzik, oleh itu niat mereka bukanlah untuk membuat muzik tetapi untuk menjadi muzik sebagai mata pencarian dalam hidup mereka. Dalam pemyampaian dialog ini, khalayak mendapat suatu mesej yang jelas. Iaitu melihat pada kurangnya keupayaan mereka untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan daya penglihatan, golongan kurang upaya ini terpaksa mencari jalan lain untuk menyara kehidupan mereka. Hal ini sebagai cara untuk menyedarkan masyarakat mengenai kebutaan mereka mengahargai seni kerana mereka tidak memerlukan muzik untuk menyara kehidupan. Oleh itu mereka tidak melihat kepentingan muzik malah memandang seorang terhadap orang-orang seni.Kebutaan manusia secara lahiriah pula dijadikan sebagai suatu aspek humor dalam pementasan Kena Main. Golongan cacat penglihatan ini juga mempunyai slanga atau suatu pemahaman dalam kalangan mereka. Apabila didatangi bahaya, Mona menghentakkan tongkatnya untuk menandakan kepada Pie bahawa beliau rasa terancam. Adegan ini telah dapat menerangkan kepada khalayak bahawa setiap golongan dalam masyarakat mempunyai kelainan mereka. Sebagai sebuah masyarkat yang bukan sahaja berbilang kaum dan agama malah juga berbilang ragam, kita perlu peka dan pandai menyesuaikan diri dan memahami keperluan dan kepentingan golongan masing-masing.Watak Mat Pit sebagai suatu penyampaian mesej yang jelas, menunjukkan kebutaan manusia yang sempurna penglihatan, tetapi buta dalam melihat kebolehan diri mereka untuk menjadi orang yang bermanfaat pada diri dan masyarakat sekeliling. Watak Mat Pit yang dipaparkan sebagai seorang penagih dadah yang menganggu kawasan tiga pemuzik cacat penglihatan itu, menampakkan sikap sesetengah masyarakat yang tidak rajin menjadi insan yang berguna dalam masyarakat. Dilihat sebagai sampah masyarakat, Mat Pit menampakkan kebodohan manusia yang sengaja mencari masalah dalam hidup walhal golongan kurang upaya yang serba kekurangan dalam dunia ini bersungguh-sungguh mencari nafkah kehidupan. Permasalahan ini mungkin tidak dikenal pasti oleh ramai penonton, tetapi watak Mat Pit yang merancakkan pementasan ini sebenarnya menonjolkan kebodohan segelintir masyarakat.Namun, dalam mengetengahkan permasalahan-permalahan dalam masyarakat, pengarah turut menggunakan watak Laila dan Jamil sebagai sindiran kepada masyarakat elit. Iaitu kebutaan manusia yang hanya mementingkan kejayaan sendiri, ataupun membantu hanya untuk menempah nama. Perihal ini dapat dilihat sebagai pertolongan yang tidak ikhlas, tampak seperti beria-ia tetapi bantuan yang diberikan hanya sekali sahaja. Serupa watak peminta sedekah yang sebenarnya menipu, dan hanya meminta sedekah untuk mendapatkan keuntungan dan bukan kerana beliau memerlukannya. Kebutaan masyarkat seperti ini yang membuatkan orang awam enggan membantu golongan yang kurang upaya. Setiap kali keinginan untuk membantu wujud, masyarakat akan mula rasa skeptikal terhadap bantuan itu. Lahirlah urutan fenomena kebutaan hati dalam kalangan masyarakat secara keseluruhannya apabila rasa kepercayaan dan kesungguhan untuk membantu itu lenyap sedikit demi sedikit kerana bantuan mereka disia-siakan oleh golongan yang mempermain-mainkan atau menipu usaha mereka.Natijahnya, setiap pementasan berjaya dipentaskan sekiranya persoalan-persoalan atau isu-isu yang diketengahkan dapat menyampaikan mesej yang penting kepada khalayak. Melalui tema yang disampaikan, pastinya masyarkat berharap bahawa masyarakat sedar akan kepentingan meningkatkan persefahaman dan kesedaran dalam kalangan mereka untuk menimbullkan suasana kehidupan yang lebih bermanfaat serta selesa dan aman untuk setiap golongan atau lapisan masyarakat. Kepekaan memahami dan mengelakkan kebutaan masyarakat mengenai kepentingan kebudayaan, keikhlasan, kejujuran, usaha, kesabaran dan lain-lain lagi, akan dapat menjadikan kita suatu masyarakat yang lebih produktif dan bermanusiawi.

Kesimpulan

Namun, masih terdapat persoalan yang belum terungkai. Khalid Salleh menyatakan hasratnya dalam mengarahkan teater Kena Main sebagai menyuntik pemikiran dan kesedaran sosial yang membelenggu masyarakat setelah sekian lama. Iaitu berpusat pada pemikiran bahawa bakat bukanlah faktor utama, tetapi penampilan dan raut wajah kacak dan cantik yang menjadi perhatian. Namun, dalam penyataannya, beliau turut menyatakan bahawa beberapa pelakon yang dipilih bukan sahaja kerana bakat tetapi kerana beliau telah mengenali mereka sejak dahulu lagi. Persoalannya di sini adalah, teater yang bertemakan hakikat kebutaan manusia turut sekali mencerminkan kebutaan semua pihak yang sedari azali memang pun manusia dan pastinya akan berat sebelah dalam apa jua perkara yang dipertikaikan. Pementasan Kena Main menonjolkan isu-isu yang tampak lebih sesuai diketengahkan dalam setting yang lebih kecil. Apabila pementasan sedemikian dipentaskan di ruang yang besar seperti di Istana Budaya, mesej yang ingin diketengahkan dihimpit oleh adegan-adegan yang kurang penting. Hal ini kerana, setelah selesai pementasan tersebut, para penonton masih tertanya-tanya, siapakan sebenarnya yang Kena Main, adakah keseluruhan teater ini berpusat pada satu konsep Kena Main iaitu semua wataknya yang dipermainkan antara satu sama lain, ataupun, adakah penonton yang dipermainkan. Persoalan-persoalan ini tidak terungkai walaupun khalayak telah selesai menonton pementasan tersebut.

Bibliografi

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-hiburan/khalid-salleh-bawa-kena-main-ke-istana-budaya-53977?cp

Read more at:http://english.astroawani.com/entertainment-news/review-kena-main-underwhelming-tale-trickery-58109?cp

Buku drama Melayu Mana SikanaDrama Melayu dari Skrip ke Pentas Rahmah Bujang