kenali lebah kelulut

6
MORFOLOGI LEBAH KELULUT Kenali Lebah Kelulut @ Trigona Para saintis dan ilmuan telah membahagi lebah kepada 2 kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Lebah kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. FIZIKAL LEBAH KELULUT Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.

Upload: ajis-kadir

Post on 26-Nov-2015

367 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MORFOLOGI LEBAH KELULUTKenali Lebah Kelulut @ Trigona

Para saintis dan ilmuan telah membahagi lebah kepada 2 kelompok besar iaitulebah bersengatdanlebah tidak bersengatserta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Lebah kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.FIZIKAL LEBAH KELULUTUkurannya hanya 3 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang danApis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.CIRI-CIRI KHAS

Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangatlebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara.(Gambar: Menunjukkan perbandingan saiz lebah kelulut dengan lebah tempatan).

JENIS LEBAH KELULUTDaripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranyaTrigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itamadan lain-lain lagi.Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.Kitar hidupKitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur.[18] Ratu baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun.ADAPTASI LEBAH KELULUT TERHADAP PERSEKITARANKelakuan

Kotak haif yang mengandungi koloniTrigona itama.Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis.[11]Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesisMeliponadan kebanyakan spesisTrigonabiasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalantikusatauparrot.[12][13]Spesis lain pula tinggal di dalam sarangsemutatau saranganai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. ContohnyaTrigona thoracicaselalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohonrambutan,manggis, ataudurian.Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran.[14]Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya denganpropolisberbanding dengan saranglebah madu.[15][16]

BIBLIOGRAFI Stefan, L. Maya Beekeeping Tradition Fades. National Geography. 28 Jun 2008. Diambil 10 Januari 2012. Michener, C D. The bees of the World. Johns Hopkins University Press, 97 Silveira, F A; Melo, G A R; Almeida, E A B. 2002. Abelhas Brasileiras: Sistemtica e Identificao. Fernando A. Silveira, 253ppHapizah, A. Khasiat madu lebah kelulut. Utusan Malaysia. 20 Mei 2011. Diambil 10 Januari 2012,Khairunnisa, S. Potensi madu kelulut. Utusan Malaysia. 30 Mei 2011. Diambil 10 Januari 2012.http://testweb.science.uu.nl/sommeijer/promabos.htmlMohd Fahimee, J., Hamdan Sipon, Rosliza J. dan Suri R. (2012). Manual Teknologi Penternakan Lebah Kelulut. Serdang: MARDI.