kenafprpi2016bm - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/49886/1/eco-zyme percepat urai gentian...

1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Isnin, November 28, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » Eco-Zyme percepat urai gentian kenaf kepada tiga hari Oleh Azman Zakaria Foto by Noor Azreen Awang SERDANG, 16 Nov - Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membangunkan Eco-Zyme, sejenis enzim yang diekstrak daripada mikrob tempatan untuk membantu proses penguraian gentian kenaf. Ia berfungsi memecah bahan yang mengikat gentian kenaf di dalam satu rumpun dan mengeluarkan gentian kenaf tunggal daripadanya. Eco-Zyme dibangunkan oleh kumpulan lima orang penyelidik diketuai pensyarah Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad. Beliau berkata, antara kelebihan Eco-Zyme ialah ia mempercepatkan tempoh penguraian gentian kenaf kepada hanya tiga hari berbanding tiga hingga empat minggu menggunakan tekonologi sedia ada. Eco-Zyme juga mampu menghasilkan gentian kenaf berkualiti tinggi yang lebih bersih, kuat dan panjang. Tindak balasnya juga spesifik yang tidak merosakkan komponen gentian yang lain,katanya dalam sidang media pada Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi 2016 (PRPI 16) di sini. Beliau berkata teknologinya juga mudah digunakan, mesra alam dan memberi tindakan yang berkesan dalam masa yang lebih singkat. Katanya, penyelidikan untuk membangunkan Eco-Zyme bermula pada 2012 dan selesai tahun lalu. Teknologi itu yang sudah dipatenkan, kini dalam peringkat upscalling. Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis berkata produk yang dihasilkan itu mampu membantu golongan penanam kenaf dan pengeluar gentian kenaf dalam meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran gentian. Syarikat yang menjalankan projek berasaskan gentian kenaf pula katanya, boleh mendapatkan bekalan gentian kenaf berkualiti tinggi untuk dijadikan produk seperti bahan binaan biokomposit, perabot, tekstil dan komponen automotif. Produk itu memenangi pingat emas pada PRPI 2016 dan sudah menerima letter of interest daripada beberapa syarikat dan agensi ekoran potensinya yang besar untuk pengkomersilan. - UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 25 Nov 2016 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 28/11/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/kenafprpi2016bm

Upload: truonghuong

Post on 21-May-2018

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Isnin, November 28, 2016

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

Eco-Zyme percepat urai gentian kenaf kepada tiga hari

Oleh Azman ZakariaFoto by Noor Azreen Awang

SERDANG, 16 Nov - Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membangunkan Eco-Zyme, sejenis enzim yang diekstrak daripada mikrob tempatan untuk membantu proses penguraian gentian kenaf.

Ia berfungsi memecah bahan yang mengikat gentian kenaf di dalam satu rumpun dan mengeluarkan gentian kenaf tunggal daripadanya.

Eco-Zyme dibangunkan oleh kumpulan lima orang penyelidik diketuai pensyarah Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad.

Beliau berkata, antara kelebihan Eco-Zyme ialah ia mempercepatkan tempoh penguraian gentian kenaf kepada hanya tiga hari berbanding tiga hingga empat minggu menggunakan tekonologi sedia ada.

“Eco-Zyme juga mampu menghasilkan gentian kenaf berkualiti tinggi yang lebih bersih, kuat dan panjang.

“Tindak balasnya juga spesifik yang tidak merosakkan komponen gentian yang lain,” katanya dalam sidang media pada Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi 2016 (PRPI 16) di sini.

Beliau berkata teknologinya juga mudah digunakan, mesra alam dan memberi tindakan yang berkesan dalam masa yang lebih singkat.

Katanya, penyelidikan untuk membangunkan Eco-Zyme bermula pada 2012 dan selesai tahun lalu. Teknologi itu yang sudah dipatenkan, kini dalam peringkat “upscalling’.

Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis berkata produk yang dihasilkan itu mampu membantu golongan penanam kenaf dan pengeluar gentian kenaf dalam meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran gentian.

Syarikat yang menjalankan projek berasaskan gentian kenaf pula katanya, boleh mendapatkan bekalan gentian kenaf berkualiti tinggi untuk dijadikan produk seperti bahan binaan biokomposit, perabot, tekstil dan komponen automotif.

Produk itu memenangi pingat emas pada PRPI 2016 dan sudah menerima letter of interest daripada beberapa syarikat dan agensi ekoran potensinya yang besar untuk pengkomersilan. - UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 25 Nov 2016

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

28/11/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/kenafprpi2016bm