kemunduran pendidikan masyarakat melayu si sarawak pada ... · 10 malaysia dari segi sejarah akhbar...

23
8 KEMUNDURAN PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK PADA AWAL PEMERINTAHAN KOLONIAL BRITISH 1946-1950: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF UTUSAN SARAWAK 1949-1950 Nordi Achie * PENGENALAN Pendidikan merupakan aspek penting yang diberikan perhatian khusus oleh pengkaji sejarah. Dalam konteks sejarah pendidikan di Sarawak, antara pengkaji yang membincangkannya ialah J.M. Seymour 1 dan Sabihah Osman. 2 Kedua-duanya membincangkan perkembangan pendidikan pada zaman Brooke. Kajian Sabihah Osman tertimpu kepada perkembangan pendidikan bumiputera kerana ia tidak dibincangkan secara khusus oleh J.M. Seymour. Minat yang sama juga ditunjukkan oleh Syed Idrus dan R. Santhiram 3 yang mem- bincangkan perkembangan pendidikan dari zaman Brooke sehingga penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Kajian yang dihasilkan oleh Vernon L. Porrit 4 juga mem- bincangkan aspek pendidikan di Sarawak khususnya di bawah pemerintahan kolonial British (1946-1963). Tetapi, kemunduran pendidikan tidak diberikan perhatian olehnya terutamanya pada awal pemerintahan kolonial British (1946-1950). Terdapat juga perbincangan tentang perkembangan sekolah Cina dan Inggeris. Ini termasuklah penilaian terhadap masalah pendidikan bumiputera khususnya dan rakyat Sarawak umumnya. Tetapi, aspek pemikiran golongan terpelajar Melayu yang mengamati masalah pendidikan anak bangsanya Penulis adalah pengajar di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 1 J.M. Seymour, “Education in Sarawak under Brooke Rule 1841-1941”, M. A Thesis, University of Hawai, 1967. 2 Sabihah Osman, 1990. Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3 Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhiram, 1990. Perkembangan Pendidikan di Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4 Vermon L. Porrit, 1997. British Colonial Rule in Sarawak 1946-1963. Kuala Lumpur: Oxford Univer- sity Press

Upload: others

Post on 07-Nov-2020

15 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

8

KEMUNDURAN PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK PADA AWAL PEMERINTAHAN KOLONIAL BRITISH

1946-1950: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF UTUSAN SARAWAK 1949-1950

Nordi Achie∗

PENGENALAN Pendidikan merupakan aspek penting yang diberikan perhatian khusus oleh pengkaji sejarah. Dalam konteks sejarah pendidikan di Sarawak, antara pengkaji yang membincangkannya ialah J.M. Seymour1 dan Sabihah Osman.2 Kedua-duanya membincangkan perkembangan pendidikan pada zaman Brooke. Kajian Sabihah Osman tertimpu kepada perkembangan pendidikan bumiputera kerana ia tidak dibincangkan secara khusus oleh J.M. Seymour.

Minat yang sama juga ditunjukkan oleh Syed Idrus dan R. Santhiram3 yang mem-bincangkan perkembangan pendidikan dari zaman Brooke sehingga penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Kajian yang dihasilkan oleh Vernon L. Porrit4 juga mem-bincangkan aspek pendidikan di Sarawak khususnya di bawah pemerintahan kolonial British (1946-1963). Tetapi, kemunduran pendidikan tidak diberikan perhatian olehnya terutamanya pada awal pemerintahan kolonial British (1946-1950). Terdapat juga perbincangan tentang perkembangan sekolah Cina dan Inggeris. Ini termasuklah penilaian terhadap masalah pendidikan bumiputera khususnya dan rakyat Sarawak umumnya. Tetapi, aspek pemikiran golongan terpelajar Melayu yang mengamati masalah pendidikan anak bangsanya

• Penulis adalah pengajar di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 1 J.M. Seymour, “Education in Sarawak under Brooke Rule 1841-1941”, M. A Thesis, University of

Hawai, 1967. 2 Sabihah Osman, 1990. Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. 3 Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhiram, 1990. Perkembangan Pendidikan di Sarawak. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. 4 Vermon L. Porrit, 1997. British Colonial Rule in Sarawak 1946-1963. Kuala Lumpur: Oxford Univer-

sity Press

Page 2: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

9

KEMUNDURAN PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK PADA AWAL PEMERINTAHAN terkesamping dalam ketiga-tiga tulisan tersebut. Satu-satunya wadah yang menyalurkan pemikiran mereka ialah Utusan Sarawak (US).5 Begitu juga pemikiran mereka terhadap konsep dan kepentingan pendidikan dalam pengertian yang lebih luas. Oleh itu, diharapkan artikel ini dapat memenuhi kekosongan tersebut. LATAR BELAKANG UMUM UTUSAN SARAWAK 1949-1950

US diasaskan oleh Ikhwan Zaini6 dan Johari Anang7 dengan kerjasama Angkatan Semangat Anaknegeri Sarawak (ASAS).8 Jawatankuasa pengasas US terdiri daripada 26 orang. Mereka merupakan tokoh penggerak US .9 US diterbitkan pada 16 Januari 1949. Ia diterbitkan sebagai

5 Sebelum Utusan Sarawak 1949-1950, golongan terpelajar Melayu menyuarakan masalah pendidikan

Melayu menerusi Utusan ASAS 1947-1948. Tetapi, isu pendidikan yang diperkatakan menerusi Utusan ASAS amat terhad. Ini kerana ia lebih memberikan tumpuan kepada isu penjajahan Sarawak oleh kolonial British Artikel ini hanya membincangkan isu dan persoalan pendidikan dan perspektif Utusan Sarawak 1949-1950 sahaja kerana skop perbincangannya lebih meluas. Perlu dinyatakan bahawa Utusan Sarawak sebenarnya dlterbitkan sebagai lidah penyambung perjuangan Utusan ASAS.

6 lkhwan Zaini dilahirkan pada 17 Mei 1915 di Kampung Patingan, Kuching. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Sekolah St. Thomas dan Victoria Bridge College di Singapura hingga lulus Senior Cambridge. Beliau pernah berkhidmat sebagai kerani di Pejabat Daerah Lawas dan Sekretariat Hal Ehwal Bumiputera. Pada 1946, beliau meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan kerana mambantah Pekeliling No. 9/1946. Beliau antara pejuang anti penyerahan yang dikenali sebagai Barisan 338. Ikhwan Zaini terlibat secara aktlf dalam gerakan anti penyerahan. Beliau menubuhkan Angkatan Semangat Anaknegeri Sarawak (ASAS) dan Setiausaha Agung pertamanya. Beliau juga pengasas Utusan Asas. Dalam arena politik, lkhwan Zaini pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Parti Negara Sarawak (1960), AJK Parti Perikatan Sarawak (1963) dan Presiden Parti Bumiputera Sarawak (1966) Sebagai Menteri Kabinet Sarawak, lkhwan Zaini pernah memegang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan (1966-1977) dan Menteri Kebajikan Sosial (1970-1972). lkhwan Zaini menghembuskan nafasnya yang terakhir pada I3 Januari 1981–3 hati sebelum menyambut ulang tahun ke-32 kelahiran Utusan Serawak. Atas jasa baktinya, lkhwan Zaini dianugerahkan Tan Sri pada 1979 (Darjah Panglima Mangku Negara). Sebagai menghargai sumbangannya juga, lkhwan Zaini dilantik sebagai Pemangku Yang Di-Pertuan Negeri Sarawak sebanyak tiga kali. Bagi memperingati peranannya dalam bidang kewartawanan, lkhwan Zaini dianggap sebagai Bapa Kewartawanan Melayu Sarawak. Untuk keterangan lanjut, rujuk Dayang Naralam Abang Raini, “lkhwan Zaini: Satu Kajian Tentang Perjuangan Dan Pemikiran Politiknya”, Latihan Ilmiah, B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 1996-1997.

7 Beliau lahir di Kuching pada 1889, berketurunan Minangkabau. Johari Anang pernah berkhidmat sebagai guru bahasa Inggeris. Beliau juga peniaga yang terkenal di Kuching. Selain mengasaskan Fajar Sarawak 1930, beliau pernah dilantik oleh Jepun sebagai pengarang Khabar Harian Kuching. Beliau juga merupakan pengasas PKMS (1939), Angkatan Semangat Anaknegeri Sarawak (ASAS) dan Utusan ASAS (1947-1948). Akhbar terakhir yang turut diasasnya ialah Utusan Sarawak (1949). Beliau merupakan Setiausaha Agung PKMS dari 1949-1964. Nama Johari Anang jelas terpampang dalam Utusan Sarawak pada 1951. Beliau meninggal dunia pada 1963. R.H.W Reece, 1982. The Name of Brooke: The End Of White Rajahs Rule in Sarawak. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 133.

8 Utusan Sarawak, I6 Februari 1949, hlm 2. ASAS ditubuhkan oleh lkhwan Zaini Johari Anang dan Haji Abdul Rahman Kassim. la bertujuan menyebarluaskan perjuangan anti penyerahan dan menjelaskan isu penyerahan Sarawak kepada rakyat. Pada 10 Oktober 1947, ASAS menerbitkan Utusan Asas. ASAS mempunyai cawangannya di Bahagian Pertama, Kedua dan Ketiga. Keahliannya terbuka kepada bumiputera. Tidak banyak yang dapat diketahui tentang ASAS kerana ketiadaan rekod bertulis dan pemimpinnya meninggal dunia.

9 Antara tokoh yang turut sama mengasaskan Utusan Sarawak ialah Abang Haji Abdul Latif, Haji Gol Safah, Dolhan Haji Paris, Haji Adeng Mohsin, Dayang Nahriah Abang Haji Zaini, Abang Haji Arabi, Abang Mohamad Rakawi dan Razali Haji Busrah. Rujuk, Dayang Naralam Abang Raini, “lkhwan Zaini”, hlm. 42.

Page 3: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

10

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”. Dengan sokongan dan sambutan meluas daripada pembaca, US diterbitkan sebagai akhbar mingguan mulai 28 Februari 1949. Dalam tempoh 16 Januari 1949 hingga 25 Disember 1950, US diterbitkan 99 keluaran: 49 keluaran pada 1949 dan 50 keluaran pada 1950. Hanya 73 keluaran sahaja yang kekal dan 26 keluaran tidak dijumpai lagi.

Untuk menguruskan penerbitan, percetakan dan pengedaran US, lkhwan Zaini menubuh-kan Ariff Press Company. Pejabatnya terletak di No. 29, Khoo Hun Yeang Street, Kuching. US dicetak dalam huruf rumi. Ia dijual dengan harga 10 sen senaskhah dengan empat halaman bercetak. Harga langganan US setahun ialah $1.20 dan tiga bulan 60 sen. US diedarkan ke seluruh Sarawak kecuali kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan pos dan pengangkutan. Tidak ada rekod tentang jumlah edarannya. US juga diedarkan ke Brunei, Tanah Melayu dan Indonesia.

US menempatkan ruangan rencana pengarang, KRITIK, iklan, rencana, berita dalam dan luar negeri, surat pembaca dan karya sastera. Halaman dua dan tiga dikhususkan untuk rencana pengarang, KRITIK dan rencana. Berita dalam negeri meliputi hampir keseluruhan Sarawak. Terdapat berita dari Kuching, Simanggang, Serian, Lundu, Bau, Sibu, Bintulu, Tatau dan Miri. Kebanyakannya tertumpu kepada kegiatan golongan anti penyerahan. Berita luar negeri pula meliputi perkembangan di Eropah, Amerika Syarlkat, Afrika, Asia Barat, Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur Jauh. Kebanyakan iklan terdiri daripada peniaga tempatan.10 Terdapat juga iklan dari Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. US diterbitkan ketika:

[U]mat Sarawak sedang berjuang membantah serahan negeri-nya yang haram dan gelora politik negeri-nya yang terancham oleh policy penjajahan Kerajaan British yang lapok dan burok.

[M]ereka ta’ ada mempunyai akhbar yang boleh tempat mereka mengeluarkan dan mengemukakan suara, buah fikiran, bidasan dan penerangan khas-nya kepada raayat Sarawak, Kerajaannya dan kapada dunia internasional [sic] untok membentangkan kejadian yang sebenar2nya berlaku dan terjadi dalam negeri Sarawak.11

Menurut Ikhwan Zaini, tujuan US diterbitkan ialah: [M]embela segala keadilan dan kebenaran serta menentang segala kedzaliman, pergerakan-pergerakan yang melampau dan yang berlawanan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang biasa.

[S]edia berkhidmat untuk kewajipan dan keperluan raayat selurohnya, serta bekerjasama dengan raayat untok menchiptakan chita-chita raayat yang bersesuai dengan keadaan zaman atom sekarang ataupun yang sechochok dengan chita-chita yang ada pada segala bangsa yang sudah sedar dan insaf.

[T]etap berkhidmat untok pembinaan masharakat yang sempuma dan untok perpaduan raayat yang setengoh2nya, dari mana kelak terchiptalah kehormatan dan kemuliaan raayat sebagai suatu bangsa yang dikenali atau setaraf dengan bangsa yang berjiran. 12

10 Antaranya iklan peniaga dari lndia Street, Ewe Hai Street, Carpenter Street, Main Baazar, Gambier

Road, Padungan, Khoo Hun Yeang Street, China Street dan Market Street. 11 Utusan Sarawak, 16 Januari 1950. hlm. 3. 12 Ibid., hlm. 2 .

Page 4: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

11

KEMUNDURAN PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK PADA AWAL PEMERINTAHAN

Berhubung dasar perjuangannya, Ikhwan Zaini menegaskan:

Utusan Sarawak adalah berdasar bebas Utusan Sarawak bukanlah diasas atau terikat oleh party, persekutuan atau pergerakan juapun.13

Pada dasarnya, US bersifat berkecuali. lkhwan Zaini mahu menjadikan US sebagai akhbar yang berwibawa, dihormati dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. US berjuang demi kepentingan rakyat. Dengan meletakkan dasar US sebagai bebas dan berkecuali, Ikhwan Zaini berharap US akan mendapat sokongan rakyat. lkhwan Zaini menyarankan rakyat agar menganggap US sebagai akhbar milik mereka.14 Walaupun Ikhwan Zaini menyatakan US bersifat berkecuali, namun US tidak dapat membebaskan dirinya daripada pengaruh pejuang anti penyerahan. Hampir keseluruhan isi kandungannya menggambarkan pendirian mereka. Isu yang dibincangkannya meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. US menerima tulisan dan buah fikiran tanpa mengira perbezaan pendirian politik. US bersikap terbuka dan rasional. Inilah penegasan US bagi menjamin kelangsungannya sebagai akhbar “OLEH RA’AYAT UNTOK RA’AYAT ”15 PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF UTUSAN SARAWAK 1949-1950 Umumnya, terdapat dua perkara utama yang dibincangkan oleh US . Pertama, kepentingan pendidikan dan ilmu pengetahuan. Ini termasuklah konsep dan kaedah pendidikan di rumah dan sekolah. Kedua, masalah dan masa depan pendidikan Melayu yang merangkumi sekolah Melayu dan sekolah Rakyat.

Bagi US, pendidikan dan ilmu pengetahuan sangat penting kerana ia merupakan asas kemajuan. Ilmu juga berperanan sebagai penentu maruah Melayu. Ia menyebabkan manusia berlumba-lumba memajukan taraf pendidikan dan ilmu pengetahuan. Hakikat ini disedari oleh US dalam penegasannya:

Tidak dapat dinafikan bahawa pelajaran itu ialah foundation bagi segala chawangan kemajuan manusia di-dunia. Kemajuan sesuatu bangsa itu adalah diukor dengan peranggan [tahap] mana pelajaran yang ada pada bangsa itu. Barang sudah tentu apabila disebutkan sahaja pelajaran maka sasaorang yang sudah insaf dan sedar itu mengerti betapa besarnya mana pelajaran Itu pada sisi bangsanya.

[D]ari segi kesedaran dan keinshafan inilah dapat kita menghala perhatian kita ka-arah bangsa2 yang sedang berlomba2 membina dan melebar-kan pelajaran mereka yang disasuai-kan dengan keadaan sekarang hingga pelajaran itu adalah menghendaki perbelanjaan yang berjuta2 ringgit yang mesti tertanggong oleh khazanah negeri-nya. 16

Ilmu juga penting kerana ia merupakan obor kemuliaan yang mengharumkan nama baik Melayu. Malah, orang yang berilmu tinggi juga memimpin tanah airnya. Mereka berperanan

13 Ibid. 14 Ibid. 15 Ibid. 16 Utusan Sarawak, 16 Februari 1949, hlm. 2. Menurut Menteri Pendidikan Mesir, Dr. Abdul Razak al-

Sanhurry Bashah, kerajaan Mesir membelanja 10,000,000 pounds untuk sepuluh tahun akan datang bagi menyempurnakan keperluan pendidikan rakyat Mesir. Pada 1920, hanya sebanyak 1,000,000 sahaja diperuntukan untuk 9 buah sekolah menengah, dengan 200 guru dan 3,000 pelajar dl Mesir. Pada

Page 5: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

12

MALAYSIA DARI SESI SEJARAH membawa kemajuan di samping memacakkan “semangat perjuangan agar panji2 Kebangsaan Melayu berkibar di-serata Alam”.17 Seterusnya, kepentingan ilmu diungkapkan oleh US dalam penegasannya:

llmu Turus Kemuliaan…[S]udah tentu-lah kalau tiada menuntut bagaimana hendak mendapat-nya. Orang yang berilmu Itu mulia disisi ramai, juga berfaedah ia kepada kaum bangsa. Tidak shak lagi kerana ada berilmulah sanggop sa-saorang menchator-kan pendirian segala-nya terutama sekali membenakan NEGARA yang merdeka. Disamping-nya-lah masyarakat bangsa. Bukan-kah zaman sekarang zaman kemajuan? Ya sunggoh! Tidak silap. 18

US menggesa masyarakat Melayu menuntut ilmu hingga ke luar negeri. Ia bertujuan melahirkan generasi berilmu yang mampu “membasemi-kan kekejaman” dan berbakti kepada “Igama, Bangsa dan Tanahayer”. US menegaskan matlamat ini dapat dicapai dengan menuntut kedua-dua cabang ilmu iaitu teologi dan teknologi. Tuntutan ini sejajar dengan ajaran Islam yang menggesa umatnya mengejar kebahagian dunia dan akhirat dengan bertunjangkan ilmu. Untuk mencapai kemajuan khususnya, US juga mengingatkan peri pentingnya Islam dijadikan sebagai asas. Ia bertujuan memantau kemajuan yang dikejar tidak terkeluar dari batasan Islam sebagai ad-din (sistem hidup yang sempuma). US menjelaskan:

Agama Islam adalah Peraturan Tuhan kepada manusia agar manusia hidup di dunia ini dengan aman dan damai. Peraturan2 di dalam Islam chukup memberi jaminan sabagai peraturan yang lengkap, bukan saja di dalam soal makhluk terhadap khalik [Pcncipta] bahkan peraturan-peraturan itu meliputi di dalam segala lapangan politik, economi [sic], social [sic]….sampai pun kepada soal yang sekechil2nya.

Agama Islam menyurohkan kita beramal [ibadat], berusaha, berjuang, bekerja dan berbakti buat [kemajuan] agama dan tanah ayer. lnilah sebagai tanda shukor kepada Tuhan dalam pengertian agama..

[J]angalah sampai akhirat ketinggalan, dunia kelepasan, kerugian kepada diri dan keturunan akan datang kerana beranggapan masa [hidup sebagai] bodoh dan menerima takdir saja… Jadi kedua2nya [ilmu duniawi dan ukhrawi] wajib kita tuntut.

Dunia semakin maju, dan tiap-tiap manusia pada berlomba2 mengejar kemajuan. Kemajuan membawa berbagai olah dan chara. Dalam perkembangan2 menchapai kemajuan, janganlah kita sampai ketinggalan. Sebab ini [menuntut ilmu teologi dan teknologi], adalah satu sharat yang disurohkan agama, di samping itu janganlah pula sampai melupakan peranannya [Islam] sebagai pedoman. 19

Penegasan ini mempunyai asasnya tersendiri. la berdasarkan kepad hakikat bahawa:

Islam ialah agama yang hidup [syumul] -hidup sepanjang2 masa - igama rohani, igama pekerjaan, igama politik, igama economy [sic] igama peperangan, igama perjuangan, igama

1950 pula terdapat 97 sekolah menengah. 3,000 guru dan lebih daripada 50,000 pelajar. Sekolah rendah pula bertambah daripada 38 kepada 327 buah dengan 100,000 pelajar. Jumlah pelajar di Universiti Fuad al-Awal pula 5,000 orang. Perkembangan inilah yang dikagumi oleh US dan ia menuntut agar British menurut langkah yang diambil oleh Mesir bagi memajukan pelajaran di Sarawak.

17 Utusan Sarawak, 24 Oktober 1949, hlm. 2. 18 Utusan Sarawak, 28 Mac 1919, hlm. 4. 19 Utusan Sarawak, 12 September 1949, hlm. 2.

Page 6: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

13

KEMUNDURAN PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK PADA AWAL PEMERINTAHAN

diplomacy [sic], igama science dan seterusnya igama tiap2 ilmu untok kemajuan, kebesaran, kemuliaan dan keselamatan untok sekalian manusia di dunia ini.20

Bagi US, matlamat tersebut dapat dicapai dalam tiga peringkat. Pertama, di alam persekolahan. Untuk membentuk generasi yang cinta akan bangsa dan tanah airnya, ia dapat dilakukan dengan meluaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan meng-utamakan pelajaran Melayu. Ini bukan bermakna pelajaran dan bahasa asing diketepikan. US tidak menafikan kepentingannya. US berpendapat bahasa dan pelajaran Melayu mesti diutamakan terlebih dahulu kerana ia “diumpamakan sebagai pokok dan pelajaran bahasa lain itu sebagai dahan”.21 US menjelaskan:

Ajaran bahasa Melayu kepada budak-budak Melayu itu sangat2 mustahak di dalam serba-serbinya, dari kerana dengan kepandaian bahasa sendiri itu dapatlah kelak mereka itu memegahkan bahasa dan kebudayaan bangsanya.

Saorang pemuda atau pemudi Melayu yang tahu pelajaran bahasanya sendiri itu bukannya sahaja jadi orang yang bijak, akan tetapi juga jadi saorang yang gemar kepada kechantekan bahasanya yang mengandongi peribahasa, bidalan, pepatah, seloka, gurindan, pantun, shair dan cherita asal-usul yang manarek hati.

Dan lagi dengan pelajaran sendiri itu dapatlah dia menchenderongkan fikirannya kapada perasaan sukabacha’ buku saperti Sejarah Melayu, Adat resam Melayu, kahidupan Melayu, Cherita Modern, Majalah2, Suratkhabar2 dan Kitab2 lgamayang diakui oleh bangsa Melayu.

Bahasa menunjokkan bangsa. Dari pepatah ini kita dapat mendalilkan iaitu rugi bagi sasaorang pemuda dan pemudi jika ianya tidak tahu pelajaran bahasanya sendiri.22

Kedua, pendidikan kekeluargaan di rumah khususnya peranan kaum ibu sebagai pendidik.

Bagi US, kaum ibu juga berperanan penting melahirkan generasi berilmu. Ini kerana:

Betapa tidak, bukanlah sasaorang anak yang lahir kealam dunia ini, dari mereka kechil

sampailah mereka menginjak dewasa, selalu dalam asuhan dan ber-champu-baur dengan ibu?

Menilik rapatnya perchamporang anak dan ibu tadi, nyata dan terang, baik dan buroknya anak itu adalah tertanggong pada asohan [pendidikan] ibu2.

Kepada kaum ibu terpikul beban yang maham berat, kerana maalumlah kita sifat dan tabiat anak2 itu suka meniru dan meneladan yang berada disekelilingnya, dari itu ibu2 harus jaga dan awas.

Seandainya ibu tadi tidak memberinya pendidikan [teladan dan pengajaran] yang baik dan berguna, maka jadilah ianya nanti menjadi seorang yang berbahaya bagi masharakat, sebagai pula menjerumuskannya kelembah kehina-an.23

Peranan ibu amat berat dalam mendidik anak-anak. Oleh itu US mengingatkan kaum ibu

agar tidak lalai menunaikan tanggungjawabnya. Mereka juga diingatkan agar prihatin dengan

perkembangan pelajaran dan masa depan anak-anak. Malah, ibu bapa dan guru harus

20 Utusan Sarawak, 9 Januari 1950, hlm. 2 21 Ibid. 22 Ibid. 23 Utusan Sarawak , 20 Jun 1949, hlm. 1.

Page 7: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

14

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH berganding bahu mendidik anak bangsa. Tugas mendidik anak bangsa tidak wajar diserahkan sepenuhnya kepada guru. Ini dijelaskan oleh US dengan berkata:

Memang juga, manakala sampai umurnya anak2 tadi dimasukkan kasekolah untok belajar dan menuntut llmu pengetahuan, tetapi janganlah pula dilupakan apabila pulangnya dari sekolah, berilah pendidikan dan pengajaran dan apa yang bersangkutan dengan itu, jadi janganlah oleh sebab anak2 tadi sudah bersekolah [belajar] ibu2 [orang tua] terus berlepas tangan dan membiarkan sahaja, tetapi ibu2 harus dan wajib memperhatikan dan memberi-nya pelajaran2 kerana sebagai yang disebutkan diatas ibu2lah yang paling rapat bergaul dengan anak2 itu, sedang guru2 disekolah hanya bergaul dengan anak2 itu sewaktu dalam sekolah saja, jadi segala gerak-geri dan tingkah lakunya diluar [dirumah] ibu2lah yang mengetahui. 24

Kepada golongan pemudi yang bakal menjadi ibu pula, US mengingatkan:

Mengingat bagaimana nasib anak2 itu dihari akan datang tergantong pada pendidikannya maka sewajibnyalah bagi kaum puteri sebelum mereka memasuki gerbang perkahwinan (menjadi ibu] hendaklah mengambil berat soal pendidikan.25

US turut menggesa ibu bapa berusaha memberikan pendidikan kepada anak-anak hingga

peringkat tertinggi. Ia menjamin masa depan dan kehidupan yang lebih sempurna. Untuk menyemai minat dan kesedaran terhadap kepentingan ilmu, ia mesti dipupuk sejak kecil lagi. Ini kerana:

Jiwa dan semangat anak2 itu adalah ibarat tanah yang subur, maka tanamilah tanah yang subur itu dengan tanaman2 yang berguna dan bermanfaat.26

Untuk membentuk generasi pewaris yang berguna, ia wajar dilaksanakan secara bersepadu di rumah dan sekolah. Masalah tidak ada sekolah di tempat tinggal atau sekolah terletak terlalu jauh dari kawasan kediaman, tidak harus dijadikan alasan untuk mengabaikan pendidikan anak-anak. Ini kerana:

Kepada ibu-bapalah terpikol kewajipan untok mendidik dan mengajar anak2 supaya jadilah ia nanti seorang yang berguna bagi masharakat, bagi Nusa dan bangsanya, yang akan meneruskan perjuangan kita dihari2 yang akan datang.27

Perbincangan US tentang peranan ibu sebagai pembentuk generasi yang berguna turut disokong oleh Wasil Abu Talib. Beliau menyifatkan gagasan dan keprihatinan US sebagai terlahir dari perasaan “tulus ikhlas dan suka melihat kemajuan anak2 bangsanya di masa depan serta pula menaroh chemburu akan kemundoran kaum bangsa-nya yang di-kasehi”.28 Sebagai reaksinya, Wasil Abu Talib menyuarakan pandangan bernasnya. Beliau menegaskan:

Sa-sunggohnya ibu bapa itu ada-lah PENDIDIK yang pertama pada anak2 dan mereka-lah yang membela anak2 itu sejak dari kechil lagi. Sudah tentu-lah dua ibu bapa lebeh mengarti dan faham di-tentang serba-serbi-nya.

24 Ibid. 25 Ibid. 26 Ibid. 27 Ibid. 28 Utusan Sarawak , 18 Julai 1950, hlm.3.

Page 8: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

15

KEMUNDURAN PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK PADA AWAL PEMERINTAHAN

Si-anak itu ada-lah dalam didikan dua ibu bapa-nya yang lebeh panjang masa-nya daripada

didikan yang didapati-nya pada tempat yang lama sa-umpama di-sekolah. Jadi, dengan sebab itu-lah mustakah atau perlu benar bantuan didikan darpada dua ibu bapa-nya dan bukan-lah semata2 terserah atau tergantong siang2 kapada didikan guru2 disekolah Melayu sahaja. 29

Menurutnya lagi, ibu bapa harus memainkan peranan yang lebih meluas mendidik anak-anaknya berbanding guru di sekolah. Sebahagian besar daripada masa anak-anak mereka dihabiskan di rumah. Di sekolah pula, para guru sibuk melaksanakan tanggungjawab mereka memberikan pelajaran. Mereka tidak dapat mendidik semua pelajar sepenuh masa. Ujarnya :

Yang kita tahu murid2 tiada berapa jam benar di-dalam kawalan atau didikan guru-nya di sekolah di dalam sahari melainkan sebahagian besar dari waktunya itu dihabis diluar sekolah. Lagi, disekolah Melayu pelajaran-nya bukan sejenis sahaja bahkan boleh-lah di-sebutkan banyak sahingga jadual waktu didalam sekolah itu habis dipenohi oleh berbagai2 pelajaran lain daripada yang lain-nya. Sudah tetaplah tiada kesempatan guru2 itu hendak mendidikan murid2 itu dengan DIDIKAN yang dikehendaki untok menchapai sapenoh kejayaan atau kebolehan.30

Seterusnya, beliau menyeru:

[J]emput-lah guru2 di-sekolah Melayu berbantuan2 dengan dua ibu bapa murid2 dan bekerjasama untok mendidikan anak2 bangsa kita kerana anak2 yang ada dibangku pelajaran ia-lah bakal umat Melayu am-nya pada masa depan. Mudah2an tiap2 diri-nya bersemangat kebangsaan, keigamaan dan kenegaraan. 31

Dalam konteks pendidikan di rumah terutamanya cara mendidik anak-anak US menegur kesilapan sesetengah ibu bapa yang mendidik anak-anak mereka dengan cara kekerasan. Sesetengahnya pula, mendidik dengan cara terlalu berlemah-lembut. Bagi US , ia mendatangkan kesan negatif kepada anak-anak. Sebagai reaksinya, US mengentengahkan kaedah pendidikan yang sewajamya dipraktikkan oleh ibu bapa. US menjelaskan:

Mendedek anak bukanlah sekali2 berarti memaksa kemahuan ibu bapa pada si anak atau si-anak mesti membuat apa yang di-ingatkan atau disukai oleh si-ibu bapa, maseh banyak ada ibu bapa mengamudikan pendedekan anaknya hanya dengan gertak, kekuatan rotan, hingga anak betol2 takut padanya. Tetapi bukan takut kerana kebenaran dan keadilan, hanya takut pada rotan pada ibu bapa. Kalau anak sudah dcwasa ia tidak takut dengan rotan, kerapkali terjadi anak melawan ibu bapa. Dimata umum si-anak yang berdosa, tetapi pada hakikatnya ibu bapalah yang bersalah. Ibu bapa silap mendedek anaknya.32 Selain mengkritik corak pendidikan dan kesan negatifnya terhadap anak-anak, US juga

mengemukakan cara penyelesaiannya. US berharap ibu bapa dapat mendidik anak-anak mereka dengan cara yang disarankannya. Seperti tegasnya:

Memberi dedekan pada anak ertinya ialah memberi pimpinan pada anak itu pada jalan yang baik serta memberi perasaan kaseh sayang dan semangat berani.

29 Ibid. 30 Ibid. 31 Ibid. 32 Utusan Sarawak, 3 Oktober 1949, hlm.4.

Page 9: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

16

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Semangat berani juga bukan satu dedekan yang dichuai2 dengan dedekan berani hingga anak berani berterus terang bertanya pada gurunya pada pelajaran yang muskil. Juga dengan didedekan berani manakala anak sudah dewasa tidak takut menerus chita2nya pergi keluar negeri kerana menuntut ilmu.33

Kaseh kepada anak dengan dedekan kaseh sayang dan semangat berani itu anak akan seterusnya tidak mudah lemah semangat dengan perchubaan yang mengelabui matanya. la berani kerana benar, berani berjuang membela keadilan kerana kasih sayang kepada bangsa, agama dan tanahayernya.34

Bagi meningkatkan taraf pendidikan anak negeri, US menggariskan tiga syarat utamanya. Ia juga merupakan asas kemajuan pendidikan tanah aimya. Tiga syarat tersebut ialah “Kema-huan, Sukongan dan Keamanan”. Menurut US, “kemahuan” penting dalam proses menuntut ilmu kerana “Kemahuan itu Kunchi Kemajuan”. Ini dijelaskannya dengan menegaskan:

Ta’ ada kemajuan kala ta’ ada kemahuan ; di atas [cogankata] itu juga chobalah kita chamkan untok azimat yang akan menjadi anak kunchi kepada kita, maka dengan adan-nya kemahuan itu dapat se-sa-orang itu meningkatkan darjah-nya hingga bertanggong jawab sa-suatu hal yang akan dihadapi-nya.35

Syarat kedua ialah sokongan moral dari kewangan terutamanya kepada anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. US juga menyeru agar golongan hartawan menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Malah, anak-anak Melayu yang cemerlang dalam pelajaran tetapi tidak mampu melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana masalah kewangan, wajar juga dibantu oleh golongan hartawan. Bagi US, tidak ada ruginya mengorbankan wang untuk memajukan pelajaran anak bangsa. Ini kerana mereka adalah generasi pewaris yang menentukan masa depan Melayu. Lantaran itu, US meng-ingatkan:

Bahwa bukan-nya dengan mendapat sukongan dan bantuan dari se-sa-orang itu baharu menghantar-kan anak2 bangsa kita menuntut keluar negeri? Bahkan hartawan2 hantarkan-lah anak2 meninggalkan tanah ayer tumpah darah-nya kerana [menuntut Ilmu] dan balek-nya kelak ia-nya akan di-harap menjadi guru [pemimpim] untok mengajar kaum bangsa-nya, dengan keadaan yang demikian nampak-lah pintu kejayaan bangsa untok

menyelenggarakan sa-suatu perkara. 36

Syarat ketiga ialah keamanan dalam negeri. Ia juga penting kerana keadaan yang huru-hara menyebabkan sesi persekolahan terganggu. Pendidikan juga terjejas jika rakyat tidak menyokong pemerintah seperti yang berlaku terhadap British di Sarawak. Pemerintahannya tidak disokong bahkan dipulaukan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu khususnya golongan anti penyerahan. Ini menyebabkan perjalanan sekolah dan perkembangan pendidikan Melayu terjejas. Masalah ini diluahkan oleh US dengan berkata:

Kita telah dapati kebanyakan anak2 bangsa kita ta’ sampai tamat di-bangku sekolah-nya, maka di-tentang inilah sangat2 pilu rasa-nya jika di-kenang2kan. Bilakah rasanya akan dapat

menyembohkan penyakit [kurang kemahuan, sokongan dan keamanan] yang menghalangkan

33 lbid 34 lbid 35 Utusan Sarawak , 19 September 1949, hlm 4. 36 lbid

Page 10: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

17

KEMUNDURAN PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK PADA AWAL PEMERINTAHAN

itu. Oh ! Insa allah berusahalah dan insaf-lah! Ilmu pengetahuan itu adalah menjadi sulohan agar membawa jalan kemajuan. 37

Namun, semangat anak Melayu menuntot ilmu dan meneruskan persekolah tetap tidak

luntur. Kesedaran dan minat untuk menuntut ilmu masih tinggi. Inilah semangat dan kesedaran yang dikehendaki oleh US. Berhubung ketiga-tiga syarat di atas, US merumuskan:

Tiga sharat ini sangat2 dikehendaki di-sisi tiap2 se-sa-orang yang hendak menuntut ilmu pengetahuan. Mungkinnya kalau kurang salah satu daripada-nya, saya berani berkata ta‘ dapat tidak, harus tersekat.38

US mempunyai kerangka pemikiran yang jelas terhadap ruang lingkup pendidikan

[kepentingan, konsep dan kaedah]. Ia juga mengemukakan idea bernas dan kritikan membina untok memajukan taraf pendidikan Melayu. Jika ditinjau semula keseluruhan aspek pendidikan yang diperkatakannya, jelas Islam juga mendasari gagasan dan perjuangannya membela nasib dan masa depan anak bangsanya. Ini tidak menghairankan kerana Islam sememangnya sudah sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu. Ia dijadikan oleh US sebagai mekanisme penting menyedarkan masyarakat Melayu yang ketinggalan dalam aspek pendidikan. US tidak mahu maruah bangsanya “terkena pandang rendah [lantaran] hudoh macham ayam basah bulunya.39 Ini mendorong US menggesa masyarakat Melayu membuktikan kemampuan mereka bersaing dengan bangsa asing.

Dalam tempoh dua tahun perjuangan awalnya itu, aspek pendidikan yang diper-katakannya masih belum meluas. Isu utamanya ialah menentang penyerahan Sarawak dan penjajahan British. Namun, US tidak mengabaikan masalah dan masa depan anak negeri yang masih dibelenggu kemunduran dalam semua aspek kehidupan “dari soal yang sekechil2nya hingga kapada soal yang besar sekali”.40 la meliputi “lapangan perniagaan, lapangan nelayan, lapangan pertukangan, lapangan pertanian, lapangan perburohan”. Ini nenyebabkan “Raayat Bumiputera berjalan rebah-limpah dengan tidak teratur”.41 Hakikat ini bukannya tidak disedari oleh US khususnya dan golongan terpelajar Melayu umumnya.

LATAR BELAKANG UMUM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MELAYU DI SARAWAK SEHINGGA 1950 Masyarakat Melayu di Sarawak mempunyai sistem pendidikan tradisional sebelum zaman Brooke lagi. Ia dikelolakan oleh tok guru, imam dan lebai di kampung. Kelas agama dibuka di rumah pengelola, surau dan masjid. Subjek yang diajar bercorak keagamaan. Untuk nelanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, mereka di hantar ke Timur Tengah. Sistem pendidikan formal bermula apabila sekolah Melayu kerajaan dibuka pada 1883. Ia dinamakan Sekolah Abang Kassim. Kemudian, namanya ditukar kepada Sekolah Kampung Jawa. Sebelum itu, masyarakat Melayu mempunyai sekolahnya sendiri iaitu Sekolah Encik Buyang. Ia dikenali sebagai Mecca School oleh Charles Brooke. Sekolah Encik Buyang didirikan pada 1861.

37 Ibid. 38 Ibid. 39 Utusan Sarawak. I0 Oktobrr 1949. hlm 4 40 Utusan Sarawak. 9 Oktobrr 1950. hlm 4 41 Utusan Sarawak. 21 Oktobrr 1950. hlm 2

Page 11: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

18

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Menurut laporan Colonial Directory 1873, terdapat sebuah lagi sekolah Melayu iaitu Sekolah Datu. la terletak di Kampung Datu. Pada 1894, Sekolah Kampung Gersik diasaskan. Sehingga 1909, pelajar yang berdaftar di Sekolah Kampung Jawa dan Sekolah Kampung Gersik, tidak pernah melebihi 200 orang. Kesedaran masyarakat Melayu tentang kepentingan ilmu dan pendidikan masih belum meluas. Subjek yang diajar pula bersifat asas sahaja seperti kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dan ilmu alam tawarikh negeri Melayu. Bahasa Inggeris diajarkan tiga kali seminggu.

Pada 1903, Brooke menubuhkan Sekolah Kebangsaan Sarawak. Antara subjek yang diajar ialah menulis jawi dan rumi, asas kira-kira, bahasa Melayu, Inggeris dan Cina, tatatertib dan adat kebudayaan bangsa. Ia diajarkan mengikut bahasa ibunda masing-masing. Tujuan utamanya ialah mengekalkan kedudukan sistem tradisional penduduk di Sarawak berdasarkan identiti bangsa.

Sistem sekolah ini bercorak sekular dan menekankan pendidikan vernakular. Subjek pertukangan dan perkebunan juga diajarkan. Dari 1903-1920, jumlah tertinggi kemasukan pelajar Melayu di Sekolah Kebangsaan Sarawak hanyalah 66 orang iaitu pada 1911. Kesemua pelajar tersebut terdiri daripada lelaki sahaja. Rekod tertinggi pelajar Cina pula ialah 174 orang, iaitu pada 1951. Ini termasuk pelajar perempuan. Sehingga 1921, belum terdapat pelajar perempuan Melayu berdaftar di Sekolah Kebangsaan Sarawak.

Pada 1930, hanya seksyen Melayu sahaja yang dikekalkan. Seksyen India dan Cina ditutup, masing-masing pada 1911 dan 1920. Mutu pendidikan yang rendah menyebabkan Sekolah Kebangsaan Sarawak kurang mendapat sambutan daripada orang Cina dan India.42

Sekolah perempuan Melayu mula dicadangkan sejak 1880-an lagi. Tapak awalnya terletak di rumah Datu Bandar Abang Haji Abdillah. Dengan sokongan Brooke, sekolah Melayu perempuan pertama diasaskan pada 1930. Ia dinamakan Sekolah Permaisuri. Sharifah Salha menjadi guru besar pertamanya pada 1926. Kemudian, beliau diganti oleh Cikgu Lily Eberwein43 pada 1930. Subjek asasnya bersifat 3M. Sekolah ini juga mengajarkan subjek jahitan, masakan dan kerjatangan. Tetapi, sambutan masyarakat Melayu terhadap Sekolah Permaisuri masih belum memuaskan. Di sekolah Melayu yang lain (campuran lelaki dan perempuan) jumlah pelajar perempuan amat terbatas. Bilangan mereka tidak melebihi 5%. Ini menyebabkan kepentingan mereka sentiasa diabaikan.44

Selain di Kuching, Sekolah Melayu juga dibuka di luar Kuching. Ia bermula sejak awal abad ke-20. Sekolah Melayu yang pertama dibuka di Sri Aman ialah Sekolah Abang Aing. Ia

42 Untuk perbincangan lanjut , rujuk Sabihah Osman, 1990. Pekembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak

1841-1941, hlm. 43-79. Rujuk juga Sabihah Osman “Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan Belas dan Awal Abad Kesembilan Belas: Satu Tinjauan Sejarah”, dalam Malaysia In History, Vol. XV, No. 2, December 1972, hlm. 8-9. Syed ldrus Syed Ahmad dan R. Santhiram. Perkembangan Pendidikan Di Sarawak, hlm 35-99.

43 Beliau dilahirkan pada 11 Julai 1900 di Singapura. Lily pernah mendapat pendidikan di Raffles Girls’ School (Singapura). Beliau pernah berkhidmat dl Jabatan Pos dan Telegraf pada 1927-1929. Lily merupakan ahli Barisan 338 dan pengasas Persatuan Wanita Melayu Sarawak. Pada 1950, Lily dilantik sebagai kaunselor Majlis Perbandaran Kuching. Untuk perbincangna Ianjut, rujuk Nordi Achie, “Wanita Dan Politik Sarawak: Penglibatan, Peranan Dan Tokoh”, Latihan llmiah B A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1997/1998, hlm. 99-l12. Rujuk juga Penyertaan Kita, Terbitan Sempena Ulang Tahun kc-20 Sarawak Merdeka Dalam Malaysia, Summer Times, Kuching, 1991, hlm 8-19. R.H.W. Reece, The Name of Brooke: hlm. 274.

44 Sabihah Osman, Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841.1941, hlm. 61-63.

Page 12: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

19

KEMUNDURAN PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK PADA AWAL PEMERINTAHAN dibuka pada 1903. Di Bintulu, sekolah Melayu pertama dibuka pada 1912. Di Oya, sekolah Melayu pertamanya ditubuhkan pada 1912. Sambutan awal terhadap sekolah Melayu di luar Kuching juga, umumnya kurang memuaskan.45

Sambutan masyarakat Melayu terhadap sekolah mubaligh (aliran Inggeris) juga kurang memuaskan. Pada 1936, terdapat 47 buah sekolah mubaligh di Sarawak. Daripada sejumlah 3042 pelajar di sekolah mubaligh yang berdaftar pada 1936, hanya 1056 orang pelajar bumiputera. Bilangan pelajar Melayu hanya 241 orang sahaja berbanding pelajar Cina seramai 1823.46

Jumlah sekolah Melayu terus meningkat hingga akhir 1930-an. Daripada 24 buah pada 1930, bertambah kepada 33 buah pada 1938. Tetapi, jika dibandingkan dengan perkembangan sekolah Cina, jumlah ini jauh lebih kecil. Pada 1930 sahaja, terdapat 91 buah sekolah Cina di seluruh Sarawak. Ia bertambah kepada 144 buah pada 1938. Sekolah Inggeris (Anglican, Roman Catholic dan Sevent Day Adventist) juga berkembang pesat. Pada 1930, jumlah keseluruhan sekolah Inggeris ialah 29 buah. Ia meningkat kepada 41 buah pada 1938. Perkembangan sekolah Dayak pula terbantut. Hanya terdapat sebuah sekolah Dayak dalam tempoh 1930-1938.47

Sehingga akhir tempoh pemerintahan Brooke (184l-1946), taraf pendidikan bumiputera masih mundur. Menurut Sabihah Osman, tidak ada petubahan positif terhadap “pelajaran, sukatan pelajaran dan dasar pelajarannya. Kalau adapun perubahan hanyalah pertambahan bilangan sekolah, guru dan pelajar”.48

Selepas tamatnya pendudukan Jepun (194l-1945), perkembangan sekolah yang terbantut

turut dipulihkan. Sekolah lnggeris diberikan perhatian khusus oleh British setelah Sarawak dijadikan tanah jajahan British pada I Julai 1946. Pada 1950, terdapat 59 buah sekolah Inggeris berbanding 30 buah sahaja yang dapat dibangunkan pada 1946 akibat Perang Dunia Ke-II. Bagi masyarakat Dayak, Kayan dan Murut pula, British membuka 17 buah sekolah pada 1947. Jumlah Sekolah Melayu (kerajaan) pada 1950 ialah 144 buah (47 di bawah kelolaan kerajaan dan 67 dikelolakan oleh Lembaga Tempatan). Pada 1947, jumlah sekolah kerajaan ialah 72 buah. Mulai 1948, 18 buah sekolah kerajaan diserahkan kepada Lembaga Tempatan. Peningkatan ini tidak setara dengan perkembangan sekolah Cina. Sekolah Cina terus berkembang pesat berbanding sekolah lain. Pada 1946 sahaja, terdapat 173 buah sekolah Cina dibuka semula. Ia bertambah kepada 215 pada 1950.

Perkembangan sekolah rakyat merupakan suatu fenomena di Sarawak selepas Perang Dunia Ke-II.49 Ia diasaskan oleh pejuang anti penyerahan yang menentang penguatkuasaan Pekeliling No. 9/1946.50 Kebanyakan mereka terdiri dari guru yang mengajar di sekolah Melayu. Jumlah guru yang meletak jawatan ialah 87 orang daripada jumlah keseluruhannya iaitu 52

45 Ibid., hlm. 58.60. 46 Ibld., hlm. III. 47 Untuk perbincangan lanjut, rujuk Syed ldrus Syed Ahmad dan R. Santhiram, Perkembangan Pendidikan

di Sarawak, hlm. 70-98. 48 Sabihah Osman, 1990. Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-,941, hlm. 70. 49 Untuk perbincangan lanjut, rujuk Ahmad Zaidell Tahir. “History of Sekolah Rakyat”, Journal of the

Malaysia Historical Society (Sarawak Branch), Mac 1983, Kuching. hlm. 417. 50 Antara pengasasnya lalah Othman Zainuddin, Dahan Ahmad, Zawawi Latif, Lily Eberwein, Saufi Ghafur,

Johari Bojeng dan Sharkawi Othman. Penubuhannya juga mendapat sokongan kuat dan pembiayaan Barisan 338, (PKMS), ASAS, Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Kaum Ibu Sarawak (KIS).

Page 13: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

20

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH orang. la menyebabkan penutupan 22 buah sekolah Melayu (kerajaan) daripada 62 buah kesemuannya.51 Untok menampung pendidikan anak Melayu yang terpaksa berhenti sekolah, pada 1947 lapan buah sekolah rakyat dibuka. la bertambah kepada 35 buah pada 1950.52 Walaupun jumlah sekolah rakyat bertambah dan diberikan sambutan hangat oleh masyarakat Melayu, tetapi kedudukan dan masa depannya tidak kukuh. Ia menghadapi masalah kewangan dan kemudahan pembelajaran seperti yang dibincangkan nanti.

Secara keseluruhannya, taraf pendidikan masyarakat Melayu khususnya dan bumiputera umumnya masih rendah berbanding sekolah Cina dan Inggeris dari segi kuantiti dan kualitinya. Mutu pendidikan sekolah Melayu masih rendah. Sambutan ibu bapa untok memberikan pendidikan kepada anak perempuan juga kurang menggalakkan. Hakikat ini disedari oleh US yang mewakili suara masyarakat Melayu pada masa tersebut. Ini menyebabkan US memberikan perhatian khusus terhadap masalah dan masa depan pendidikan Melayu. US meletakkan dua asas penting sebagai tema perbincangannya. Pertama, memperkatakan masalah dan masa depan pendidikan Melayu khususnya dan bumiputera umumnya. Kedua, menyuarakan saranan dan cadangan untok meningkatkan taraf pendidikan Melayu. SEKOLAH MELAYU DAN SEKOLAH RAKYAT: MASALAH DAN MASA DEPANNYA US melahirkan perasaan kesalnya terhadap dasar Britih yang tidak bersungguh-sungguh memajukan pendidikan Melayu. British juga tidak begitu prihatin dengan masalah penutupan sekolah Melayu ekoran perletakan jawatan guru sekolah Melayu ebagai membantah Pekeliling No. 9/1946.53 Peristiwa tersebut menyebabkan lumpuhnya sekolah Melayu. US menyalahkan tindakan British kerana mencabar semangat patriotisme guru-guru (termasuk pegawai kerajaan) yang terlibat dalam perjuangan anti penyerahan. Bagi US, ia bukan sahaja merugikan British bahkan masyarakat Melayu. Ini menyebabkan US menyelar British:

Disebabkan suatu tindakan Kerajaan yang boleh dianggapkan sebagal ‘titah HitIer’ terhadap pegawai2 Kerajaan maka pelajaran yang baharu puleh kemudian daripada Perang Dunia ke-2 tadi telah pun tergendala apabila guru-guru yang chukup terlateh diluar dan dalam negeri telah meletak jawatan-nya masing2. Mahu-lah diingati bahawa perlatehan guru2 yang termaalom itu telah mengambil masa bertahun2, dan ketiadaan guru2 yang demikian tidaklah dapat ditukar gantikan dalam masa yang singkat. Setelah berlaku perkara yang burok itu maka nampaknya Kerajaan belum ada lagi membuat apa2 kepada mereka yang telah terjadi itu,

51 Sanib Said. 1985. Malay Politics in Sarawak 1946-1966. The Search for Unity and Political Ascendancy

Singapore : 1985, Oxford University Press. Hlm. 52. 52 Ibid., hlm 117.128. 53 Pckeliling ini memberi kata dua kepada pegawai kerajaan sama ada meletak Jawatan atau meneruskan

perkhidmatan dalam perkhidmatan awam kolonial British. Pekeiiling tcrsebut dikeluarkan oleh C.W Dawson. Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh I0 Disember 1946 untuk menyekat penglibatan pegawai kerajaan dalam perjuangan anti penyerahan. Seramai 409 pegawai kerajaan meletak jawatan. Mereka juga dlkenali sebagal Barisan 338- sempena mengambil jumlah tentera pimpinan Nabi Muhamad SAW dalam Perang Badar. Jumlah keseluruhan pegawai dari Jabatan Pelajaran (termasuk guru) yang meletak jawatan lalah 143 orang. Untuk perbincangan lanjut, rujuk Mohammad Hasbie Sulaiman, 1989. Perjuangan Anti- Cession Sarawak: Peranan Utama Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Kuching, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, hlm 101-122. R.H.W. Reece, 1982. The Name of Brooke, hlm. 267-272. Rujuk juga Ahmd Zaidell Tahir, “History of Sekolah Rakyat”, hlm. 14-17.

Page 14: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

21

KEMUNDURAN PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU DISARAWAK PADA AWAL PEMERINTAHAN

walaupun chadangan2 telah dikemukakan kepada kerajaan buat mengelak kejadian yang termaalum.54

British juga tidak memberikan bantuan kewangan yang mencukupi kepada sekolah rakyat.55 Ini menyebabkan US membidas dasar British yang menyisihkan sekolah rakyat. British sengaja berbuat demikian kerana pengasas dan penganjur sekolah rakyat terdiri daripada golongan anti penyerahan. US menegaskan British tidak sepatutnya menganaktirikan sekolah rakyat. Pertentangan pendirian politik harus diketepikan kerana ia menjejaskan masa depan pendidikan Melayu. Ini mengheret US membidas British;

Demikianlah termestinya sesuatu bangsa itu dalam lapangan pelajaran termasuk pula bangsa2 di-Tenggara Asia ini walaupun gelura siasah melambong tinggi. Adalah diperchayai bahawa gelura siasah itu tiada menjadi alangan kepada masaelah pelajaran sesuatu bangsa atau sasabuah negeri. Tetapi suasana pelajaran disini adalah berlawanan dengan yang lain: ‘biarlah pelajaran itu rosak binasa jika raayat chintakan nosa’. Demikianlah dasar kerajaan yang ada sekarang. 56

Tindakan British menyisihkan sekolah rakyat juga mendatangkan kesan buruk terhadap masa depan pelajarnya. Sehingga 1950, terdapat 1,769 pelajar menuntut di 35 buah sekolah rakyat. Jumlah ini agak besar jika dibandingkan dengan 4039 orang pelajar yang menuntut di 47 buah sekolah kerajaan pada tahun yang sama. Di sekolah yang dibiayai oleh Lembaga Tempatan pula, terdapat 2543 orang pelajar yang menuntut di 67 buah sekolahnya.57 Jika keadaan ini berterusan. US bimbang kelangsungan sekolah rakyat juga akan terjejas. US menegaskan:

Sungguhpun kita berasa shukor atas adanya sekolah-sekolah rakyat dengan tujuan hendak memperbaiki soalan pelajaran yang kuchar-kachir itu, tetapi kita percaya pendiriannya itu tiada akan kekal, jikalau diperhatikan dari segi perusahaan dan iktisad rakyat yang ada sekarang. Tambahan pula sekolah-sekolah itu tidak menerima apa-apa bantuan Kerajaan sama ada tentang wang mahupun lain-lainnya, padahal sekolah-sekolah itu berhak kepada bantuan seperti sekolah-sekolah yang lain juga.58

Untok memajukan pendidikan Melayu, US menyeru:

Kita percaya pihak yang berkuasa khasnya dan rakyat amnya perlu mengambil berat ditentang pelajaran yang kucar-kacir itu. Demikian juga penguasa-penguasa sekolah-sekolah rakyat dan guru-gurunya hendaklah mengambil langkah-langkah agar boleh membawa kepada

54 Utusan Sarawak, I6 Februari 1949, hlm. 2. 55 Sekolah rakyat mula mendapat bantuan kewangan dari British pada 1951. Sekolah Rakyat Bintangor

misalnya, menerima bantuan bulanan $80.00. Seorang guru hanya mendapat kira-kira $20.00. Gaji guru sekolah rakyat hanya ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan mulai 1956, setelah lima tahun tamatnya perjuangan anti penyerahan. Jumlah bantuan inl amat kecil jika dibandingkan dengan sekolah lnggeris misalnya. Pada 1947, British memperuntukkan $72788.00 untuk memajukan 58 buah sekolah lnggeris. Sekolah Cina pula menerima $29884.00 untuk menampung kos pemulihan 68 buah sekolah. Syed Ahmad Syed ldrus dan R. Santhram, Perkembangan Pelajaran di Sarawak, hlm.. 121-131.

56 Utusan Sarawak , 16 Februari 1949, hlm. 2. 57 Syed ldrus Syed Ahmad dan R. Santhiram, Perkembangan Pelajaran Di Sarawak, hlm. 122. Rujuk juga

J.P. Hepburn, 1949. The Handbook of Sarawak/Singapore Malaya Publishing House, 1951. hlm. 129-137. 1951 Sarawak Annual Report 1950. Kuching. Government Printing Office, hlm 50-60.

58 Utusan Sarawak, 16 Februarl 1949, hlm 2.

Page 15: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

22

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

pendidikan dan pelajaran yang bersesuai dengan kehendak masa supaya dapatlah kelak bangsa Sarawak hidup setaraf dengan bangsa-bangsa yang berjiran. 59

“Rakyat Sarawak” turut melahirkan perasaan terharunya dengan nasib dan masa depan pendidikan Melayu. “Rakyat Sarawak” juga menyalahkan dasar kekerasan yang digunakan oleh British melalui Pekeliling No. 9/I1946 sebagai puncanya. “Rakyat Sarawak” menggesa guru-guru yang meletak jawatan berkhidmat semula dengan kerajaan demi kepentingan dan masa depan Melayu. “Rakyat Sarawak” merayu:

Baru-baru ini saya telah dapat ketahui bahawa Perintah sedang memanggil balik orang-orang yang lepas kerja kerana Circular No. 9. Saya fikir inilah satu peluang bagi memperbaiki pelajaran anak-anak Melayu yang sedang kucar-kacir itu. Sekarang saya pohon kepada guru-guru yang meletak jawatan itu tadi balik bekerja kerana muslihat bangsa dan tanah air.60 Kita jangan khuatir bahawa langkah-langkah perjuangan kita menuntut Kemerdekaan itu tersentuh, tidak! Tidak! Saya percaya Kerajaan British pada satu hari kelak akan membetulkan

kesilapannya. [Sesungguhnya] Kemajuan sesuatu bangsa itu bergantung kepada pelajaran.61

Kepada ibu bapa pula, “Rakyat Sarawak” berkata:

Saya menyeru juga kepada ibu bapa anak-anak itu pada menghantar anak-anak mereka itu ke sekolah perintah yang dibentuk bagi takyat, kita mesti ingat adalah wang pakai membelanjakan sekolah-sekolah yang dikuasai oleh Perintah itu datangnya dari hasil bumi kita yang kaya raya ini, bererti hak kita rakyat Sarawak. Sekolah-sekolah bangsa asing didalam Sarawak menerima bantuan asing didalam Sarawak menerima bantuan dari Perintah kerana hal itulah kewajipan yang memerintah. 62

Wasil Abu Talib juga menyokong sepenuhnya kritikan US dan “Rakyat Sarawak” agar British membela nasib dan masa depan pendidikan anak negeri. Beliau juga meminta guru Melayu yang meletak jawatan berkhidmat semula tanpa mengorbankan perjuangan mereka menuntut kemerdekaan Sarawak. Wasil Abu Talib bimbang kesan perletakan jawatan guru-guru Melayu. Ini merugikan anak Melayu kerana mereka tidak dapat meneruskan alam persekolahnya dengan sempuma. Beliau menegaskan:

Lagi manakala kita perbiarkan anak-anak itu tiada dihantar menuntut. Oh Sayang! Pada hal umornya makin hari semakin meninggi akhimya hingga membujang [dewasa]. Tiada lain

dan bukan siapa sebaliknya bangsa kita jua. Jadi, tentulah sentiasa tertinggal dalam serba serbinya

dan dipandang rendah oleh bangsa lain. Bangsa yang telah mengalami KEMAJUAN.63

Lantaran itu, Wasil Abu Talib mengingatkan:

Janganlah hendaknya melepaskan masa yang terbuka untuk anak-anak manakala umor sedang patut duduk menuntut dibangku pelajaran dan otaknya dianggap berkemahuan mendapat [ilmu].

59 Ibid. 60 Utusan Sarawak, I Mac 1949, hlm 3. 61 Ibid. 62 Ibid. 63 Utusan Sarawak, 28 Mac 1949, hlm. 4 .

Page 16: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

23

KEMUNDURAN PENDlDIKAN MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK PADA AWAL PEMERINTAHAN

Sekarang, patut diambil indah [perhatian] oleh siapa-siapa yang berketanggongan dengan secepat mungkin agar dapat melaksanakan muslihat bangsa dan tanah air kita pada hari yang terkemudian dan di masa yang sesingkat-singkatnya.

Saya menyeru, hantarlah anak-anak ke sekolah. Di sekolah mana-mana juapun, yang dipercayai bakal membela keselamatan rakyat dan tanah air kita.64

“Melayu Sarawak” juga menyalahkan tindakan British menggunakan Pekeliling No. 9/1946.

Beliau kesal dengan penutupan sekolah-sekolah Melayu hingga menyebabkan “pelajaran bahasa Melayu di dalam Sarawak telah jadi kucar-kacir” dan “anak-anak mereka berhamburan tidak lagi bersekolah”.65 Berhubung tindakan para guru meletak jawatan pula, beliau berkata:

Saya mengerti adalah kelepasan guru-guru itu satu bukti menunjukkan perasaan keras hati minta kembalikan kemerdekaan bangsa dan Tanahair. Mereka redza mengorbankan pendapatan mereka. Oleh sebab cinta mereka kepada tanahair dan simpati keatas murid-murid yang berhamboran itu, maka sebahagian daripada guru-guru itu telah membuka sekolah luar yang dinama Sekolah Rakyat. Sekolah-sekolah ini tidak mendapat sokongan dari siapa-siapa, selain dari penerimaan yuran-yuran dari murid-murid yang belajar.66

Selain memperkatakan masalah dan masa depan sekolah rakyat, Melayu Sarawak” turut mengkritik kelemahan British memajukan sekolah Melayu. “Melayu Sarawak” berpendapat mutu sekolah Melayu semakin merosot dan kepentingan pendidikan Melayu juga terjejas. Hasil daripada pengamatannya, beliau menjelaskan:

Sekarang saya perhati didalam Sekolah-sekolah Melayu kepunyaan Perintah sudah mupok [mula] ramai budak-budak belajar. Akan tetapi sayang sedikit sebilangan daripada guru-guru yang mengajar di Sekolah-sekolah itu ialah orang-orang yang sudah tua dan tidak menerima latihan secara moden. Pada fikiran saya guru-guru yang tua itu patut disuruh berihat atau makan pencen saja. Dari kerana jikalau masih juga Perintah menggunakan mereka itu maka berertilah satu kerugian dan kemunduran mereka itu maka berertilah satu kerugian dan kemunduran bagi umat Melayu Sarawak. 67

Bagi meningkatkan mutu pendidikan di sekolah Melayu, “Melayu Sarawak” men-cadangkan:

[P]erintah patut mengambil balik guru-guru yang muda dan moden. Tuan Penguasa Pelajaran patut berunding sekali lagi dengan guru-guru yang lepas tadi, ialah supaya Wang Kerajaan Sarawak dua tiga ratus ribu ringgit untuk memaju Pelajaran itu tidak sia-sia saja dibelanja.

Perbincangan tentang masalah pendidikan Melayu khususnya masa depan sekolah rakyat turut mendapat reaksi daripada “Pemerhati”. Sebagai anak watan yang kagum dengan usaha penubuhan sekolah rakyat, beliau berbangga kerana sekolah rakyat mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman. Inilah kelebihannya berbanding sekolah Melayu yang dibiayai oleh British. Malah, sambutan daripada rakyat juga memuaskan. Namun, beliau

64 Ibid. 65 Utusan sarawak, 25 April 1949, hlm 1. 66 Ibid. 67 Ibid.

Page 17: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

24

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH kesal dengan keadaan sekolah rakyat yang agak kekurangan terutamanya dari segi kewangan dan kemudahan pembelajarannya:

Sekolah-sekolah rakyat ini kebanyakan belum mempunyai bangunannya sendiri, hanya cuma masih menumpang dl rumah orang kampong. Tidak seperti sekolah-sekolah rakyat saudaranya bangsa China umpama cendawan bertaburan di ceruk rantau negeri Sarawak. Tetapi tentang pelajarannya bolehlah dikatakan sempurna dan teratur. Begitu juga tentang keramaian muridnya, tidak juga alah dengan sekolah-sekolah yang didirikan oleh Kerajaan.69 Sebab kita dapat tahu, kesemua guru-guru yang mengajar di situ adalah daripada guru-guru yang cukup terlatih dan berpengalaman bertahun-tahun lamanya di sekolah rakyat Kerajaan [Brooke] dahulu. Jadi sekarang orang kita patutlah berbangga dengan adanya terdiri sekolah-sekolah rakyat tersebut itu, kerana inilah satu buktinya yang menunjukkan orang kita telah insaf dan sedar akan kewajipan mereka terhadap pelajaran anak bangsanya yang akan datang kelak.70 “Pemerhati” juga terharu dengan kegigihan golongan anti penyerahan menubuhkan

sekolah rakyat tanpa perlu menunggu bantuan daripada British. Malah, beliau yakin rakyat mampu menubuhkan sekolah menengah dan universtti pada masa akan datang. Ujarnya dengan penuh harapan:

[D]engan kesanggupan tadi dapat membangun sekolah-sekolah rakyat sendiri dengan ta’ payah menunggu kirek atau sokongan daripada Pemerintah terlebih dahulu. Sudah tentu masa yang akan datang kelak, bukan sahaja orang klta dapat membangun sekolah-sekolah rakyat rendah sebegini, bahkan sekolah-sekolah menengah dan University pun dapat juga sebagaimana contoh yang telah dltunjukkan oleh saudaranya yang telah maju dan merdeka seperti India, China, Burma dan lndonesla sana!71

Kepada “Pemerhati”, anak negeri sebenarnya memerlukan lebih banyak sekolah. Jumlah sekolah yang ada belum memadai, anak negeri memerlukan lebih banyak sekolah. “Pemerhati” menggesa British agar mendirikan lebih banyak sekolah Melayu dan meningkatkan lagi mutu pendidikan sekolah Melayu. Tegasnya:

Setakat sekolah-sekolah rakyat yang terdiri baik oleh rakyat sendiri atau Kerajaan belumlah boleh mencukupi kehendak rakyat dengan pelajaran, kerana kalau dlperhatikan dan bilangan rakyat yang buta huruf hari ini terlampau sangat bermaharajalela di sisi bangsa kita. Sedangkan sekolah rakyat yang didirikan oleh kerajaan ta’ sampai seratus buah dan kekurangan guru pula. Dan sekolah-sekolah rakyat yang didirikan oleh rakyat pula adalah seolah-olah sebagai peng-ganti sekolah yang tertutup disebabkan oleh angkara Circular No. 9 dahulu, dan bukanlah sebagai penambah kekurangan sekolah-sekolah dikalangan rakyat yang beratus-ratus ribu itu.72

Berhubung perkembangan dan masa depan sekolah rakyat pula, “Pemerhati menambah-kata:

Sekarang tentu kita telah mengerti dan insaf, mengapa sekolah-sekolah rakyat perlu dirikan lebih-lebih banyak lagi di negeri kita kerana sekolah-sekolah ini sebagai asas bagi

69 Ibid 70 Utusan Sarawak , 19 Disember, hlm.4. 71 Ibid 72 Ibid

Page 18: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

25

KEMUNDURAN PENDlDlKAN MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK PADA AWAL PEMERINTAHAN

Kemajuan anak-anak bangsa kita didalam kebangunannya pada masa akan datang kelak. Dari sebab itutah tiap-tiap kita sekarang bertanggung jawab untuk maju dan menyukongkannya sehingga dapat setanding dengan sekolah-sekolah rakyat bangsa-bangsa yang telah maju. Begitu juga Kerajaan patutlah mengambil perhatian dengan saksama dan simpati dengan sekolah-sekolah rakyat yang tersebut diatas itu, supaya perjalanannya hidup kekal, maju dan bertambah besar. Majulah Sekolah Rakyat Sarawak!!!73

Kritikan “Pemerhati” terhadap perkembangan pendidikan Melayu, turut mendapat reaksi

daripada “Abdillah”. Sebagai tanda sokongannya, beliau menyeru:

Kita percaya kepada ketua-ketua kita dan ketua-ketua yang mana belum mendirikan rumah-rumah persekolahan itu, patut boleh mengambil tahu tentang perkara ini wajiblah didirikan rumah-rumah persekolahan, supaya kanak-kanak kita maju dan jaya dari berbagai-bagai iImu pengetahuan. Tidak shak lagi yang bangsa kita Melayu seluruhnya hari ini sedang mengator langkah bersemangat keras menuju kemahuan abadi yang mulia.74

“Murid Sekolah Rakyat” juga menyambut baik keseluruhan kritikan yang tersiar dalam

US. Beliau mengecam dasar British yang tidak bersungguh-sungguh memberikan bantuan kepada sekolah rakyat. Baginya, walaupun British menyalurkan sedikit bantuan kewangan kepada sekolah rakyat, namun ia tidak mencukupi. Inilah yang dipersoalkan oleh “Murid Sekolah Rakyat”. Beliau berpendirian sekolah rakyat juga berhak mendapat bantuan seperti sekolah lain kerana ia adalah tanggungjawab sosial British. Ini menyebabkan “Murid Sekolah Rakyat” mengecam British:

Ada juga beritanya Perintah sekarang hendak menolong Sekolah Rakyat dengan jalan grant-in-aid sebagaimana mengikut sharat-sharatnya iaitu: jikalau orang kampong itu dapat menunaikan umpama $30.00 kepada guru yang mengajar itu, perintah akan mengadu sebanyak itu juga, sebaliknya habuk atas tunggul [sia-sia], dan Specialgrant tetap Perintah menunaikan $20.00 pada tiap-tiap sekolah itu jika berkehendak, dan sekiranya sekolah itu bersetuju akan tujuan-tujuan itu dikehendaki menghantar monthly report kepada Perintah, dan adalah berertinya bekerjasama dengan Pemerintah.

Tegasnya kalau begitu lebih baiknya ta’ usahkah diragu-ragu dan ditingas-tingas [diharap-harap] lagi menunggukan bantuan semacam itu, bak kata pepatah orang tua; Kalau Asal sabut timbul, kalau asal batu tenggelam.75

“Murid Sekolah Rakyat” juga mencemburui perkembangan sekolah Cina yang tumbuh

seperti “Cendawan bertaburan diceruk rantau di negeri Sarawak”. Beliau mahu masyarakat Melayu mencontohi usaha masyarakat Cina memajukan pendidikan mereka. “Murid Sekolah Rakyat” turut terharu dengan usaha golongan anti penyerahan membangunkan sekolah

73 Ibid 74 Ibid. hlm. 2. 75 Utusan Sarawak, 9 Januari 1950, hlm. 3. Kenyataan ini disangkal oleh Pejabat Kewangan Kerajaan

melalui satu kenyataan akhbar yang disiarkan oleh Utusan Sarawak pada 2.5 Disember 1950. Menurut kenyataan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sekolah Rakyat telah dimaklumkan secara bertulis pada Ogos 1950 bahawa satu grant-in-aid bulanan akan dibayarkan mulai I Ogos. Wakilnya diminta mengambil wang itu dari Pejabat Kewangan. Besar kemungkinan bantuan kewangan tersebut tidak diambil kerana pihak pengelola sekolah rakyat tidak bersetuju dengan syarat bekerjasama dengan British seperti yang tertera dalam petikan di atas.

Page 19: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

26

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH rakyat. Beliau juga menggesa pemimpin Melayu mencontohinya demi memajukan pendidikan anak bangsa. “Murid Sekolah Rakyat” juga bersimpati dengan nasib guru sekolah rakyat. Baginya, nasib mereka wajar dibela, usaha mereka mesti disokong dan ketabahan mereka harus diteladani. Ia diluahkannya dengan berkata:

Kasihan diceritakan, tetapi apa boleh buat masanya telah sampai, kadang-kadang seorang guru itu menerima $5, $4 dan $3, pada tiap-tiap bulan adalah datangnya wang itu dari pembayaran tiap-tiap murid itu.

Sungguhpun ada dengan sekadar itu, tetapi guru-guru itu tetap berkhidmat mengajar dengan rajin dan tabah hatinya. Alhamdulillah, guru-guru itu redza mengambil ikhtiar mencari sara hidupnya dengan jalan menoreh getah, menangkap ikan dan berkuli-kuli asalkan sekolah itu berjalan dengan jayanya. Sewajibnya wahai rakyat yang insaf! Baikilah Sekolah Rakyat agar kukuh buat selama-lamanya.

Shabas!!! Rakyat yang mengagongkan rakyat insaf dan sedar, kalau ingin hendak memajukan pelajaran rakyat. dengarlah cogan berbunyi: Bantulah! Sokonglah! dan Tolonglah! Sekolah Rakyat dari sekarang, bahawa Sekolah Rakyat itu tidak redza sentiasa menerima sokongan hampa yang ta’ ada buktinya.

Suka juga kita bayangkan untuk pengertian para pembaca yang budiman; bukan ertinya guru-guru yang mengajar itu mencari hasil untuk kesenangan dari murid-murid itu, tidak !!! Dan adakah boleh jadi berjaya dan kukuh satu-satu bangunan itu kalau ta’ mendapat sokongan dari luar [rakyat]? Renonglah! dan Insaflah! 76

Secara keseluruhannya, US memperlihatkan sokongan meluasnya terhadap idea yang disumbangkan oleh pembaca yang prihatin terhadap masalah dan masa depan pendidikan Melayu. US turut mengajukan saranan yang bernas untuk memperbaiki dan memajukan taraf pendidikan Melayu. Dalam satu kritikannya terhadap British yang tidak bersungguh-sungguh memajukan pendidikan Melayu, apatah lagi sekolah rakyat, US menegaskan:

Sekolah-sekolah ini, sebagaimana kedudukannya di negeri-negeri yang lain, adalah sangat perlu di samping Sekolah Kerajaan, terutama sekali dalam negeri kita Sarawak yang sangat jauh ketinggalan di belakang dalam lapangan persekolahan dan pendidikan. Dalam hal yang demikian maka pendirian Sekolah-sekolah Rakyat itu sepatumya menerima perhatian, bantuan dan sumbangan, bukan sahaja daripada rakyat sendiri, dan Iebih-lebih lagi dukacitanya sekolah-sekolah yang tersebut tidak ada menerima barang sedikit bantuan jua pun daripada kerajaan. 77

Ujarnya lagi:

Manakala Malaya dan Indonesia sedang menderita kekurangan tenaga guru-guru yang terlatih maka Sarawak adalah mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan terlatih berbilangan

76 Ibid. 77 Utusan Sarawak, 27 November 1950, hlm. 2. Terdapat sebuah sekolah rakyat di Kuching (kawasan

pesisir yang tidak disebutkan namanya) menerima bantuan British sejak Januari 1950. Harus diingat bahawa sekolah tersebut mungkin bukan diasaskan oleh golongan anti penyerahan. Manakala. Sekolah rakyat yang diasaskan oleh golongan anti penyerahan diabaikan oleh British sejak 1947. Sekolah rakyat yang dimaksudkan oleh Utusan Sarawak ialah sekolah rakyat yang dibina oleh golongan anti penyerahan. Utusan Sarawak dan kenyataan akhbar daripada Pejabat Kewangan Kerajaan itu pula tidak menyebutkan nama sekolah rakyat yang dikatakan menerima bantuan tersebut. Utusan Sarawak , 25 Disember 1950, hlm. 3 .

Page 20: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

27

KEMUNDURAN PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK PADA AWAL PEMERlNTAHAN

Tidak kurang daripada seratus orang yang tidak digunakan. Maka berpuluh buah Sekolah Rakyat boleh dibukakan dengan guru yang ada itu. Orang-orang yang sedar akan ilmu pengetahuan pada sisi bangsanya tentu berasa hairan apabila mengetahui keadaan di tanahair kita ini, dan lebih-lebih lagi mereka-mereka dan kerajaan-kerajaan yang sedang merasa kekurangan guru itu dan yang terpaksa membawa masuk tenaga guru dari luar negeri untuk memenuhi kehendak bangsa-bangsa dan negara-negara mereka. Adakah Sarawak sebuah negeri yang mempunyai sikap atau tabiat yang berlainan atau pelek?78

US juga melahirkan perasaan terharunya dengan kemunduran dan kelemahan sekolah rakyat. la belum mampu berdiri mantap sebagai institusi pendidikan yang dibangunkan oleh rakyat. Meskipun US memnyanjung tinggi usaha golongan anti penyerahan membuka sekolah rakyat, namun US khuatir dengan masa depannya:

Keadaan Sekolah-sekolah rakyat yang ada sekarang mi adalah mendukacitakan: Sekolah-sekolah itu belum ada rumah-rumah sendiri, dan terpaksalah menumpang di rumah-rumah orang kampung yang mengambil berat di tentang Sekolah-sekolah Rakyat tersebut, dan guru-guru tidak ada mempunyai pendapatan yang tertentu.

[D]Dengan pendiriannya yang demikian, adalah dikhuatirkan sekolah-sekolah ini akan menemui nasibnya seperti dua buah Sekolah Rakyat Perempuan yang tersebut (ditutup), jikalau tidak ada bantuan yang cukup daripada rakyat sendiri dan lain-lainnya. Tiap-tiap jalan sayogialah diambil bagi menghindarkan tertutupnya Sekolah Rakyat yang masih ada lagi itu.79

US sedar masalah dan beban kewangan yang dihadapi oleh pengelola sekolah rakyat

sememangnya berat. Ia juga menjadi punca utama penutupan dua buah sekolah rakyat (perempuan) di Kuching.80 US kesal dengan sikap setengah masyarakat Melayu yang tidak prihatin dengan masa depan sekolah rakyat. Mereka tidak wajar dipersalahkan kerana umumnya masyarakat Melayu hidup dalam kemiskinan. Golongan yang dimaksudkan oleh US ialah pemimpin dan hartawan Melayu. Bagi menjamin kelangsungan sekolah rakyat, US mencadangkan:

Pertama,

[B]adan pengelolaan itu [sekolah rakyat] dibentuk dengan selebar-lebarnya mewakili seluruh rakyat yang berkenaan serta dibentukkan pula jawatankuasa pada tiap-tiap kampung mereka bagi menghubungkan rakyat itu lebih-lebih rapat dan erat lagi dengan sekolah-sekolah Rakyat itu.81

Kedua,

[D]engan cara mengutipkan wang derma untuk membantukan sekolah rakyat itu [seperti] mengadakan sandiwara atau concert, kerana permainan itu dapat menarik penonton yang banyak.82

78 Ibid 79 Ibid 80 US tidak menyebut nama kedua-dua sekolah. Ia mungkin merujuk kepada Sekolah Rakyat Perempuan

di Jalan Datu Patinggi Ali dan Sekolah Rakyat Perempuan dl Jalan Haji Taha. Kedua-duanya diasaskan oleh Lily Eberwein pada pertengahan 1947. Menurut catatan Utusan ASAS, sekolah rakyat (perempuan) tersebut merupakan antara yang terawal diasaskan. Untuk butiran lanjut, rujuk Utusan ASAS, 15 Januari 1948, hlm. 1.

81 Ibid 82 Ibid

Page 21: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

28

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Seterusnya, US mengingatkan:

Barang sudah tentu tiap-tiap rakyat yang siuman adalah mengerti harga tiap-tiap sekolah itu pada bangsa dan negara, dan dalam hal yang demikian maka tiadalah dia mensia-siakan sebarang langkah yang diambilkan untuk menghidup Sekolah Rakyat itu.

Bantuan-bantuan dengan wang ringgit, tenaga, fikiran dan lain-lainnya adalah perlu dikehendaki. Di sinilah kita serukan; Tolong dan bantulah Sekolah Rakyat! Buruk atau baiknya keadaan Sekolah Rakyat itu adalah bergantung kepada rakyat sendiri.83

Maju atau tidaknya, dan berdiri atau jatuhnya, sekolah-sekolah itu adalah bergantong kepada pengelolaan dan bantuan serta kerjasama rakyat. Bagaimana pun bijaknya pengelolaan itu, jikalau tidak ada bantuan dan kerjasama rakyat maka haruslah tidak berjaya; dan begitu juga sebaliknya, jikalau ada bantuan dan kerjasama rakyat tapi tidak ada bijaknya pengelolaan maka haruslah sekolah-sekolah itu tidak berjaya juga.84

KESIMPULAN Perbincangan di atas jelas memperlihatkan keprihatin US terhadap kepentingan, masalah dan masa depan pendidikan Melayu yang tidak terbela. Ia adalah kesan akibat dasar Brooke yang mahukan “bumiputera dibiarkan tinggal dalam keadaan tradisional dengan mengamalkan kebudayaan masing-masing dan “tanpa merubah corak hidup mereka” melalui pendidikan.85 Keadaan sekolah Melayu (termasuklah sekolah rakyat) yang serba kekurangan dan masa depan anak Melayu yang tidak terjamin merupakan isu penting yang diperkatakannya. Ini mengheret US mengkritik dasar British yang tidak bersungguh- sungguh memajukan pendidikan Melayu. Untuk memajukan taraf pendidikan Melayu, US mengetengahkan saranan bernas bagi menanganinya, terutamanya masalah yang dihadapi oleh sekolah rakyat. US turut memberikan kesedaran kepada masyarakat Melayu tentang kepentingan pendidikan. Ini adalah peranan dan tanggung jawabnya memperjuangkan nasib dan masa depan masyarakat Melayu dalam aspek pendidikan yang masih ketinggalan berbanding sekolah Cina dan Inggeris.

Jika ditinjau semula taraf pendidikan Melayu khususnya dan bumiputera umumnya sejak dari zaman Brooke, secara keseluruhannya ia masih mundur dari aspek kualiti dan kuantitinya.86 Ia turut menjejaskan kepentingan dan masa depan anak negeri hingga menyebabkan mereka terus ketinggalan dalam arus kemajuan. Seperti yang dirumuskan oleh pengkajinya:

Perkembangan pendidikan di Sarawak sepanjang seratus tahun dibawah pemerintahan Brooke amat lembab sekali. Sekolah-sekolah yang didirikan begitu kurang dan ditumpukan di kawasan bandar-bandar besar seperti Kuching dan Sibu. Bilangan anak-anak bersekolah Jauh lebih rendah daripada bilangan yang tidak bersekolah, dan mereka yang sedikit ini pun dipisahkan mengikut kaum masing-masing.

83 Ibid 84 Ibid 85 Syed ldrus Syed Ahmad dan R Santhiram, Perkembnngnn Pelajaran Di Sarawak, hlm. 230-23I. 86 Sabihah Osman, 1990. Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941, hlm. 119-137

Page 22: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

29

KEMUNDURAN PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK PADA AWAL. PEMERINTAHAN

Sekolah-sekolah Melayu di kawasan luar bandar tidak menampakkan sambutan dan kejayaan yang serupa walaupun jumlahnya kian bertambah selepas Perang Dunia 1. Kadar keciciran yang tinggi dan bilang yang turun naik, beserta denga mutu pengajaran yang rendah menjadi faktor kelemahan murid. Semuanya ini menjelaskan sikap orang luar bandar (khususnya bumiputera) terhadap pendidikan.

Sukatan pelajaran yang disediakan ketika itu amat terhad dan tidak dapat memberikan latihan dari segi pentadbiran atau pekerjaan-pekerjaan lain yang memerlukan pengkhususan dan kemahiran tertentu. Pendidikan yang diberi merupakan yang paling asas dan tidak ada usaha mempertingkatkannya.

Pemerintahan Brooke telah menggalakkan pendidikan lnggeris lebih kepada orang-orang Cina daripada Inggeris lebih kepada orang-orang Cina daripada orang-orang Melayu dan Dayak. Sambutan terhadap pendidkan lnggeris lebih baik di kalangan penduduk bandar (khususnya Cina) kerana ianya membuka peluang ekonomi buat mereka. Tidak syak lagi golongan kaum yang mendapat faedah daripada pendidikan Barat sebenamya ialah orang-orang Cina. Pendidikan melalui sekolah-sekolah mission telah memberi peluang kepada orang-orang Cina untuk terus maju dan membolehkan mereka mendapat pekerjaaan dengan mudah jika dibandingkan dengan kaum bumiputera.87

Pendidikan yang merupakan enjin penggerak kemajuan tidak berfungsi dengan berkesan kerana dasar Brooke dan British yang hanya menekankan konsep 3M semata-mata (Menulis, Membaca dan Mengira). Pada asasnya, matlamat pendidikan Brooke dan British berlegar dalam kerangka dasar pecah dan perintah. Ia bukan bertujuan melahirkan masyarakat yang berilmu dan berkemajuan tetapi sekadar menjadi petani atau nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Pendidikan dijadikan alat bagi Brooke dan British untuk mengukuhkan pemerintahan dan penjajahannya. Malah, pendidikan anak negeri masih tidak setara dengan pendidikan lnggeris dan Cina.

Ketika British melaung-laungkan jasa mereka terhadap pendidikan anak negeri, British tidak pula berusaha memberi pendidikan yang lebih tinggi kepada mereka. Jika adapun perhatian yang diberikan oleh British terhadap pelajaran menengah, kesedaran ini agak terbatas dan terlewat. Malangnya, British juga menghadkan kemasukan anak negeri ke sekolah menengah menerusi pelaksanaan Laporan McLellan 1960. Ini kerana ia “menghadkan kemasukan ke sekolah menengah tidak melebihi 30% daripada pelajar yang terpilih”.88 British bukanlah untuk melahirkan golongan cendekiawan lantaran bimbang ia akan menggugat kepentingannya. Golongan luar bandar khususnya bumiputera tetap ketinggalan dalam aspek pendidikan pada zaman yang dianggap sebagai zaman kemajuan itu. Alasan pihak kolonial British kononnya memberikan pendidikan asas lebih penting daripada pendidikan tinggi.

Sekolah rakyat juga mendapat perhatian British dan masyarakat Melayu. Tetapi, ia tidak pernah dibangunkan sebagai instimsi pendidikan yang melahirkan golongan cerdik pandai Melayu. Malah, tidak ada sekolah rakyat menengah ditubuhkan oleh British sebagai bukti

87 Syed ldrus Syed Ahmad dan R. Santhiram, Perkembangan Pelajaran Di Sarawak, hlm. 230-236. 88 Laporan ini dikemukakan oleh David MC Lellan, penasihat pendidikan kepada Pesuruhjaya Tinggi

British di Asia Tenggara. la diterbitkan pada 1960. Tujuannya ialah mengkaji semula sistem pendidikan menengah di Sarawak yang semakin membebankan Rntish ekoran pertambahan Jumlah pelajar mulai British ekoran pertambahan jumlah pelajar mulai akhir 1950~an. Untuk butiran cadangannya, rujuk M. Lellan, D., 1959. Education Report: Sarawak On Secondnq Education, Kuching hlm. 151-158

Page 23: Kemunduran Pendidikan Masyarakat Melayu Si Sarawak Pada ... · 10 MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH akhbar tengah bulan. Cogan kata US ialah “Oleh Ra’ayat Untuk Ra’ayat”.Dengan sokongan

30

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH pembelaannya terhadap pendidikan anak negeri. Pada asasnya, ia masih di takuk lamanya iaitu hanya memberikan pendidikan di peringkat sekolah rendah sahaja.89 Oleh itu, sikap pihak kolonial British sebenamya lanjutan daripada dasar Brooke yang tidak mahu menanggung beban memajukan pendidikan anak negeri.90

Kemunduran (merangkumi aspek masalah dan masa depan) pendidikan Melayu khususnya dan bumiputera umumnya yang masih tidak terbela sepenuhnya pada zaman pemerintahan kolonial British, berakar umbi sejak zaman Brooke lagi. Meskipun British menjanjikan perubahan dan kemajuan sosio-ekonomi ketika menjajah Sarawak pada 1 Julai 1946, tetapi ia hanya sekadar janjinya sahaja. Tidak ada perubahan dan kemajuan yang dapat dibanggakan dalam konteks perkembangan pendidikan anak negeri di sepanjang pemerintahan kolonial British. Malah, British mengekalkan dasar pecah dan perintah Brooke seperti yang dilaksanakan di Tanah Melayu juga. Bumiputera masih ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kemajuan dan persaingan merebut peluang sosio ekonomi di tanah airnya sendiri. Jurang kemiskinan dan taraf pendidikan antara bumiputera dan bukan bumiputera tidak diperbaiki. Di Tanah Melayu, ia akhimya mencetuskan peristiwa hitam 13 Mei 1969. Usaha kerajaan secara serius membela kemunduran sosio-ekonomi bumiputera (termasuklah pendidikan) hanya bermula apabila Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dilaksanankan.91 Ia hanya berlaku selepas 122 tahun lamanya nasib dan masa depan bumiputera dalam aspek sosio ekonomi diabaikan oleh Brooke dan British.

89 Syed ldrus Syed Ahmad dan R. Santhiram, Perkembangan Pelajaran Di Sarawak, hlm. 242. 90 Ibid., hlm. 237-243 91 Untuk kritikan lanjut tentang masalah dan masa depan pendidikan di Sarawak mutakhir. rujuk Putit

Matzen. “Perkhidmatan Pendidikan Sarawak”, Kertas Kerja Simposium Sejarah Sarawak, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri, 16-17 Ogos 2000, Holiday Inn, Kuching, hlm. 1-21. (Tidak Diterbitkan)