kembara2013

6
Soalan Eksplorace 1 Baca dan fahamkan petikan dibawah ini kemudian jawab soalan yang dikemukakan. Ada ketikanya kita akan teringin untuk menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, seperti makanan dari negeri Kelantan. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai kesinambungan budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India serta masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Mungkin ada yang akan tertawa atau berkerut dahi apabila mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Ada juga beberapa jenis makanan ini mempunyai persamaan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini. Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Benarlah seperti lagu nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid yang bertajuk "Makan". Yang pelik dan unik itulah yang menjadi faktor pelaris untuk orang ramai berkunjung ke sesuatu tempat. Berdasarkan jenis kueh dan makanan di dalam petikan di atas.. Sila lakukan temuramah untuk mendapatkan cara bagaimana untuk membuat makanan tersebut. Setiap kumpulan dikehendaki mendapatkan 1. 4 jenis kueh tempatan atau tradisional 2. 2 jenis makanan

Upload: zain72

Post on 14-Jun-2015

160 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kembara2013

Soalan Eksplorace 1

Baca dan fahamkan petikan dibawah ini kemudian jawab soalan yang dikemukakan.

Ada ketikanya kita akan teringin untuk menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, seperti makanan dari negeri Kelantan. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai kesinambungan budaya yang agak unik.

Gabungan kaum Melayu, Cina, India serta masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.

Mungkin ada yang akan tertawa atau berkerut dahi apabila mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Ada juga beberapa jenis makanan ini mempunyai persamaan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Benarlah seperti lagu nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid yang bertajuk "Makan".  Yang pelik dan unik itulah yang menjadi faktor pelaris untuk orang ramai berkunjung ke sesuatu tempat.

Berdasarkan jenis kueh dan makanan di dalam petikan di atas..

Sila lakukan temuramah untuk mendapatkan cara bagaimana untuk membuat makanan tersebut.

Setiap kumpulan dikehendaki mendapatkan

1. 4 jenis kueh tempatan atau tradisional2. 2 jenis makanan

Bukti tugasan :

1. Temuramah2. Gambar3. Resepi4. Laporan5. Bonus pada kumpulan yang membawa salah 1 contoh kueh yang dikaji

Setiap tugasan hendak lah di emailkan kepada : [email protected] sebelum jam 11 malam setiap hari.

Page 2: Kembara2013

Contoh format laporan yang dihantar

Nama Program : Kembara Ilmu Siri 1

Tarikh : 12mac – 15 mac 2013

Tempat : Kota Bahru Kelantan

Tugasan : Pertama

Email :

Nama Ahli Kumpulan

Bil Nama Tingkatan

Laporan :

Tarikh : 12 mac 2013

9.00 malam : peserta berkumpul di Stesen keretapi Bahau

10.00 malam : Taklimat dari Cikgu Mohd Zain Abu

- kehadiran

- masa

Page 3: Kembara2013

Eksplorace 3SMK TUANKU MUHAMMAD KUALA PILAHKEMBARA ILMU SIRI 1 – 2013KOTA BAHRU, KELANTAN

Eksplorace 3SMK TUANKU MUHAMMAD KUALA PILAHKEMBARA ILMU SIRI 1 – 2013KOTA BAHRU, KELANTAN

Eksplorace 3SMK TUANKU MUHAMMAD KUALA PILAHKEMBARA ILMU SIRI 1 – 2013KOTA BAHRU, KELANTAN

Eksplorace 3SMK TUANKU MUHAMMAD KUALA PILAHKEMBARA ILMU SIRI 1 – 2013KOTA BAHRU, KELANTAN

Eksplorace 3SMK TUANKU MUHAMMAD KUALA PILAHKEMBARA ILMU SIRI 1 – 2013KOTA BAHRU, KELANTAN

Eksplorace 3SMK TUANKU MUHAMMAD KUALA PILAHKEMBARA ILMU SIRI 1 – 2013KOTA BAHRU, KELANTAN

Page 4: Kembara2013

Soalan Eksplorace 2

Baca dan fahamkan kemudian jawab soalan yang dikemukakan.

Pengangkutan melalui bas ekspres yang dikenali sebagai Bas Cepat. Bas Cepat menghubungkan seluruh jajahan dan bandar-bandar utama yang terdapat di Kelantan. Ia dikendali oleh Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).

Pengangkutan dalam bandar dengan menggunakan bas mini. Kenderaan ini juga dikendalikan oleh Syarikat kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).

Pengangkutan melalui rel, dari Wakaf Bharu ke Gua Musang.

Melalui bas ekspress yang menghubungi kesemua bandar-bandar utama di Malaysia dan Singapura.

Pengangkutan melalui rel, dari Wakaf Bharu hingga ke Singapura melalui Kuala Lumpur.

Destinasi Perjalanan Keretapi

Tumpat - Kuala Lumpur (ekspres) - dua hala

Tumpat - Kuala Lumpur (henti-henti) dua hala

Tumpat - Singapura (ekspres) dua hala

BERDASARKAN PETIKAN DI ATAS…

BUAT KAJIAN ATAU TEMURAMAH PENDUDUK SEKITAR BANDAR BAGAIMANA CARA UNTUK KE –

1. PANTAI CAHAYA BULAN2. PUSAT MEMBUAT SONGKET3. PUSAT MEMBUAT WAU

Bukti tugasan :

1. Temuramah2. Gambar3. Laporan

Setiap tugasan hendak lah di emailkan kepada : [email protected] sebelum jam 11 malam setiap hari.

Page 5: Kembara2013

Soalan Eksplorace 3

KoleksiMuzium Kraftangan (Balai Getam Guri) terletak dalam Kornpleks Kampung Kraftangan. Bangunan muzium ini adalah sebahagian daripada bangunan Kampung Kraftangan yang diperuntukan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan dijadikan Muzium Kraftangan. Keluasannya ialah 5 1.52 meter persegi dan 9.39 meter lebar. Muzium ini terletak di pusat bandar Kota Bharu, dalam kawasan Zon Budaya, Bangunan ini juga letaknya berhampiran dengan 'Pasar Buluh Kubu " yang terkenal itu. Perjalanan dari Muzium Kraftangan ke pusat bandar Kota, Bharu adalah lebih kurang 0.5 kilometer.

Bangunan Muzium Kraftangan ini terletak di sebelah Jalan Hilir Kota, iaitu bersebelahan dengan Istana Balai Besar, di hadapannya Muzium Diraja (Istana Batu) dan dibelakangnya terdapat stesen Bas Mini kepunyaan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).

LatarbelakangTapak bangunan asalnya kepunyaan Duli Yang Maha Mulia, AI- Sultan Kelantan. Kawasan ini dahulunya dipenuhi dengan rumah-rumah setinggan kemudian dibersihkan untuk dijadikan taman permainan kanak-kanak. Bangunan ini telah dibina pada 9 Mac 1991 dan kemudiannya dikenali sebagai Kampung Kraftangan

BERDASARKAN PETIKAN DI ATAS…

BUAT KAJIAN ATAU TEMURAMAH PENDUDUK MENGENAI MUZIUM SEKITAR DI BANDAR KOTA BAHRU…. –

Bukti tugasan :

4. Temuramah5. Gambar6. Laporan

Setiap tugasan hendak lah di emailkan kepada : [email protected] sebelum jam 11 malam setiap hari.