kemasukan pendatang tanpa izin(pati)

16
Selamat pagi

Upload: yfook-ng

Post on 23-Jun-2015

18.123 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TAJUK :Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI) telah banyak menimbulkan masalah kepada Malaysia. Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dibawa oleh PATI tersebut. Bincangkan. Kehendakan esei: masalah yang dibawa oleh PATI Langkah-langkah mengatasi masalah ini.

TRANSCRIPT

Page 1: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

Selamat pagi

Page 2: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

TAJUK:

• Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI) telah banyak menimbulkan masalah kepada Malaysia. Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dibawa oleh PATI tersebut. Bincangkan.

Kehendakan esei: • masalah yang dibawa oleh PATI • Langkah-langkah mengatasi masalah ini.

Page 3: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

PENGENALAN

i. Pada zaman yang lebih moden ini,ekonomi Malaysia kini turut berkembang pesat. Projek pembanguan berjalan lancar,peluang pekerjaan yang melimpah ruah terutamanya dalam sektor perladangan, pembinaan, dan perkilangan.

ii. Akibat daripada keadaan tersebut, maka timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Malaysia terpaksa mengambil banyak pekerja asing dan menimbulkan juga masalah kemasukan pendatang tanpa izin(PATI).

iii. kemasukan banyak pendatang tanpa izin ini telah mewujudkan keadaan yang tidak tenteram dan selamat kerana mereka telah banyak menimbulkan masalah kepada Malaysia.

Page 4: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

MASALAH

Page 5: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

Masalah yang Wujud Kemasukan Pendatang Tanpa Izin(PATI)

1. KEJADIAN JENAYAH MENINGKAT• Kemasukan pendatang tanpa izin ke Malaysia telah

menyebabkan kejadian jenayah yang melibatkan kaum pendatang tersebut telah meningkat.

• Kebanyakan PATI tersebut melarikan diri ke Malaysia sebagai tampat perlindungan setelah melakukan jenayah di negara mereka.

• Jenayah yang biasa mereka lakukan ialah rompakan, samun, pembunuhan ,pengedaran dadah, dan rogol.

• Keadaan ini tentunya menimbulkan rasa tidak selamat dan imej Malaysia akan terjejas di mata dunia.

Page 6: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

2. PENYEBARAN PENYAKIT BERBAHAYA • Penyebaran penyakit berbahaya juga merupakan

masalah yang dibawa oleh PATI ke Malaysia. PATI memasuki negara ini tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Keadaan ini menjadikan penyakit-penyakit berbahaya seperti AIDS, batuk kering, penyakit kelamin dan lain-lain sukar dikesan. PATI yang berpenyakit ini akan bergaul bebas dengan rakyat Malaysia dan secara tidak langsung akan menyebarkan penyakit-penyakit berbahaya tersebut kepada rakyat Malaysia.

Page 7: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

3. MENIMBULKAN MASALAH PETEMPATAN• PATI juga akan menimbulkan masalah

petempatan di negara kita. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram di kawasan tanah kerajaan seperti kawasan hutan yang berhampiran dengan kerja mereka. Hal ini bukan sahaja memburukkan imej negara malah menimbulkan masalah lain seperti peningkatan jenayah dan pencemaran alam sekitar.

Page 8: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

4. HAK RAKYAT MALAYSIA JUGA TERJEJAS• Hak rakyat Malaysia juga terjejas akibat kemasukan PATI ini.

Hal ini kerana pihak majikan lebih suka mengupah PATI dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah.

• Situasi ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita. Tambahan pula, banyak antara mereka juga melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik, dan sebagainya.

• Malaysia rugi kerana mereka tidak membayar cukai pendapatan dan wang yang mereka peroleh akan dihantar ke negara masing-masing. Hal ini akan menyebabkan ekonomi Malaysia tidak berkembang.

Page 9: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

Langkah-langkah Mengatasi Masalah yang dibawa oleh PATI

Page 10: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

1. Semua pihak harus bertanggungjawab untuk memastikan hanya pekerja yang layak dan sah sahaja bekerja di Malaysia

• Pihak berkuasa seperti polis dan imigresen hendak melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab bagi membanteras kemasukan PATI ke Malaysia bagi menjamin kesejahteraan rakyat daripada gangguan PATI.

• Mereka hendaklah membuat pemeriksaan dan pemantauan ke tempat-tempat yang disyaki menggaji PATI.

Page 11: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

2. MELAKSANAKAN PROGRAM 6P• Kerajaan juga telah melaksanakan Program 6P

iaitu pendaftaran, pemutihan, penguatkuasaan, pengusiran, pemantauan, dan pengampunan.

• Program tersebut dilaksanakan adalah untuk tujuan mendapatkan anggaran statistik jumlah PATI yang berada di Malaysia, selain mengumpul maklumat peribadi mereka termasuklah data biometrik. Menerusi program 6P ini, kerajaan akan mengenalpastikan keperluan jumlah pekerja yang diperlukan setiap sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing di negara ini.

Page 12: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

3. MELAPORKAN KEPADA PIHAK BERKUASA • Masyarakat juga harus berperanan

dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat majikan yang menggaji PATI. Terdapat majikan di kawasan pendalaman berkemungkinan mengambil PATI kerana kosnya yang rendah dan juah dari pemantauan pihak berkuasa.

Page 13: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

4. HUKUMAN• Hukuman yang sewajarnya kepada majikan

yang mengambil PATI sebagai pekerja mereka. Hukuman denda dan penjara wajar dikenakan ke atas majikan dan PATI itu sendiri sebagai pengajaran kepada majikan dan PATI yang lain. PATI yang telah menjalani hukuman dan denda hendaklah dihantar balik ke negara masing-masing.

Page 14: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

5. KERJASAMA ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LAINKerjasama antara kerajaan Malaysia dengan negara lain hendaklah dieratkan bagi membanteras kemasukan mereka secara haram. Sekatan dan kawalan yang ketat di pintu masuk Malaysia dan negara mereka dapat mengurangkan kemasukan PATI ke Malaysia secara berleluasa.

Page 15: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

KESIMPULAN• Kedatangan pekerja asing ini tetap ada kebaikannya - kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial – kesejahteraan dan pembangunan negara

• Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, negara memerlukan pekerja asing tetapi bukan kebanjiran.

• Jika langkah-langkah tertentu tidak diambil,masalah-masalah ini akan menimbulkan implikasi yang negatif terhadap sistem sosial,ekonomi mahupun politik dan ketenteraman negara. Jika kerajaan dan rakyat Malaysia menyayangi Malaysia maka milik kita"Malaysia" mesti dijaga dan diurus dengan sebaiknya.

Page 16: Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)

Sekian terima kasih